Popular Today

Memaparkan catatan dengan label Johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Johor. Papar semua catatan

Ahad, November 15, 2015

JOHOR WATER FORUM 2015 - Arah Tuju Masa Depan Kelestarian Sumber Air Johor

2 Komen!!!



Forum sehari ini diadakan bertujuan membentuk hala tuju industri air negeri Johor ke arah lebih mapan dan berdaya maju seiring dengan perkembangan pesat pembangunan di negeri Johor. Dalam masa yang sama juga forum ini turut memberi pendedahan tentang peluang-peluang yang ada dalam industri air di negeri ini. Selain daripada itu, Johor Water Forum 2015 juga merupakan medan memperkukuh koordinasi jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta dalam menghadapi cabaran pengurusan sumber air pada masa hadapan.

Johor Water Forum 2015 mengumpulkan pembuat dasar, para profesional, dan ahli akademik serta delegasi antarabangsa bagi bersama-sama membincangkan dan mencapai resolusi bagi berhadapan dengan cabaran masa hadapan isu air di negeri Johor.

Adunan pengalaman tempatan dan antarabangsa dalam Johor Water Forum 2015 ini dijangka akan mencorakkan perubahan baharu dalam industri air di Johor ke arah kelestarian dan kemapanan bagi memenuhi permintaan semasa dan akan datang.

Ahad, Mac 08, 2015

Anak Johor diberi peluang berbakti untuk Johor - MB Johor

0 Komen!!!

Setelah 45 tahun usia penubuhan Johor Corporation mulai tahun 2015, Johor Corporation mengorak langkah dalam menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pembinaan modal insan buat pertama kali. JCorp melatih seramai 100 akauntan bertauliah dengan menempatkan pelajar-pelajar terbaik di firma-firma perakaunan terbaik di dalam dan luar negara. Inisiatif ‘JCorp Chartered Accountancy Program’ (JCAP) ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM 7.2 juta.
Muafakat antara Johor Corporation dengan firma-firma terkemuka serta badan-badan tauliah seperti ini,merupakan contoh suatu pendekatan yang segar dan inovatif yang menjadi platform baharu kepada para graduan dalam bidang perakaunan mendapatkan kelayakan pentauliahan. Kita perlu melahirkan lebih ramai akauntan bertauliah bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.Terima kasih juga saya ucapkan kepada firma-firma perakaunan serta badan-badan tauliah di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan kepada Johor Corporation
Inisiatif JCAP ini adalah salah satu daripada strategi Johor untuk memastikan anak-anak Johor yang berbakat,berminat untuk tinggal dan kekal berbakti kepada tempat kelahiran mereka ini, dengan insentif dan imbuhan yang kompetetif. Menggilap minda dan kemahiran profesional anak-anak Johor bukan lagi suatu pilihan.Sebaliknya, ia adalah satu keperluan mendesak yang tidak boleh sama sekali kita pandang enteng. Kita tidak mahu golongan profesional tempatan yang berbakat dan berpotensi besar berhijrah keluar negeri dan negara

Ahad, Disember 14, 2014

Keputusan buku Kristian dirampas terserah kepada Peguam Negara, kata polis Johor

0 Komen!!!
cyril_mannayagam_church_FBpic
Paderi Cyril Mannayagam berucap di sebuah gereja, dalam gambar yang dimuat naik di laman Facebook miliknya. Cyril berkata buku-buku agama yang dirampas pihak polis adalah bagi kegunaan penganut Katolik Orang Asli di kawasannya. – 14 Disember, 2014.

Jabatan Peguam Negara akan memutuskan samada 31 naskhah buku agama Kristian yang menggunakan nama "Allah" perlu dikembalikan kepada pemiliknya atau tidak, kata polis Johor hari ini.
Timbalan Ketua CID Johor, Assistant Commissioner Dennis Lim mengesahkan buku bertajuk "Mari Kita Memuji Allah" itu dirampas pada 5 Disember lalu sebagai sebahagian dari penyiasatan polis.
Kes itu disiasat di bawah Sekssyen 298A Kanun Keseksaan, kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, atau merasa tidak senang, kebencian atau sakit hati tentang agama.
Lim mendedahkan kes itu dirujuk kepada timbalan pendakwaraya pada 7 Disember dan sedang menunggu jawapan.
"Kita tidak boleh membuat keputusan tentang buku ini sehingga timbalan pendakwaraya memberi jawapan," kata Lim.
Lim juga menafikan paderi Katolik, Father Cyril Mannayagam, ditahan, sebaliknya hanya kenyataan beliau dirakamkan sebelum beliau dibenarkan pergi.
"Merakamkan kenyataan adalah sebahagian dari siasatan polis. Cyril dibenarkan pergi selepas kenyataannya diambil," kata Lim.
Lim berkata pada 5 Disember lalu, polis mendapat maklumat buku itu dijual di sebuah kedai buku yang terletak di hadapan Ibu Pejabat Polis Ledang di Tangkak, dan bukan berlaku di Muar, Johor seperti dilaporkan.
"Polis pergi ke kedai buku itu untuk mengesahkan mengenainya, adakah dijual di situ dan siapa pembelinya," jelas Lim.
Bila Cyril sampai selepas makan tengahari, dia diminta ke Ibu Pejabat Polis Ledang untuk dirakamkan kenyataannya.
Lim berkata, selepas disoal satu hingga dua jam, Cyril dibenarkan pergi tetapi buku yang dirampas tidak dikembalikan.
The Malaysian Insider pagi ini melaporkan Cyril ditahan bersama 30 naskhah buku miliknya yang dikatakan bagi kegunaan Orang Asli di bawah seliaannya.
Cyril, 44, berkata, walaupun polis tidak meneruskan kes terhadapnya, buku itu dirampas dan masih belum dikembalikan kepadanya.
"Saya memberitahu mereka ia untuk kegunaan gereja di kawasan saya, dan saya mahu gunakannya untuk pengikut Orang Asli di Bekok, Tangkak," kata paderi Gereja St. Andrew di Muar itu kepada The Malaysian Insider.
Cyril, yang sudah lima tahun menjadi paderi, berkata buku itu dihantar untuk dibuat salinan kira-kira jam 1 petang di Tangkak pada 5 Disember lalu sebelum kembali empat jam kemudiannya untuk mengambilnya.
"Bila saya sampai semula di kedai, penjaga kaunter berkata ada dua anggota polis sedang menunggu saya di luar kedai. Jadi saya pergi bertemu mereka.
"Mereka bertanya sama ada buku itu milik saya dan saya jawab ya. Kemudian mereka tanya saya sudah membuat pembayaran atau belum," katanya.
Selepas pembayaran dibuat, dua lelaki itu mengenalkan diri sebagai anggota polis serta mengarahkannya mengikut mereka ke balai. – 14 Disember, 2014.

