Popular Today

Memaparkan catatan dengan label Khalid Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khalid Ibrahim. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 15, 2014

#kajangMove : Dakwaan godam Telefon - tindakan musuh dalaman PKR?

0 Komen!!!

Dua pemimpin PKR hari ini mendakwa nombor telefon mereka digodam individu tidak bertanggungjawab yang dipercayai bertujuan untuk memecahbelahkan hubungan parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menjadi pemimpin pertama parti itu yang mengeluarkan kenyataan telefon bimbit dan talian telefon yang digunakannya digodam. Ia kemudian diikuti dengan kenyataan media berkaitan perkara sama oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Kisah Azmin dan Khalid umpama cerita dua pemimpin kabilah besar arab.. mereka memusuhi satu sama lain. 
PRK kajang sebagaimana diketahui adalah rentetan perbalahan antara Azmin dan Khalid Ibrahim di dalam PKR dan di bawa di dalam pemerintahan PKR Selangor serta PKNS.
Baru-baru ini juga Khalid dengan beraninya telah mengishtiharkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR yang sekarang dijawat oleh Azmin Ali. 
Adakah tuduhan Azmin ini secara halus menuding jari kepada Khalid. Rakyat perlu ingat PRK Kajang hanya cara PKR nak tutup sementara cerita dalaman PKR yang semakin parah. 

Ianya juga dalam masa yang agendi peribadi yang keji setengah pemimpin PKR untuk mempromosi dan berkempen pada pemilihan PKR yang akan diadakan tidak lama lagi.

Nampaknya perbalahan dalaman PKR akan berterusan sehingga terdapat cerita Azmin akan keluar daripada PKR sekiranya Khalid menerajui Selangor.

Apapun PRK Kajang hanyalah pentas peribadi dan drama Anwar Ibrahim dan tidak lebih dari tu. 



ps : tapi percayalah.. pastinya PKR akan menuduh UMNO berkaitan isu godam telefon bimbit ini.. skrip biasa :P



Khamis, November 10, 2011

Telus kepala hotak dia..

1 Komen!!!
Patutpun si Khalid Gagap marah sangat dengan YB Batang Kali... rupanya YB Batang Kali persoalkan ketelusan kerajaan negeri Selangor dalam memberi tender....

Rupa-rupanya amalan Kerajaan Kroni PKR Selangor mengamalkan untuk meletakkan anggota majlis daripada kalangan wakil parti politik dalam jawatankuasa tender dan sebut harga pihak berkuasa tempatan (PBT).

Datuk Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali), "Saya masih ingat sebelum ini kerajaan negeri mengatakan mahu mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran termasuklah di peringkat PBT.

"Akan tetapi, apa perlunya anggota majlis daripada wakil parti politik (DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas) duduk dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT,” katanya dalam soalan tambahan kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu Tian Khiew mengenai wujudnya pilih kasih dalam pentadbiran PBT di negeri ini pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pihak wakil parti adalah pihak berkepentingan dan mereka antara yang memohon tender.. bagaimana orang yang berkepentingan boleh bersama membuat keputusan untuk memberi tender kepada pihak tertentu..

Tidakkah ianya umpama mengugut.. kerana kewujudan wakil parti ini adalah untuk wakil kontraktor mendapat tender yang mereka tentukan.. sesiapa yang tidak berikan tender kepada wakil mereka pasti dkan di"kerjakan"..  so bagaimana Pakatan Rasis Selangor boleh katakan ianya proses yang telus..

Ia juga bukti ketidakpercayaan kerajaan negeri terhadap pegawai kerajaan Negeri selangor dalam melaksanakan urusan tender.. Dahlah pegawai dan kakitangan kerajaan negeri tidak diberikan haji minimum RM 1,500.. mereka ini hanya umpama melukut ditepi gantang..

Jadi ini memang telus jenis kepala bapak Khalid Ibrahim merangkap pencacai Ronnie Liu!!!

Khamis, Ogos 04, 2011

PKR terus jahanamkan Institusi pendidikan!!!!

2 Komen!!!
Intitusi pendidikan semakin hancur di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat!!! Tindakan campurtangan politik yang melampau telah merosakkan Institusi Pendidikan yang sepatutnya menjadi badan profesional....

Ianya satu penghinaan kepada badan akedemik yang dimanipulasi politik kotor PKR..

Selain itu juga.. Ini juga membuktikan kezaliman pemerintahan kerajaan PAkatan Aljuburi.. Yang mahu memecat kakitangan awam dengan suka hati dan bermotifkan poltitik.. Apatah lagi.. Sedangkan umat Islam akan menyambut Aidilfitri dalam masa terdekat ini...


