Popular Today

Memaparkan catatan dengan label Lim Guan Eng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lim Guan Eng. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 02, 2017

DAP berbohong isu Air di Pulau Pinang?

9 Komen!!!

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Berikut kenyataan penuh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berhubung kerajaan DAP Pulau Pinang.

Parti DAP perlu jujur kepada diri mereka dan dicabar untuk meminta pembatalan perjanjian penstruktruran air dengan Kerajaan Persekutuan jika mahu berterusan mendakwa berjaya mengurangkan hutang negeri.

1 Ogos 2017

1. Saya menyokong tindakan Gerakan yang mengambil inisiatif memfailkan saman fitnah terhadap Lim Guan Eng atas dakwaan berulang kali DAP kononnya kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang lalu telah menjual tanah pada harga RM1 untuk sekaki persegi.

2. DAP adalah pakar putar belit dan propaganda. Mereka tidak akan teragak-agak untuk mengulangi sesuatu tidak benar untuk mengelirukan pengundi.

3. Satu lagi putar belit yang tetap diulangi adalah kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang negeri sehingga 95 peratus ekoran usaha CAT mereka.

4. DAP juga berterusan mendakwa Kerajaan Persekutuan tidak membantu secara kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

5. Kedua-duanya adalah pembohongan dan perlu diperbetulkan.

6. Hakikat sebenar adalah 95 peratus pengurangan hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang direalisasikan Kerajaan Persekutuan melalui penstrukturan perjanjian air pada 2011 di mana Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengubah hutang sedia ada Kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655.24 juta kepada bayaran ansuran RM14.56 juta setahun selama 45 tahun.

7. Melalui perjanjian yang sama, Kerajaan Persekutuan turut bersetuju untuk memberikan geran berjumlah RM1.2 bilion kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk memperbesarkan empangan Mengkuang, di sebalik fitnah DAP kononnya Kerajaan Persekutuan tidak membantu Pulau Pinang.

Sebahagian besar dari jumlah dana itu sudahpun disalurkan.

8. Kerajaan Persekutuan tidak mengamalkan diskriminasi terhadap negeri ditadbir pembangkang dan sudah menandatangani perjanjian penstrukturan air yang sama.

9. Selangor turut mendapat manfaat RM9.7 bilion dari pakej bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan yang ditandatangani pada 2015 manakala Kelantan menerima bantuan kewangan yang serupa pada 2016.

Bagaimanapun, hanya Kerajaan Pulau Pinang sahaja yang menggunakan bantuan dari Kerajaan Persekutuan untuk berbohong kepada rakyat.

10. Pada ketika negeri lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau memperdaya rakyat, hanya Kerajaan Pulau Pinang menyalahgunakan niat baik dan bantuan Kerajaan Persekutuan untuk meraih nama dan memperdaya rakyat.

11. Kerajaan Persekutuan akan terus mengotakan janji untuk membantu semua negeri dan tidak akan berganjak sehingga menggugat penstrukturan air di negeri-negeri.

12. Bagaimanapun, jika Kerajaan DAP Pulau Pinang masih lagi mahu mendakwa ia adalah usaha mereka dalam pengurangan hutang negeri dan menuduh Kerajaan Persekutuan tidak membantu Pulau Pinang, mereka seharusnya meminta Kerajaan Persekutuan untuk membatalkan perjanjian penstrukturan air 2011 agar dapat berlaku jujur kepada diri mereka sendiri dan rakyat.

13. Kerajaan Pulau Pinang kemudian boleh perolehi semula hutang RM655 juta untuk ditanggung kerajaan negeri dan membayar semula geran RM1.2 bilion kepada Kerajaan Persekutuan.

14. Biarpun dengan berbuat demikian, hutang kerajaan Pulau Pinang tidak lagi sebagaimana didakwa turun 95 peratus dan terendah di Malaysia malah meningkat tiga kali ganda, sekurang-kurangnya Kerajaan Pulau Pinang berpeluang untuk berlaku jujur kepada diri mereka sendiri.

