Popular Today
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan
Selasa, Mac 29, 2016
Selasa, September 30, 2014
Lagi fitnah jahat ke atas kerajaan Negeri Johor!!
Kerajaan Negeri Johor mahu pemaju Forest City supaya mematuhi Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan hidraulik sebelum membangunkan projek di Tanjung Kupang, Gelang Patah itu. Ini penting bagi memastikan kebimbangan rakyat seperti isu alam sekitar diberi perhatian sepenuhnya dan segala peraturan yang ditetapkan di negara ini dapat dipatuhi.
Kerja penambakan bukan sesuatu yang asing kerana banyak negara dan negeri yang melakukan tambakan termasuk Singapura juga telah lama melakukannya. Kita juga belajar dari Singapura.
Ada penulisan penulisan jahat menyebarkan khabar angin tidak berasas kononnya sebanyak 10 padang golf akan dibina di atas tanah penduduk .
"Ini tidak benar dan Kerajaan Negeri tidak pernah bersetuju tanah orang kampung diambil bagi membina padang golf seperti didakwa."
Saya juga memberi jaminan bahawa tidak ada tanah penduduk kampung akan diambil untuk tujuan pembangunan projek tersebut.
Mohamed Khaled Nordin
Selasa, September 16, 2014
Terima kasih BN : Masyarakat Siam Kg Jubakar Darat, #PengkalanKubor
Itulah antara yang diucapkan oleh masyarakat Siam yang hadir di Wat Machimaram, Kg Jubakar Darat, Pengkalan Kubor.
Ucapan itu muncul kerana BN sentiasa dianggap memperjuangkan nasib masyarakat Siam tanpa putus dengan memberikan pelbagai bantuan.
Pagi tadi telah berlangsung majlis mesra masyarakat Siam bersama Timbalan Perdana Menteri. Antara tokoh lain yang hadir ialah YB Dato Sri Mustapa Mohamed (Pengerusi BN Kelantan), YB Dato Sri Shahidan Kassim (Menteri di JPM), YB Senator Dato Boon Som Inong (Ketua Masyarakat Siam Malaysia), Dato Mohd Rosdi Abd Aziz (Pemangku Pengerusi BN Tumpat), Prak Khru Wikthet Tammanard (Than Tit) Ketua Sami Watt Machimaram, Hj Mat Razi Mat Ail (Calon BN) dan Eh Chot Cha Chan (Pengerusi Masyarakat Siam Kelantan).
Pelbagai masalah telah didengari oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan diambil tindakan. Di situ juga, YAB Timbalan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan khas untuk tabung pendidikan Masyarakat Siam di sana.
Isnin, September 15, 2014
Jawapan Calon BN mengenai isu serban yang dituduh oleh PAS!! #PengkalanKubor #OgheKito
Terima kasih Us Mat Razi, Calon BN yang menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh PAS..
PAS sepatutnya tidak menjadikan isu mengenai calon BN memakai serban ini.. macam tak de isu langsung.. apatah serban ini adalah pakaian nabi..
Khamis, Mac 13, 2014
#VoiceForKajang : Video yang pakatan tidak mahu lihat
)
Seorang wanita kecil yang tegas dan berprinsip.. menjadikan integriti dan kredibiliti sebagai tagline kempen pilihanraya!!
bukanlah mudah seorang wanita yang dikenali Chew Mei Fun untuk berhadapan dengan raksaksa seperti Anuwar yang memang Kajang ini adalah kubu mereka..
Namun itu semua bukan halangan bagi Chew Mei Fun untuk berkhidmat kepada rakyat.. apatah lagi pengundi Kajang tidak perlu rasa rugi kerana kekalahan PKR sudah tentu tidak memberi kesan kepada Kerajaan negeri.. apatah lagi dengan pembangkang yang kuat di Selangor akan memberi check n balance.
Jika sesuatu kerajaan terlalu kuat adalah tidak baik dan perlukan suara pembangkang yang kuat barulah hasrat rakyat didengari oleh kerajaan negeri.
Suara seperti Chew Mei Fun amat diperlukan pengundi kajang apatah lagi dengan kenaikan Gaji MB dan kroni-kroninya yang berlipat kali ganda tetapi tidak setara dengan perkhidmatan yang diberikan. Kes denggi, isu sampah, longkang tersumbat.. isu ini berlaku kerana YB PR dan ahli majlis mereka gagal memainkan peranan..
Oleh itu, mereka ini perlu ditegur oleh suara seperti Chew Mei Fun apatah lagi tiada langsung wakil pembangkang dari kaum Cina di negeri Selangor. Berikanlah peluang.. Sampaikan suara anda melalui Chew Mei Fun..
#VoteForChewMeiFun
#VoiceForKajang
#SuaraUtkKajang
#PRKkajang : Tabik kepada Bridget Kesatria Muda Malaysia!!
Rabu, Mac 12, 2014
#PRKKajang : Kenali Chew Mei Fun "Mudah dihubungi, senang didekati"
Chew Mei Fun, seorang calon Mudah dihubungi, senang didekati
KAJANG 11 Mac - Jika ada perkara yang perlu diambil kira masyarakat Kajang dalam menilai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun, ialah rekod perkhidmatan dan pengalamannya, baik dalam kerajaan mahupun parti.
Berdasarkan rekod, Chew berpengalaman luas sebagai anggota pentadbiran kerajaan dan telah memegang pelbagai jawatan bermula sebagai setiausaha parlimen bagi Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2004 hingga 2008.
Beliau pernah dilantik sebagai pengerusi Kaukus Pemimpin Wanita Cina Malaysia yang bertanggungjawab untuk menggalakkan perhubungan dan pertukaran antara pertubuhan wanita masyarakat Cina dan kementerian itu.
Chew juga telah membawa ke tengah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mengenai wanita (NGO Wanita) untuk membincangkan dasar wanita negara dan mengemukakan memorandum mengenai isu-isu wanita kepada pihak berkuasa.
Semangat dan kesungguhan beliau dalam menjuarai isu-isu wanita, baik sebagai anggota kerajaan mahupun parti, telah mendorong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik beliau sebagai timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat pada 2009.
Selain memperjuangkan hak wanita, Chew yang kini merupakan naib presiden MCA, aktif dalam kerja kemasyarakatan yang mendorong beliau menubuh dan mengetuai Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) yang terlibat dalam bantuan krisis dan bantuan sosial.
Di arena politik, Chew pernah menjadi anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selepas menewaskan Liu Tian Khiew (DAP) dan Wee Chek Aik (MDP) dengan majoriti 2,481 undi pada pilihan raya umum 1999.
Beliau mengekalkan kerusi yang disandang bagi penggal kedua selepas menewaskan Liu dengan majoriti 15,043 undi, namun gagal mempertahankan kerusi itu pada 2008.
Pada 8 April 2010, Chew mencipta kontroversi apabila mengumumkan keputusannya melepaskan semua jawatan sebagai ketua Wanita MCA dan ketua Wanita MCA Selangor serta ketua Skuad Bantuan MCA berkuat kuasa serta merta akibat perselisihan dengan pucuk pimpinan parti.
Dalam kegigihannya memberi perkhidmatan kepada rakyat, Chew mengakui tidak kisah dilemparkan label seperti anggota parlimen longkang, asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.
Malah, dalam beberapa pertemuan awalnya menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, jadual Chew turut diisi dengan aktiviti pencegahan wabak denggi selain menunjukkan tekad untuk mewujudkan persekitaran lebih baik bagi warga Kajang.
Pada pilihan raya kecil DUN Kajang pada 23 Mac, Chew yang merupakan anak jati Selangor akan berdepan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan calon bidang terjun setelah mengambil tempat suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada asalnya dikatakan akan bertanding kerusi berkenaan.
Anwar terpaksa membatalkan hasratnya bertanding susulan tindakan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya Jumaat lepas atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Kerusi DUN Kajang dikosongkan penyandang daripada PKR iaitu Lee Chin Cheh, dipercayai untuk memberi peluang kepada Anwar bertanding dan seterusnya merebut jawatan menteri besar Selangor.