Di bawah ialah memo bukti penglibatan Khalid Gagap dalam kemelut perletakkan jawatan TNC Unisel !!!

Isnin, November 29, 2010

MB gagap perlekeh titah Sultan Selangor

3 Komen!!!
Menghina ada, perlekeh pun ada...

Titah Sultan Selangor mengenai ada pihak tertentu mahu hapuskan hak melayu dan persoalkan kuasa Sultan [sini] dihina dan diperlekeh MB PKR gagap ni... memang perangai komunis [sini]...

Susah bila sikitol tak nak mengaku dirinya sebagai sikitol...

Ini pendekatan bodoh , tapi cuba perbodohkan orang lain.. yang dia anggap semuanya bodoh macam dia jugak...

Situasinya macm nilah.. ada sorang tu nama mamat.. si mamat ni dah pergi ke satu kawasan kebun dan merosakkan tanaman... tuan kebun pula tenagh cari siapa yang rosakkan tanamannya.. tapi mamat ni dengan selamba tuduh pulak orang lain yang rosakkan tanaman dalam kawasan tu dengan selamba...

Inilah kiasnya.. ada parti tu namanya PKR.. PKR dah sebut dalam konvesnyennya baru-baru ni nak hapuskan ketuanan Melayu.. tapi bila orang lain tegur.. si mamat PKR ni kata orang lain pula nak hapuskan hak Melayu...

Kan stupid bastard!!! ingat semua orang bodoh macam dia...

PKR ni tak habis-habis dan membodhkan orang.. terkini MB PKR Selangor, Khalid Gagap memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "Si Kitoll" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.

Dia bagi contoh satu aspek sejarah.. tapi aspek lain dia tak amik.. aspek si Nizar kata sembah derhaka, si mangkuk ayun DAP dan Pakatan jadi macam monyet perlekehkan Sultan Perak semasa sidang DUN, penyokong Pakatan menghalang kereta tuanku Sultan Perak ketika nak pergi sidang DUN, si karpal nak saman Sultan.. tu tak masuk penyokong2 mereka yang keluarkan kata makian dan cacian terhadap sultan Melayu...

Baru-baru ni, Presiden Tunggul dengan selamba cakap nak hapuskan ketuanan Melayu.. siapa pula yang janji nak bagi kuasa TPM kepada Kit Siang kalau bukan ALjuburi...

buta ke apa.. si MB gagap ni... takkan sampai terdesak sangat nak perbodohkan rakyat Malaysia...

Orang Melayu tahu sebenarnya sikitol ialah PKR dan aljuburi.. yang menjadi ajen dan boneka DAP demi nak dapatkan jawatan PM... inilah pengkhianat sebenar... jika si kitol membawa masuk Portugis untuk menawan Melaka... si kitol moden ni bawa DAP untuk tawan Putrajaya...

Kesannya apa.. kesannya jika zaman portugis dahulu Melaka dijajah, kini kesannya pun sama juga.. Malaysia akan dijajah oleh DAP.. lihat bagaimana Singapura.. Melayu disingkirkan oleh PAP iaitu abang saudara DAP...

Mana maruah Melayu.. PKR ialah alibaba moden, ajen Yahudi dan boneka DAP.. kali ini mereka jaja kuasa Melayu, hak Melayu untuk dihapuskan....

Rabu, Oktober 13, 2010

Siapa Azmin!!!

0 Komen!!!
Bukan Azmin sahaja yang pandai berpolitik.. si Khalid gagap pun pandai.. takkanlah Khalid nak bagi laluan mudah kepada Azmin yang 'pancung' beliau sebagai pengerusi PKR Selangor.

Azmin dilaporkan “terkejut” berhubung pengumuman Khalid Gagap kerana sepatutnya untuk mentadbir negeri... dan keputusan telah dibuat pada Jun lalu [klik sini]..

“Keputusan ini (untuk fokus pada kerajaan Selangor) bukan pilihan saya, tetapi apa yang ditetapkan oleh parti (pada permukiman di Shah Alam),” katanya.

Azmin berkata atas “semangat keputusan” yang dibuat di Shah Alam pada Jun lalu, beliau sepatutnya memberi tumpuan kepada parti manakala Khalid pula dipertanggungjawab menjaga pentadbiran Selangor.

