Popular Today

Memaparkan catatan dengan label Pakatan Pembangkang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pakatan Pembangkang. Papar semua catatan

Rabu, Mac 07, 2012

Mesti baca : Pakatan Rakyat Selangor sedang membuat survey PRU-13

2 Komen!!!
Terima kasih diucapkan kepada pengirim email yang sanggup berkongsi gerak kerja serta survey Pakatan Rakyat Selangor.. Berikut ialah email yang dikirimkan beliau

Semalam saya ada menerima panggilan dari seseorang yang ingin buat survey mengenai ekonomi negeri selangor, interviewer ingin interview saya selama 10 minit sahaja. saya kata okay tapi cepat sikit kerana saya nak melawat kawan yang kemalangan di hospital.

mula2 mula tanya soalan peribadi, umur, kawasan rumah. lepas tu tanya soal PBT, effisyensi dan sebagainya. Saya jawab tiada masalah cuma kenapa masalah GRO, spa dan rumah urut menjadi-jadi di kawasan Parlimen tempat tinggal saya.

Sipenyoal mula bertanya tahap kepuasan saya mengenai masalah air, prestasi kepimpinan kerajaan negeri. jawab saya mudah saja, jika kerajaan buat kerja, tak timbul soal penolakan rakyat. Ini tidak, janji pilihanraya ada berpuluh2 tapi yang ada cuma satu, pemberian air percuma> pemberian wang ehsan pada ibu tunggal dan juga wang kepada pelajar yang masuk U, batang hidung pun tak nampak. Kerjaan negeri cuma war-warkan apa yang nak di buat tapi proses bagaimana nak dapat pun tak telus.

selepas itu tiba isu bab Murtad, si penyoal kata adakah isu murtad ini benar2 berlaku atapun hanya dakwaan musuh politik yang membesar-besarkan isu. Jawab saya, saya dah hidup hampir setengah abad, benda ini benar2 berlaku kepada rakan adik saya, hingga satu famili jadi murtad, perkara yg berlaku lebih 30 tahun yang lalu dan saya berpegang kepada hadis/quran...Yahudi dan nasara tidak akan berhenti menyesatkan kamu hingga kamu mengikuti mereka.jawap seterusnya ialah perkara ini benar-benar berlaku dan hari ini tidak mustahil telah merebak dengan pantas.

banyak juga soalan yang dikatakan hanya 10 minit....berlanjutan hingga 30 minit.

cuma ada satu soalan yang saya smash pada si penyoal. soalan berbunyi...Adakah Tuan puas hati Prestasi Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang .A amat puas hati, B Puas Hati, C Tidak Puas Hati D. Amat tidak puas hati....jawab saya.. ialah...saya nak pilih jawapan F kerana beliau tiada kredebility sebagai Ketua Pembangkang.....tak layak pun...Tiada yang positif dari beliau. Patut Pemimpin jaga Rakyat ini rakyat terpaksa cover pemimpin....

Mereka juga tanya saya siapa saya pilih dalam PRU13 nanti...A. BN..B..PKR..C.DAP. D.PAS jawab saya...yang memerintah pusat sekarang...PKR tiada dalam radar saya dan nilai nya setakat letak kat tapak kaki saya saja....

Sekianlah sahaja buat pengetahuan AB... saya rasa sekarang PR sedang survey rambang sokongan Rakyat selangor melalui telefon. So BN bila lagi nak bertindak!!!

Kalau peluk tubuh nanti dibalut tubuh dengan kapan dan BN jadi arwah politik...

maaf saya tidak mahu di kenali....setakat guna nick name ZH sahaja memadai.....


wasalam...

En.Zee USJ

Ahad, Februari 12, 2012

Terkini : usaha puak pembangkang ganggu perjumpaan Najib bersama rakyat terus digagalkan polis

1 Komen!!!
Nampaknya puak pakatan pembangkang masih berhati busuk untuk mengganggu majlis YAB DS Najib bersama rakyat di Johor hari ini.

Jika tengahari tadi Pengerusi persatuan Tiong Hua Daerah buat laporan polis atas ancaman oleh penyokong bersih kerana mahu mengganggu Pesta Chingay ..

Kini Polis menggagalkan pula penyokong puak pembangkang iaitu anti-lynas yang mahu mengganggu DS Najib dalam satu program di Danga Bay petang tadi.. Apa kaitan lynas di Johor pun tiada.. Memang pembangkang dah tiada modal sebenarnya..

Apa yang takut sangat pembangkang dengan DS Najib sehingga terpaksa buat taktik murahan untuk raih simpati rakyat.

Taktik mereka mudah.. Iaitu mahu memalukan Ds Najib.. Selain itu mereka mahu buat kecoh dan berharap polis akan membuat tindakan keras kepada mereka dan berita ini akan diambil oleh pemberita agensi asing..

Mereka mahu malukan Malaysia di mata dunia.. Hakikatnya yang merosakkan nama Malaysia ialah puak pakatan yang diketuai oleh aljuburi!!!!

Gambar hiasan:

Sabtu, Februari 11, 2012

Masalah dalaman PR berterusn di Johor : DAP dan PKR berebut kerusi diBakri

0 Komen!!!
Perbalahan antara PKR dan DAP masih berterusan di Johor.. Sebagaimana di ketahui Dap dan PKR memang tidak sebulu dalam isu pengagihan kerusi di Johor.

Terkini Lim Guan Eng bagi amaran kepada Chua Jui meng supaya jangan ganggu kerusi Bakri.. Ini apabila terdapat ura-ura Chua Jui Meng mahu bertanding di kawasan tersebut...


Rabu, November 16, 2011

Takut guna logo buktikan Pakatan RASIS

0 Komen!!!
Ketiadaan logo yang didaftarkan oleh Pakatan Rasis menunjukkan Pakatan ialah sebuah Parti yang RASIS..

Ianya menunjukkan mereka takut hilang apa yang mereka wakili sekarang.. DAP dah tentu lambang chauvanis dan ekstrim cina.. PasBERG pula lambang Islam kosmetik untuk pengaruhi umat Islam.. Dan PKR ialah lambang sosialis dan liberal yang perjuangkan isu seks bebas dan murtad dan sebagainya...