Artikel Penuh: http://splashurl.com/m4l9e7f
Selasa, Mac 06, 2012
Ahad, Mac 06, 2011
PRK Merlimau : BN kini dahului dengan majoriti 3372
Keputusan PRK Merlimau Setakat 7.00 mlm.. dengan 6 peti undi.. BN mendapat 5319, PAS 1947.. dengan majoriti 3372...
Doakan kejayaan cemerlang BN!!!
Doakan kejayaan cemerlang BN!!!
Isnin, Januari 24, 2011
PRK Tenang : Janji PRK Tenang, Jelas PAS memang PENIPU!!!
Pembohongan Calon PASberg..
DIN Puduraya akui PASberg memang tak mampu untuk selesaikan masalah rakyat... jadi apa guna PASberg bertanding.. takkan YB PASberg hanya makan gaji buta!!!
Dalam sidang media ni.. nampaknya Calon PASberg ni nampak macam tak berupaya nak jadi YB.. manakan tidak sepatutnya calon PASberg lah yang cakap tentang janji beliau... kenapa si DIN Puduraya pulak yang cakap...
Ini menunjukkan kepimpinan PASberg sendiri tidak yakin dengan calon mereka!!!.. apatah lagi ini adalah calon wanita... ini membuktikan pemimpin PASberg memperkecilkan peranan kaum wanita!!!
Ini diakui pemimpin PASberg ini!!!, beliau berkata "usaha ini dilihat praktikal kerana semua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pembangkang Negeri johor telah dijadikan anak angkat oleh kerajaan BN/ UMNO dengan motif untuk memenangi PRU-13"
Jadi apa peranan YB PASberg.. sapi punya susu, lembu dapat nama,,, sebab hakikatnya PASberg memang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat.. yang mampu menyelesaikan masalah rakyat adalah BN.. jika dilihat hakikat ini.. PASberg dari asal memang tidak tidak perlu bertanding.. kerana mereka tahu mereka tidak akan menyelesaikan masalah rakyat!!!
Jadi kenapa PASberg bertanding walaupun mereka tahu, PASberg tidak akan menang!!!
Ini semua kerana YB PASberg hanya nak makan gaji buta!!!
PASberg bangkitkan soal isu pengambilan wang tanam semula, isu gred yang rendah buah kelapa sawit, isu peluang pekerjaan dan penempatan generasi ke-2 Felda, isu permohonan tanah pertanian, masalah perparitan dan kemudahan asas dan isu peluang peniagaan di labis... tapi PASberg kata yang selesaikan masalah ini ialah kerajaan BN.. jadi apa perlu YB PASberg.. setakat jadi posmen hantar surat.. inikah standard YB PASberg.. hanya mengambil kesempatan yang BN lakukan untuk membangunkan rakyat setempat..
Tindakan kerajaan BN membangunkan kawasan DUN yang kalah membuktikan kerajaan BN ialah kerajaan yang adil dengan mengambil kira kebajikan rakyat!! bukan yang memilih untuk menyampaikan bantuan kepada kawasan YB BN sahaja.. tetapi kepada semua kawasan..
Ini membuktikan memilih calon PASberg ialah perkara yang sia-sia dan membuang masa.. hakikatnya cikgu malas ke, Dr Syeikh Ibrahim atau siapapun YB PASberg di Johor hanya makan gaji buta dan tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat..
Oleh itu kepada semua pengundi DUN Tenang.. jadi pengundi yang bertanggungjawab... jangan undi YB yang akan makan gaji buta dan tidak mampu selesaikan masalah rakyat...
Undilah calon BN... yang komfirm boleh selesaikan masalah rakyat!!!
Hidup BN
Ahad, Disember 05, 2010
Teks Ucapan DS Najib sempena Konvensyen BN 2010
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan barisan kepimpinan tertinggi Parti Parti Komponen Barisan Nasional (BN) menyanyikan lagu "Barisan Nasional" sambil mengibarkan bendera BN pada Konvensyen Barisan Nasional 2010 di Wisma MCA di sini, Ahad. Turut sama Timbalan perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto BERNAMA
**************************************
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Yi ge Malaysia [Cina],...
Oray Malaysia [Tamil],...
Ndi Malaysia [kata Bidayuh],...
Ji Malaysia [kata Orang Ulu],...
Ise’ Malaysia [kata Kadazan & Dusun],...
Saumi Malaysia [kata orang Murut],...
atau kata orang Iban pula Sato Malaysia
YAB Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
Naib-Naib Pengerusi Barisan Nasional
Ahli-Ahli Dewan Tertinggi Barisan Nasional
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional
Menteri-Menteri
Timbalan-Timbalan Menteri
Ahli-Ahli Yang Berhormat
Presiden dan wakil-wakil dari Friends of Barisan Nasional, KIMMA, IPF, Makkal Sakti dan MIUP
Para perwakilan Barisan Nasional terdiri daripada 13 parti komponen
Para Pemerhati
Wakil-wakil media
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,
1.Pertama sekali, marilah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Dewan San Choon yang indah, dalam penuh kesepakatan, dengan kebulatan tekad dan suasana yang begitu harmonis.
2.Sesungguhnya, perhimpunan pada hari ini, membuktikan kepada dunia bahawa, sebagai rakyat Malaysia, we stand united, indivisible with one purpose, that, of building a better future. Apa yang penting kepada kita, yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya, semua dapat berkumpul beramai-ramai, tanpa rasa takut, tanpa rasa bimbang mahupun gundah gulana terhadap keselamatan diri masing-masing.
3.Ia sekali gus menjadikan telahan para prophets of doom and gloom yang telah meramal dan menujumkan kemusnahan Malaysia selama ini oleh sebab faktor kepelbagaian kita, terbukti salah sama sekali.
4.Sesungguhnya, walau apa warna kulit kita, walau apa anutan kepercayaan kita, walau apa pun taraf sosioekonomi dan di mana sekalipun berada, kita tetap teguh berpadu di bawah payung 1Malaysia.
5.Ternyata pula, Malaysia telah dikurniakan dengan segala nikmat dan kedamaian, sehingga kita mampu berjalan sejauh ini. Dalam keadaan banyak negara majmuk lain di dunia, ditandai dengan bermacam krisis dan konflik, jalan yang dilalui Malaysia jelas istimewa. Kita telah merintis jalan yang panjang dan berjaya menguruskan kepelbagaian yang ada dengan begitu baik.
Tuan-tuan dan puan-puan,
6.Kejayaan terbesar kita adalah menukarkan kerumitan pelbagai yang wujud atau “a potential achilles heel” kepada kelebihan persaingan atau “competitive advantage”. Di sini, sama ada kita sedar atau tidak, ia bukanlah pencapaian yang kecil mahupun lazim, sebaliknya ia adalah satu pencapaian yang amat signifikan serta begitu monumental dalam sejarah pembikinan Malaysia.
7.Pendek kata, kejayaan ini begitu mengkagumkan kerana kita tidak mengambil jalan mudah mengamalkan kaedah ‘kawah pelakuran’ atau ‘melting pot’ dalam membina sebuah negara, di mana perbezaan yang wujud terpaksa dikorbankan manakala identiti tunggal perlu pula dicipta. Waima, kita tidak pernah berusaha melenyapkan mana mana budaya, tidak juga pernah cuba menukar asal usul sesiapa. Hatta sampai sekarang ini, masing-masing bebas mengekalkan jati diri.
8.Misalnya, kalau nama Samy Vellu, tak payah tukar jadi Suhaimi atau Sazali. Kalau Chua Soi Lek, tak payah tukar jadi Salleh, So ud atau Ayoub, kalau John Ambrose tu John Ambrose lah, tak payahlah jadi Johan Ambrose. Sehinggakan, orang Asli sekalipun bebas mengekalkan identiti mereka. Bahkan, kita harus berbangga bahawa kita satu-satunya negara di dunia, membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang mengekalkan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar.