Mungkin Khalid Gagap berkata siapa Azmin untuk menentukan masa depan politik beliau... Khalid pula yakin dengan sokongan bukan Melayu kepada beliau hasil menjadi boneka DAP dan Cina PKR.. lihat sahajalah gambar diatas...

Selasa, Oktober 12, 2010

Cara Khalid 'anjing'kan Azmin

0 Komen!!!
Nampak macam berkhemah.. tapi sebenarnya sangat sinis dan tajam menusuk dada.. ianya berkaitan Khalid Gagap yang meminta Tian Chua membuat kajian dan penilaian kesan terhadap tindakan Khalid Gagap yang mengumumkan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam minggu ini.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, beliau akan mengkaji pendirian Abdul Khalid itu dan memberi nasihat mengenainya [rujuk sini].

"Memandangkan Menteri Besar mahu mendapatkan pandangan dan nasihat saya, saya akan lakukannya. "Saya berharap dapat memberikan pandangan yang baik mengenai hal ini," katanya di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Tidakkah ia umpama satu perbuatan 'menganjing' Azmin yang telah pun layak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Kita maklum bahawa hubungan Khalid dan Azmin bukanlah baik sangat khasnya selepas Isu Azmin merampas kedudukan Pengerusi PKR Negeri Selangor..

HP v100w 8 GB USB 2.0 Flash Drive P-FD8GBHP100-EFKhalid mahu menunjukkan dia ni cerdik sedikit berbanding Azmin yang bertanding tanpa kajian dan penilaian... Apatah lagi kejian ini berkaitan pentadbiran dan perpaduan parti terhadap keputusan Khalid Gagap.. sedangkan Khalid Gagap hanyalah MB semata-mata dan bukanlah besar sangat jawatan tu...

Tidakkah sepatutnya kajian ini patut dibuat sebelum Khalid mengishtiharkan diri beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan bukannya kajian dibuat selepas pengihstiharan dirinya untuk bertanding jawatan tersebut.

Tindakan Khalid ini sebenarnya ada signifikan yang tertentu.. dan kita boleh melihat siapa yang berada di belakang Khalid.. Tian Chua, Eli Bogel dan jawatankuasa khas itu ialah Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Syed Shahir Syed Mohamud; Presiden Tenaganita, Irene Fernandez dan bekas Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Nur Munuty.

Kita lihat bukan sahaja Azmin.. Anwar pun tidak membuat kajian sebegitu rupa... hehehehe... Khalid sebenarnya pandai main cantik.. beliau banyak menumpukan undi bukan Melayu dalam PKR untuk mengundi beliau.. sebab khalid Ini memang dikenali sebagai Boneka haramjadah DAP dan Cina PKR..

Jumaat, Ogos 06, 2010

Bila Pemaisuri Agong pun ditipu Pakatan Selangor

2 Komen!!!

Nasi dah jadi bubur, program pun dah lepas.. ni Kerajaan PKR negeri Selangor nak cari alasan untuk melepaskan diri.

Bagaimana Pemaisuri Agong boleh pergi ke program kerajaan Negeri Selangor atas kapasiti jemputan Individu sedangkan ianya adalah dalam majlis rasmi. Inilah alasan yang diberikan kerajaan PKR Negeri Selangor.

Agaknya dah tersepit sangat kerajaan negeri Selngor ni sehingga Pemaisuri Agong pun nak ditemberangnya.. jadi cari alasan yang dangkal sahajalah, sedangkal otak MB selangor..

Istana Negara tegas menafikan [rujuk sini] bahawa keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke majlis Islamic Song Festival di Shah Alam pada 4 Julai lalu atas sebab-sebab peribadi.

Istana Negara mendapati mesyuarat persediaan menyambut keberangkatan Baginda ke majlis itu diadakan melibatkan pihak Istana Negara, penganjur serta jabatan dan agensi kerajaan negeri yang terdiri daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, Bahagian Khidmat Pengurusan SUK, Bahagian Protokol SUK dan Tourism Selangor dan dipengerusikan oleh Pengurus Besar Tourism Selangor.

PKR guna taktik biasala, maklumlah dah terbiasa.. iaitu menipu dan cari salah pihak lain.. Siapa agaknya kerajaan PKR Selangor nak temberang lagi.. tak cukup ke Pemaaisuri Agung diperbodohkan dan dimalukan oleh mereka. Ni kiranya nak bodohkan rakyat lagi la..