Ianya dikukukah dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pembangkang tidak pernah berhasrat menukar lambang pada pilihan raya nanti sebaliknya PAS, PKR dan DAP akan menggunakan lambang masing-masing pada kertas undi.
“Kita daftar atas nama pakatan, namun, parti akan kekal dengan lambang masing-masing. Untuk kertas undi nanti PAS guna lambang PAS, PKR lambang PKR dan DAP dengan lambangnya.

Pakatan Rasis hakikatnya tiada agenda perjuangan yang sama.. Yang ada hanyalah kepentingan politik yang berbeda.. Jadi apa yang gunanya.. Sebab itu apabila ditanya mengenai bentuk sebuah kerajaan yang akan dibentuk..

Maka Pakatan Rasis tidak mampu menjawab.. Umpama seorang yang mahu membina rumah.. Dan diupahnya seseorang untuk membina rumah.. Namun dari segi bayangan nampak indah.. Tapi masalahnya tukang rumah gagal beri bantuknya.. Konsepnya.. Jadi ianya hanyalah hayalan senata- mata..

Jika ditanya siapa akan jadi PM, TPM, menteri pertahanan, menteri pelajatan, menteri dalam negeri.. Rakyat nak tahu siapa yang akan dilantik ke jawatan tersebut..

Rumah tak lama lagi akan dibina.. Tapi tak tahu rupa bentuknya..

Seorang pembeli yang pandai.. Pastinya tidak akan beli rumah atas bayangan dan khayalan tanpa ditunjukkan bentuknya..

Begitulah caranya kita nak pilih rumah.. Itu baru rumah.. Tapi yang dibincangkan ialah masa depan agama, bangsa dan negara.. Ianya lebih besar dari rumah.. Lihatlah apa yang berlaku kepada Melayu Singapura.. Sekali silap akan merana selamanya..

Moga negara kita dihindarkan dari puak Pakatan Rasis... Selamatkan agama bangsa dan negara..

Khamis, November 10, 2011

Transformasi berjaya, Pakatan Rasis kecewa!!!

0 Komen!!!
Ada berita tidak baik untuk Pakatan Rasis.. Sebagaimana diketahui Pakatan Rasis terlalu memerlukan isu untuk mereka hidup dan relevan.

Kalau tiada isu maka apalah makna hidup mereka.. Sebab itu banyak perkara di negara ini adalah hanya direka-reka Puak Pakatan Rasis

Kalau dahulu mereka ada point nak hentam kerajaan kerana kenyataan Idris Jala yang mengatakan Malaysia akan bankrap 2019..

Namun setahun kemudian keadaan ekonomi Malaysia semakin baik.. Ekonomi telah berjaya dipulihkan BN.. Maka Malaysia tidak akan terjerumus dalam kebankrapan (klik sini)

Ianya disahkan oleh Ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata Malaysia tidak akan terjerumus ke kancah kebankrapan, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya tahun lalu.

Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini berkata bahawa Malaysia akan berakhir seperti negara-negara Eropah yang dilanda hutang jika subsidi tidak dikurangkan.

Sebaliknya,, hari ini beliau berkata, Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Beliau berkata usaha itu disokong oleh Program Transformasi Ekonomi pentadbiran Najib (ETP) yang menghasilkan hasil yang positif.

"Malaysia melakukan apa sahaja yang mampu dibuat untuk mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

"Menerusi program dan dasar yang diperkenalkan, saya yakin kita tidak akan jatuh muflis," katanya dipetik Bernama ketika taklimat media selepas menyampaikan ucaptama pada forum anjuran Ernst & Young mengenai "Memecah kod DNA ETP" di Kuala Lumpur.

Semakin kecewalah .. Nampaknya puak pakatan Rasis ini.. Puak ni bising macam tin kosong.. Telur sebiji riuh sekampung.. Tapi apa pun tak dek!!!!

Ketuanan Pakatan Rasis!!!

0 Komen!!!

Rabu, Mei 04, 2011

Kerajaan Selangor bazirkan RM 87 juta duit rakyat untuk pilihanraya kampung!!!

1 Komen!!!

RM 87 juta atau lebih tepat RM 87,600,000 untuk pilihanraya Kampung!!!

Setiap pilihanraya Kampung akan menghabiskan RM 200,000 [klik sini]

"Terdapat 78 kampung baru dan "lebih 360" kampung Melayu di Selangor... Pilihan raya itu dianggarkan bakal menelan belanja antara RM100,000 hingg RM200,000 untuk setiap kampung" kata ADUN Seri Kembangan itu..

Apakah RM 200,000 boleh buat bagi setiap kampung.. sebuah balairaya, tadika, surau dan sebagainya.. dengan kata lain banyak pembangunan boleh dibuat untuk setiap kampung.. tetapi duit tersebut dihabiskan untuk buat pilihanraya..

Kenapakah setiap pilihanrya perlu makan kos sebanyak RM 200,000.. tidakkah ianya membazir wang rakyat!!! ini semua hanya nak membankrupkan duit rakyat.. persoalannya RM 200,00 akan pergi ke mana? kalau tidak ke poket kroni-kroni pemimpin Pakatan!!!

Apa faedahnya pilihanraya Kampung.. nak pilih ketua kampung?.. lepas pemilihan akan ada puak-puak.. maka perpecahan akan berlaku.. maka keadaan ini tidak berkesudahan.. bila masa kampung nak maju!!!

Jangan lupa juga bila ada pemilihan... rasuah boleh berlaku.. kerana ketua kampung pegang projek kerajaan tempatan.. manusia selagi ada kuasa ia pasti akan cuba dapatkan kuasa dengan apa cara sekalipun!!!

Hakikatnya pilihanraya Kampung dengan kos yang begitu besar pastinya akan membazir duit rakyat.. RM 87 juta itu boleh dibuat banyak perkara untuk melonjakkan ekonomi orang kampung!!!

Rabu, April 20, 2011

Dalang Godam Laman Web Pembangkang sudah terdedah!!!