15. Atau, DAP perlu berhenti membuat dakwaan terhadap pengurangan hutang negeri dan memohon maaf kepada rakyat kerana selama enam tahun mengulangi pembohongan ini.

Abdul Rahman Dahlan Pengarah, Komunikasi Strategik Barisan Nasional

— BERNAMA

Rabu, November 16, 2011

Guan Eng terus zalimi peniaga MELAYU di Pulau Pinang

0 Komen!!!
Guan Eng terus menzalimi peniaga Melayu...

Nie yang terbaru dan panas meletop DAP dan LGE mengarahkan Banner Menu Rakyat 1Malaysia diturunkan dan dihapuskan. Kenapa hendak diturunkan dan takutkan kedai Rakyat yang dilancarkan oleh PM sebelum ini.

Ternyata LGE takutkan tranfomasi yang dilakukan oleh PM dan takut sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap tranfomasi tersebut.

Bukti menunjukkan bangsa Melayu memang tidak boleh bergantung harap dengan Pakatan Rasis.. Inilah sebenarnya sikap perkauman tebal yang ada pada DAPig yang diketua Guan Eng yang dipuja2 oleh PASberg.

Di mana berlaku.?.. Baca sterusnya di sini..

Rabu, November 10, 2010

PCM : Lim Guan Eng si 'ayam' penakut

2 Komen!!!

Tuduhan Lim Guan Eng mengatakan UMNO adalah dalang kepada demontrasi pada minggu telah disanggah oleh Parti Cinta Malaysia (PCM) sini.

Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan mencabar Guan Eng supaya membuktikan bahwa UMNO adalah dalang kepada demonstrasi tersebut..

Kata Huan Eng,
“I hope Lim does not spin (the issue) any more (or) point fingers at others. As I have said, he is the King of Spin,”

“The protestors were protesting against state land acquisition, the hike in water tariffs and parking fees; only a blind person will say that Umno was involved (in organising the protest).”

Huan Eng menegaskan pada demonstrasi tersebut yang disertai lebih 100 orang, manakal lebih kurang 30 ahli PCM terlibat termasuk dengan peniaga KOMTAR, Pemuda UMNO termasuk penduduk kg yang mana tanahnya akan dirampas oleh kerajaan Negeri.
Before the March 2008 general election, the DAP had promised to reduce parking fees, but has since failed to make good its promise, he said.

“Others who protested included Komtar traders whose business would be highly affected by renovation work in the building,” said Huan (left).

“They have nowhere to voice their grievances as the DAP government will not listen to them or to others.”
Inilah hakikat sebenarnya, DAP ialah parti yang pembohong banyak sangat menipu dan membohongi rakyat.. apatah lagi pembohongan DAP ini di sokong seperti media dan portal seperti Malaysiakini, Harakah, Malaysian Insider dan sewaktu dengannya.. menyebabkan DAP lebih suka menipu.. dan yang menjadi mangsa ialah rakyat..

DAP suka bermain 'cantik' didepan pengundi sebagai parti yang hebat dan berjaya tetapi itu semuanya lakonan semata-mata.

Huan Eng juga menyatakan di SU Agung DAPigs, Guan Eng sebenarnya penakut.. asyik bersembunyi bila rakyat nak jumpa...
“I recall that before March 2008, the DAP demonstrated daily in all parts of the country but the government was open to that,” he said.

“The protest at the Dewan saw Lim (right) hiding inside. He did not dare appear at all but now it seems he is talking too much.”
Ingatkan dah hero sangat bila sebelum 2008 kerana asyik berdemonstrasi.. tetapi bila ada orang demonstrasi menentang DAP.. Guan Eng hanya bersembunyi dalam dewan DUN tak berani pun tunjuk muka.. dengan kata lain 'Chicken'...