Pada Isnin lalu, akhbar The Malay Mail telah mengeluarkan laporan bertajuk "Being Frank: Selangor's Royal Snub, Date with the Queen" dan satu lagi artikel "It was not a royal snub" keluaran Selasa. Laporan itu "It was not a royal snub" menyatakan bahawa kerajaan Selangor mendakwa Tuanku Nur Zahirah menghadiri majlis anjuran Pelancongan Selangor itu atas kapasiti peribadi di mana beberapa pemimpin penting kerajaan negeri itu tidak hadir. Ini sangat memalukan Pemaisuri Agong.

Majlis itu hanya dihadiri oleh kurang darpada 200 orang dalam Stadium Tertutup Malawati di Shah Alam yang mempunyai kapasiti 5,000 penonton dan kegagalan kerajaan negeri memaklumkan kepada Sultan Selangor mengenai kehadiran Baginda pada majlis itu.

"Istana negara juga menolak laporan yang menyatakan Baginda meninggalkan majlis lebih awal daripada yang dijadualkan, pada hal sebenarnya pihak penganjur telah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa Baginda tidak akan menyertai majlis santapan selepas konsert tersebut," kata kenyataan itu.

Dahlah tu, kemudian majlis santapan Kerajaan Negeri tak panggil, beginilah nasib Raja-Raja jika Pakatn Rakyat memerintah akan diperbodohkan sahaja.

Sangat memalukan, sepatutnya mereka yang terlibat ni patut letak jawatan..

Tapi yang penting, nak tengok perbelanjaan program tersebut.. kehadiran 200 orang, nak tengok dia 'klim' untuk 5,000 orang atau 200 orang.. Rasanya MACC perlu buat siasatan..

Selasa, Jun 29, 2010

DOKUMEN LADANG BABI MEGA PAKATAN SELANGOR DIDEDAHKAN !

0 Komen!!!


april 2008,sebulan selepas memerintah selangor,pakatan telah bercadang membina sebuah ladang babi mega di kuala langat. cadangan ini mendapat bantahan seluruh rakyat selangor termasuk para aktivis alam sekitar.

mengapa perlu sebuah ladang babi mega dibina sedangkan hasil mahsul ekonomi kerajaan negeri selangor cukup banyak dan masih boleh diterokai. aktivis alam sekitar juga membantah pembinaan ladang babi tersebut kerana khuatir akan pencemaran anak sungai di kuala langat seterusnya akan memberikan impak besar kepada pantai morib.

cadangan pembinaan ladang babi mega pada april 2008 ini 'disenyapkan' seketika. hinggalah ia muncul secara senyap-senyap pada 2009. perhatikan kepada tarikh cadangan dan kelulusan NO MTES yang telah dimerahkan tulisannya.

DOKUMEN INI ADALAH HAK MILIK KERAJAAN SELANGOR.
NO FAIL : (R) 508/12 jld. 3 (12)
NO MTES : 2/18/2009

KERTAS MESYUARAT EXCO MTES
daripada unit perancang ekonomi

CADANGAN KAEDAH PENGAMBILAN BALIK TANAH UNTUK TUJUAN 'MODERN PIG FARMING' (MPF) DI MUKIM BATU, KUALA LANGAT.

1. TUJUAN
kertas mesyuarat ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan exco MTES berhubung cadangan kaedah pengambilan balik tanah bagi tujuan 'modern pig farming' (MPF) seluas 337.09 ekar di mukim batu kuala langat.

2. LATAR BELAKANG

2.1 KEPUTUSAN MMKN 5/2009 BERTARIKH 11 FEBRUARI 2009

-meluluskan pengambilan balik tanah PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu daerah kuala langat dibawah seksyen 3(1) atau 3(1)(b) kanun tanah negara 1960 mengikut kesesuaian.

3. ULASAN PENGARAH TANAH GALIAN NEGERI SELANGOR.

-ulasan yang berbahagia dato pengarah tanah dan galian negeri adalah seperti berikut.

-pengambilan tanah bagi tujuan modern pig farming (MPF) di mukim batu daerah kuala langat hendaklah mengikut akta pengambilan balik tanah 1960 (APT 1960)
-proses pengambilan dibawah seksyen 3(1)(a) APT 1960 adalah tidak disokong memandangkan ppengambilan bagi projek tersebut tidak mengikuti kehendak seksyen tersebut iaitu bagi apa apa maksud awam.
-disyorkan proses pengambilan bagi projek tersebut dibuat dibawah seksyen 3(1)(b) APT 1960.