Ahad, November 23, 2014

Pujian blogger PAS terhadap MB Johor #BajetJohor2015

2 Komen!!!


Rasanya ni jarang yang kita dengar...

Namun pemimpin Johor jangan perasan pulak.. sebab musuh utama politik UMNO Johor ialah DAP... bukan PAS..

PAS dengan UMNO di Johor masih ibarat keluarga mereka masih boleh menerima antara satu sama lain.. ini terbukti apabila UMNO Johor cadangkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, ADUN -ADUN Pas turut menyokong... mereka masih akui bahawa UMNO Johor sentiasa perihatin terhadap rakyat Johor khasnya orang Melayu..

Lihat sahaja dalam bajet Johor 2015 yang lalu.. tiada pemimpin Melayu yang berani dan tegas untuk pertahankan perumahan dan tanah rizab Melayu sebagaimana YAB Dato' Seri Khaled Nordin buat..
Namun ini hanya permulaan.. UMNO Johor perlu terus berusaha keras untuk memastikan Johor terus kekal di tangan BN!!


Bajet JOHOR 2015 – Ana Rasa Semakin Sukar Untuk Kita Tawan Johor Bila MB Sudah Tahu Apa Yang Perlu Dibuat…
Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim, pada ana, berbelas-belas takuk lebih pandai dan bijak berbanding dengan Kedah. Ana minta maaf cakaplah, apa yang ana dengar di DUN Johor tempohari membuatkan ana lebih tidak yakin kita mampu buat apa-apa usaha politik di Johor.
Khaled Nordin ini nampak tidak bijak. Tetapi dia seorang yang sangat teratur dan berseni dalam menyusun perancangan negeri. Tidak macam anak Mantan PM yang berlagak pandai, tetapi gagal mengurus.
Pelaburan Johor, kalau nak dikira semua RM156 bilion
Pekerja – 1.827 juta orang
Projek Besar – PIPC (Pengerang)
Bandar Pendidikan – Iskandar dan Pagoh
Bioekonomi sebagai punca pendapatan baru
Contract farming (Lembu tenusu, rumput ternakan, stevia, Herba)
Program Galakan Usahawan Pertanian
Ladang Lembu Berskala Besar (Kota Tinggir, Muar dan Segamat)
Pemodalan Darul Ta’Zim
‘Rainforest to Reef’
Program makanan 15,000 orang murid sekolah agama
37,000 rumah mampu milik
Rizab Melayu
Banyak lagi sebenarnya. Tapi ana dan ADUN naik malas nak tulis. Dalam perbincangan kami, mengakui kalau tak ada skandal besar, memang susah nak jatuhkan Johor.
Ana cuma nak beri ingat pada kawan-kawan, jangan ingat nak jatuhkan Johor ini mudah. Susah. Ana dah dengar ucapan Bajet MB…ana rasa, memang jauh panggang dari api.
Baik kita fokus kepada Kedah. Lebih mudah,

lihat selanjutnya di blog berikut : Penyokong Pas

Khamis, November 20, 2014

Sidang DUN 2014 - Kerajaan Johor terus tegas pertahan Tanah Rizab Melayu!!

3 Komen!!!

Tahniah kerajaan Johor kerana terus berani dan tegas meletakkan agenda Melayu di dalam dasar kerajaan negeri. Tanpa berselindung dan apolegatik kerajaan Johor terus menegaskan azam kerajaan menambah keluasan tanah rizab Melayu.

Dengan kenyataan berani pemimpin-pemimpin Melayu seperti ini barulah rakyat yakin dengan kepimpinan seperti ini, merekalah yang menjadi barisan hadapan yang mempertahankan hak Melayu. Ini adalah tindakan yang betul.. Melayu rasa bangga mempunyai pemimpin seperti ini..

Tahniah Dato' Seri!!

Berikut kenyataan YAB MB Johor :

Agenda mempertahan dan memperluas Tanah Rizab Melayu akan terus menjadi sasaran utama Kerajaan Johor
Saya ingin menyentuh isu Tanah Rizab Melayu, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa mempertahankan tanah Rezab Melayu akan kekal sebagai antara agenda utama Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran saya sebagai Menteri Besar. Untuk itu, sudah semestinya, harapan untuk memastikan lebih banyak tanah Rezab Melayu di negeri ini akan terus menjadi sasaran utama Kerajaan Negeri.

Selari dengan matlamat tersebut, hari ini saya akan mengumumkan beberapa lagi langkah proaktif dan khusus yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam melindungi dan mempertahankan tanah Rezab Melayu. Antaranya:

a. Menukarkan status kesemua tanah peneroka FELDA seluas 145,970 hektar dan tanah FELCRA kepada Rizab Melayu;

b. Mewujudkan Inventori Maklumat Tanah-tanah Rizab Melayu;

c. Pejabat Tanah dan Galian Johor akan menguatkuasakan arahan Pekeliling Bil. 2/83 kepada semua pentadbiran tanah di Negeri Johor yang mengkehendaki supaya maklumat tanah-tanah rizab Melayu dilaporkan kepada PTG setiap 6 bulan;

d. Bagi memastikan tanah-tanah Rizab Melayu yang diluluskan kurniaannya dipatuhi oleh pemilik untuk dijadikan sebagai Rizab Melayu, Kerajaan Negeri mensyaratkan agar hakmilik tanah tersebut didaftarkan serentak dengan kaveat Pendaftar yang akan bertindak sebagai satu halangan sekiranya ada percubaan untuk menjual tanah-tanah kurniaan ini kepada pihak yang bukan Melayu.

e. Bagi menjamin tanah-tanah Rizab Melayu ini kekal, Kerajaan akan menguatkuasakan tindakan perampasan tanah yang didapati telah bertukar pemiliknya kepada bukan Melayu sama ada melalui pertukaran pegangan saham atau pengambil alihan syarikat. Selain dari itu, bagi mana-mana syarikat yang telah berdaftar sebagai “Melayu” di bawah Jadual Kedua Enakmen Rizab Melayu Johor 1936, satu endorsmen mengenai kemasukan syarat tersebut sebagai Syarikat Melayu akan diturunkan ke atas hakmilik tanah yang dipegangnya.