Ahad, September 26, 2010

Sah!!! Khalifah Guan Eng makan duit judi dan galakkan perjudian

0 Komen!!!
Teringat dulu masa isu Judi bola sepak, wah kerajaan Guan Eng dengan segera menolak judi bola yang dimohon oleh Ascot [rujuk sini]. Begitu waraknya 'Khalifah' Lim Guan Eng sehingga dipuji melambung oleh sekutu boneka yang terus bangun dan memberikan sokongan.. inilah pemimpin yang PAS cari, pemimpin yang tolak judi..

Banyak sebenarnya pengajaran yang boleh diambil dari kisah Khalifah pembohong ni... ini sebenarnya bukti Guan Eng galakkan perjudian... didepan dia bohong orang ramai dengan tidak galakkan judi, tetapi di belakang rupanya dialah samseng no.1 terima wang judi untuk kerajaan negeri.
"Sudah cukup premis perjudian yang ada (di negeri ini), mereka mahu mengadakan hampir 12 kali cabutan dalam seminggu, ini akan akibatkan kemusnahan kekeluargaan dan memberi impak negatif kepada golongan remaja," Katanya ketika isu judi bola.
Bagitulah durjana Guan Eng menipu rakyat Malaysia.... Tapi sekarang yang galakkan judi [rujuk sini]..





Dahlah menipu tentang duit judi, lepas tu tipu lagi UMNO luluskan judi bola... masa bila UMNO luluskan judi bola... Guan Eng patut kena saman ni.. mana boleh UMNO luluskan judi bola.. yang luluskan ialah PBT..



Kenapa tidak diishtiharkan dan dimaklumkan kepada golongan miskin tegar bahawa Kerajaan Pulau Pinang gunakan duit judi untuk basmi miskin tegar.. sedangkan ramai golongan miskin tegar terdiri dari orang Islam dan orang Melayu Pulau Pinang..

Seterusnya Guan Eng juga bohong tentang progran basmi miskin tegar pulau Pinang, kenyataannya dahulu mengatakan Kerajaan DAP telah berjaya basmi miskin tegar dahulu [rujuk sini].




Tapi kini beliau mengaku duit judi untuk basmi kemiskinan [rujuk sini]...
Sebenarnya dana yang mereka dakwa sebanyak RM500,000 itu bukanlah untuk program sumbangan warga emas.

“Ia digunakan untuk membasmi kemiskinan terutamanya mereka yang berada dalam kategori miskin tegar di kalangan masyarakat bukan Islam. Lim berkata, untuk makluman Umno, masyarakat bukan Islam yang berada dalam kategori miskin tegar adalah 10 peratus dalam negeri ini yang memerlukan pembelaan daripada kerajaan negeri.
Persoalan seterusnya kenapa DAP gunakan wang judi untuk buat program basmi miskin tegar.. Kerajaan Pulau Piang perlu jelaskan adakah kerajaan negeri juga ada melabur dalam syarikat perjudian.. atau adakah Guan Eng dilantik sebagai lembaga pengarah syarikat judi..

Akhirnya kebenaran terselah, Allah menunjukkan kebenaran.. siapa yang batil Allah tidak restu.. bau busuk akibat penyeleweangan DAp akhirnya terbukti.. lakonan Guan Eng dah sampai penghujungnya..

Sabtu, September 25, 2010

Bukti dah ada - Guan Eng perbodohkan warga tua Muslim

0 Komen!!!
Dah lah naikkan tarif air, kesian warga Pulau Pinang.. tak cukup tu, surcaj lagi kesian warga Pulau Pinang.. ... masih tak cukup nak tipu rakyat pulau pinang... bohong pulak tentang sumber pemberian wang ehsan warga emas.. kesian warga Pulau Pinang..


Dalam surat khabar hari ni Ketua Penerangan Pemuda UMNO menunjukkan bukti surat yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari sebuah syarikat judi untuk program wang ehsan tersebut..