4. TINDAKAN MAJLIS TINDAKAN EKONOMI SELANGOR (MTES)
-exco MTES yang bersidang dipohon untuk menimbang dan meluluskan perkara berikut.

a) meluluskan pengambilan balik tanah di PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu kuala langat sebagai modern pig farm (MPF) di bawah seksyen 3(1)(b) akta pengambilan tanah 1960.

b) task force MPF diminta menyatakan syarat kepada syarikat-syarikat yang berminat agar memasukkan kos pengambilan balik tanah didalam kertas cadangan masing-masing.

c)task force MPF diberi kuasa mengenalpasti individu yang mempunyai kepakaran didalam ternakan babi untuk dijemput sebagai panel penilai ke atas permohonan syarikat-syarikat yang berminat membangunkan MPF

d) pegawai daerah kuala langat akan meneruskan prosedur pengambilan balik tanah setelah kerajaan negeri memilih syarikat yang akan melaksanakan MPF.

5 SYARIKAT YANG BERMINAT MEMBANGUNKAN MODERN PIG FARM

1) PPAD INTERGRATED (M) SDN BHD
shah alam. tindakan mohd hanifah abdul latif

2)BEAUTY PROJECTS SDN BHD
batu caves. tindakan syed abdul jalil shah

3)INDUSTRIAL ENVIRONMENTAL ENGINEERING PTE LTD
singapura. tindakan tan keaw chong

4)CHOROEN PAKPHAND JAYA FARM (M) SDN BHD
pelabuhan klang. tindakan ng kui chong

5)NUMAC MACHINERY SDN BHD
petaling jaya. tindakan chong tim

KEPUTUSAN KERAJAAN SELANGOR PADA 1 JULAI 2009.

CABUTAN DARIPADA KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KE 22/2009 YANG DIADAKAN PADA 1 JULAI 2009 YANG TELAH DISAHKAN OLEH MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR KE 23/2009 PADA 22 JULAI 2009.

5.3.4 KERTAS EXCO MTES NO :2/18/2009

cadangan kaedah pengambilan balik tanah untuk tujuan modern pig farm (MPF) di mukim batu daerah kuala langat.
daripada : seksyen sektoral UPEN

(R)508/12 jld. 3(12)
IPK SEL (R) 505 jld. 145 (10)

majlis mesyuarat kerajaan negeri telah menimbangkan dan bersetuju meluluskan pengambilan balik tanah di PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu daerah kuala langat sebagai modern pig farm (MPF) di bawah seksyen 3(1)(b) akta pengambilan balik tanah 1960 dan kos pengambilan dimasukkan dalam model kewangan syarikat seperti syor di para 6 kertas ringkasan.

majlis mesyuarat kerajaan negeri juga bersetuju enakmen berkaitan ternakan babi dipinda.

tindakan : timbalan setiausaha kerajaan negeri (pembangunan), pengarah PTG, pentadbir daerah kuala langat,timbalan pengarah seksyen sektoral UPEN.

AGENDA DAP MENGHALAU KELUAR MELAYU KUALA LANGAT BERMULA !

Sumber : GAP

Jumaat, April 23, 2010

Akibat kerugian : Unisel akan ditutup?

1 Komen!!!



Sejak Pakatan Retak mengambil alih Pucuk pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor antara perkara yang Khalid Gagap lakukan adalah mengubah Kepimpinan UNISEL termasuk TNC nya. Satu demi satu Bencana yang menimpa UNISEL gedung ilmu yang dibanggakan oleh segenap lapisan masyarakat yang mengenali prestasi Universiti ini.
Tidak cukup dengan Kemasukan Pelajar UNISEL Merudum, Data menunjukkan Universiti Industri Selangor (UNISEL) mengalami keuntungan yang paling teruk dalam sejarahnya sehingga negatif RM 20 juta (2009) - ( RM 6 juta (2007), RM15 juta (2008).
Masalah dari segi kemasukan bilangan pelajar dan jumlah Bilangan kemasukan pelajar 6,758 (2007), 4,477 (2008), 2,481 (2009) dan hanya 400 (Jan 2010). Masalah pengurangan pelajar dikatakan kerana ramai lepasan diploma enggan melanjutkan pelajaran ke Peringkat Ijazah. Peningkatan kos pula kerana emolumen meningkat sebanyak 53% pada 2009 antaranya kerana membiayai kos Naib Canselor (JUSA A), 4 TNC (JUSA
B), dan 2 – Pendaftar dan bendahari (JUSA C)
Kepada sesiapa yang nak masuk Unisel lupakanlah... Unisel ini University yang gagal bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.. Lagipun university ni dah nak lingkup... budak dah tak nak masuk, duit pun dah tak masuk!!!