9.Ini jelas memperlihatkan bahawa, rakyat Malaysia bukan setakat toleran terhadap kemajmukan, malah kita sesungguhnya melangkah setahap lagi dengan meraikan kepelbagaian itu. Kita telah memilih jalan yang wajar dengan mengaplikasi kaedah integrasi di mana perbezaan yang unik digabungkan dalam sebuah keluarga besar, saling mengukuh dan menyokong, bukannya untuk memusnahkan identiti mana-mana bangsa.
Tuan-tuan dan puan-puan,
10.Hari ini, pagi ini, sekali lagi setelah konvensyen lalu pada tahun 1995, perwakilan tiga belas buah parti komponen dari kesemua tiga belas Negeri dan Wilayah Persekutuan seluruh Malaysia, duduk berhimpun, terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan, berkumpul, dengan satu tekad, satu hati dan satu matlamat yakni untuk memastikan kesejahteraan rakyat didahulukan.
11.Tambahan pula, konvensyen kali ini berlangsung di Wisma MCA, sebagai satu tanda bahawa kita adalah rakan kongsi saksama dalam mengkhidmati rakyat. Indeed, we are committed partners in our endeavour to serve the Malaysian people.
12.Kata orang, we stand on the shoulder of giants, bapa-bapa kita selaku para pendahulu. Mereka telah merintis warisan paling agung yakni mekanisme perkongsian kuasa dan kerjasama politik antara kaum yang telah terbukti paling berkesan, paling praktikal dan kekal merentasi masa.
13.Sudah barang pasti, pendahulu-pendahulu kita adalah political geniuses yang berwawasan. Mereka telah berjaya mengatasi muslihat dan helah penjajah Inggeris dengan dasar pecah perintahnya. Secara sedar atau tidak, sepanjang tempoh penjajahan, rakyat telah diasingkan mengikut kaum dari segi tempat tinggal, jenis pekerjaan dan aliran pelajaran secara halus. Matlamat penjajah sebenar adalah, agar perbezaan ini, akan akhirnya, menyebabkan semua kaum terpaksa bergantung kepada mereka sebagai kononnya the impartial referee.
14.Jadinya, pada waktu itu, pemimpin seperti Allahyarham Dato’ Onn menyedari hakikat dan cuba mengatasinya dengan membuka keahlian UMNO kepada pelbagai kaum, namun percubaan pertama tersebut dan kemudiannya pula melalui Parti Kemerdekaan Tanah Melayu yakni IMP yang dipimpinnya juga, tidak berjaya.
15.Lalu, menyedari bahawa rakyat belum bersedia menerima sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum tetapi menginsafi bahawa inilah jalan ke hadapan untuk mencapai kemerdekaan dan membina masa depan yang lebih baik, maka, mereka telah mencipta suatu kaedah kerjasama politik dan perkongsian kuasa melalui konsep Parti Perikatan yang sangat unik dengan mengambil kira persekitaran dan realiti yang ada.
Tuan-tuan dan puan-puan,
16.Jika diimbau peristiwa lalu, benih-benih Perikatan ini telah bermula melalui kerjasama UMNO dan MCA semasa pemilihan Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Perikatan kedua-dua parti ini telah berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Kerjasama ini kemudiannya, telah diperluaskan ke peringkat nasional melalui penyertaan MIC pada tahun 1954 bagi menghadapi pemilihan Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun berikutnya.
17.Seperti pucuk dicita ulam mendatang, kaedah kerjasama politik dan perkongsian kuasa, antara kaum melalui kerjasama antara tiga parti UMNO, MCA dan MIC ini telah diterima rakyat terbanyak apabila Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihanraya tahun 1955.
18.Seterusnya, konsep dan keanggotaan Parti Perikatan ditambah baik selepas Tragedi 13 Mei 1969 apabila pintu keahliannya dibuka kepada parti-parti yang sebelum ini berada di luar. Malah ada parti-parti yang dahulunya sebagai pembangkang, telah mengiktiraf dan memilih jalan ke arah kesatuan nasional.
19.Ini kerana, mereka mempercayai bahawa, masa depan negara yang terjamin hanya mampu dibela oleh Barisan Nasional. Selanjutnya, Barisan Nasional juga mengembangkan keanggotaan kepada parti-parti di Sabah dan Sarawak, sekali gus menjelmakan era baru integrasi kebangsaan apabila Barisan Nasional menjadi jambatan politik yang merantau jauh, merentasi Laut Cina Selatan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
20.Berbanding Pilihanraya Umum 2008, Barisan Nasional yang cuba dimomok-momok, sebagai sudah suram, Alhamdulillah, kini, nampaknya semakin hari sudah semakin pulih. Begitulah, episod merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Galas telah meraih kemenangan besar. Serentak dengan itu, kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi mengaut majoriti, hampir sekali ganda, menunjukkan, sokongan rakyat kepada kita telah berputik dan mekar kembali.
21.Justeru, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah membantu kita mencapai kejayaan manis semasa pilihanraya-pilihanraya kecil tersebut. Jelas sekali, ini adalah kejayaan semua pihak, kemenangan demi kemenangan milik kita bersama. Kata-kata tersohor orang Iban “Agi idup agi ngelaban”. Selagi hidup, selagi itu kita berjuang. Kata orang Bajau di Sabah pula “Mangan niak mangan, asal kurung, kurung”. Maksudnya, makan atau tidak makan, asal kita masih hidup bersama-sama. Pastinya, mengambil semangat itu, sama ada dalam keadaan susah atau senang, suka atau duka, kita mesti tetap bersama demi Barisan Nasional.
Tuan-tuan dan puan-puan,
22.Memang benar, dikatakan bahawa politik itu penuh dengan percaturan persepsi dan permainan angka. Namun begitu, ia tidak akan berlaku dengan sendirinya. Sebetulnya lagi, bukan sekadar cukup dengan persepsi positif, akan tetapi kepercayaan sebenar rakyat terhadap Barisan Nasional perlulah terus dipupuk dan dibaja dengan jalan bekerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.
23.Maka, saya ingin sentiasa mengingatkan bahawa kejayaan-kejayaan awal ini perlu dijadikan asas kepada kemenangan yang lebih memberangsangkan kelak. Dalam kata lain, jangan kita leka dan mudah terpesona. Sifirnya, untuk Barisan Nasional terus menerajui kepemimpinan negara dan negeri-negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuh dan diperkuat.
24.Sebab itulah, pasca Pilihanraya Umum 2008, semasa merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada tahun tersebut, saya telah dengan tegas mengingatkan bahawa UMNO harus berubah atau berisiko untuk rebah. Saya membunyikan semboyan tersebut kerana menyedari empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa.
25.Empat penyakit tersebut ialah delusion atau khayalan, amnesia atau kelupaan, inertia atau kejumudan dan arrogance atau keangkuhan. Hakikatnya, parti yang terlampau lama berkuasa jarang melakukan muhasabah atau introspeksi terhadap kelemahan diri.
26.Pertama, penyakit delusion kerana berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan; kedua, penyakit amnesia kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal; ketiga pula, penyakit inertia yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan. Seterusnya pula, yang keempat, adalah penyakit arrogance yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai. Sesungguhnya, semua penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.
27.Oleh itu, tidak dapat tidak, keempat-empat gejala penyakit ini perlu dielak, dibuang jauh dan dikikis sebelum rasa sayang berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan, sokongan menjadi penentangan. Untuk bangun kembali, kita mesti mencari formula pemulihan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten. Itulah yang sedang kita usaha dan sedang kita lakukan. Barulah nanti akan memperoleh kemenangan besar yang diidam-idamkan.
28.Syukur kepada Tuhan kerana kita melihat perkembangan-perkembangan positif yang memberangsangkan di dalam parti-parti komponen semenjak 2 tahun yang lalu. Perubahan-perubahan yang berlaku menunjukkan bahawa kita, sedia mendengar suara rakyat dan akan terus menggarap aspirasi mereka.