Akhirnya kebenaran teserlah, Ianya berikutan sebuah blog yang menggelarkan diri mereka Pisau yang hanya mempersoalkan dari mana sumber wang Ehsan terbabit:
Pertanyaan Pisau pada mulanya adakah ada kaitan hasil judi terhadap pemberian wang ehsan kepada warga mas?Adakah kebarangkalian lain hasil judi datangnya dari kongsi gelap? Yang menariknya pertanyaan Pisau dianggap sebagai tuduhan dan fitnah oleh 2 ekor biawak gabok ini.Habis dicanang di ceramah,fb dan twitter kata mereka difitnah.
Malangnya Kerajaan negeri pun tak boleh ditanya langsung dan terus menuduh blog Pisau sebagai fitnah.. sedangkan ianya adalah pertanyaan oleh rakyat yang mahukan kebenaran..

Kemudian Pisau membangkitkan pertanyaan jika wang didalam akaun amanah kehabisan bagaimana mereka memperolehi sumber kewangan.Malangnya Ng Wei Aik memberikan fakta peruntukan wang ehsan yang meragukan.Adakah beliau berbohong di akhbar malah dihadapan rakyat semasa ceramah.?
Malaysia Insider 21 September 2010
Sebenarnya wang tersebut adalah hasil dari penjimatan kerajaan negeri dan juga bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan negeri tanpa pembaziran dan penyelewengan.

“Peruntukkan RM20 juta kepada warga emas oleh kerajaan negeri hanya RM10.7 juta saja yang telah digunakan.

Adakah Ng Wei Aik berbohong mengenai fakta ini,dari mana beliau dapat jumlah RM20juta?Berdasarkan maklumat, Jumlah peruntukan hanya ada 17,981,juta. jika ditolak 10.7 juta berdasarkan kenyataan fakta si pembohong ini masih berbaki 7 juta,itu pun jika masih tidak dikira pembayaran terkini yang sudah mencecah 11 juta.Jadi mana datangnya lebihan dari 20 juta yang kamu maksudkan?
Mana Guan Eng mahu lari.. DAP sebenarnya bukanlah parti yang telus, tetapi hanya berlakon baik depan pandangan awam.. Sebab tu banyak tindakan DAP, Guan Eng banyak berdiam dari memberi penjelasan.. Banyak urus tadbir yang diselewengkan.. tetapi mereka pandai berlakon dan media pembangkang sentiasa memberi gambaran baik mengenai mereka.

Akhirnya yang merasa diri mereka tertipu ialah pengundi.. wang ehsan dari wang judi untuk orang tua.. adakah ini boleh diterima akal bagaimana Guan Eng membodohkan orang muslim.... dan malang lagi ialah mana dia PAS yang konon menolak judi dan sumber haram tetapi kini hanya berdiam diri...

Kepada PAS, tanggalkan jubah tu, buanglah kupiah tu.. anda hanya munafik semata-mata.,. kerana mempertahankan yang batil dan yang haram.. cukup-cukuplah jadi boneka DAPig dan menjual agama Islam.,

Selasa, Ogos 10, 2010

Sukarnya hidup dibawah pemerintah Khalifah PAS Lim Guan Eng

3 Komen!!!

Ramadan ini pasti menggamit perasaan hiba Melayu Pulau Pinang khasnya dan Melayu Malaysia amnya.

Manakan tidak, tempat mereka berniaga dan cari makan masa bulan Ramadan lebih 20 tahun yang lalu kini ditutup dan dilarang orang melayu berniaga akibat pemerintahan kuku besi DApigs yang disokong oleh ulama PAS.

Namun meskipun dihalang mereka tetapi berusaha juga.. inilah antara kisah peniaga melayu Pulau Pinang yang dipinggirkan oleh kerajaan DAPigs [rujuk sini]

Meskipun dihalang beroperasi, para peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini nekad meneruskan perniagaan di lokasi itu kerana percaya mereka mempunyai hak berbuat demikian.

Tanpa mengendahkan petugas keselamatan yang mengawal tapak berkenaan hari ini, mereka membawa masuk segala barangan jualan ke dalam gerai masing-masing walaupun ia masih belum siap sepenuhnya.

Dalam keadaan cahaya samar-samar kerana ketiadaan lampu, ia langsung tidak menjejaskan semangat para peniaga terbabit yang hanya mahu mencari peluang menambah pendapatan di bazar yang telah 20 tahun beroperasi setiap kali tibanya Ramadan itu.