1 Komen!!!

Wah.. pelik bin ajaib.. kecoh semasa Pilihanraya Umum Negeri Sarawak bahawam Laman Web Malaysiakini dan Harakah dogodam sehingga terganggu siarannya secara online.

Pada ketika itu ramailah yang menuduh bahawa UMNO adalah dalang kepada serangan terhadap laman web tersebut.

Namun hakikat kebenarannya ialah dalang sebenar yang menyerang laman Web Pembangkang adalah pembangkang sendiri bagi mencetuskan provokasi dan simpatisme terhadap pembangkang... memang pembangkang ini Raja Fitnah!!!

Patutlah pembangkang tak buat aduan pun kepada SKMM memang serangan ni sebenanrnya dianggap tak serius!!!

Dalang ini terdedah apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berhubung dakwaan berlakunya pencerobohan terhadap dua buah laman web propembangkang semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, baru-baru ini. Ianya dijelaskan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, walaupun dakwaan berkenaan disebarkan melalui media, sehingga kini tiada aduan dibuat terhadap SKMM. {klik sini}

''Saya percaya, itu (dakwaan) berkemungkinan bermotif politik kerana pembangkang sudah ketandusan idea.

Wah nampaknya drama murahan dan propaganda terus dimainkan dengan hebat oleh pihak pembangkang termasuklah laman web yang dimiliki pembangkang iaitu Malaysiakini dan Harakahdaily. Walaupun terpaksa godam laman web mereka sendiri..

Mujurlah ramai yang masih rasional dan tidak termakan dengan drama murahan ala aljuburi dan video seks Anwar...

Sebenarnya apa yang diberitahu pembangkang melalui media mereka hanyalah pembohongan semata-mata.. inilah yang diajar oleh ulama PAS mereka yang menghalalkan pembohongan dan penipuan demi kuasa yang sangat bertentangan dengan Islam...

Undi Pembangkang : Undi Fitnah

Iktibar sikap pengundi Melayu Singapura

2 Komen!!!
PENULIS ialah GeoStrategis Institut Teknologi dan Sains GeoSpatial (INSTEG), Universiti Teknologi Malaysia.

ISYARAT paling penting dan begitu jelas mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah pengundi bumiputera yang terdiri daripada masyarakat Melayu/Melanau, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu telah memberi sokongan tanpa belah bahagi kepada Barisan Nasional (BN) sehingga mengekalkan majoriti dua pertiga.

Manakala pengundi masyarakat Cina pula terutama sekali di Miri, Bintulu dan Sibu telah mempamerkan kecenderungan yang bertentangan dengan memberi sokongan kepada parti pembangkang DAP.

Ramai yang beranggapan bahawa kecenderungan pengundi Sarawak adalah manifestasi kepada pola pengundi Malaysia secara umumnya dan bakal mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat keputusan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13.

Tetapi sebenarnya jiran Malaysia iaitu Singapura memerhatikan dengan teliti apa yang berlaku di Sarawak kerana Perdana Menteri Lee Hsien Loong perlu mengadakan pilihan raya selewat-lewatnya Februari 2012. Besar kemungkinan pilihan raya Singapura akan dilaksanakan terlebih dahulu berbanding Malaysia dan ramai menjangkakan sama ada suku ketiga atau keempat 2011.

Singapura amat berminat dengan apa yang telah berlaku di Sarawak kerana pengundi masyarakat Melayu Singapura juga mampu memilih pendekatan seperti yang telah dipamerkan oleh pengundi Cina Sarawak. Walaupun parti Hsien Loong iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) begitu dominan menguasai senario politik Singapura tetapi kerunsingan mengenai pengundi Melayu tidak pernah luntur.

Pilihan raya umum 2001 umpamanya telah menyaksikan PAP menerima sokongan undi Melayu paling sedikit kerana kegusaran masyarakat tersebut terhadap tindakan memerangi keganasan kerajaan PAP yang dinilai selari dengan sikap anti umat Islam. Tetapi pengundi Melayu Singapura cepat belajar daripada kesilapan 2001 kerana pada pilihan raya 2006, sokongan begitu tinggi telah diberikan kepada PAP.

Pada pilihan raya tersebut dianggarkan 80 peratus pengundi Melayu telah memberi undi mereka kepada PAP. Tidak keterlaluan jika dibuat penilaian bahawa pengundi Melayu sebenarnya telah banyak membantu Hsien Loong meraih 67 peratus undi popular.

Sokongan padu yang diberikan oleh pengundi Melayu kepada PAP pada tahun 2006 adalah kerana kepentingan jangka masa panjang masyarakat minoriti tersebut. Pengundi Melayu Singapura sebenarnya lebih menaruh harapan kepada PAP berbanding dengan parti pembangkang untuk menjamin masa depan yang lebih baik.

Walaupun pengundi Melayu hanya merangkumi 20 peratus daripada keseluruhan pengundi Singapura, tetapi sikap yang telah dipamerkan oleh mereka semasa pilihan raya begitu menarik perhatian berbanding dengan pengundi Cina Sarawak.

Melayu Singapura cuba menyampaikan isyarat kepada PAP bahawa kesetiaan mereka kepada Singapura tidak perlu dipersoal lagi. Terdapat tuduhan bahawa jika mereka menyokong pembangkang, PAP akan menuduh masyarakat Melayu sebagai tidak setia kepada negara. Ini adalah kerana wujud persepsi bahawa PAP itu adalah Singapura dan begitu juga sebaliknya yang sudah lama tertanam dalam jiwa rakyat mereka.

Pengundi Melayu Singapura juga dianggap begitu bersikap pragmatik kerana menggunakan kuasa politik untuk kepentingan masa hadapan mereka. Ini adalah kerana kerajaan PAP tanpa segan silu akan menghukum kawasan pengundi yang lebih cenderung kepada pembangkang.

Ketika melancarkan manifesto pilihan raya PAP beberapa hari lepas, Hsien Loong dengan terus terang menyatakan walaupun pembangunan akan dinikmati oleh semua rakyat Singapura, tetapi keutamaan hanya akan diberikan kepada pengundi yang menyokong PAP.