Ps. Mana punahsihat ekonomi Selangor?.. makan gaji buta ke

Sumber : MD

Selasa, Mac 23, 2010

Ibrahim on Talam Debts: Respond for Transparency and Accountability’s sake

1 Komen!!!

Talam Corporation Debts: Answers Required

by Pandak Bin Tukan


Dear Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, I refer to my previous letter to you, ‘Recovered’ Talam debts: Transparency, please.

It has been more than one week since I asked my questions and you are taking an inordinately long time to respond. You were quite happy to release the RM50 million figure but now seem rather coy about releasing further details.

My questions are a straightforward request for facts which, I would have thought, were at your fingertips when you saw it fit to tell the whole world that RM50 million in cash and assets have been collected from Talam Corporation. I really don’t understand why you are not forthcoming. Here are the questions again:

1. What is the breakdown between cash and assets that make up the figure of RM50 million?

2. What were the assets collected?

3. How were the assets’ value arrived at, that is, what was the method used in arriving at the valuations on these assets that, together with the cash, make up the amount of RM50 million?

4. Who were the parties that performed the valuations and are they sufficiently independent of both the state government and Talam Corporation?

Please understand that I am not a supporter of any political party and am just an ordinary citizen seeking answers from a government leader over a matter of public interest. I hope it is proving as acutely embarrassing for you as it is highly disappointing to me that you have so far not given the information sought.

You must realise that the longer you delay in replying, the more doubts there will be about your competence and whether, in fact, RM50 million had been collected from Talam Corporation as you claimed.

I do not know yet which political party to vote for in the next general elections but, from the way you are treating this matter, I’m beginning to have a fair idea which one not to vote for.

Khamis, Mac 26, 2009

MB lanjutkan cuti eli - membazir wang rakyat!

4 Komen!!!
Kerajaan PKR negeri Selangor memutuskan untuk terus melanjutkan cuti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong sehingga 15 April ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri juga memberi jaminan keputusan mengenai status Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu akan diputuskan sebaik sahaja tempoh lanjutan cuti itu berakhir.

''Keputusan ini diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang hari ini.

''Keputusan ini wajar memandangkan siasatan polis masih belum selesai dan ia juga telah mengambil kira perbincangan antara antara beliau dan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu pada minggu lalu...

Adalah sesuatu yang tidak munasabah untuk melanjutkan cuti isu Elizabeth bogel ini. Isu penyebaran gambar bogel dan tindakan yang tidak bermoral adalah isu yang bertentangan...
Isu moral di sini sangat jelas, dan tidak perlu untuk siasatan polis lagipun Eli telah mengaku bahawa gambar bogel ini adalah diri beliau.

Tindakan melanjutkan cuti ini hanya membazir wang rakyat, yang sepatutnya boleh digunakan untuk kebajikan rakyat yang lain apatah lagi jika cuti ini ditaja oleh kerajaan negeri.

Jumaat, Disember 19, 2008

KISAH MB YANG 'BENGONG'...

2 Komen!!!
Hendak ketawa pun ada tengok gelagat pemimpin Pakatan Rabun ini.. kalau menyalahkan orang tanpa usul periksa, itu memang kepakaran pemimpin Pakatan Rabun ni...

Ni kisah MB yang 'BENGONG' ini semalam menyalahkan JKR... sedangkan jabatan itu bercadang menyerahkan laporan berkenaan selepas ia dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri pagi ini dan diumumkan oleh menteri berkenaan...

Terdahulu, Abdul Khalid dilaporkan berkata keputusan membenarkan penduduk pulang dicapai selepas menerima kajian awal geoteknikal JKR dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Beliau bagaimanapun berkata belum meneliti sepenuhnya laporan tersebut.

Semalam kerajaan Selangor melahirkan rasa kecewa dengan sikap Kementerian Kerja Raya yang enggan membenarkan JKR menyerahkan laporan tersebut semalam sehingga menghalangnya memaklumkan kepada penduduk dalam satu pertemuan yang dijadualkan jam 10 pagi ini.

Selasa, Disember 02, 2008

Reformis lodges police report against Selangor MB

0 Komen!!!
Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) has lodged a police report against Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim for alleged power abuse and misappropriation of funds in organising the Parti Keadilan Rakyat (PKR) Congress gathering and dinner at Stadium Malawati from Nov 28 until yesterday.

The report was made by Reformis president Ramlan Abu Bakar at the Shah Alam District Police Headquarters, here today.

"The police report was aimed at enabling the police to initiate investigations against the individuals involved in organising the gathering with the help of the local authorities," he said when met by reporters after lodging the police report.