Secara kesimpulannya, saya percaya segala isu pokok dan penting telah dijawab. Segala kritikan, tohmahan dan andaian yang dilontar hanya berasaskan prejudis dan salah tanggap, saya kira sudah boleh kita tolak ketepi. Kita tidak banyak masa melayan prasangka dan cubaan-cubaan menghalang agenda besar pembangunan yang memanfaatkan semua. Bak kata orang, sudah lumrah berjuang, pasti ada yang menentang.

Mohamed Khaled Nordin
MB Johor

Rabu, November 19, 2014

Masyarakat India teruja dengan bajet Johor 2015

0 Komen!!!

     


 31.    Kerajaan akan menyediakan peruntukkan yang mencakupi aspek pendidikan, kebajikan dan membantu usahawan masyarakat India pada tahun 2015 untuk tujuan Pendidikan (RM 1.5 juta), kebajikan (RM 1.5 juta) dan keusahawanan (RM1.0 juta). 

49.  Pembangunan wanita India di negeri Johor berdasarkan peruntukan untuk pembiayaan keseluruhan yang disediakan di bawah AIM oleh Kerajaan Pusat untuk usahawan India. Kerajaan Johor menyasarkan seramai 100 orang usahawan wanita India Johor akan mendapat manfaat daripada pengagihan ini.


SENAI - Pemuda MIC Johor menyambut baik Bajet Negeri Johor 2015 yang dibentangkan  Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Khamis lalu.

Ketuanya, S Hareedaven berkata, belanjawan itu jelas menunjukkan Menteri Besar prihatin dan faham denyut nadi rakyat.

“Maka atas sebab itulah beliau telah mengumumkan banyak perkara yang mampu memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

“Apa yang lebih membanggakan, peruntukan sebanyak RM4 juta turut disediakan kerajaan negeri bagi tujuan untuk membangunkan masyarakat India di negeri ini.

"Pengumuman peruntukan khas ini sudah pasti menggembirakan kami,” katanya, semalam.

Hareedaven berkata, Pemuda MIC Johor mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar di atas keprihatinan terhadap masyarakat India.

“Kami bersyukur kerana Johor ditadbir oleh seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat.

“Di atas keprihatinan beliau, kami berikrar akan sentiasa berdiri teguh dan memberi sokongan padu kepada kepimpinannya sebagai Menteri Besar.

"Semoga apa dirancang kerajaan negeri mencapai matlamatnya,” katanya.


Tanah rizab Melayu di kawasan Iskandar Malaysia meningkat sebanyak 12 kali ganda berbanding sebelum merdeka.

2 Komen!!!

Syukur tidak terkata bagi orang Melayu Johor khasnya kepada kepimpinan Umno Johor yang dilihat serius untuk Melayu dan Islam di negeri Johor.

Fokus bajet 2015 kini sangat dirasai oleh rakyat Johor.. isu dan kebimbangan orang Melayu tentang kediaman mereka di tengah bandar kini di jamin oleh kerajaan BN Johor.

Isu tanah rezab juga yang dulu diserang oleh pembangkang terhadap kerajaan negeri Johor menyebabkan PAS dan PR terkedu..

Kerajaan BN Johor dilihat begitu rapi perancangannya utk Melayu dan perumahan serta tanah mereka...

Lihat sahaja fakta mengenai Keluasan tanah rezab Melayu di negeri johor yang kini telah meningkat daripada hanya seluas 87,563.6 hektar pada 1957 kepada 432,157.64 hektar setakat September tahun ini. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 279,744 hektar atau 18.2 peratus sejak negara kita mengecapi kemerdekaan.

Jika mengambilkira kawasan Iskandar Malaysia yang merangkumi daerah Johor Bahru dan sebahagian Kulaijaya, keluasan tanah rizab Melayu sebelum merdeka adalah seluas 1,921.44 hektar tetapi selepas tahun 1957 sehingga September 2014, luas tanah rizab Melayu bagi kedua-dua daerah tersebut adalah 23,517.37 hektar. Ini jelas menunjukkan bahawa keluasan tanah rizab Melayu di kawasan Iskandar Malaysia pada hari ini sebenarnya bukan semakin berkurangan tetapi telah meningkat sebanyak 12 kali ganda berbanding sebelum merdeka.

Bagi daerah-daerah lain di negeri Johor juga, ia turut mencatatkan peningkatan sebanyak 2 hingga 21 kali ganda.

Tanah Rizab Melayu adalah tertakluk di bawah Enakmen Rezab Melayu 1936 dan Perlembagaan Persekutuan. Mana-mana tanah yang berstatus demikian apabila hendak dibatalkan atas alasan pembangunan atau permohonan pemiliknya sendiri perlulah mematuhi keperluan sebagaimana yang disyaratkan di dalam Enakmen Rizab Melayu 1936 dan juga Perlembagaan Persekutuan iaitu perlu ada tanah gantian yang berkeluasan sama atau lebih dan nilaian tanah mestilah sama atau lebih

Jika pemimpin itu ikhlas untuk agama bangsa dan negara in sha Allah akan menunjukkan jalannya..

Semoga Allah sentiasa berkati keikhlasan perjuangan pemimpin kita..