Tuan-tuan dan puan-puan,
29.Sememangnya seperti yang saya sebutkan tadi, kisah-kisah kejayaan Malaysia ini terhasil tidak lain dan tidak bukan, di atas satu formula perkongsian politik antara kaum dicetus oleh our forefathers dan terserlah sebagai satu resipi penerajuan negara yang sangat mujarab.
30.Oleh itu, kita akan sentiasa mengenang jasa-jasa pemimpin utama Barisan Nasional seperti bekas Pengerusi Parti Perikatan dan Barisan Nasional iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pemimpin pemimpin parti komponen pula seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan, Tun Tan Siew Sin, Tun Temenggung Jugah Anak Barieng, Tun Datu Mustapha, Tun Fuad Stephen dan ramai lagi pimpinan pelbagai kaum yang tidak terhitung di sini, namun pasti kita tidak pernah lupakan.
31.Sehubungan itu juga, dengan perasan sedih dan rasa belasungkawa, baru-baru ini kita telah kehilangan seorang lagi negarawan tulen dan bekas pemimpin yang bersifat ikonik yakni mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu. Sesungguhnya, beliau merupakan salah seorang pemimpin yang penuh percaya kepada gagasan serta perjuangan Barisan Nasional dan mendiang telah banyak membantu parti bagi membina negara ini.
32.Pastinya segala khidmat dan bakti para pemimpin ini kekal terpahat dengan tinta emas dalam lembaran sejarah negara sebagai muliawan muliawan yang telah berjuang demi membina tamadun rakyat Malaysia.
Tuan-tuan dan puan-puan,
33.Dari dahulu sampailah sekarang dan mudah-mudahan dengan izin Tuhan hingga selamanya, suara Barisan Nasional adalah suara keramat rakyat, berbicara dan berganding atas nama rakyat. Dari Perlis sampailah ke Sabah, Barisan Nasional menjiwai degupan nubari dan hati rakyat, menjadi penyambung rasa, penyambung cita, penyambung lidah serta aspirasi rakyat Malaysia.
34.Pucuk pangkalnya, Barisan Nasional telah sentiasa mendahulukan rakyat, mampu mengota apa yang dijanjikan kepada rakyat, sekali gus mengangkat negara kita ke satu tahap yang sungguh membanggakan. Hakikatnya pun, bukankah Parti Perikatan, yang telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan? Bukankah muafakat murni ini, yang sedang mengisi kemerdekaan itu? Dan bukankah barisan ini, yang diberi mandat oleh rakyat, untuk menerajui negara?
35.Jelas sekali, orang lain hanya mampu memperdagangkan mimpi, traders of dreams, mencanangkan angan-angan, mencetak khayalan, walhal parti kita lah sebenarnya menjadi barisan pejuang tulen untuk rakyat, merchant of realities, yang berpasak di bumi, bersandarkan perancangan jitu, serta pelaksanaan kerja yang tersusun.
Tuan-tuan dan puan-puan,
36.Oleh sebab itulah, saya suka mengulang-ulangkan bahawa antara nilai paling penting yang telah menjadi penguat kepada Barisan Nasional adalah sifat kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan kita, untuk memimpin berbekalkan wawasan serta kepentingan yang jauh lebih besar.
37.Kepentingan itu, adalah mewujudkan sebuah negara yang aman, stabil, maju lagi makmur di mana rendangnya, semua dapat berlindung dan berteduh, di mana limpahan nikmat alamnya, semua dapat mencari rezeki, di mana keamanannya, semua dapat membina kehidupan yang bahagia.
38.Furthermore, when the time comes where each of us can rest assured, that our children and grandchildren and in turn their children will have a better future, a higher standard of living, a better quality of live, able to realise their dreams and their God given potential.
Tuan-tuan dan puan-puan,
39.Seperti yang saya katakan, perhubungan kaum dan cara kita menguruskannya di Malaysia adalah sesuatu hal yang boleh kita banggakan. Cara kita menangani realiti kemajmukan yang wujud adalah secara realistik dan berpegang kepada prinsip universal bahawa semua makhluk dicipta sama oleh Maha Pencipta, dengan hak-hak yang tidak dapat dinafikan. Sejarah menunjukkan bahawa kita tidak pernah sekali-kali mengapi-apikan sentimen perkauman atau menjadikan rasisme teras pengurusan perhubungan kaum di negara ini.
40.Jika kita meninjau di Amerika Syarikat, kononnya sebagai negara yang dijadikan contoh kepelbagaian demokrasi pun, telah mengambil masa lama yakni 87 tahun dari tarikh pengisytiharan kemerdekaan yang menyatakan “semua manusia diciptakan sama” atau “all men are created equal” kepada emansipasi menghapuskan perhambaan. Manakala ia memakan tempoh 102 tahun lagi selepas itu, apabila semua diskriminasi dalam pendaftaran pengundi diharamkan.
41.Namun, di Malaysia ini, semenjak merdeka kerajaan tidak pun menjadikan isu kaum dan warna kulit sebagai alasan untuk menghadkan hak kelayakan mendaftar mengundi. Apatah lagi, bagi menentukan tempat duduk di restoran dan kenderaan awam, serta mengasing penggunaan bilik air, sebagaimana berlaku di negara-negara lain.
42.Lantaran itu, janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menafikan peranan Barisan Nasional, sebagai parti pelbagai kaum sebenar, yang memperjuangkan kesejahteraan hidup antara kaum di Malaysia selama ini. Kita dianggotai oleh pelbagai jenis parti berasaskan kaum, dan ada yang bersifat pelbagai kaum. Bersatu dan bersama-sama mewakili kepentingan semua pihak. Sedangkan di pihak pembangkang, tidak terjamin suara kaum minoriti akan sampai ke peringkat perbincangan kepimpinan tertinggi mereka, simply because they, are not adequately represented.
Tuan-tuan dan puan-puan,
43.Kita adalah parti yang progresif, bersatu secara ikhlas dengan matlamat dan nilai yang dikongsi bersama. Kita bergabung secara sah dari segi undang-undang, mempunyai perlembagaan, lagu dan lambang sendiri sebagai panji-panji yang mana kita berdiri megah di belakangnya.
44.Telah terbukti, kerajaan Perikatan dan kemudiannya, Barisan Nasional, berjaya merubah sebuah negara pertanian yang berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, dalam masa hanya lima puluh tahun. Kita telah bukan sahaja berjaya menguruskan sebuah negara multi-racial dengan baik, malah, kita telah berjaya memajukan bidang sosioekonomi dan memastikan keselamatan serta ketenteraman nasional.
45.Barisan Nasional telah mencipta kemakmuran melalui rancangan pembangunan lima tahun, rangka rancangan jangka panjang, reformasi tanah besar-besaran, perang terhadap kemiskinan, dasar ekonomi baru, dasar pembangunan nasional, dasar pembangunan wawasan, dan hari ini kita telah menggariskan laluan-laluan besar seperti Government Transformation Programme atau GTP, Economic Transformation Programme atau ETP dan mutakhir adalah Political Transformation Programme atau PTP.
46.Antara contoh PTP terkini, adalah perubahan bersejarah dalam Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan yakni berkaitan keahlian. Atas prinsip keterangkuman dan berjiwa besar, seberapa ramai rakyat, NGO, persatuan, penyokong dan generasi muda supaya dapat bersama dalam perjuangan ini, maka kita bersetuju untuk mewujudkan empat jenis keahlian baru. Pertama, keahlian secara bersekutu; kedua, keahlian secara bergabung; ketiga, friends of Barisan Nasional dan keempat, kelab rakan muda Barisan Nasional. Kita akan terus bergerak dan berusaha agar dasar keahlian terus Barisan Nasional ini akan menjadi realiti yang membawa manfaat kepada parti dan rakyat.
47.As a matter of fact, we have never rested on our laurel or taken things for granted. We have toiled together with our constituency of one and many, you the people. These are exciting times, these are interesting and challenging times. We are a nation and a people at the crossroad of history, on the verge of the promised future.