Ramlan said he would also lodge a similar report with the Anti-Corruption Agency (ACA) in Shah Alam.

"I hope the ACA will open up an investigation paper on the individuals involved and forward it to the Attorney-General for further action," said Ramlan. -- BERNAMA

Selasa, Ogos 12, 2008

PKR gagal pertahan hak istimewa orang Melayu.

0 Komen!!!
Sekali lagi PKR menggadai maruah Melayu.

Sebelum ini Kerajaan Selangor membenarkan pusat Ibadah bukan Islam boleh dibina sebesar mana pun. Taraf rumah ibadat orang Islam disama tarafkan dengan rumah ibadat bukan Islam.

Kali ini Pemimpin No.1 negeri Selangor ini mencadangkan agar kouta untuk bukan Melayu dibuka sebanyak 10%. Alasannya adalah untuk meningkatkan daya saing. Hakikatnya UITM telah berjaya melahirkan ramai anak Melayu yang berjaya dan mampu bersaing. Ini di iktiraf oleh sektor pekerjaan kerajaan mahupun swasta kerana kemampuan pelajar lepasan UITM untuk bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Hakikatnya orang Melayu semakin tersepit jika bersam PKR, peluang untuk mendapat peluang pendidikan di IPT semakin berkurang khasnya Universiti Teknologi Mara jika cadangan ini dilaksanakan.

Adakah orang Melayu masih mahu menerima parti yang akan menghancurkan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Sekarang ini pula Pemimpin No.1 mereka, DSAI sedia untuk menjadi calon Permatang Pauh... dalam perjalanan menjadi Perdana Menteri sebagai mana dakwaan beliau..

Jika inilah tindakan PKR dalam isu hak orang Melayu.. pasti Hak orang Melayu tidak akan dipertahankan... bahkan akan dijual satu persatu kepada pihak lain...




Rabu, Julai 02, 2008

Yahya - kambing hitam PKR @Kerajaan Negeri Selangor

0 Komen!!!
Menteri besar Selangor mendedahkan hari ini terdapat kes prima facie terhadap bekas pegawainya Mohd Yahya Mat Sahri berhubung usaha memungut wang derma bagi sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata maklumat kes itu diperolehinya daripada pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri Ja'afar Mahad dalam satu pertemuan petang semalam.

"Pengarah BPR Selangor ... melaporkan terdapat kes prima facie berkaitan salah guna kemudahan pejabat menteri besar untuk meminta derma sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor," katanya.

Dalam sidang medianya petang ini, Abdul Khalid berkata penggunaan kepala surat pejabat menteri besar mestilah dengan kebenarannya dan surat kutipan derma itu tanpa pengetahuannya.

Kata Rakyat : Yahya hanya kambing hitam PKR. Seseorang perlu dikorbankan. Pelik bunyinya bila Tan Sri Khalid mengatakan tidak tahu menahu hal ini.. Mana ada anak buah buat kerja kalau tidak disuruh bos..

Rabu, Jun 25, 2008

Tembelang Khalid Sudah Bocor

0 Komen!!!
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/

Baru hari minggu lepas, kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR meraikan 100 pertamanya, kini kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sudah dipersoalkan oleh ahli-ahli PKR dan juga ADUN-ADUN PKR.

Sebenarnya petanda tidak baik sudah mula timbul semasa perayaan 100 hari yang digembur-gemburkan sebagai meraikan 100 hari untuk kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Perjumpaan yang menjanjikan 100,000 kedatangan terasa amat dingin dan sepi. Ia hanya menarik dalam 10-15,000 orang saja. Jumlah ini hanya menyerupai perhimpunan Black 14 pada April 14hb, 2008 di Kampung Baru. Mungkinkah cara PKR memonopoli pentas dan perayaan telah menyinggung penggiat-penggiat PAS?

Jika dilihat Presiden PAS dan MB-MB PAS yang diwar-warkan hadhir, tidak pula hadhir. Dato Dr Hasan Ali yang sepatutnya berucap bersama-sama Lim Kit SIang tidak berucap. Yang jelas kelihatan, hanya bendera-bendera PKR di sana sini.

Kini sudah terdedah wang sumbangan dari pihak swasta tidak dimasukkan di dalam akaun kerajaan negeri tetapi akaun PKR. Pemuda PAS sudah menyuarakan kekecewaan terhadap insiden ini.