"Apabila saya perlu membuat keputusan siapa yang perlu didahulukan, maka faktor sama ada anda telah memberi sokongan kepada kerajaan atau tidak sudah pasti memainkan peranan," tegas beliau ketika menekankan kepentingan pengundi menyokong PAP.

Ada juga yang berpendapat bahawa pengundi masyarakat Cina Sarawak mahukan tadbir urus yang lebih baik sehinggakan mereka memilih DAP. Tetapi agak janggal analisis tersebut kerana selama tiga dekad BN telah membuktikan mereka mampu mentadbir Sarawak dengan baik dengan membawa pembangunan walaupun menghadapi cabaran fizikal yang begitu ketara.

DAP pula tidak mempunyai sejarah lampau yang mempamerkan mereka mampu mentadbir sebuah negeri dengan baik dan telus.

Dalam hal ini elok diperhatikan sikap pengundi Melayu Singapura apabila berhadapan dengan isu tadbir urus sebuah kerajaan. Sukar untuk menafikan bahawa ahli parlimen PAP adalah terdiri daripada kalangan yang terbaik kerana parti tersebut menggunakan segala ruang untuk mencari calon yang mampu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Pemilihan calon PAP untuk bertanding dalam pilihan raya adalah begitu panjang dan kadang kala memenatkan.

Malah sebelum Parlimen dibubarkan, Hsien Loong beberapa hari lepas telah memperkenalkan 24 muka baru yang akan menjadi calon PAP. Bukan sahaja setakat memperkenalkan muka baru, tetapi Hsien Loong dengan yakin menyatakan lima daripada mereka berkemungkinan besar akan dilantik sebagai menteri. Beliau dengan bangga juga memberi jaminan kesemua calon tersebut adalah yang terbaik dipilih dari golongan korporat, penjawat awam, akademik dan tentera.

Sebab itu pengundi Melayu Singapura tanpa berbelah bahagi memilih calon PAP, kerana kewibawaan tadbir urus adalah begitu terjamin sekali kerana bagi pengundi tersebut, kesinambungan pembangunan adalah begitu penting sekali.

Menarik juga jika diteliti pemerhatian Hsien Loong mengenai pengundi yang tidak menyokong PAP. Menurut beliau pengundi seperti ini sebenarnya juga memerlukan pembangunan dan yakin proses tersebut akan diteruskan oleh PAP.

"Mereka ini sebenarnya mengharapkan orang lain mengundi PAP supaya mereka boleh mengundi parti pembangkang. Singapura akan hancur jika semua pengundi mempunyai pendirian sedemikian rupa," sindir Hsien Loong.

Mungkin juga pengundi Cina Sarawak mempunyai pendirian di atas kerana mereka akur bahawa pembangunan tetap akan diteruskan oleh kerajaan BN walaupun mereka mengundi sebaliknya. Sebenarnya banyak iktibar yang boleh dipelajari daripada sikap pengundi Melayu Singapura.

Sumber : Utusan Malaysia

Rabu, April 13, 2011

Beza antara Najib dan Anwar

2 Komen!!!


Syabas dan tahniah sekali lagi kepada DS Najib diatas usaha untuk terus mengukuh ekonomi negara... semalam DS Najib melancarkan Pelan Induk Pasaran Modal 2 (CMP2) iaitu satu strategi kerajaan bagi menyasarkan peningkatan pasaran modal negara hingga mencecah RM4.5 trilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.

pelaksanaan CMP2 meliputi usaha menggalakkan pembentukan modal, meningkatkan kecekapan dan kecairan perantaraan, peruntukan dana kepada kumpulan industri, memperluaskan pasaran bon, mengurangkan birokrasi, memperhebatkan sistem kewangan Islam serta menggalakkan transaksi berskala besar.

“Salah satu keutamaan CMP2 adalah mengukuhkan peranan pasaran modal dengan menggalakkan pembentukan modal daripada peringkat permulaan kepada pembiayaan inovatif, projek baru dan teknologi hijau yang canggih.

“Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan akan memperuntukkan lebih banyak dana untuk disalurkan kepada industri modal teroka dan ekuiti swasta melalui penggubalan peraturan kawal selia secara menyeluruh di samping menyediakan insentif serta sokongan kepada kumpulan sasar,’’ katanya.

Inilah namanya cara berkerja seorang pemimpin... iaitu terus mengukuhkan pasaran.. meningkatkan pelaburan untuk rakyat.. seorang pemimpin yang berkesan mengeluarkan idea kreatif dan inovatif untuk mencari duit untuk rakyat.. bagaimana rakyat boleh terus meningkatkan ekonomi mereka dan seterusnya berupaya untuk mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan.


Bukan semacam Anwar.. beliau patut dipanggil perosak dan bukannya pemimpin.. lihat sahaja peranan beliau sebagai penasihat ekonomi Selangor.. beliau bukan cari Pelabur tapi cari Pelacur..

Tiada idea yang hebat untuk meningkatkan ekonomi Selangor.. itupun bukannya peringkat negara.. tapi hanya peringkat negeri sahaja.. sudah pun gagal..

Berbeza dengan Najib, Anwar ialah perosak yang hanya tahu habiskan duit negara.. kerana tiada satupun idea beliau untuk tarik pelabur dan mengukiuhkan pasaran modal.. setiap kali ceramah.. point beliau ialah bagaimana nak habiskan hasil petroleum, bagaimana nak habiskan balak dan juga bagaimana nak habiskan Pasir.. samapai habis pasir di Selangor dikorek walaupun di hutan simpan..

BN yang diterajui oleh Najib ialah parti mencari duit kepada rakyat, mencari pelabur dan mengukuhkan pasaran modal seterusnya melonjakkan ekonomi negara... bukan setakat itu sahaja semuanya diikuti dengan KPI.. supaya setiap pencapaian boleh diukur. ianya bukan retorik..

Pakatan Rosak pula diterajui Anwar dan mahluk perosak yang lain.. ialah parti yang pandai menghabiskan duit.. berjanji bermacam-macam, lihat sahaja janji 100 hari dan buku Jing-Gay, tapi tak cakap macam mana nak cari duit..