48.Ladies and gentlemen, the clarion call of manifest destiny is beckoning upon us to bring this great nation, Malaysia, to its fullest potential, to take its’ rightful place in the community of nations with dignity and pride, holding our head up high, thankful in the blessings of providence.
Tuan-tuan dan puan-puan,
49.Apa yang menghairankan, adalah parti pembangkang cuba mendakwa bahawa merekalah pembawa obor perubahan dan pembaharuan. Betulkah begitu? Bahawa merekalah kononnya manifestasi demokrasi dan segala yang demokratik. Betulkah begitu?
50.Apa yang jelas, parti pembangkang cuba meniru kita dari segi kerjasama. Pada hemah saya, usaha ini sia-sia sahaja, kerana mereka tidak mempunyai ramuan keikhlasan, wawasan dan nilai yang dikongsi bersama. Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat atau atas nama apapun yang dicipta adalah hanya percubaan-percubaan pembangkang yang hendak bersatu tetapi tidak mungkin berkekalan kerana masing-masing bersikap talam dua muka. Simpulan bahasa menyebut, mereka ini, telunjuk sahaja lurus tapi kelingking berkait.
51.Antara DAP dan PAS misalnya, hanya boleh tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Mereka nampak seolah-olah bersatu semata-mata kerana ada orang ketiga. Maksud saya, kalau dahulu Parti Melayu Semangat 46, hari ini peranan tersebut diambil alih Parti Keadilan Rakyat. Sejarah jelas menunjukkan kerjasama seumpama ini tidak akan berpanjangan, kerana matlamat mereka hanyalah untuk menipu atau menyeleweng rakyat.
52.Mereka juga mendabik dada kononnya, sebagai parti demokratik yang mewakili semua kaum. Realiti sebenarnya jauh berbeza. Lihat sahaja parti PKR, daripada barisan tujuh orang kepemimpinan tertinggi mereka, hanya seorang sahaja, yang mewakili kaum Cina. Manakala kaum India yang membentuk keahlian kedua terbesar dengan lebih satu perlima ahli, tidak mempunyai seorang pun perwakilan di peringkat tertinggi parti.
53.Contohnya lagi, apabila UMNO memperkenalkan corak pemilihan kepemimpinan yang baru mereka pun nak meniru juga. Kita faham mungkin mereka ikut kata pepatah Inggeris “imitation is the best form of flattery”. Tampak jelas, apabila kita buat perubahan dan pembaharuan politik yang bersifat dalaman, ia telah menggerunkan mereka, sehingga kelam-kabut dan melilau ingin menciplak. Pengajarannya di sini, kalau ada orang mahu meniru, sudah tentu apa yang sedang kita lakukan ini, ada kebenarannya.
54.Lagipun, jika hanya 7 peratus, yakni lebih kurang 30,000 orang dari kononnya ratusan ribu ahli parti yang merasa terpanggil dan bertanggungjawab, untuk keluar memilih barisan kepemimpinan mereka, maka, ia membawa dua konotasi.
55.Pertama, parti ini adalah parti yang tidak mendapat sokongan massa. Maksud saya, kepemimpinan parti ini sebenarnya hanya mewakili kepentingan tertentu yang mengejar kuasa serta terikat untuk menyelesaikan masalah peribadi sehingga sanggup memperdayakan rakyat. Berhati-hatilah semua, berwaspadalah semua, mereka ini amat-amat merbahaya. Mereka sanggup menjual apa sahaja, termasuk memburukkan nama Malaysia di luar negara. Saya mahu jelaskan di sini bahawa, mereka ini anti nasional. Kita mesti tentang habis-habisan dan pastikan negara ini tidak akan diporak peranda oleh kegiatan durjana mereka.
Tuan-tuan dan puan-puan,
56.Konotasi kedua adalah integriti dan kewibawaan parti tersebut sebenarnya disangsikan oleh ahli-ahli mereka. Ahli-ahli mereka sendiri yang telah mengamuk, tidak berpuas hati, memberontak, kecewa, membuat kecoh, membaling kerusi dan ramai yang telah membawa pelbagai isu parti ke mahkamah. Selain itu, amat pelik bin ajaib, keputusan pemilihan boleh berubah dengan drastik, lantas mencemarkan kebolehpercayaan kepada proses yang dijalankan.
57.Laginya, seperti kita tahu dan terpampang di dada-dada akhbar, ramai pimpinan utama mereka sendiri yang telah keluar dari parti antara lain ialah Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, Pengerusi Negeri, Ketua Cabang termasuk Cabang Permatang Pauh, Bekas Timbalan Ketua Menteri 5 orang ADUN dan 5 Ahli Parlimen. Lantaran itu, amatlah pantas jika PKR itu kita katakan sebagai Parti Keluar Ramai-Ramai.
58.Baru-baru ini pula, tampaknya PKR menjadi begitu terdesak untuk meraih simpati rakyat sehinggakan Presidennya terpaksa mengutarakan, bahawa, Ketua Umum mereka adalah anugerah Tuhan. Ya, kita faham kesetiaan dan kekaguman seorang isteri terhadap “ke...he..ba..tan” suaminya itu. Namun rakyat Malaysia ingin bertanya, berdasarkan nas atau hadith mana pendapat itu boleh dibuat? Berbekalkan justifikasi hukum atau istinbat mana sehingga penyataan begini sanggup dikeluarkan?
59.Adakah ini ijtihad baru atau lebih tepat sebenarnya satu lagi ajaran songsang. Cukup-cukuplah sandiwara dan drama yang songsang-songsang itu! Saya harap rakyat janganlah mudah terpengaruh dengan perkara yang karut-marut seperti ini. Mustahak untuk diingat, bukanlah rakyat yang bertanggungjawab untuk menyelesai dan menanggung beban pemimpin. Sebaliknya, pemimpinlah yang wajib hadir dalam kehidupan rakyat bagi menyelesaikan masalah mereka. Tuan-tuan dan puan-puan, inilah perbezaan paling ketara dan besar antara kita dan parti lawan kerana Barisan Nasional adalah parti sebenar yang merasai denyut nadi dan menjuarai keluh-kesah rakyat.
Tuan-tuan dan puan-puan,
60.Hakikatnya, ketiga-tiga parti lawan kita yang mendakwa bersifat pelbagai kaum ini, merekalah parti yang didominasi oleh satu kaum sahaja. Jika adapun kaum-kaum lain, hanyalah bersifat token atau sekadar kosmetik. Sebenarnya, mereka bukan Pakatan Rakyat tetapi hanyalah pakatan tiga empat kerat rakyat, atau tiga empat kepala, atau tiga empat orang sahaja.
61.Lebih tepat dikatakan, mereka adalah parti dua buah keluarga dengan satu pihak lagi sekadar menjadi pak turut atau kuda tunggangan. Di sinilah lainnya dengan konsep Barisan Nasional yang memang dari segi hakiki dan maknawinya benar-benar berdasarkan perkongsian sejati rakyat dengan mengiktiraf realiti kepelbagaian kaum.
62.Di dalam sistem Barisan Nasional, setiap parti mempunyai perwakilan yang sama rata dalam Dewan Tertinggi, tidak kira parti itu besar atau kecil. UMNO mempunyai perwakilan yang serupa dengan parti-parti komponen yang lain. Paling mustahak, semua keputusan dibuat secara musyawarah dan konsensus. Ini bagi menjamin, walaupun sebahagian parti yang menganggotai Barisan Nasional adalah berasaskan kaum, akan tetapi, kepentingan semua, tetap dipelihara, dilindungi, diambil kira dan terus dipertahankan sampai bila-bila.
63.Hal yang sebaliknya berlaku di sebelah sana, keputusan pemilihan parti lawan baru-baru ini menyaksikan Ketua Umum, Presiden dan Naib Presiden parti datang dari satu keluarga. Sungguh lucu rasanya apabila mereka pula yang berani menuduh kita sebagai pengamal nepotisme. Saya nak tanya, siapakah pengamal nepotisme yang sebenar di sini? Seperti kata Legal Maxim, justice must not only be done it must seen to be done. Moreover, it must not only be proper it must also be seen to be proper.
