Popular Today

Rabu, Jun 25, 2008

Maipp kecam Karnival Hari Belia jual arak

0 Komen!!!
Berita Harian 24 Jun 2008 :

1- Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) mengecam kerajaan negeri kerana membenarkan penjualan arak secara terbuka di Karnival Hari Belia Pulau Pinang 2008 di Juru Autocity, Bukit Mertajam, kelmarin(23 Jun 2008)

2- Shabudin Yahaya (Yang dipertua Maipp) :

-“Maipp kesal dengan kerajaan negeri kerana tidak peka dan mengabaikan sensitiviti belia Islam yang turut menghadiri majlis itu”.

-“Tindakan penganjur seolah-olah menggalakkan belia mengamalkan gaya hidup bebas dengan minum arak di khalayak ramai”

-“ Lebih menyedihkan, arak dijual hanya RM3 untuk dua tin bagi menarik pengunjung mendapatkan tiket bagi menyertai peraduan yang disediakan”

-“Gerai menjual arak terletak bersebelahan pentas utama karnival dan beberapa meter saja dari gerai pameran Persatuan Sahabat Belia Pulau Pinang yang memaparkan poster ‘Belia Benci Dadah’”.

- “Gerai arak itu tidak meletakkan tanda amaran melarang remaja bawah umur membeli arak”

-“perkara seumpama itu tidak pernah berlaku sepanjang kerajaan BN memerintah Pulau Pinang walaupun bukan Melayu yang menjadi Ketua Menteri”.

3- Karnival sehari itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Ong Kok Fooi, manakala penutupan dibuat Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Tembelang Khalid Sudah Bocor

0 Komen!!!
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/

Baru hari minggu lepas, kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR meraikan 100 pertamanya, kini kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sudah dipersoalkan oleh ahli-ahli PKR dan juga ADUN-ADUN PKR.

Sebenarnya petanda tidak baik sudah mula timbul semasa perayaan 100 hari yang digembur-gemburkan sebagai meraikan 100 hari untuk kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Perjumpaan yang menjanjikan 100,000 kedatangan terasa amat dingin dan sepi. Ia hanya menarik dalam 10-15,000 orang saja. Jumlah ini hanya menyerupai perhimpunan Black 14 pada April 14hb, 2008 di Kampung Baru. Mungkinkah cara PKR memonopoli pentas dan perayaan telah menyinggung penggiat-penggiat PAS?

Jika dilihat Presiden PAS dan MB-MB PAS yang diwar-warkan hadhir, tidak pula hadhir. Dato Dr Hasan Ali yang sepatutnya berucap bersama-sama Lim Kit SIang tidak berucap. Yang jelas kelihatan, hanya bendera-bendera PKR di sana sini.

Kini sudah terdedah wang sumbangan dari pihak swasta tidak dimasukkan di dalam akaun kerajaan negeri tetapi akaun PKR. Pemuda PAS sudah menyuarakan kekecewaan terhadap insiden ini.

Sekarang timbul pula, isu terbaru. Sebagaimana yang telah jurublog ini tulis sebelum ini, perasaan tidak puashati sudah timbul dari penyokong reformasi asal. Mereka mula menyatakan Khalid sedang berusaha mengetepikan penggiat reformasi dalam perlantikan kounselar-kounselar tempatan.

Perkara ini berlaku ikutan terdedahnya peranan Khalid dalam laporan polis yang dibuat oleh empat ahli PKR terdapat Yahya Saari, pembantunya sendiri. Kini diketahui bahawa abang Khalid sendiri, Hajiman Ibrahim yang telah mengarahkan Remy Iskandar membuat laporan tersebut.

Di dalam sidang akhbar sebelum ini, Khalid telah menyatakan penyiasatan awal menunjukkan tiada kes. Kenyataan ini pelik kerana seolah-olah Khalid bertindak sebagai jurucakap BPR. Dua hari lepas, Khalid pula mengumumkan Yahya digantung selama dua bulan menunggu penyiasatan siap.

Modus operandi Khalid ini menyerupai cara lamanya semasa memegang jawatan CEO Guthrie dan di PNB. Seorang penulis di MyKMU mendedahkan Khalid pernah melakukan cara yang sama di Guthrie. Dia memberi tekanan hingga seorang Pengurus terpaksa bukan sahaja berhenti tetapi hingga berhijrah ke New Zealand untuk mencari nafkah bagi keluarganya.

Mungkinkah salahlaku yang menyebabkan Yahya digantung itu adalah arahan Khalid sendiri? Semalam, akhbar Sinar Harian telah menyiarkan dalam caption, penafian Khalid.

Yahya yang mengetahui mengenai rancangan disebalik tabir oleh Khalid telah bertindak. Dia telah meletakkan jawatan dan ramai akar umbi dan pemegang jawatan yang tidak puas hati terhadap cara Yahya digantung menyokongnnya.

Malam semalam, sekumpulan ahli PKR berdemonstrasi menuntut Khalid meletakkan jawatan di hadapan kediaman rasmi MB di Shah Alam. Ketidak puasanhati terhadap kepimpinan Khalid yang mengikut cara pengurusan lamanya yang “self centered”, otokratik dan memaksa mula terbongkar.

Tunggu masa, mereka mungkin akan sedar cara bergerak Khalid yang penuh dengan hasad dengki yang pernah menyebabkan semua peneroka awal PNB meninggalkan organisasi ini. Kesemua mereka adalah orang-orang berwibawa. Rasmi Khalid adalah cemburu terhadap mereka yang lebih cerdik, bijak dan apa saja yang lebih darinya.

Lama kelamaan mereka mungkin akan sedar akan amalan kronisma Khalid yang telah jurublog dedahkan. Sumber-sumber yang boleh dipercayai dari kalangan ahli-ahli perniagaan Cina menyatakan mereka tidak puas dengan persekongkolan Khalid dengan Dato Lim Kim Hong.

Sumber-sumber yang juga boleh dipercayai menyatakan Khalid sedang menghadapai masaalah dengan bank dalam lingkungan jumlah RM1.8 juta. Dia perlu menampal balik lubang di Bank tersebut agar ianya tidak menjejaskan perjawatannya dalam politik.

Alah bisa tegal biasa. Sebagaimana yang pernah dilakukan, Khalid sedang merancang untuk melencongkan projek dan kontrak kepada rakan baiknya Lim.

Apa pula peranan ahli-ahli korporat ternama di dalam PKR sekarang? Ini pun menjadi isu yang sedang ditimbulkan oleh akar umbi PKR yang melihat mereka sebagai carpetbagger.

Semalam Yahya telah berjumpa Dato Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan empat mata. Apa yang harus Anwar lakukan? Kita jangan lupa pula kata-kata Anwar semasa berkempen untuk Khalid di pilihanraya kecil Ijok. Dia menyatakan mengenali Khalid lama dan yakin dengan kejujuran dan kebolehannya.

Bagi yang mengetahui dan mengenali Anwar, mereka tidak akan menerima bulat kata-kata Anwar yang sentiasa bercambah dan bercanggah.

Jurublog tidak rasa Pakatan Rakyat boleh berpecah hanya kerana insiden ini. Walaupun saya berharap demikian, namun agak tidak adil kepada pengundi jika cepat sangat Selangor kembali kepada pentadbiran BN/UMNO.

Mungkinkah lebih baik, PAS sahaja yang menerajui Selangor? Cuba pula Dato Dr Hasan Ali. Mungkin janji manis mu boleh dikotakan.

Kongsi Link Anda