Khamis, November 13, 2014

Teks ucapan Bajet Negeri Johor #Tanah rezab Melayu terus dibela

1 Komen!!!

Pembentangan Bajet oleh YAB MBJ
TITIK SENTUHAN BAJET 2015 "MEMBANGUNKAN JOHOR SECARA INKLUSIF"

STRATEGI PERTAMA: MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN EKONOMI DAN MERANSANG PELABURAN.

A. MERANCAKKAN PERTUMBUHAN DALAM BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK
SEKTOR PETROLEUM DAN GAS

1. Kerajaan Negeri Johor dan kerajaan persekutuan bekerjasama membangunkan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) dengan memberi fokus kepada aktiviti-aktiviti industri berteknologi tinggi dan berinovasi. Apabila siap kelak, PIPC akan menyediakan pekerja-pekerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi.

SEKTOR BIOEKONOMI

2. Menyokong pertumbuhan industri kecil dan sederhana yang berorientasikan bioteknologi melalui program Jelajah Bioekonomi yang memberi manfaat kepada usahawan tempatan melalui proses penjenamaan dan promosi.

3. Mempergiatkan penglibatan masyarakat dalam sektor bioteknologi, melalui Program Pembangunan Bioekonomi Komuniti dengan kerjasama kerajaan persekutuan. Program ini akan melibatkan kerjasama antara pembekal teknologi dari syarikat-syarikat Bio-Nexus dan berasaskan ‘bio’ dengan kumpulan komuniti hampir 100 peserta di setiap daerah, melalui contract farming atau perladangan kontrak.

4. Kerajaan negeri akan memberikan peruntukan bagi melaksanakan program untuk pembangunan modal insan dalam sektor bioteknologi.

5. Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) telah diberikan peruntukan berjumlah RM1.5 juta sebagai pemudah cara kepada pelabur.
B. MENGUKUHKAN EKONOMI DESA MELALUI PERTANIAN LESTARI

6. RM4 juta diperuntukkan bagi memperkasakan Program Galakan Usahawan (PGU) di bawah seliaan Jabatan Pertanian Johor bagi tahun 2015. PGU akan dilaksanakan menerusi tiga projek, iaitu Projek Industri Kecil (PIK), Projek Pembangunan Tanah Terbiar (PPTT) dan Skim Pinjaman Satu Mukim Satu Industri (SMSI).

7. Program meningkatkan pengeluaran daging lembu berskala besar, melalui ladang satelit dengan penglibatan seramai 21 peserta dengan penghasilan 18,900 ekor lembu matang setahun dengan peruntukan RM3 juta.

8. RM2 juta diperuntukkan untuk membantu pengusaha tanaman nanas yang mempunyai keluasan kurang daripada 15 ekar bagi membantu meningkatkan pengeluaran mereka.

9. RM20 juta kepada Permodalan Darul Ta’zim untuk membeli dan menyelamatkan tanah-tanah pertanian yang dimiliki oleh Orang Melayu supaya tidak dijual kepada pihak lain, di mana tanah-tanah yang dibeli akan disewakan kepada koperasi dan usahawan terpilih untuk menjalankan aktiviti pertanian.

C. MENJADIKAN JOHOR JAUHARI SELATAN DAN DESTINASI PELANCONGAN TERBAIK MALAYSIA

10. Johor akan ada lima produk pelancongan menjelang tahun 2015 untuk membangunkan Taman Negara Endau-Rompin; Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Sungai Pulai sebagai tapak RAMSAR; Johor Pusat Kebudayaan Melayu utama di dunia; Johor Pusat Persidangan Antarabangsa; Hab pelancongan keluarga dengan tarikan seperti Angry Birds, Legoland, Hello Kitty World dan Johor Premium Outlet.

11. Kerajaan persekutuan, melalui ECER telah memperuntukkan RM31.4 juta bagi membangunkan prasarana eko-pelancongan dengan konsep Hutan Hujan ke Terumbu Karang atau Rainforest to Reef di Taman Negara Endau Rompin. Projek ini akan dilaksanakan secara berfasa untuk tempoh lima tahun.

12. Kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi menaik taraf jalan akses ke kawasan pelancongan Tanjung Piai, Pontian.

13. Kerajaan Negeri akan menganjurkan pelbagai festival, termasuk festival sukan, seni dan budaya dengan peruntukan RM1 juta. Antara dua festival yang akan menjadi tumpuan di peringkat antarabangsa ialah Festival Layang-Layang Sedunia dan Festival Zapin.

14. Transformasi Johor Bahru: Urban and Heritage Trail dengan penjenamaan semula Bazar Johor Bahru, mewujudkan Stesen Seni dan perkhidmatan bas percuma “Johor Di Hatiku”.

15. Taman Warisan Semulajadi Nusajaya akan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama UEM Sunrise melibatkan kawasan seluas 300 ekar. Kawasan riadah ini akan menempatkan Taman Tanaman Tropika dan Taman Koleksi Tumbuhan yang kedua-duanya akan beroperasi sebagai tujuan pelancongan, riadah, pendidikan dan penyelidikan.

STRATEGI KEDUA: MEMANGKIN KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT

A. MENGURANGKAN KEMISKINAN

16. Kerajaan negeri akan meneruskan Program Bantuan Rumah dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.93 juta untuk membina 40 unit rumah baru dan membaik pulih 30 buah rumah.

17. RM8 juta daripada hasil kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam Johor akan dibelanjakan untuk membina 200 unit rumah dengan anggaran RM40,000 seunit dan RM1 juta akan diperuntukkan untuk membaik pulih 74 unit rumah.

18. RM6.6 juta bagi bantuan makanan sihat kepada 15,000 murid miskin di Sekolah Agama Johor dengan peruntukan RM2.50 setiap murid untuk sehari sepanjang sesi persekolahan selama setahun.

19. Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan RM100,000 melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKAO) bagi penganjuran program kerohanian dan kepimpinan kepada mereka.