Anwar pula bukan cari pelabur, tapi cari pelacur.. sebab itu ekonomi Selangor tidak berkembang.. kerana yang berkembang hanya 'Anu' war sahaja bila terjumpa pelacur..

Apa lagi yang dibuat oleh Pakatan.. apa yang boleh diukur terhadap kejayaan Pakatan.. apakah KPI Pakatan terhadap negeri yang diperintah.. Pakatan hanaya parti yang pandai bercakap atau temberang.. tapi bukanlah parti boleh kredibel untuk memerintah negara...

Kesimpulannya.. jika anda undi Pakatan, bermakna anda undi ANuwar dan Pelacur.. hentikan menyokong pemimpin yang kaki pelacur dan rosak moralnya...

Sabtu, April 09, 2011

Manisfesto Pakatan.. Tunaikanlah janji Pakatan di negeri mereka dahulu!!!

3 Komen!!!


Sekali lagi Paktan buat janji manis.. sedangkan janji mereka dahulu masa pru-12 yang lalupun masih belum dilaksana.. ini nak menipu lagi rakyat Sarawak.

Lihat sahaja manifesto mereka yang mahu beri Setakat 1 Bilion nak basmi kemiskinan di Sarawak.. gila ke!!!

Inilah maknanya mereka hanya gula-gulakan sahaja rakyat Sarawak... lihat BN sahaja berpuluh Bilion untuk rakyat Sarawak sehingga hari ini pun usaha untuk basmi kemiskinan masih belum mencukupi.. apatah lagi satu bilion... apa ada dengan 1 bilion berbanding dengan muka bumi Sarawak yang masih banyak memerlukan pembangunan..

Ingat dengan 1 Bilion boleh selesai semua masalah...

BN telah terbukti mampu mengurangkan kadar kemiskinan di Sarawak kepada hanya tiga peratus sekarang berbanding 60 ke 70 peratus 20 tahun yang lalu.

“Sekali pandang tawaran (pembangkang) hebat, kalau betul-betul serius letak RM10 bilion, sebab kita sudah beri berpuluh bilion... lebih daripada itu,” katanya TPM.


Lihat sahajalah di Selangor banyak janji Pakatan yang tidak dapat dilaksanakan.. Kata TPM cadangan penubuhan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga di bawah paras kemiskinan dalam manifesto pakatan pembangkang hanya satu tawaran manis untuk menarik sokongan pengundi di Sarawak dan ia sebenarnya tidak mampu untuk dilaksana seperti apa yang berlaku di Selangor yang berada di bawah pemerintahan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Rakyat Sarawak jangan terpengaruh dengan janji mereka.. banyak janji yang pakatan gagal laksanakan di negeri yang dimenangi mereka.. inilah masa untuk rakyat Sarawak menghalau Pakatan balik ke semenanjung.. jangan bagi mereka kacau rakyat Sarawak!!!


Khamis, April 07, 2011

Che Gu Bard yang dungu

3 Komen!!!
Adakah ini standard pemimpin PKR.. kalau cakap mesti tiada bukti.. cakap je lebih...

Si mamat ni buat cerita murahan.. macamlah rakyat ni bodoh sangat.. mamat ni cakap “Ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar, namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar,”.

Biasalah PKR kononnya nak tunjuk baik... atau dengan kata lain PKR dah kehabisan isu.. sedangkan siapa dahulu yang keluarkan gambar Najib dengan Altantuya.. hebat super impose yang dibuat balaci Pakatan..

Sekarang disebabkan PKR dah gagal pertahankan salah laku moral kepimpinan mereka.. mereka pula menuduh UMNO yang mengamalkan politik keji.. piiiiiirah!!!

Tak payahlah nak berlakun wahai PKR.. rakyat percaya jika PKR miliki gambar sebagaimana yang didakwa pemimpin PKR nesacaya dah keluar di akhbar.. tapi setakat ni rakyat dapat tengok siri pembohongan demi pmbohongan pembangkang.

Sudahlah.. janganlah Pakatan nak perbodohkan rakyat lagi...  

Sabtu, Februari 26, 2011

Anwar, Nik Abdul Aziz Pengkhianat Bangsa: Dr M

2 Komen!!!
KAMPUNG GAJAH: Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian," katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini, Sabtu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.

"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam," katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu. -BERNAMA

Ahad, Januari 09, 2011

Anwar serang Hadi?

2 Komen!!!

Bukan lagi habar angin, sembang kosong dan sekadar gosip picisan di antara kem kem pembangkang.

Anwar Ibrahim akan mengadap Hadi Awang petang ini sebagai langkah berdamai akibat perbuatan 'langgar lari' bloggers pencacai PAS yang lebih berkiblatkan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.


Pertemuan empat mata ini disertai oleh Nik Aziz dan Khalid 'Gagap dan Bengap' Ibrahim berlangsung di Shah Alam.

Agenda utama perjumpaan dijangka memberi fokus kepada pertemuan 24 Disember bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena majlis santapan di Istana Terengganu.

Umum mengetahui, Perdana Menteri dan Nik Aziz diam membisu (keeping mum) hasil dari pertemuan.

Dan seperti biasa, Saifuddin 'The Spinner' Nasution cuba menenangkan keadaan hanya berkata perjumpaan tersebut hanyalah menyentuh pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, kes liwat Anwar dan juga Program 100 Hari.

GWM cukup pelik dengan kenyataan Saifuddin 'The Spinner' Nasution.

Sedangkan Mustafa Ali dan Khalid 'The Church' Samad, masing masing membuat kenyataan pertemuan ini akan menyentuh isu perjumpaan UMNO dan PAS pada 24 Disember lalu.



Anwar Ibrahim semakin kalut berikutan ramai pihak mahukan Karpal Singh diheret ke Mahkamah atas sumpah bohong (perjury) dan menghina Parlimen.

Karpal Singh mungkin akan disubpoena oleh Pendakwaraya sebagai saksi dalam kes liwat beliau. Dan yang paling buruk, jika Karpal Singh mempunyai bukti dan keterangan mengenai kegiatan liwat yang akan mengakibatkan beliau dipaksa berhenti dari mewakili Anwar Ibrahim berdasarkan Peraturan Guaman (Amalan dan Etika) 1978.

