Popular Today

Jumaat, Mac 20, 2009

Tidak setuju!...

1 Komen!!!
Tertarik dengan blog bongkar sauh, beliau menulis Anwar meminta supaya Fairus diberi cuti. Lim Guan Eng luluskan. Acap benar umum bercakap mengenai prestasi Tim Ketua Menteri ini. Isunya ialahkecekapan. Kalau kurang cekap, ramai lagi orang yang lebih cekap.

Mengapa dikekalkan juga orang yang kurang cekap itu?

Berita Harian Online memaparkan gambar sebahagian orang, kononnya penyokong Hindraf yang dikatakan membantah pemilihan S Manikumar sebagai calon PKR dalam PRK Bukit Selambau.

Tidak dapat dipastikan adakah Manikumar calon terbaik berbanding calon yang lain.

Bagaimanapun, pengumuman Anwar itu disambut dengan bunyi bantahan dari sesetengah penyokong PKR yang hadir.

Menurut saksi, penyokong tersebut - kira-kira 20 orang - adalah dari bahagian Merbok, yang menyokong seorang lagi calon K Masilamani.

"Mereka tidak gembira dengan pemilihan Manikumar kerana beliau tidak dikenali dan bukan anak jati (Bukit Selambau), tetapi dilahirkan di Alor Star," kata seorang pemimpin PKR tempatan.

Sebelum pengumuman dibuat, Masilamani yang juga seorang ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, adalah antara tiga nama calon yang dicadangkan kepada pucuk pimpinan.

Dua orang lagi ialah ahli PKR Sungai Petani, Dr R Krishnamoorthy dan ahli jawatankuasa bahagian yang sama, S Sritharan.

Bagi menenang keadaan, Anwar telah menemui Masilamani dan meminta beliau supaya menasihatkan penyokongnya bertenang.

Yang kabur semakin terang - malaysiakini

2 Komen!!!
Fairus dicutikan atas arahan Anwar... tidakkah ini jelas... sedang Pakatan Rakyat sedang menghadapi 3 Pilihanraya Kecil ada ke patut si fairuz ini bercuti... kecuali ?????? takkan pokok akan bergoyang kalau angin tidak bertiup... adakah fairuz juga akan diminta letak jawatan dalam masa terdekat ini oleh Anwar?

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata beliau meluluskan permohonan cuti timbalannya, Mohamad Fairus Khairuddin atas permintaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dimaklumkan oleh Anwar bahawa Fairus minta untuk bercuti dan atas permintaan Anwar saya luluskan cuti itu," katanya di sini, hari ini.

Semalam, Lim menafikan desas desus kononnya timbalannya itu sudah dipecat, hari ini menegaskan sekali lagi bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.

Walaupun si lim ini menafikan, tetapi tidakkah ianya semakin jelas....

Kongsi Link Anda