Tuan-tuan dan puan-puan,
64.Satu lagi parti pula adalah parti Anak Beranak Sendirian Berhad. Dengan hegemoni dua dinasti, satu keluarga dengan kuasa, dan satu lagi keluarga tanpa kuasa, actually, all are merely ceremonial. Sebabnya, dalam sistem parti ini Setiausaha Agung lebih berkuasa daripada Pengerusi. Mereka ini, tak henti-henti berkokok dan menjerit mendakwa parti mereka adalah berbentuk pelbagai kaum.
65.Namun begitu, jika dikaji daripada senarai kepimpinan pusat, kita dapat lihat, orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir enam puluh tujuh peratus rakyat, hanya setakat mempunyai dua orang wakil. Lebih dahsyat lagi, kelompok Bumiputera Sabah dan Sarawak langsung tidak diwakili. Adakah itu namanya demokrasi dan parti bersifat terbuka?
66.Dari sebab itu, saya berpendapat parti ini seharusnya mengamalkan apa yang mereka khutbahkan. They should uphold what they so sanctimoniously preach to others with righteous indignation. Di sini, saya ingin katakan kepada mereka, mengakulah, bersikap teluslah. Jika didedahkan statistik kepimpinan serta keahlian sebenar parti mereka mengikut kaum, maka sangat terang lagi bersuluh, bahawa, merekalah parti satu kaum yang menjadikan cauvinisme sebagai falsafah perjuangan dari dahulu sampailah sekarang.
Tuan-tuan dan puan-puan,
67. Di sudut yang lain pula, kalau kita lihat tentang PAS, amat pelik jika diamati, apabila PAS sebagai sebuah parti yang kononnya mendokong pegangan menurut ajaran Islam, boleh pula bekerjasama dengan para pembohong besar, pemalsu dokumen-dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara. Apa yang boleh kita katakan, adalah sepatutnya PAS bertindak lebih bijak dari itu dan menyedari hal tersebut serta eloklah saja terus berpegang teguh kepada apa yang kononnya menjadi prinsip mereka selama ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
68.Bercita-cita untuk menjadi parti pemerintah bagi sebuah parti politik bukanlah perkara yang luar biasa, namun yang perlu direnungkan oleh rakyat ialah kesannya kelak. Rakyat mesti sedar dan faham bahawa parti-parti lawan ini mempunyai maksud yang tidak ikhlas, sangat oportunis dan penuh hipokrasi.
69.Kita tahu, mereka teringin sangat nak ada pejabat di Putrajaya, teringin sangat nak tinggal di Seri Perdana. Kerana itulah, mereka sanggup berbuat apapun, hanya untuk merampas kuasa dan dari semasa ke semasa bersifat biadab, rakus lagi haloba. Dalam hal ini, seluruh Malaysia tahu, bahkan satu dunia tahu bahawa angan-angan 16 September oleh pihak pembangkang telah menjadi satu pembohongan terbesar dalam sejarah politik tanah air.
Tuan-tuan dan puan-puan,
70.Berbanding dengan Barisan Nasional, kita tidak pernah mengambil apa-apa langkah semata-mata kerana ianya popular tanpa memikirkan secara mendalam akibat jangka panjang kepada rakyat yang telah menaruhkan kepercayaan mereka kepada kita.
71.Kesimpulan yang boleh dibuat, Barisan Nasional adalah parti yang bertanggungjawab. Barisan Nasional adalah parti yang melaksanakan amanah rakyat. Barisan Nasional adalah parti di mana rakyat boleh meletakkan kepercayaan dan pengharapan. The people can trust us to do, not only what is right, but what is in their best interest, and what is in the best interest of this beloved nation of ours.
72.Selanjutnya, sebagai pemimpin, saya mahukan semua dalam Barisan Nasional hendaklah memikirkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan diri sendiri. Saya ingin memetik satu falsafah Cina yang sangat sesuai dijadikan pengajaran kepada kita. Dalam bahasa Mandarin berbunyi:
“Xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le ”
(“先天下之忧而忧,后天下之乐而乐” )
Saya difahamkan ia bermaksud “Selesaikanlah masalah rakyat sebelum kesusahan menimpa mereka, Bahagiakanlah hidup rakyat sebelum semua dapat hidup bahagia“.
73.Itulah syarat-syarat yang diwajibkan seorang mahaguru dan ahli falsafah pada zaman Dinasti Sung beribu tahun dahulu kepada pemimpin yang hendak mentadbir negara. Saya berpendapat, bahawa, walaupun ajaran tersebut sudah muncul sekian lama, tetapi, ianya sangatlah sesuai dijadikan pegangan para pemimpin Barisan Nasional yang mendahulukan rakyat dan mempertamakan kepentingan rakyat.
74.Satu falsafah dalam bahasa Tamil pula, menyeru dengan tegas supaya kita berjuang dengan sepenuh jiwa bagi memastikan kemenangan. Dalam bahasa Tamil disebut:
“Yipadai thorkin, yeapadai vehlum”
(Ertinya: “If this team cannot win the battle, no other team can”).
This is the team, this is the Barisan Nasional team!
“Yipadai thorkin, yeapadai vehlum”
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,
75.Pokoknya, kita telah meletakkan asas-asas konkrit yang perlu untuk membawa Malaysia ke arah status negara maju berpendapatan tinggi menjelang fajar 2020. Pada waktu itu nanti, kita ingin semua bangsa menjadi maju. Orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Kadazan, orang Murut, orang Dusun, orang Iban, orang Bidayuh, orang Ulu, orang Asli, orang Sikh termasuk orang Siam dan semua suku kaum yang ada untuk menikmati sinar bahagia, dalam negara Malaysia yang maju.
76.Di sinilah tanah tumpah darah kita, di sinilah, kita dilahirkan dan dibesarkan, di sinilah kita menghirup udara segar sebagai nikmat dan rahmat dari Tuhan, di sinilah kita hidup aman merdeka dan di sinilah satu hari yang ditakdir dan ditentukan kelak, kita akan kembali menemui Yang Maha Esa dan dipusarakan.
77.Makanya, mahu tidak mahu, jangan sekali-kali biarkan apa yang telah kita bina dan bangunkan selama ini diruntuhkan oleh puak-puak yang hanya ingin memenuhi nafsu serakah dan tamakkan kuasa semata-mata. Oleh sebab itu, walau apa pun terjadi, kita perlu pertahankan Putrajaya bukan kerana ego atau kepentingan diri yang sempit, akan tetapi demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
78.Simbol kapal layar dan kini dacing sebagai logo parti kita adalah perlambangan Barisan Nasional sebagai bahtera gagah serta neraca keadilan yang akan terus menakhoda Malaysia ke ambang kejayaan. Justeru, saya berdiri dan berpidato sebagai Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua kaum, ingin berpesan, janganlah terpukau oleh helah pihak pembangkang yang penuh tipu daya, janganlah sekali-kali menumpang atau menaiki sampan rosak dan bocor, pakatan palsu mereka, yang makin hanyut dilanda badai.
Seperti diingatkan dalam pantun Melayu:
Kalau belayar perahunya senget,
Memang susah hendak kemudi,
Usah berharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak jadi.
79.Oleh itu, kepada semua saya mengajak;
Marilah bersama-sama barisan yang telah terbukti jasanya ini,
marilah mempertahankan masa depan tanah air kita daripada ancaman pendusta dan pelelong nusa,
marilah membina sebuah masa depan yang lebih baik bukan sahaja untuk kita, tetapi untuk anak-anak kita dan juga anak-anak mereka,
tampillah, seluruh pemuda-pemudi negara,
di sini dan di luar sana,
dengan tangan terbuka, kita ingin menyambut semua,
inilah saat dan waktunya, bergerak bersama saya, berjuang dalam barisan,
menumpah khidmat, menggembleng kudrat.
