Popular Today

Khamis, November 12, 2009

Serambi Mekah atau serambi Rasuah!!

2 Komen!!!

 Ihsan Gambar : RBF

Ramai mengetahui pemecatan serta merta Syed Azidi Syed Abdul Aziz@ Kickdefella oleh Menantu Nik Aziz CEO PMBK Mohd Ariffahmi Abd Rahman dikatakan gara-gara wujud dakwaan dia bocor maklumat ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ke atas PMBK.

Walaupun trdapat penafian pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz dibuat kerana masalah disiplin dan tiada kena-mengena dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Dia tidak masuk pejabat. Dia tidak laporkan kerjanya kepada saya, dia tidak pernah pohon cuti. Dia tidak pernah tunjuk cuti sakit," kata Abdul Ariffahmi Abd Rahman.

Namun ramai melihat pemecatan Kickdefella pada masa SPRM membuat siasatan PMBK, mengukuhkan pendapat bahawa ianya mesti ada kaitan langsung terhadap siasatan tersebut. Apatah lagi alasan yang diberikan menantu Nik Aziz agak remeh sedangkan Kickdefella dipecat serta merta mesti ianya sesuatu yang besar.

Walaupun keadaan memeritkan, Nik Aziz telahpun menyatakan SPRM bebas menyiasat PMBK. Dalam masa yang sama  Nik Aziz nampak macam backing menantu beliau.

Namun paling menarik sekali ialah pendedahan bahawa syarikat yang ingin menghantar Nik Aziz untuk mengerjakan ibadah haji adalah Abroad Technology Centre Sdn Bhd, syarikat ini mendapat hak ekslusif memasang Billboard di seluruh Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).


Seperti yang kita sedia maklum bahawa PMBK diterajui oleh menantu Nik Aziz bernama Ariffahmi. Pakej yang telah diberi oleh Abroad Technology ini berharga RM65,000 satu kepala kepada Nik Aziz dan keluarga.


Manakala,Syed Azidi mengakui sudah berdepan masalah dengan Mohd Ariffahmi pada hari pertama dia masuk kerja lagi.

Kickdefella menulis:
 
Masalah saya d bermula dari hari pertama saya menjejakkan kaki di Perbadanan Menteri Besar Kelantan lagi. Perkara pertama yang dimaklumkan kepada saya oleh pengurusan PMBK pada pagi pertama saya di situ ialah usaha-usaha sedang dijalankan supaya saya mendapat ruang kerja di luar bangunan PMBK supaya saya tidak diganggu oleh menantu Tuan Guru.
Dia mendakwa dalam genggamannya kini terdapat minit mesyuarat yang disifatkannya sebagai sensitif, dokumen kewangan dan lain-lain dokumen yang boleh disabitkan dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di PMBK. Maklumat-maklumat itu katanya diperolehi daripada pihak-pihak luar yang pernah berurusan dengan PMBK.

Setakat ini Mohd Ariffahmi mengambil sikap cool saja terhadap isu Syed Azidi. "Saya tak lakukan apa-apa kesalahan,”katanya. Menurutnya beliau telah berikan kerjasama yang sepenuhnya kepada SPRM dalam siasatan mereka.



Dipetik dari : Pakmie , Malaysiakini, Parpukari dan RBF

Kongsi Link Anda