20. RM 1.8 juta kepada 1,800 nelayan dengan pecahan RM 1000 setiap seorang di pesisir pantai Selatan Johor yang disahkan kelayakannya oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

B. MENYEDIAKAN TEMPAT BERLINDUNG UNTUK MEMBINA KELUARGA YANG KUKUH

21. Sasaran pembinaan rumah mampu milik ditingkatkan daripada 28,000 unit kepada 37,000 unit bagi tempoh lima tahun akan datang, mulai tahun 2014.

22. Sebanyak 6,300 unit rumah kos rendah, termasuk Projek Perumahan Rakyat sedang di dalam proses pembinaan.

23. Dua kawasan strategik di sekitar Johor Bahru telah dikenal pasti sesuai untuk pembangunan Taman Perbadanan Islam pada 2015 iaitu di kawasan seluas 15 ekar di Telok Jawa dan 14 ekar lagi di Larkin.

24. Kerajaan Negeri akan menyediakan Skim Sewa Beli dengan sasaran ialah sebanyak 5,000 unit. Ini termasuk 1,000 unit rumah berharga RM42,000 hingga RM80,000 yang akan di sewa beli oleh Majlis Agama Islam Johor untuk diduduki sementara secara percuma oleh penerima bantuan zakat yang berkelayakan.

25. Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan juga akan membina 2,000 unit rumah pada 2015 di bawah program Pembinaan Rumah Penjawat Awam. Ini termasuk penjualan 531 unit kuarters kerajaan yang telah diperoleh menerusi pulangan penswastaan kepada penghuni-penghuni yang mendiaminya.

26. Kerajaan negeri akan menaikkan had minimum kelayakan pendapatan isi rumah bagi pembelian Rumah Mampu Milik Johor dan Kedai Kos Sederhana dari RM6,000 dan RM7,000 kepada RM8,000.

27. Kerajaan akan memberikan baucar RM1,000 untuk membantu mengurangkan deposit utiliti dan kos-kos yang berkaitan pembelian rumah.

28. Perjanjian yang ditandatangani bermula 1 Januari 2015, di mana baucar tersebut boleh dituntut dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).

C. MENGUKUHKAN AGENDA JOHOR DALAM MEREKAYASA SOSIAL

29. Perbadanan Johor akan mengambil alih tanah seluas 382 ekar di Kem Tebrau bagi tujuan membina lebih banyak rumah mampu milik khusus untuk golongan Bumiputera dan masyarakat setinggan.

30. Kerajaan negeri tidak akan memperbaharui hak milik secara pajakan berkeluasan 196 ekar di kawasan Perindustrian Larkin, daerah Johor Bahru. Kawasan ini akan diwartakan sebagai rizab Melayu dan akan dijadikan kawasan penempatan orang Melayu.

31. Kerajaan akan menyediakan peruntukkan yang mencakupi aspek pendidikan, kebajikan dan membantu usahawan masyarakat India pada tahun 2015 untuk tujuan Pendidikan (RM 1.5 juta), kebajikan (RM 1.5 juta) dan keusahawanan (RM1.0 juta).

32. Bagi menyemarakkan integrasi etnik, keeratan sosial dan memupuk penerimaan kepelbagaian budaya, kerajaan akan menubuhkan Majlis Permuafakatan Perpaduan Negeri Johor.

D. MEWUJUDKAN JOHOR YANG BERSIH DAN ALAM SEKITAR YANG LESTARI

33. Program Johor Bersih dan Lestari 2015. Gelombang perubahan sihat dan bersih dalam suasana kehidupan rakyat Johor.

34. Pada tahun 2015, kerajaan akan memperkasakan pasukan Perubahan Komunikasi Tingkah laku (COMBI) di peringkat Jawatankuasa JKKK, Zon Ahli Majlis dan sekolah-sekolah bagi menangani masalah denggi.

35. Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Kerajaan Pusat akan memulakan pelaksanaan Water Blueprint Sungai Skudai. Peruntukan akan disalurkan melalui pihak pemeliharaan alam sekitar, kerajaan negeri telah memutuskan untuk membekukan sebarang aktiviti pembalakan di hutan simpan di seluruh negeri Johor.

E. MEMBUDAYAKAN SUKAN DAN GAYA HIDUP SIHAT UNTUK KEBINGKASAN Malaysia

37. RM40 juta bagi kerja-kerja menaik taraf Stadium Larkin secara berfasa di bawah Pembangunan Larkin Central Park oleh JCorp, mulai 2015.

38. RM20 juta untuk kerja-kerja menaik taraf arena akuatik.

39. RM60 juta bagi pembinaan Stadium Tertutup di Larkin.

40. RM60 juta untuk membina stadium bagi kegunaan sukan trek padang dan balapan di Taman Mount Austin, Johor Bahru melalui kaedah penswastaan.

41. RM11 juta, melalui PBT untuk membina 56 gelanggang serba guna dan 30 Gym Muafakat Johor dalam usaha kerajaan menyahut seruan gaya hidup moden dan sihat khususnya bagi golongan muda.

42. Mewujudkan pusat rekreasi tambahan, terutamanya di kawasan Iskandar selari dengan citra masyarakat yang memerlukan ruang riadah bersama keluarga.
F. MEMPERKASA AGENDA BELIA

43. Hab Belia Tempatan di Hutan Bandar Majlis Bandar Raya Johor Baru (MBJB) dan Hab Belia Antarabangsa dengan kos RM23.4 juta.

44. RM400,000 diperuntukkan bagi menggerakkan Sukarelawan Darul Ta'zim, melalui aktiviti seperti motivasi pelajar, pembangunan sukarelawan, khidmat masyarakat, serta sukarelawan sukan.
45. Program Pembangunan Atlet seawal usia 10 tahun dengan memfokuskan sukan bola sepak, takraw serta sukan padang dan balapan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta.

46. Iskandar Malaysia Motorsports City and Fast Track akan dibangunkan dengan pelaburan komited sejumlah RM3 bilion.

47. Program-program pencegahan dan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan dadah akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan peruntukan sebanyak RM500,000.