Dakaplah barisan ini, yang selama lima dekad telah mencipta kejayaan bagi rakyat Malaysia.
Dukunglah barisan ini, dengan kepercayaan baru apabila tiba masanya nanti.
Moga-moga ditunjang sokongan saudara dan saudari, rakyat Malaysia, kita bakal menempa lima puluh tahun lagi yang lebih gilang-gemilang.
80. We will always put you, the people first in our priority, in our heart and our every action,
we shall stand by and with you, for we are part of you, and for you,
we are born out of your yearning for a better life and for a better future.
Barisan Nasional will always fight for your welfare and your wellbeing, every step of the way in this great national journey of ours.
This, is our promise to you, the people of Malaysia.
Let there be enough food on the table,
decent roof above every head,
well paying jobs for all who want to work,
a country where everybody feels safe and secure,
access to quality and affordable healthcare,
an education system that is able to optimise the potential of each and every Malaysian.
Let us go forth and strive for a developed and prosperous Malaysia with opportunities for all, a nation standing tall among the community of nations.
History has proven that Barisan Nasional has always delivered on its commitment and we will continue to deliver,
we have upheld your trust in us, and, we will continue to do so.
81. Bersatu dan bermuafakat, pasti membawa rahmat. Barisan Nasional, barisan menjuarai rakyat.
barisan perpaduan,
barisan keamanan,
barisan kemakmuran,
barisan 1Malaysia.
Dengan kata-kata semangat itu, saya merasmikan Konvensyen Barisan Nasional tahun 2010.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dipetik dari : Utusan Malaysia
Rabu, Disember 01, 2010
Pemilihan UMNO ditangguh 18 bulan!!!
PERDANA Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak
(duduk, tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Anggota Majlis
Tertinggi (MT) Umno di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur,
malam tadi. Turut hadir (dari kiri) Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin
(kiri), Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi (dua, kiri) dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan).
Malam tadi Presiden UMNO mempengerusikan mesyuarat MT UMNO.. nampaknya indikator semakin jelas... pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan pada hujung tahun depan telah ditangguhkan... iaitu 18 bulan mulai Oktober 2011 sehingga April 2013.
Apa maknanya... UMNO sedang bersedia hadapi PRU ke-13
Pengumuman Presiden UMNO [klik sini]:
(1) Pemilihan jawatan UMNO semua peringkat thn depan ditangguh 18 bulan..perkara biasa yg dah dibuat beberapa kali sblm ini.
(2) Program transformasi politik PTP diteruskan oleh UMNO & BN.
(3) Akan kursuskan 50 ribu ketua cwgn 4 peringkat mulai Jan 2011.
(4) Kemenangan BN di Galas & Batu Sapi kejayaan besar keyakinan rakyat.
(5) Konvensyen BN hujung minggu ini akan dapat perkukuhkan lagi BN.
PRU ke-13 semakin... adakah BN telah bersedia...
Khamis, November 04, 2010
Terkini: BN dahului 1,069 undi di Galas, dan 5257 di Batu Sapi
Keputusan tak rasmi, BN dahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS mendapat 4,108 undi berbanding BN sebanyak 5,177 undi.
Sumber: Malaysiakini
Keputusan tak rasmi Batu Sapi:
BN :8538
PKR : 3281
SAPP : 2008
Majoriti : 5257
Tidak termasuk udni pos 1367
Sumber: Malaysiakini
Keputusan tak rasmi Batu Sapi:
BN :8538
PKR : 3281
SAPP : 2008
Majoriti : 5257
Tidak termasuk udni pos 1367
Sabtu, Oktober 09, 2010
Takziah kepada ahli keluarga Ahli Parlimen Batu Sapi
Takziah diucapkan kepada keluarga Ahli Parlimen Batu Sapi yang meninggal dunia dalam kemalangan.
Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah (PBS) 54, dipercayai sedang menunggang motosikal berkuasa besar dari Sembulan ke Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez kira-kira pukul 11.40 pagi ini.
Mayatnya telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di sini.
Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.
Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.
Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.
Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing yang mendapat 5,771 berbanding 9,479 undi yang diraihnya.
Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah (PBS) 54, dipercayai sedang menunggang motosikal berkuasa besar dari Sembulan ke Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez kira-kira pukul 11.40 pagi ini.
Mayatnya telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di sini.
Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.
Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.
Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.
Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing yang mendapat 5,771 berbanding 9,479 undi yang diraihnya.
Terkini : Sah Tengku Razaleigh terima sebagai Pengarah PRK Galas
Mungkin beberapa hari lalu pelantikan KuLi menjadi berita popular politik negara.. ianya promosi yang sangat bagus bagi BN khasnya untuk mendapatkan reaksi rakyat.
Polemik ini berterusan sehingga pagi ini apabila Tunku Razaleigh sah menerima pelantikan Pengarah Pilihanraya BN bagi PRK Galas sebaik beliau pulang dari luar negara.
Pastinya ianya adalah berita gembira yang diterima baik oleh jentera BN..
berita penuh akan menyusul...
Polemik ini berterusan sehingga pagi ini apabila Tunku Razaleigh sah menerima pelantikan Pengarah Pilihanraya BN bagi PRK Galas sebaik beliau pulang dari luar negara.
Pastinya ianya adalah berita gembira yang diterima baik oleh jentera BN..
berita penuh akan menyusul...
Ahad, April 25, 2010
Sambutan hebat di Ceramah TM dan DSN malam tadi!!
Malam tadi pembangkang menggigil ketakutan melihat kehadiran yang begitu ramai dalam ceramah BN yang dihadiri oleh TM dan DSN..
Kalau tak puas hati, lihat gambar dibawah:
Sumber Gambar : GAP
Kalau tak puas hati, lihat gambar dibawah:
tak cukup jari den nak kiro...
Kepada pengundi Hulu Selangor.. tolaklah pemimpin yang menghina masjid anda..
tolaklah Pemimpin yang menghina Sultan Anda!!!
Jangan lupa untuk undi calon BN.. untuk masa depan rakyat Malaysia yang gemilang!!!! berpegang kepada prinsip dan perlembagaan!!

tolaklah Pemimpin yang menghina Sultan Anda!!!
Jangan lupa untuk undi calon BN.. untuk masa depan rakyat Malaysia yang gemilang!!!! berpegang kepada prinsip dan perlembagaan!!

ABZ!!
Jangan Jadi boneka DAP!!!
Tolak Zaid!!!
Tolak katak Mabuk!!
Tolak kaki Lumba Luda!!!
Selamatkan Malaysia
Selamatkan Melayu dan Islam!!!
Tolak Zaid!!!
Tolak katak Mabuk!!
Tolak kaki Lumba Luda!!!
Selamatkan Malaysia
Selamatkan Melayu dan Islam!!!
Khamis, April 22, 2010
Kajian Persepsi : BN dahului PKR
Peratus DATA PETUNJUK PERSEPSI 3: sehingga 21/4
Batang Kali
BN 72 PR 28
Hulu Yam
BN 67 PR 33
Serendah
BN 61 PR 39
Sungai Tinggi
BN 67 PR 33
Hulu Bernam
BN 72 PR 28
Kuala Kalumpang
BN 57 PR 43
Kalumpang
BN 51 PR 49
Sungai Gamut
BN 87 PR 13
Kerling
BN 60 PR 40
Ampang Pecah
BN 46 PR 54
Peretak
BN 47 PR 53
Buluh Telor
BN 65 PR 35
Rasa
BN 67 PR 33
Bagaimana Data Petunjuk Ini Diambil
Dari Dr Abu Hassan Din
Kajian persepsi Future Studies akan menggunakan 3 renstra analisis iaitu (dgn izin) 'backcasting' atau pemerhatian terhadap corak sejarah, antropologi, budaya dan perkembangan norma ekoposial, 'forecasting' atau pemeriksaan corak/'patern' kepercayaan politik berasaskan kesemasaan, dan 'foresight' iaitu prediksi dari data-data terkumpul lalu diproses untuk menemukan corak dan keputusan yang akan terjadi di masadepan/ atau selepasnya. Misalnya dalam PRK HUSEL ialah prediksi undi
Kaedah pengumpulan data ialah terbahagi kepada 2 iaitu 'panel expert' (tokoh-tokoh, institusi, adhoc yang profesional) dan 'excercise expert' (massa yang dipilih secara rawak) dan menggunakan model wawancara secara langsung mengikut soalan yang telah disusunkan bagi menemukan jawapan prediksiZENTRUM menggunakan metodologi FUTURE STUDIES; dan lain-lain institusi seperti AC Nielsen, Merdeka, Universiti-universiti, NGO yang turut melakukan kajian lazimnya menggunakan metode dari sekolah kajian masing-masing.