Nyawa politik Anwar Ibrahim semakin berada di hujung tanduk. Langkah terakhir adalah mengadakan perdamaian dengan Hadi Awang atas serangan bloggers pencacai PAS upahan beliau.

GWM : Khabarnya ada solat hajat malam ini di Shah Alam ... Minta Hadi Awang dan juak juak PAS berdoa agar terbuka pintu hati Anwar Ibrahim mengaku dengan aksi aksi liwatnya! Anwar, Anwar ..
 
Sumber : GWM

Rabu, Disember 22, 2010

Isu APCO : terbukti Anwar memperbodohkan rakyat!!!

2 Komen!!!
KUALA LUMPUR 22 Dis. — APCO Worldwide hari ini berkata, satu afidavit yang baharu sahaja dikeluarkan membuktikan apa yang dikatakannya sebelum ini bahawa ia tidak terlibat dengan program “One Israel” adalah benar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini mendedahkan kepada umum satu afidavit daripada perunding politik yang terlibat dengan “One Israel” yang menyatakan bahawa dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap APCO adalah palsu.

"Sebarang kenyataan mendakwa APCO terlibat dengan ‘One Israel’ adalah palsu. Juga tidak benar ialah APCO terlibat dengan kewujudan 1Malaysia,” kata APCO, firma perhubungan awam antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan Malaysia, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu pejabatnya di Washington.

Syarikat itu berkata, ia pertama kali mendapat tahu mengenai inisiatif 1Malaysia pada awal 2009, beberapa bulan selepas ianya diumumkan dalam satu ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

APCO juga berkata ia telah bekerjasama dengan jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Rakyat dan telah memberikan maklumat yang lengkap dan benar bersama bukti berhubung dakwaan palsu terhadap syarikat itu. -

***
Kata Aspirasi: rakyat dah tahu Anwar ni memang kaki penipu!!!

Utusan Malaysia

Malaysia muflis 2013

3 Komen!!!
Kalau dahulu, Idris Jala mengatakan Malaysia akan muflis 2019 jika tidak melaksanaan perbelanjaan secara berkhemah dan berkesan iaitu dengan tempoh 19 tahun.

Namun jika pembangkang memenangi Pru-13, Malaysia akan muflis pada 2013 iaitu seratus hari selepas Pakatan Muflis memerintah negara.

Cuba lihat sahaja dengan gula-gula 100 hari Pakatan Muflis seperti yang disebut:

1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

* apakah makna tranformasi Pakatan Muflis.. cuba lihat CAT.. Selcat dan Jawatankuasa pemilihan Pusat PKR (JPP).. semua ini atas nama politik.. sudahlah tidak telus, semakin banyak pula menipu rakyat.. sesiapa yang menentang mereka pula akan segera dihukum.. adakah ini reformasi yang dicakapkan.. adakah rakyat harap reformasi sebagaimana alam pemilihan PKR dan DAP..

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

*Perkara ini tidak akan dimansuhkan, kerana mereka ini berdendam dengan BN.. selepas ni ramai pemimpin BN akan masuk dalam ISA.

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

*Apabila DS Najib mula mengumumkan bahawa tol Plus tidak akan naik selama 5 tahun.. maka dengan segera LIM GUAN ENG menuduh.. bajet 2011 sebagai pilihanraya.. tindakan kerajaan menggunakan KWSP sebagai menggunakan wang rakyat dan akan menyebabkan muflis.. tapi lihat siapa yang bercakap sekarang.. dengan tidak menaikkan kadar tol pun, perbelanjaan sudah menelan RM 23 bilion untuk pengambilalihan.. jika nak jadi tol free dengan hutang pembangunan sedia ada pastinya kerajaan akan bayar hutang berlipat kali ganda.. kerana hutang syarikat PLUS akan diambil alihn kerajaan.. tidakkah ini menambah beban kewangan kerajaan.. selain kerajaan juga perlu kelurakan duit untuk membuat penyelenggaran jalan yang berkualiti..

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

* kita mengetahui pemberian subsidi kepada swasta tujuannya adalah untuk rakyat mendapat perkhidmatan dengan lebih baik dan dengan harga yang murah.. Apa pun akhirnya kerajaan juga perlu keluarkan kos bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan terbaik.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

*Kenapa perlu perlu dinaikkan gaji guru sahaja.. bagaimana dengan kakitangan awam yang lain.. tidakkah mereka ini juga membantu.. ataupun Pakatan Muflis tidak mengiktiraf kakitangan yang lain selain guru.


Jumlah guru lebih kurang 400,000 orang guru diberikan imbuhan bulanan sebanyak RM500, ini bermakna kerajaan pembangkang perlu membelanjakan RM200 juta sebulan dan jika diukur setahun ia membabitkan kos RM2.4 bilion... setahun.. baru guru sahaja..


tetapi ada baki 800,000 lagi kakitangan awam yang lain yang tidak diiktiraf oleh Pakatan Muflis.. kita faham Pakatan Muflis mahu berin insentif kepada guru kerana guru-guru yang menyokong pembangkang... mereka lebih banyak berpolitik dari mengajar murid.


''Dia kata ada duit jadi kita bacalah (andaikan) tapi implikasinya kalau naik gaji guru tapi tak naik gaji pegawai kerajaan lain yang berjumlah 1.2 juta orang, macam mana?


800,000 kakitangan awam jika diberi sebulan rm 500, keseluruhan perbelanjaan sebulan sebanyak rm 40 bilion.. baru sebulan.. jika setahun 480 bilion..

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

* Dengan Kedah dan Pulau Pinang dah naikkan harga air serta menaikkan elaun untuk lembaga pengarah syarikat air di negeri Pakatan... sebenarnya mereka ini tidak berminatpun sebenarnya nak memulangkan kembali syarikat air ini kepada rakyat.. apatah lagi pemimpin pakatan muflis diberi elaun lembaga pengarah.. jika benar mereka hendak memulangkan semula air kepada rakyat sepatutnya mereka dah tunjukkan usaha untuk mengambil alih syarikat air..

Di selangor pun bukanlah beri air secara percuma

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar...