Peniaga kain, Saira Banu Abdul Latiff, 48, berkata, dia telah membayar sewa gerai sebanyak RM1,800 kepada Dewan Perniagaan Komtar selaku penganjur Bazar Ramadan untuk tempoh sebulan selepas permohonannya diluluskan.

Justeru, jelasnya, beliau berhak menjalankan perniagaan di situ kerana telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

"Ini hak kami (peniaga), kami bukan beri rasuah untuk berniaga di sini, kami guna saluran yang betul. Kenapa pula kami tidak dibenarkan berniaga?


Nak niaga pun susah... begitulah sukarnya kehidupan di bawah pemerintahan khalifah PAS Lim Guan Eng.

Kepada muslimin dan muslimat.. semoga menyambut bulan Ramadan 1431h dengan lebih tabah.. namun belum terlambat lagi, pastikan orang Melayu semua akan datang pada Pilihanray Umum ke-13 untuk menolak kerajaan PAS- DAP- PKR jika tidak mahu kejadian ini berulang kembali.

Selamat menyambut Ramadan Almubarak 1431h

Sabtu, Ogos 07, 2010

Khalifah Lim Guan Eng tajaan Yahudi dan CIA pertahan Islam?

0 Komen!!!
Bunyinya macam hebat, tetapi semuanya pembohongan semata-mata... ini ekoran kenyataan Tn Guru Lim Guan ENg @ Khalifah Omar Abd Aziz Pulau Pinang Versi Yahudi dan CIA..

Sebenarnya takde bezanya, cuma DAP lebih teruk daripada MCA.. DAP dah sah-sah menolak negara Islam.. hari kononnya nak jadi juara pertahankan negara Islam.. [rujuk malaysiakini].. nak muntah aku baca.. pulak tu dihadiri dengan ajen CIA dan Yahudi yang juga peliwat.. ANuwar Aljuburi..

Macam ini ke pemimpin yang mahu dijadikan contoh.. depan orang Islam cakap lain, depan bukan Islam cakap lain, depan yahudi cakap lain.. depan orang arab cakap lain.. ini semua hipokrit.. munafik..



Macam mana nak kata sebagai penghinaan sikat antara Khalifah Yahudi (guan eng) ini sangat jauh dengan sifat Omar Abd Aziz yang sebenar..

Siapa yang arah robohkan gerai peniaga Melayu, siapa yang arahkan jangan buka lagi projek perumahan kos rendah di Pulau Pinang, siapa yang tuduh JIM sebagai ekstrimis dan pengganas Islam.. Siapa juga yang arahkan batalkan perarakan Maulidur Rasul.. siapa juga yang tak lantik ADUn PAS sebagai EXCO... semuanya Lim Guan Eng... inikah yang nak di panggil Omar Abd Aziz.. Nauzubillah Min Zalik..

Dalam negeri lain bersidang 3 kali, sidang DUN pulau Pinang hanya bersidang 2 kali.. itu kerana ada dalam undang-undang tubuh pulau pinang.. kalau tidak mungkin DAP Pulau Pinang tidak akan bersidang langsung.. [rujuk sini]

Jadi perbezaan antara Guan ENg DAPigs dengan khalifah Omar Abd Aziz yang sebenar sangat jauh.. ini sebenarnya ialah penghinaan terhadap tokoh khalifah Islam yang hebat..

Khamis, Ogos 05, 2010

Negeri lain DUN bersidang 3 kali, Pulau Pinang bersidang 2 kali.

1 Komen!!!
Inilah prestasi sebenar DAP, negeri lain bersidang di Dewan Undangan Negeri, 3 kali.. tapi Pulau Pinang hanya dua kali (rujuk di sini)..

Tapi rasanya jika di tanya kepada Lim Guan Eng pastinya dia akan menjawab "no comment".. sebab tu dia kini di kenali dengan ketua menteri No Komen.. akhirnya banyak persoalan yang tidak terjawab.

Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain, berkata berikutan penundaan itu, mesyuarat DUN bagi tahun ini cuma diadakan sebanyak dua kali.

Inilah cara pantadbiran DAP, katanya telus, kompeten dan akauntable.. macam ne nak buat semua tu.. kalau Sidang DUN negeri pun buat dua kali sahaja setakat lepas syarat sahaja..kerana dalam peraturan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri, mesyuarat DUN hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh setahun.

Rasanya kalau syaratnya diubah sidang DUN hanya sekali sahaja, maka dia akan buat sekali.. kompeten, akauntble dan telus.. hampeh.. rakyat Pulau Pinang kena bohong lagi dengan DAP..

Sepatutnya dengan ruang sidang DUN yang banyak, maka banyaklah permasalahan rakyat boleh dikemukakan ADUN kepada kerajaan Negeri melalui sidang DUN.. jadi mananya pembelaan kepada rakyat jika masalah tidak dapat dikemukakan kepada piahk yang berwajib.

Jika tiada sidang DUN rakyat tidak akan mengetahui perkembangan semasa kerajaan negeri. Jadi senanglah kerajaan negeri nak 'konar baring'.. lepas ni boleh lah robohkan lagi kedai-kedai Melayu.. siapa nak soal.. sidang DUN pun tak de..

DAP ini hanyalah penipu je, prestasi kerja pun lemah, negeri lain boleh bersidang lebih 3 kali, tapi Pulau Pinang bersidang 2 kali.. tapi bila kat dewan rakyat tanya macam-macam.. tapi DAP sendiri pun takut ditanya.. apa jenis orang macam ni...
Cakap lebih.. tapi penakut rupanya...

Khamis, Mac 25, 2010

Si bacul Lim Guan Eng!!!

0 Komen!!!

Waris PAP Singapura, dan ANak kepada Lim Kit Siang.. iaitu Lim Guan Eng atau LGE menyebut di dalam Dewan Rakyat semalam bahawa Utusan Malaysia merupakan sebuah akhbar yang rasis..

Namun yang menarik beliau hanya berani menyebut perkara di atas hanya di dalam sidang Dewan Rakyat.. apa maknanya?.. apakah tujuannya beliau menyebut dan mendakwa bahawa akhbar Utusan Malaysia sebuah akhbar rasis di dalam dewan yang mulia tersebut?

Tidak lain dan tidak bukan kerana LGE adalah seorang yang bacul kerana mengetahui jika beliau menyebut di sidang Dewan Rakyat maka beliau tidak boleh di saman kerana ia kebal daripada perundangan negara.

Apa yang ditulis oleh Utusan sekali-kali tidak pernah melampaui Perlembagaan Negara.. bahkan tindakan Utusan mempertahankan Hak Melayu, Raja-raja Melayu dan Islam semuanya sebagaimana termaktib dalam perlembagaan negara!!!

Ini membuktikan bahawa LGE seorang yang bacul.. jika beliau berani buatlah kenyataan di luar sidang dewan Rakyat!!!.. apakah beliau takut di saman.. atau beliau mengetahui dakwaan beliau hanyalah pembohongan semata-mata...

Sebenarnya LGE lah yang mengamalkan perkauman.. berusaha untuk menghapuskan hak keistimewaan Melayu, Raja Melayu dan Islam.. Beliau hanya memperjuangkan nasib Cina itupun yang pro kepada DAP.. berapa banyak peniaga Melayu di Pulau Pinang dipinggirkan.. kedai mereka dirobohkan.. semua ini atas dasar sikap cauvanis DAP!!!

Selasa, Februari 23, 2010

Anjing belaan DAP menyalak

3 Komen!!!

Nampak buruk dan hina sangat, apabila anjing belaan DAP menyalak... gila untuk mendapatkan tulang pemberiaan tuannya.... Akibat kecewa tidak dilayan oleh Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010. AMK Pulau Pinang pula yang menyalak-nyalak untuk mempertahan Guan Eng DAP.....

Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.

Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.[rujuk sini]

Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, adalah tepat.

AMK Pulau Pinang kini bagai anjing gila yang menyalak... AMK memberi masa selama seminggu kepada mereka untuk mengumpul bahan debat dan seterusnya menyahut cabaran... mungkin selepas ini mereka akan dijanjikan projek oleh Guan Eng... inilah pencacai DAP yang memalukan Melayu.. bagai anjing yang melompat-lompat mahu diberikan tulang oleh tuannya..

Guan Eng dilihat sentiasa melarikan diri apabila berhadapan isu-isu sensitif.. dahulu cabaran Kohs Tsu Konn untuk Guan Eng dedahkan Minit Mesyuarat Keraajaan Negeri mengenai isu Kg Buah Pala telah ditolak.. Terkini bukan sahaja rakyat bahkan kakitangan awam juga dilarang berada di lobi Pejabat Ketua menteri Pulau Pinang.. inikah pemimpin berjiwa rakyat... jika rakyat sendiri dilarang berjumpa dengan pemimpin.. sedangkan rakyat itulah yang memilih pemimpin tersebut...

Sokongan kepada Pakatan Rakyat oleg kaum Melayu semakin nmerosot di Pulau Pinang, tindakan Guan Eng yang dilihat bacul dan hanya mendiamkan diri merupakan punca perdebatan antara Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) mengenai kerajaan DAP yang menindas Melayu.

Bukti jelas apabila ramai pemimpin Pakatan Rakyat sendiri yang menjadi mangsa cauvanis dan diktator seperti Datuk Zahrain mendakwa Guan Eng Diktator dan Cauvanis, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mendakwa Lim Guan Eng melayan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti anjing, fairus Fauzi yang juga didesaki letak jawatan, Zulkifli Nordin yang menganggap DAP adalah semua punca masalah Pakatan Rakyat.. dan banyak lagi... kenapa AMK tidak mengajak mereka berdebat...

Ini semua menunjukkan AMK PP hanya anjing belaan DAP... yang menyalak untuk menjaga tuannya.

Jumaat, Februari 19, 2010

Peruntukan Hal Ehwal Islam - Pembohongan Guan Eng didedahkan

0 Komen!!!

Tiada apa pun yang hendak dibanggakan oleh umat Islam terhadap Lim Guan ENG, Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang mengenai peruntukan hal ehwal Islam.

Dakwaan pemberian sebanyak RM 24 juta untuk hal Ehwal Islam Pulau Pinang hanyalah penipuan semata-mata.

Lim Guan Eng su Cauvanis DAP ini didakwa menyembunyikan fakta sebenar di sebalik dakwaan kononnya kerajaan negeri memperuntukkan RM24.3 juta untuk pembangunan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang pada tahun ini.

Ini kerana, jumlah sebenar peruntukan yang disediakan bagi tujuan itu didakwa hanyalah RM11 juta, lebih rendah berbanding RM12.2 juta yang diberi ketika era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008. [rujuk sini]

Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohd. Yussoff Hamid ketika membuat pendedahan itu berkata, peruntukan RM24.3 juta yang dinyatakan kerajaan negeri sebenarnya turut merangkumi perbelanjaan tahunan bagi kos pengurusan agensi agama Islam.

''Bajet pengurusan berjumlah RM13 juta adalah bajet mengurus yang diperuntukkan secara tahunan untuk membayar emolumen termasuk gaji kakitangan agensi di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Islam.

Lain kali janganlah perbodohkan orang Islam ni.. umat Islam bukanlah komoditi yang boleh diperbodohkan sesuka hati... kecuali orang PAS ni memang suka diperbodohkan DAP!!!..

Rakyat nampak tindakan DAP sekarang ni dah over, nak tunjuk bagus dan perfect... orang lain semua salah.. apa yang dia buat semua betul.. lepas tu ada pulak mangkuk ayun PAS.. dengan muka tak malu pergilah menyembah DAP....