G. MEMPERKASA SUMBANGAN DAN PROFESIONALISME WANITA

48. Program Kemahiran Inkubator Ibu Tunggal (I-KIT), Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) dan Program Teras Pembangunan Pembangunan Wanita dengan memberi penekanan kepada tiga kategori golongan wanita, iaitu Wanita Profesional, Wanita Pertengahan dan Wanita Amatur dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM150,000.

49. Pembangunan wanita India di negeri Johor berdasarkan peruntukan untuk pembiayaan keseluruhan yang disediakan di bawah AIM oleh Kerajaan Pusat untuk usahawan India. Kerajaan Johor menyasarkan seramai 100 orang usahawan wanita India Johor akan mendapat manfaat daripada pengagihan ini.

H. MEMELIHARA BUDAYA DAN WARISAN JOHOR

50. RM2.5 juta Pusat Pentadbiran Yayasan Warisan Johor akan dibina secara berfasa di Kompleks Mawar. Pembinaan Pembangunan Berfasa Pusat Warisan Johor akan menempatkan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti Akademi Pembinaan Karaktor, kelas pemugaran tulisan jawi, kelas zapin serta pelbagai paparan seni akan dipergiatkan.

51. Memartabatkan Permainan tradisional di sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM250,000.

52. Peruntukan untuk promosi kebudayaan, kesenian dan warisan Johor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

53. Insentif kerjaya sebanyak RM300,000, khusus untuk artis kebudayaan Yayasan Warisan Johor.

54. Tabung Amanah Warisan Johor sebanyak RM20 juta akan diperuntukkan bagi Projek Kembara Wangsa. Peruntukan ini akan digunakan untuk menaik taraf prasarana dan pemulihan tapak-tapak bersejarah di sepanjang Sungai Johor.

55. RM4.3 juta diperuntukkan bagi Pembangunan Muzium Timbalan Setia Negeri dan Muzium Mersing akan dibangunkan pada tahun 2015.

56. Bagi memastikan kelangsungan budaya dan penulisan masyarakat tempatan, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM100,000 bagi penganjuran aktiviti Persatuan Penulis Johor.

STRATEGI KETIGA: MEMBANGUNKAN MASYARAKAT BERILMU DAN BERKEMAHIRAN BAGI MENDUKUNG PERALIHAN KE ARAH EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN

A. MEMBINA UPAYA INSAN UNTUK KEKUATAN BANGSA

57. Menyediakan akses kepada asuhan awal kanak-kanak. Dasar Kerajaan Negeri Johor menyasarkan agar menjelang tahun 2017, setiap anak-anak negeri Johor yang berusia empat tahun ke atas sudah berada dalam kelas pendidikan awal.

58. Pembangunan Hab Kemahiran Johor (Johor Skill Hub) di kawasan seluas 100 ekar dikenal pasti di daerah Kota Tinggi oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan peruntukan sebanyak RM225 juta bagi menyediakan pengajian meliputi sektor minyak dan gas, pengangkutan, pelancongan, Bioteknologi dan kesihatan.

59. Lembaga Pelabuhan Johor akan menubuhkan Centre of Excellence for Maritime Related Activities bagi memenuhi permintaan tinggi untuk tenaga kerja dalam industri Maritime dan pelabuhan. Ia akan melibatkan seramai 15,000 orang dalam tempoh lima tahun akan datang.

60. Program Johor Talent akan dipergiatkan dan diteruskan untuk mencari bakat terbaik di kalangan graduan untuk diberikan peluang latihan industri atau internship di sektor awam atau syarikat milik kerajaan.

61. RM1.5 juta kepada Program Duta Jauhar yang melibatkan penyertaan mahasiswa Anak Johor di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara, di mana program ini bertindak sebagai platform untuk mengemukakan idea dan pendekatan inovatif dalam melaksanakan projek transformasi komuniti.

62. RM260,000 di bawah Skim Biasiswa Sultan Ibrahim yang diperkenalkan semula untuk mencari bakat terbaik bagi ijazah tinggi peringkat Sarjana dan Kedoktoran Falsafah.
63. RM1.6 juta di bawah JCorp Education Sponsorship Programme (JESP) bertujuan menaja pelajar pra-siswazah dalam empat bidang, termasuk Ekonomi, Kejuruteraan, Undang-undang dan Perakaunan yang akan dimanfaatkan oleh 100 pelajar.

64. RM7.2 juta di bawah JCorp Chartered Accountancy Program (JCAP) yang akan melatih 100 akauntan bertauliah dengan menempatkan pelajar-pelajar terbaik firma-firma perakaunan terbaik dalam dan luar negara.

65. RM1 juta diperuntukkan bagi meringankan beban bayaran masuk universiti untuk anak-anak Johor. RM1,000 untuk peringkat Ijazah dan RM500 bagi peringkat Diploma.

66. RM2 juta untuk Tuisyen SPM YPJ yang melibatkan pelajar sekolah menengah aliran sains tingkatan 5 dengan penglibatan 148 sekolah seluruh negeri dan dimanfaatkan oleh 3,100 pelajar.

67. Potongan 'rebat' sebanyak 25% akan diberikan untuk semua pembayaran balik secara penuh pinjaman pendidikan YPJ, berkuat kuasa serta merta sehingga Jun 2015. Sehingga kini, seramai 13,300 peminjam YPJ sedang dalam tempoh balik pembayaran.

68. Seramai 25 orang pegawai tadbir kerajaan negeri akan diperuntukkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master Degree. Kerajaan negeri juga mengambil ketetapan bahawa semua penjawat awam Johor mesti mengikuti sekurang-kurangnya 7 hari kursus atau latihan selama setahun bagi membangunkan potensi karier mereka.
STRATEGI KEEMPAT: MEMBUDAYAKAN INOVASI, KREATIVITI DAN KEUSAHAWANAN BERDAYA SAING GLOBAL

69. Penjenamaan semula Perbadanan Usahawan Johor Berhad kepada Pusat Pembangunan Usahawan Johor (EDC) yang telah beroperasi sejak September 2014.

70. Tiga Pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) akan dibina di Air Hitam, Kota Tinggi dan Mersing yang akan dijadikan pusat pengumpulan produk-produk IKS negeri Johor.