* Perkara yang dibuat ini sedang dibuat oleh kerajaan BN.. kira macam meniru jelah..


8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

* lihat sahajalah ladang rakyat Kelantan siapa yang uruskan.. nak cakap banyak pun tak guna.. habis tanah difaraid kepada pemimpin PAS Kelantan..

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

* Kita lihat sahajalah perbelanjaan yang mahu dibuat sekarang dengan subsidi mahu ditambah, PLUS mahu diambil alih.. elaun untuk kakitangan awam dan pelbagai lagi.. jadi nak 'cekau' duit kat mana.. inilah dia.. dia nak perah duit minyak.. semuanya akan disalukan untuk subsidi.. perlu diingat keadaan ekonomi bukan selalunya baik.. harga minyak naik dan turun.. ini akan menjadi tempat deposit duit mereka untuk difaraidkan..

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

* Apa keperluan suruhanjaya diraja ini.. mahu menghalau balik atau bagaimana.. perlu dilihat kepada mekanisme.. pusat tahanan PATI tak cukup, proses untuk hantar rakyat ke negara asal bukan senang.. apatah lagi jika tiada dokumen.. seperti anak-anak mereka yang lahir semasa mereka berada di negara ini... ianya melibatkan dua negara. dan bukan mudah nak diuruskan. Ini juga memerlukan kos yang banyak..

Jumlah subsidi negara meningkat kepada RM24.5 bilion tahun lalu, merangkumi 15.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan berbanding RM10.1 bilion pada 2006... jika dengan subsidi lagi yang akan dibagi.. angka 74 bilion pasti tercapai...

Bayangkan dengan hutang negara sekarang dan perbelanjaan yang akan dilakukan oleh Pakatan Muflis... negara tidak perlu 2019 untuk muflis.. sudah memadai jika Pakatan Muflis perintah Malaysia 100 hari.. lingkup negara ini..

Khamis, Disember 16, 2010

Awas!!! Beruk terlepas di Dewan Rakyat- drama murahan Pakatan bertaraf sampah

4 Komen!!!
Syabas Speaker... memang hebat!!!

Jika Speaker berlembut dan tak bertindak tegas, Pakatan ni pasti pijak kepala dan mempermainkan Speaker..

Ianya adalah isyarat yang jelas.. tidak kira siapapun mesti bertanggungjawab dengan apa yang dibuat.. Semua pihak mesti menghormati Dewan Rakyat yang menjadi simbol dan lambang demokrasi negara.

Apabila ada pihak sengaja merosakkan reputasi Dewan Rakyat dan apatah lagi sabotaj Dewan Rakyat dengan niat hendak membrukkan nama negara demi kepentingan politik mereka.. perkara ini tidak boleh diterima..

Kepada pemimpin Pakatan.. tolong jangan perbodohkan rakyat... rakyat dah muak dengan drama murahan ala sampah Aljuburi...

Ianya bukan kerana hendak membuat rekod walaupun merupakan Sejarah Dewan Rakyat mengenakan hukuman gantung enam bulan membabitkan tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam sehari selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami nasib yang sama hari ini.

Ketiga-tiga wakil rakyat itu ialah Ahli Parlimen R. Sivarasa (PKR-Subang), Azmin Ali (gambar) (PKR-Gombak) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) berhubung kesalahan menghina Dewan Rakyat dengan mendedahkan prosiding Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mendengar kes Anwar-APCO.

Cuba lihat mereka mempermainkan Dewan Rakyat yang mulia.. dah jadi macam zoo.. mereka ni umpama beruk-beruk yang terlepas dari kandang!!!

Tindakan Anwar dan kuncu-kuncunya memang dah diduga.. sekarang apa yang dibuat hanya nak simpati Pilihanraya.. tidak ada yang barunya dalam modus operandi Pakatan..

Selepas ini mereka akan menyalahkan BN.. ini pun macam biasa.. mereka akan menyalahkan orang lain.. tetapi sendiri punya salah mereka tak cerita pada orang ramai.

Sudahlah Anwar... tak payahlah berlakon lagi... satu dunia dah tahu Anwar ni kaki jubur!!!

Jumaat, Disember 03, 2010

Persamaan Wan Azizah dan Hj Hadi..

6 Komen!!!
Kedua-dua mereka merupakan memegang jawaran utama dalam Parti masing-masing.. dengan kata lain mereka memegang bukan calang-calang jawatan.. iaitu presiden bagi setiap parti.. walaupun parti ini banyak perbezaannya seperti dasar perjuangan yang berbeza.. namun kedua pemimpin ini mempunyai persamaan antara parti PKR dan PAS..

Persamaannya ialah.. kedua-dua presiden parti ni digelar PRESIDEN TUNGGUL..

Hakikatnya pemimpin ini tiada suara bahkan mereka ini tiada pengaruh... walaupun jawatan mereka adalah presiden..

Dalam PKR.. semua orang mengetahui bahawa suara yang berpengaruh ialah ANwar aljuburi.. Presiden tidak ada kuasa langsung.. kita lihat bagaimana Anwar 'overule' semua arahan dalam PKR..

Sebagai ketua umum sebenarnya bukanlah ada jawatan eksekutif.. dan ini pastinya termaktub dalam perlembagaan parti... namun apa yang ada dalam PKR ialah ketuanan Anwar.. pi mampuslah dengan perlembagaan.. parti ni Aljuburi yang punya..

Kisah dalam PAS juga tidak jauh bezanya dengan PKR...

Setiap kali apa yang dicakap Presiden akan di 'overule' oleh Nik Aziz.. mursyidul Am.. dalam bahasa Melayunya.. ketua umum la..

Banyak perkara lebih sudu dari kuah.. banyak kenyataan nik Aziz mendahului Presiden.. jadi apa sebenarnya taraf presiden PAS... SAMPAH.. tak berguna..

Cuba lihat kenyataan antara Nik Aziz dan Hj Hadi semasa kes kenyataan Anwar untuk lantik Kit Siang jadi TPM..... Mula-mula Hj Hadi dah jelaskan dalam Pakatan tidak menentukan siapa bakal jadi PM dan TPM...