Sekarang timbul pula, isu terbaru. Sebagaimana yang telah jurublog ini tulis sebelum ini, perasaan tidak puashati sudah timbul dari penyokong reformasi asal. Mereka mula menyatakan Khalid sedang berusaha mengetepikan penggiat reformasi dalam perlantikan kounselar-kounselar tempatan.

Perkara ini berlaku ikutan terdedahnya peranan Khalid dalam laporan polis yang dibuat oleh empat ahli PKR terdapat Yahya Saari, pembantunya sendiri. Kini diketahui bahawa abang Khalid sendiri, Hajiman Ibrahim yang telah mengarahkan Remy Iskandar membuat laporan tersebut.

Di dalam sidang akhbar sebelum ini, Khalid telah menyatakan penyiasatan awal menunjukkan tiada kes. Kenyataan ini pelik kerana seolah-olah Khalid bertindak sebagai jurucakap BPR. Dua hari lepas, Khalid pula mengumumkan Yahya digantung selama dua bulan menunggu penyiasatan siap.

Modus operandi Khalid ini menyerupai cara lamanya semasa memegang jawatan CEO Guthrie dan di PNB. Seorang penulis di MyKMU mendedahkan Khalid pernah melakukan cara yang sama di Guthrie. Dia memberi tekanan hingga seorang Pengurus terpaksa bukan sahaja berhenti tetapi hingga berhijrah ke New Zealand untuk mencari nafkah bagi keluarganya.

Mungkinkah salahlaku yang menyebabkan Yahya digantung itu adalah arahan Khalid sendiri? Semalam, akhbar Sinar Harian telah menyiarkan dalam caption, penafian Khalid.

Yahya yang mengetahui mengenai rancangan disebalik tabir oleh Khalid telah bertindak. Dia telah meletakkan jawatan dan ramai akar umbi dan pemegang jawatan yang tidak puas hati terhadap cara Yahya digantung menyokongnnya.

Malam semalam, sekumpulan ahli PKR berdemonstrasi menuntut Khalid meletakkan jawatan di hadapan kediaman rasmi MB di Shah Alam. Ketidak puasanhati terhadap kepimpinan Khalid yang mengikut cara pengurusan lamanya yang “self centered”, otokratik dan memaksa mula terbongkar.

Tunggu masa, mereka mungkin akan sedar cara bergerak Khalid yang penuh dengan hasad dengki yang pernah menyebabkan semua peneroka awal PNB meninggalkan organisasi ini. Kesemua mereka adalah orang-orang berwibawa. Rasmi Khalid adalah cemburu terhadap mereka yang lebih cerdik, bijak dan apa saja yang lebih darinya.

Lama kelamaan mereka mungkin akan sedar akan amalan kronisma Khalid yang telah jurublog dedahkan. Sumber-sumber yang boleh dipercayai dari kalangan ahli-ahli perniagaan Cina menyatakan mereka tidak puas dengan persekongkolan Khalid dengan Dato Lim Kim Hong.

Sumber-sumber yang juga boleh dipercayai menyatakan Khalid sedang menghadapai masaalah dengan bank dalam lingkungan jumlah RM1.8 juta. Dia perlu menampal balik lubang di Bank tersebut agar ianya tidak menjejaskan perjawatannya dalam politik.

Alah bisa tegal biasa. Sebagaimana yang pernah dilakukan, Khalid sedang merancang untuk melencongkan projek dan kontrak kepada rakan baiknya Lim.

Apa pula peranan ahli-ahli korporat ternama di dalam PKR sekarang? Ini pun menjadi isu yang sedang ditimbulkan oleh akar umbi PKR yang melihat mereka sebagai carpetbagger.

Semalam Yahya telah berjumpa Dato Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan empat mata. Apa yang harus Anwar lakukan? Kita jangan lupa pula kata-kata Anwar semasa berkempen untuk Khalid di pilihanraya kecil Ijok. Dia menyatakan mengenali Khalid lama dan yakin dengan kejujuran dan kebolehannya.

Bagi yang mengetahui dan mengenali Anwar, mereka tidak akan menerima bulat kata-kata Anwar yang sentiasa bercambah dan bercanggah.

Jurublog tidak rasa Pakatan Rakyat boleh berpecah hanya kerana insiden ini. Walaupun saya berharap demikian, namun agak tidak adil kepada pengundi jika cepat sangat Selangor kembali kepada pentadbiran BN/UMNO.

Mungkinkah lebih baik, PAS sahaja yang menerajui Selangor? Cuba pula Dato Dr Hasan Ali. Mungkin janji manis mu boleh dikotakan.

Kongsi Link Anda