Semakin menyampah aku tengok si Lik Guan Eng ni... banyak penipuan yang telah dilakukan tetapi beliau memang pandai berlakon sehingga rakyat diperbodohkan... Apa orang Islam tak sedar lagi...

Rabu, Julai 02, 2008

Tangguh projek di Pulau Pinang untuk pembangunan luar bandar

2 Komen!!!

Dari segi konsepnya, kerajaan pusat memang tidak perlu memberi perhatian kepada kerajaan yang ditadbir pembangkang..

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menangguhkan beberapa projek pembangunan di negeri itu sebenarnya amat tepat. Projek yang terlibat ialah Projek monorel, Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), pembesaran Empangan Mengkuang dan menaik taraf sistem keretapi Bukit Bendera.

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat yang dibuat oleh kerajaan sebenarnya bukan mahu menghukum kerajaan negeri Pulau Pinang. Tetapi bertujuan untuk melaksanakan projek rakyat yang lebih penting seperti projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Pembangunan luar bandar adalah lebih penting berbanding dengan pembangunan yang sudah sempurna di Pulau Pinang. Lim Guan Eng perlu ingat Pulau Pinang bukan satu-satunya negeri di Malaysia.

Selain it juga sebenarnya, projek yang diminta itu boleh dianggap membazir kerana tidak dihargai oleh rakyat negeri itu. Buktinya, dengan segala pembangunan yang telah diberi namun kebanyakan pengundi masih mengundi pembangkang khasnya kawasan majoriti bukan Melayu.

Adalah lebih baik jiak projek berbilion ringgit ini di salurkan kepada yang menghargainya seperti di Sabah dan Sarawak berbanding di lain-lain negeri..

Selasa, April 22, 2008

Tawaran Ketua Menteri Pulau Pinang kepada tokoh BN untuk muslihat politik

0 Komen!!!
Tawaran Ketua Menteri Pulau Pinang kepada tokoh-tokoh BN hanyalah bertujuan politik semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kebaikan mereka. Selain untuk memujuk hati orang Melayu untuk menyokong mereka. Hakikatnya di Pulau Pinang dari 15 kerusi majoriti Melayu, Pakatan Pembangkang hanya memenangi 3 kerusi sahaja iaitu di Permatang Pasir, Sungai Bakap dan Batu Maung, selainnya dimenangi oleh UMNO.

Kerajaan Pulau Pinang dikatakan turut menawarkan peranan dalam pentadbiran kerajaan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno negeri itu.

Mereka adalah Adun Sungai Acheh, Dato' Mahmud Zakaria; Adun Seberang Jaya, Dato' Ariff Shah Omar Shah dan Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad.

Dalam akhbar Berita Harian hari ini (21 April), ketiga-tiga mereka mengesahkan telah ditawarkan tempat sebagai ahli jawatankuasa pentadbiran kerajaan. Mereka bagaimanapun sepakat menolak pelawaan tersebut.

"Biarlah mereka mentadbir dengan cara mereka. Kita beri peluang dan ruang yang cukup kepada mereka," kata Muhammad Farid.

Ketua Pembangkang, Dato' Azhar Ibrahim pula menganggap penyertaan Adun Umno dalam pentadbiran kerajaan negeri dibimbangi akan menyukarkan pihaknya untuk membawa suara rakyat.

"Kita tidak mahu mereka menuding jari kepada kita apabila Umno membangkitkan sesuatu isu hanya kerana ada Adun dari Umno menganggotai jawatankuasa yang dikritik," katanya, sebagaimana disiarkan Berita Harian.

Sebenarnya sikap seperti ini harus diberikan pujian. Inilah sebenarnya bukan pendirian UMNO semata-mata tetapi ianya perlu dilihat sebagai pendirian orang Melayu terhadap DAP. Apabila bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Dato' Lee Kah Choon menerima pelawaan tersebut, sebenarnya ianya bukanlah satu kejutan kerana sikap seperti ini telah ditunjukkan oleh kebanyakan pengundi kaum Cina di Pulau Pinang yang mimlih DAP dan menolak BN.

Kongsi Link Anda