Bagi sebuah kerja analisis/kajian persoalan DATA itu adalah tepat, sederhana, tidak tepat atau betul, mungkin, tidak betul adalah tidak patut menjadi perbincangan kerana setiap dapatan kajian adalah mengikut metode dan persampelan yang berbeza.
Yang lebih penting ialah bagaimana DATA digunakan sebagai STRATEGI GERAKAN lantaran dalam politik moden misalnya, sama seperti ekonomi, dan sosial, DATA akan memberi petunjuk yang boleh diproses, diadun dan dibangunkan strategi baru
Setiap individu, gerakan, adhoc, institusi dan sistem termasuk polisi di negara ini mestilah mengubah cara bekerja dari prasistematik yang berasaskan lintasan, kepada sistematik yang bersumberkan angka (data)
Sumber : Only One Choice
Rabu, Mac 17, 2010
Are You Ok YB!!!
Semalam di sidang dewan rakyat, PM membidas gagasan Middle Malaysia.. Tindakan ini sangat tepat kerana dasar tersebut bukan sahaja retorik tetapi merupakan agenda DAP untuk mengusai megara ini dengan menghapuskan hak keistimewaan Melayu, Islam, dan Institusi Raja-Raja Melayu!!
Middle Malaysia adalah jelmaan DAP yang mahukan samarata antara Bumiputra dan Bukan Bumiputra, Islam dan Bukan Islam.. Semua ini adalah tindakan dan usaha komunis yang tidak pernah padam dalam perjuangan DAP!!!!
PM secara sinis berkata, gagasan DAP itu tidak ikhlas untuk membantu rakyat tetapi sebaliknya ia muncul secara tiba-tiba setelah 1Malaysia semakin popular dan diterima rakyat.
"Middle Malaysia adalah penjenamaan semula Malaysian Malaysia tetapi apa yang pasti kedua-duanya tidak pernah berpaksi kepada Perlembagaan dan sejarah negara. "Ia hanya slogan dan retorik yang tiada pelaksanaan, tetapi 1Malaysia datang bersekali dengan tindakan iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,"
Pada ketika ini, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) cuba membuat provokasi terhadap Perdana Menteri dengan mendakwa 1Malaysia telah ditiru daripada Middle Malaysia dan menyifatkan Najib sebagai penciplak paling besar.
Kata Karpal, Najib amat perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum memperkenalkan gagasan 1Malaysia dengan mengaitkan Perdana Menteri dengan kes mahkamah termasuk kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menegur Pengerusi DAP itu supaya memberikan soalan yang berkaitan tetapi ia tidak diendahkan oleh Karpal yang berterusan mengaitkan Najib dengan kes-kes mahkamah itu.
Pada ketika ini, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan bertanya kepada Karpal dengan suaranya yang nyaring: "Are you OK YB," yang disambut oleh gelak ketawa oleh penyokong kerajaan yang lain.
Karpal kemudiannya menanyakan soalan tambahannya dengan mempersoalkan tindakan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang bersifat rasis, berlawanan dengan semangat 1Malaysia.
Perdana Menteri menjelaskan bahawa mana-mana individu di pejabat beliau yang bertentangan dengan dasar kerajaan khususnya 1Malaysia akan diambil tindakan dan dalam kes Nasir, beliau telah dikenakan tindakan sewajarnya.
Dalam pada itu, mungkin setelah dilihat usaha provokasi Karpal kurang berjaya, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bangun mempertikaikan tindakan kerajaan menolak soalannya yang didakwa berkaitan dengan semangat 1Malaysia.
Kit Siang dalam soalan yang didakwa ditolak itu, meminta Kementerian Dalam Negeri supaya mengambil tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dituduh bersifat rasis kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu dan Islam.
Tindakan Kit Siang itu ditegur oleh Kiandee yang menyatakan hanya dua soalan tambahan dibenarkan dan Penasihat DAP yang tidak berpuas hati masih enggan mengalah dan berterusan membangkitkan perkara sama.
Pada ketika ini, terdengar laungan dari kalangan penyokong kerajaan yang menyifatkan soalan itu sebagai soalan kroni mengambil kira Guan Eng ialah anak Kit Siang.
"Itu soalan kroni la," jerit Bung Moktar.
Middle Malaysia adalah jelmaan DAP yang mahukan samarata antara Bumiputra dan Bukan Bumiputra, Islam dan Bukan Islam.. Semua ini adalah tindakan dan usaha komunis yang tidak pernah padam dalam perjuangan DAP!!!!
PM secara sinis berkata, gagasan DAP itu tidak ikhlas untuk membantu rakyat tetapi sebaliknya ia muncul secara tiba-tiba setelah 1Malaysia semakin popular dan diterima rakyat.
"Middle Malaysia adalah penjenamaan semula Malaysian Malaysia tetapi apa yang pasti kedua-duanya tidak pernah berpaksi kepada Perlembagaan dan sejarah negara. "Ia hanya slogan dan retorik yang tiada pelaksanaan, tetapi 1Malaysia datang bersekali dengan tindakan iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,"
Pada ketika ini, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) cuba membuat provokasi terhadap Perdana Menteri dengan mendakwa 1Malaysia telah ditiru daripada Middle Malaysia dan menyifatkan Najib sebagai penciplak paling besar.
Kata Karpal, Najib amat perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum memperkenalkan gagasan 1Malaysia dengan mengaitkan Perdana Menteri dengan kes mahkamah termasuk kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menegur Pengerusi DAP itu supaya memberikan soalan yang berkaitan tetapi ia tidak diendahkan oleh Karpal yang berterusan mengaitkan Najib dengan kes-kes mahkamah itu.
Pada ketika ini, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan bertanya kepada Karpal dengan suaranya yang nyaring: "Are you OK YB," yang disambut oleh gelak ketawa oleh penyokong kerajaan yang lain.
Karpal kemudiannya menanyakan soalan tambahannya dengan mempersoalkan tindakan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang bersifat rasis, berlawanan dengan semangat 1Malaysia.
Perdana Menteri menjelaskan bahawa mana-mana individu di pejabat beliau yang bertentangan dengan dasar kerajaan khususnya 1Malaysia akan diambil tindakan dan dalam kes Nasir, beliau telah dikenakan tindakan sewajarnya.
Dalam pada itu, mungkin setelah dilihat usaha provokasi Karpal kurang berjaya, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bangun mempertikaikan tindakan kerajaan menolak soalannya yang didakwa berkaitan dengan semangat 1Malaysia.
Kit Siang dalam soalan yang didakwa ditolak itu, meminta Kementerian Dalam Negeri supaya mengambil tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dituduh bersifat rasis kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu dan Islam.
Tindakan Kit Siang itu ditegur oleh Kiandee yang menyatakan hanya dua soalan tambahan dibenarkan dan Penasihat DAP yang tidak berpuas hati masih enggan mengalah dan berterusan membangkitkan perkara sama.
Pada ketika ini, terdengar laungan dari kalangan penyokong kerajaan yang menyifatkan soalan itu sebagai soalan kroni mengambil kira Guan Eng ialah anak Kit Siang.
"Itu soalan kroni la," jerit Bung Moktar.
Langgan:
Catatan (Atom)




