71. Perbadanan Islam Johor akan menyediakan inkubator atau ruang pejabat kecil bagi menggalakkan golongan belia untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan dengan peruntukkan RM3 juta. Program Bantuan Penjaja Kecil dan Program Bantuan Youth Collective dan Program Tajaan NGO Belia Islam akan diteruskan.

72. Program transformasi kedai runcit atau TUKAR akan digiatkan dengan tujuan menukar orientasi kedai runcit tradisional kepada kedai moden yang menjual barangan keperluan rakyat, dan memberi bantuan kepada 50 buah kedai seumpamanya. Peruntukan awal RM2 juta pada tahun 2014 dan ditambah lagi RM1.5 juta.

73. Kerajaan negeri dengan kerjasama IRDA menyasarkan pembangunan 1,000 usahawan muda yang terlibat dalam perniagaan berorientasikan model perniagaan maya.

74. Pusat Pembangunan Usahawan Johor (EDC) akan mengambil alih 68 unit premis komersial dan menawarkan ia kepada usahawan kecil dan sederhana bagi aktiviti perniagaan mereka. Premis komersil itu adalah di daerah Johor Bahru, Kluang, Muar dan Mersing.

75. Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasaman akan menyediakan 300 ruang perniagaan dengan melibatkan kos RM10 juta dalam usaha untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi Johor agar terus mapan dengan disokong oleh golongan usahawan baru.

76. Penubuhan Koperasi Iskandar Malaysia dengan matching grant untuk perniagaan rantaian kedai runcit harga patut bagi menangani kos sara hidup dengan peruntukan RM10 juta.

77. Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Islam Johor (PIJ) akan membangunkan tanah seluas 300 ekar untuk pembangunan kemudahan sementara aktiviti sokongan di Pengerang.

STRATEGI KELIMA: MEMODENKAN PRASARANA SERTA MENGUKUHKAN KEPERCAYAAN AWAM TERHADAP PENTADBIRAN DAN INSTITUSI KERAJAAN

A. MENYEDIAKAN PRASARANA DAN INFRASTRUKTUR AWAM YANG MODEN, CEKAP DAN SISTEMATIK

78. RM600 juta diperuntukkan bagi penyelenggaraan rangkaian jalan-jalan negeri.

79. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya Negeri akan mendapat peruntukan RM50 juta bagi tujuan pembangunan Jalan dan Jambatan Negeri bagi tahun 2015.

80. Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat akan melaksanakan Projek Mengatasi Masalah Banjir dan Mencegah Hakisan Pantai yang menjejaskan kualiti hidup seramai 50,000 orang ia akan melibatkan peruntukan sebanyak RM22.14 juta.

81. Program Pencegahan hakisan di sepanjang Perairan Tanjung Piai, Pontian dengan peruntukkan RM45 juta.

82. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mempertingkatkan keberkesanan prasarana awam di luar bandar, peruntukan RM50.15 juta meliputi bekalan air luar bandar, RM11 juta, jalan-jalan luar bandar, RM38.15 juta dan bekalan elektrik luar bandar, RM 1 juta.

83. Satu Pelan Induk akan disediakan merangkumi 2 bahagian utama iaitu Pelan Induk Pengangkutan Awam Johor dan Pelan Tindakan Pengangkutan Awam Daerah.

84. Penjenamaan Semula Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM).
B. MENGUKUH KEERATAN SOSIAL DAN MEMASTI KESELAMATAN LINGKUNGAN

85. Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela terus diperkukuhkan di kawasan perumahan dengan peruntukkan RM900,000.

86. RM4 juta diperuntukkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang lebih banyak lampu awam di kawasan tumpuan ramai bagi mengelakkan kejadian jenayah.

87. Penambahan anggota Polis Bantuan berjumlah 1,100 orang yang akan ditempatkan di Iskandar Malaysia.

88. Sebuah lagi Ibu Pejabat Polis (IPD) akan dibina di kawasan Nusajaya yang dianggarkan bernilai RM117 juta.
C. MEMBANGUNKAN DESA LESTARI

89. Kerajaan telah memperuntukkan RM4.4 juta untuk membina 100 unit rumah secara berkelompok kepada golongan sasar di kawasan Sedili Kecil, Kota Tinggi.

90. Program Pembangunan Kampung Tradisional di antara kerjasama kerajaan negeri dan KEJORA, peruntukan RM11.5 juta untuk membina kemudahan awam dengan selesa.

D. MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG ISLAMI DAN BERAMAL SOLEH

91. RM457,600 untuk pelaksanaan Program Iqra’ dan Fardu Ain (IQFA) kepada kanak-kanak yang mengikuti pembelajaran dan asuhan awal di tadika-tadika KEMAS.

92. Pemberian imbuhan tahunan kepada guru-guru KAFA dan elaun khas cuti bersalin.

93. Kerajaan negeri sedang di dalam peringkat kajian bagi semakan semula gaji guru agama di negeri Johor.

94. Melaksanakan Pelan Strategik Pendidikan Islam Johor yang akan menggubal empat perkara asas, iaitu melestarikan pendidikan agama, menambah baik kesemua kemudahan pembelajaran serta pengajaran yang memberi penekanan kepada teknologi digital, ganjaran setimpal kepada guru-guru dan menjadikan Johor sebagai Hab Pendidikan Antarabangsa Aliran Agama.

95. RM2 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan peningkatan tahap kebersihan sekolah-sekolah agama yang mempunyai jumlah pelajar melebihi 1,100 pelajar.

96. RM2.82 juta untuk Badan Kebajikan Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor dengan pecahan RM5,000 bagi setiap sekolah yang melibatkan penglibatan sebanyak 564 sekolah.

97. Festival Kesenian Islam Johor akan dijadikan acara tahunan.

98. RM44.5 juta bagi bantuan perubatan dan penjagaan kesihatan seperti rawatan hemodialisis yang akan ditambah baik dan dipertingkatkan.

99. RM1.8 juta diperuntukkan, melalui Perbadanan Islam Johor (PIJ) untuk tambahan dua lagi Pusat Rawatan Dialisis yang akan dibuka di Ayer Hitam dan Pasir Gudang.

