Popular Today

Khamis, Mac 31, 2011

Lawatan di Kluang : PM teruja sambutan masyarakat berbilang kaum

0 Komen!!!
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my





ANTARA Wong Mei Fong dan empangan Kahang, masing-masing dua perkara berbeza. Sebenarnya, jika tidak kerana orang seperti Mei Fong tentunya tidak mungkin penduduk Kluang, Johor akan memperoleh empangan bagi menangani masalah air yang sekian lama dihadapi lebih 250,000 penduduk di daerah itu.

Sabtu lalu, si empunya nama Wong Mei Fong tiba-tiba popular di kalangan penduduk Kluang, semuanya kerana Jalur Gemilang yang dihadiahkan wanita berusia 70 tahun itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika lawatannya ke daerah berkenaan.
Bagi Mei Fong sendiri, tentunya tidak menyangka pemimpin tertinggi negara itu akan menyebut namanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Rakyat yang diadakan di Dataran Persiaran Datuk Haji Ismail Hassan itu.

Namun, Perdana Menteri yang mengakui teruja dengan sambutan penduduk Kluang terhadapnya membuktikan beliau pemimpin berjiwa rakyat yang menghargai dan mudah tersentuh dengan sebarang tindak tanduk rakyat apabila menceritakan detik pertemuannya dengan wanita berkenaan.

“Di Kluang, saya teruja dengan sambutan yang diberikan, ada yang salam, gamit dari jauh, pegang kuat-kuat tangan saya, ada yang ambil gambar dan tandatangan tetapi ada seorang wanita Cina, Wong Mei Fong beri saya sehelai bendera Malaysia berusia 51 tahun.

“Apabila saya tanya kenapa beri bendera ini kepada saya, dia jawab: “Kerana Datuk (Najib) buat 1Malaysia dan saya sokong 1Malaysia dan Barisan Nasional (BN).

“Saya terharu kerana perempuan tua bangsa Cina menyokong dan setia pada kerajaan, malah beliau juga beri surat dua muka surat dalam bahasa Mandarin, jadi saya kena balik dan terjemah tetapi ini antaranya yang beri semangat pada saya sampai tidak rasa letih kerana rakyat Malaysia beri sokongan. Terima kasih pada semua dan masyarakat Kluang khususnya,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh lebih 10,000 penduduk yang hadir pada majlis berkenaan.





Meneruskan ucapannya, Perdana Menteri secara selamba berkata: “Sebab budi baik rakyat, saya begitu tergerak hati untuk membantu bandar Kluang dan masyarakat Kluang untuk terus mendapat kualiti hidup lebih selesa.”

Ketika itu, makin terpancar keceriaan pada wajah penduduk yang hadir kerana terdahulu Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengutarakan masalah catuan air yang sering dihadapi penduduk bandar yang namanya berasal daripada perkataan ‘keluang’ yang juga sejenis kelawar itu.

Perdana Menteri tidak mahu peristiwa pada sambutan Tahun Baru Cina 2010 iaitu penduduk di bandar yang wujud pada awal 1910 itu terpaksa mencatu air berulang menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan tidak menentu.

“Saya peka dengan masalah ini, sebab jika tidak ada air, perkara ini akan sentiasa menghantui fikiran rakyat dan sebagai kerajaan yang mendahulukan masalah rakyat, kita akan mengatasinya dan selepas dengar dari Menteri Besar (Johor), saya setuju luluskan peruntukan untuk menyelesaikan masalah air di Kluang melalui pembinaan empangan Kahang membabitkan peruntukan RM105 juta,” katanya menganggap masalah itu sangat berat untuk terus ditanggung rakyat.

Hadiah kepada penduduk Kluang itu juga membuktikan penghargaan Perdana Menteri berikutan sambutan memberangsangkan di kalangan rakyat yang menyambut kehadirannya, bermula di Muar sebelum ke Kluang. Ketika di Muar, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa makan cendol ketika melakukan tinjauan mesra di situ.

“Penat lelah pun hilang walaupun jadual ketat dari pagi. Setiap tempat yang dikunjungi sambutan diterima amat memberangsangkan hingga saya tidak tahu bagaimana nak tafsir sambutan begini meriah,” katanya yang kini dalam siri lawatan ke negeri seluruh negara. Johor adalah negeri kedua dilawati Perdana Menteri selepas Sarawak.

“Di Kluang, saya dibawa ke pangkalan bas dan teksi, naik tangga dua tingkat tanpa lif. Nasib baik kesihatan mengizinkan, kemudian makan pula ubi kayu rebus dengan ikan bilis dan sambal ikan bilis dengan ikan kering sambil mendengar masalah dihadapi dan mencari jalan bagaimana untuk menolong rakyat,” kata pemimpin nombor satu negara menegaskan beliau adalah milik rakyat Malaysia dan mengakui sedia menghambakan diri kepada rakyat.

Ketika ini, bibit-bibit pilihan raya umum dapat dirasakan apabila Pengerusi BN itu berkata: “Apakah ini (sambutan meriah) petanda bahawa sokongan sudah kembali kepada BN, apakah ini dalil atau bukti Johor tetap kekal sebagai kubu kuat BN, apakah ini isyarat kawasan kita pinjamkan buat sementara kepada pembangkang akan kembali kepada BN?”

Bagai kata Perdana Menteri, semua ini sebenarnya di tangan rakyat Malaysia dan kerajaan tidak memaksa rakyat untuk mendaftar sebagai pengundi, juga tidak paksa rakyat keluar mengundi, begitu juga tidak paksa rakyat mengundi mana satu parti, tetapi hakikatnya kerajaan

Kongsi Link Anda