Popular Today

Khamis, Ogos 19, 2010

Satu lagi Projek Pembohongan ANwar Aljuburi - janji isi rumah RM 4,000

1 Komen!!!


Aku nak tergelak bila terbaca artikel tentang pendapatan RM 4,000 jika kuasai Putrajaya[rujuk sini].. ini pastinya satu projek hebat.. projek pembohongan mega Anwar Eljuburi..

Sebelum termakan janji Anwar.. mari kita lihat sekali lagi janji Anwar Ibrahim kepada Penduduk Kg Buah Pala sebelum Pilihanraya Umum ke-12...

Tak puas hati... Kalau masih tak ingat lagi pembohongan Anwar Ibrahim.. ini satu lagi janji palsu ANwar Aljuburi tentang 16 Sept.



Masih tak cukup lagi... dan pastinya ini satu lagi projek Pembohongan Mega ANwar Ibrahim yang bakal terkubur bersama Pakatan Rakyat pada pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Ini tidak kira berapa banyak janji manifesto Pakatan pada Pilihanraya Umum ke-12 yang masih belum dilaksanakan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.. mana dia janji tentang Kerajaan Berkebajikan... berapa banyak subsidi yang 4 negeri bagi kepada rakyat berbanding dengan kerajaan Persekutuan... cuba bandingkan...

Apa yang jelas di Kedah dan Kelantan.. hutan semakin botak.. balak dah kena belasah dengan PAS..

Di Selangor... Tanah negeri Selangor dah berlobang-lobang.. habis pasir dikorek di mana-mana... arak pun dijual dimana-mana?..

Pulau Pinang.. habis gerai peniaga Melayu dirobohkan.. peniaga Melayu juga dilarang berniaga di bazar Ramadan Komtar.. mujur ada desakan dari UMNO.. kalau harap PAS memang peniaga Melayu tak dapat berniaga di sana..

Hakikatnya satu lagi janji palsu yang ditabur oleh eljuburi.. ianya berikutan kejayaan Kerajaan BN yang berjaya meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara pada suku kedua iaitu pada 9.5%..

Sebenarnya tak perlu Pakatan Rakyat untuk jana pendapatan RM 4000, kerajaan BN mula laksanakan untuk berpendapatan tinggi.. bukan sahaja berpendapatan tingi bahkan menjadikan Malaysia sebuah negara maju.. kiranya dah terlambat dah Pakatan Ni nak berjanji.. ini semuannya setakat mencedok idea BN ..

Kurang Ajar : Memang niat PKR mahu libatkan Sultan Johor

1 Komen!!!


Nampaknya rakyat semakin jelas dengan isu banner yang menyebabkan Sultan Johor murka dengan melibatkan baginda dalam kempen PKR bangsat dan Chua Jui Meng biadap..

Ini pulak si kemetot ,Shamsul Iskandar Ketua AMK pula berani menghina Sultan secara terang terangan dan mahu libatkan sultan Johor dalam Politik Kotor mereka.

Blogger Anwar pembohong menulis :

"Apa yang tertulis di ruangan microblog Twitter ternyata menzahirkan apa yang terbuku didalam hati Shamsul. Tidak ada sekelumit penghormatan kepada Sultan Johor.

Mempertikaikan mengapa Sultan Johor tidak di soal siasat adalah satu tindakan kurang ajar yang langsung tidak tahu menghormati institusi kesultanan melayu."
Memang inilah ajaran Anwar tidak hormat Sultan, Bangsa, Agama dan semua sekali.. sama macam perangai Iblis.. hanya mereka sahaja yang betul dan orang lain salah..

Kepada rakyat Johor.. mesti tegas untuk menolak mereka yang mahukan perpecahan rakyat negeri Johor.. dan lebih tegas mesti menolak kepada mereka yang mahu sabitkan Institusi Kesultanan Johor dalam kancah politik kotor dan samseng mereka..

Menghina Sultan Johor bermakna menghina seluruh rakyat Johor...


Hapuskan PKR dari bumi Johor.. hapuskan Pakatan pembangkang... halau mereka.. jangan biarkan mereka terus menghina Sultan dan rakyat Johor...

Gurindam 13 resolusi

1 Komen!!!



Alamak MCA buat hal lagi
Kali ini dengan 13 resolusi
Kuota 30 peratus minta dihapusi
Sekolah Cina hendak ditambah lagi

Minyak dan Gas juga minta dibukakan
Dari huluan sehingga hiliran
Kononnya industri sudah tinggi kedudukan
Sedangkan Melayu masih ketinggalan

GLC juga jadi sasaran
Permintaannya yang bukan-bukan
Ke dalam Lembaga Pengarah perlu dimuatkan
Bukan bumiputera demi kesaksamaan

Di sektor swasta tidak pula dibangkitkan
Melayu dilantik sebagai perhiasan
Kalau yang bekerja peluang disisihkan
Kepada yang memohon Mandarin diperlukan

Satu lagi tuntutan tentang liberalisasi
Apa yang ada tidak mencukupi
Mana bidang yang belum dibuka lagi
Patut dibuka jangan tangguh-tangguh lagi

Tender juga harus terbuka
Walaupun bahan binaan dah kuasa mereka
Projek mereka tak mahu bagi kita
Lama-lama isi ke dia, kuah ke kita

Bila biasiswa diberikan kepada semua 9A
Gembira mereka tidak terkata
Mereka lupa beza pelajar
di bandar dengan di desa

Alamat yang di kampung
ketinggalanlah nampaknya
Jangan kita nak tolak tepi
Amaran MCA nak kerjasama dengan DAP

Jangan-jangan nak ajak juga PAP
Sebab mereka tahu
perpaduan UMNO-Pas tak boleh jadi
Kadang-kadang kita pun hairan

Dalam semua bidang Melayu ketinggalan
Rancangan Malaysia pertama
hingga kesembilan
Tidak kurang satu trilion sudah dibelanjakan

Cuba kita tanya siapa yang menguasai kekayaan
Sejak 45 tahun Rancangan Malaysia diperkenalkan
Bumiputera hanya miliki 21.9
Itu tak kira hartanah dan tabung simpanan

Ada yang kata FDI jatuh pasal DEB
Sedangkan tiada perubahan dalam industri
Mesin lama dipakai lagi
Sedangkan orang dah pergi ke teknologi tinggi

80 peratus tenaga kerja lulusan SPM
Yang mahir hanya suku bahagian
Sektor swasta juga buat kesalahan
Tidak ada rancangan latihan kemahiran

Sepuluh tahun kita tidur lena
Sejak berlakunya krisis kewangan Asia
Struktur ekonomi tidak disusun semula
Sekarang baru nak buat semua

Generasi muda pula sukar dipengaruhi
Mereka punyai pendirian sendiri
Ramai yang belajar di luar negeri
Yang tiris, bocor, rasuah semua diketahui

Walaupun dah hilang dua pertiga
Perubahan tidak lagi punyai masa
Pembangkang pun dah naik besar kepala
Apa nak tunggu hilang semua?

Walaupun MCA macam-macam retoriknya
Hanya 9 peratus masyarakat Cina yang terima
Soi Lek tak peduli apa ‘Merdeka Center’ kata
Kepada kerajaan dia akan sondol aje.

Dato’ Salleh Majid

Kuala Lumpur

Kongsi Link Anda