Tapi apa kenyataan Nik Aziz.. dia kata sesiapa boleh Jadi TPM dan menyokong Kit Siang..

Tidakkah ini kenyataan bercanggah antara mereka dalam pemimpin Pas..

Tapi kata siapa yang akhirnya diikut.. tentunya Nik Aziz.. kerana dia cakap demi nak dapatkan undi orang Cina... walaupun terpaksa singkirkan Hj Hadi dari kerusi TPM... kerana Nik Aziz tidak pernah sebutpun PAS nak jadi TPM..

Mungkin ini disebabkan takut atau dengki Nik Aziz kepada Hj Hadi yang melawan beliau ketika pemilihan PAS yang lalu..

Maka terbuktilah.. kedua-dua pemimpin sebenarnya hanyalah TUNGGUL dalam organisasi politik mereka....

Khamis, Disember 02, 2010

Hanya ada ketuanan Anwar bukan Rakyat!!!

5 Komen!!!
Menyampah betul aku dengar bila ada pemimpin PKR sebut Ketuanan Rakyat... benarkah ada ketuanan rakyat dalam Pakatan???

Apa jadahnya ketuanan rakyat dalam PKR.. dalam PKR tidak pernah ada istilah ketuanan rakyat.. kini pemimpin PKR kata .. ketuanan Rakyat.. apa yang ada dalam PKR ialah ketuanan Anwar..

Ketuanan 3 A + 1 N... Anwar.. Azizah.. Azmin dan Nurul Izzah.. Krrrrrroooonismeee...

Kini PKR nak kata dan laungkan slogan Ketuanan Rakyat.. ini pemimpin paling hipokrit... dalam PKR pun masih tak boleh nak praktik ketuanan Rakyat..

Kita lihat semasa pemilihan PKR yang baru sahaj lepas.. berapa banyak aduan dan pandangan akar umbi di berikan kepada pemimpin mereka.. apa dah jadi kepada mereka semua...

Zaid di pecat dari PKR.. Janapala digugurkan... aduan dibakulsampahkan... mana dia ketuanan rakyat.. dalam PKR sahaja ada Suami , Isteri dan Anak.. ini bukan ketuanan Rakyat.. yang ada hanya ketuanan Anwar sahaja..

Ketuanan rakyat hanya ditimbulkan untuk kaburkan ketuanan Anwar dalam Pakatan...

Kata Khalid gagap “Ketuanan rakyat is a common feature of the democratic process,” [sini]

Buktinya.. macamana Anwar tanpa ada perbincangan dengan komponen Pakatan boleh melantik sesukahati Kit Siang sebagai TPM.. sedangkan tiadapun kesepakatan tentang perkara tersebut.. macam Presiden PAS kata..

Begitu juga DAP bagaimana Kit Siang sebenarnya berkuasa dalam DAP... lihat sahajalh keputusan pemilihan DAP Selangor dan Perak semuanya dengan kehendak Kit Siang.. Bagaimana Teresa kok yang menang dengan undi 437 lebih sahaja dilantik sebagai pengerusi DAP.. sedangkan Jenice Lee yang menang dengan 703 undi hanya duduk dalam jawatankuasa [sini]. Ini semuanya disebabkan kroni dengan Kit Siang.. jika Ketuanan Rakyat dengan undi yang lebih dengan suara rakyat yangt lebih sepatutnya jenice lee yang patut jadi pengerusi DAP Selangor..

Instilah Ketuanan Rakyat hanyalah pembohongan yang tidak wujud dalam Pakatan.. tujuannya adalh untuk memperbodohkan rakyat untuk mempercayai mereka..

Mahasiswa jadi keldai tunggangan Pakatan

0 Komen!!!
Aku tak tahu budak ni punya CGPA berapa?.. Tapai kalau setakat bawah 3 point.. sibuk nak berpolitik, aku nasihatkan balik je.. dok kat universiti tu... fokus naikkan CGPA.. nanti kalau tak dapat kerja, salahkan kerajaan pulak.. tapi kalau dah CGPA hancur.. tu tuan punya badan lah bertanggungjawab...

Budak Melayu ni sibuk nak terlibat dalam politik.. tapi tengok pencapaian mereka tak setara mana pun kat universiti... yang ramai dapat cemerlang yang bukan Melayu.. sebab mereka ni tumpu kepada pelajaran.. jadi kalau keputusan mereak tidak bagus sebabnya mereka ni tak fokus kepada pelajaran dan pencapaian di universiti.. tapi yang tak sedap didengar mereka tetap salahkan kerajaan.

Masa belajar di luar negara dahulu, ada seorang pelajar ni. sibuk pergi usrah sampaikan malam periksan pun.. masih sibuk nak berusrah.. sedangkan dahlah keputusan pelajar ni bukannya baik puan.. tetapi akibat mendahulukan politik.. pelajaran entah dimana.. sekarang pelajar ni dah jadi cikgu.. tu pun guna kabel, maklumlah ramai orang Kelantan yang jadi kakitangan awam... mana-mana ore kito je..

Ni sekali lagi Kumpulan mahasiswa melayu sibuk berpolitik... memang komfirm Melayu.. mahasiswa bukan Melayu tak sibuk Melayu nak berpolitik.. mereka lebih suka cemerlang dalam pelajaran dan dapat kerja yang baik di syarikat besar samada dalam atau luar negara...

Mahasiswa keldai tunggangan Pakatan ni berikrar mengiringi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Ahad ini [klik sini].

Anatar yang terbabit, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) dan akan disertai sekurang-kurangnya 300 mahasiswa dari seluruh Lembah Klang dalam Selangor dan luar Selangor..

Alasanya sebab turut terjejas secara langsung sekiranya tarif air dinaikkan sebanyak 37 peratus... Masa kedah dan Pulau Pinang naikkan harga air tak sibuk pulak pelajar ni.. nak ikut demo.. senyap sunyi..

Nasihat kepada mahasiswa ni.. lebih baik belajarlah.. biar dapat CGPA yang bagus.. orang Cina kerja dapat gaji besar.. budak Melayu dapat kerja jugak.. tapi gaji kecil.. CGPA tak bagus...

Kongsi Link Anda