100. RM18.4 juta bagi golongan mualaf, di mana dana zakat akan diperuntukkan untuk memastikan kebajikan saudara kita terbela, termasuk bantuan seperti perumahan, pendidikan, bantuan Hari Raya, perubatan, perniagaan dan kebajikan.

101. Elaun Ketua Kampung akan dinaikkan dari RM800 kepada RM1,000.

102. Elaun Pusat Pelatih Dalam Komuniti (PDK) dinaikkan dari RM800 kepada RM1,000.

103. RM3 juta bagi memperkasakan pertubuhan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat, melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

104. Tabung Pembangunan Perkuburan Islam Berpusat dan Bersepadu ditubuhkan di bawah MAIJ di dalam kawasan Iskandar Malaysia di kawasan berkeluasan 124 hektar di beberapa lokasi, termasuk Lima Kedai di Nu
sajaya, Kulaijaya dan Cahaya

Khamis, Oktober 23, 2014

Taklimat Permohonan Pekan Rabu Kluang

0 Komen!!!

Alhamdulilah.. berita baik untuk warga Kluang, akhirnya tapak niaga Pekan Rabu dibuka untuk permohonan..

Kepada warga Kluang yang berminat untuk memohon tapak niaga di Pekan Rabu Kluang sila untuk menghadiri taklimat permohonan dan pengambilan borang sebagaimana maklumat berikut:

Tarikh: 2 November 2014
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Pekan Rabu, Kluang

Tidak boleh wakil untuk mengambil borang kerana PUJB hanya akan memberi bagi yang berminat sahaja.. kerjasama sangat lah diharapkan.


Isnin, Oktober 20, 2014

TMJ TAMAT ZAMAN BUJANG JUMAAT INI

0 Komen!!!




OHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bakal menamatkan zaman bujangnya Jumaat ini apabila melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat pertunangan dan pernikahan baginda dengan wanita pilihannya itu akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari itu.

"Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menghadiahkan tujuh barangan kepada pihak perempuan, manakala pihak keluarga perempuan pula akan membalasnya dengan sembilan barangan," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini, Isnin.

Istiadat pernikahan dikendalikan Mufti Johor Datuk Tahrir Samsuddin.

Hanya kerabat dan keluarga terdekat kedua-dua pasangan dijemput menghadiri istiadat pertunangan dan pernikahan itu.

Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu, menurut Abdul Rahim.

Katanya, istiadat merisik telah pun berlangsung pada 27 Sept lepas dengan rombongan diraja diketuai Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor itu juga mengumumkan istiadat persandingan Tunku Mahkota Johor dengan Cik Khaleeda akan diadakan di Istana Besar, Johor Baharu pada 7.30 malam, 8 Nov depan.

Istiadat persandingan itu bakal berlangsung secara sederhana tetapi penuh dengan adat istiadat diraja Johor dan ketenteraan, dijangka dihadiri oleh kira-kira 1,200 jemputan dari dalam dan luar negara.

Antara tetamu kehormat yang akan menghadiri istiadat itu termasuk Sultan Brunei, Sultan Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri Singapura serta barisan exco dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor.

Menurut Abdul Rahim tiada liputan media bagi istiadat berkenaan.

Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia.

Baginda mendapat pendidikan awal persekolahan di Johor Baharu sebelum melanjutkan pendidikannya di Australian International School, Singapura pada 1999 dan Hale School di Perth, Australia.

Bermula 17 Julai 2003 hingga 11 Dis 2004, Tunku Ismail menjalani latihan ketenteraan di India Military College di Dehradun, India dan ditauliahkan pangkat Leftenan.

Baginda menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama mengetuai Rejimen Berkuda Tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India, A.P.J Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58 pada 20 Jan 2007.

Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak daripada 2000 hingga 2003, sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.

Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010. - BERNAMA

Selasa, September 30, 2014

Lagi fitnah jahat ke atas kerajaan Negeri Johor!!

0 Komen!!!


Kerajaan  Negeri Johor mahu pemaju Forest City supaya mematuhi Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)  dan hidraulik sebelum membangunkan projek di Tanjung Kupang, Gelang Patah itu. Ini penting bagi memastikan kebimbangan rakyat seperti isu alam sekitar diberi perhatian sepenuhnya dan segala peraturan yang ditetapkan di negara ini dapat dipatuhi.

Kerja penambakan bukan sesuatu yang asing kerana banyak negara dan negeri yang melakukan tambakan termasuk Singapura juga telah lama melakukannya. Kita juga belajar dari Singapura.

Ada penulisan penulisan jahat menyebarkan khabar angin tidak berasas kononnya sebanyak 10 padang golf akan dibina di atas tanah penduduk .


"Ini tidak benar dan Kerajaan Negeri tidak pernah bersetuju tanah orang kampung diambil bagi membina padang golf seperti didakwa."

Saya juga memberi jaminan bahawa tidak ada tanah penduduk kampung akan diambil untuk tujuan pembangunan projek tersebut.

Mohamed Khaled Nordin

Isnin, September 29, 2014

Rakyat didahulukan.. tiada kenaikan tarif air Johor

0 Komen!!!

Taarif air dinaikkan tidak benar. Kerajaan Negeri cadang pinjaman 1.3 billion ditukar kepada geran seperti negeri lain - Mohamed Khaled Nordin

khabar angin yang mengatakan kerajaan negeri akan menaikkan tarif air dari 10 hingga 12 peratus adalah tidak benar, begitu juga desas-desus pengambilalihan SAJH.

Kerajaan negeri juga telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Pusat supaya pinjaman berjumlah RM1.3 bilion yang diberikan bagi melengkapkan infrastruktur air di negeri ini ditukar kepada bentuk geran.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan tersebut ada asasnya memandangkan ia turut digunakan bagi menyediakan projek air luar bandar dan berbeza dengan projek air luar bandar di negeri-negeri lain yang menggunakan sepenuhnya geran Kerajaan Persekutuan.

"Perubahan status daripada Syarikat Air Johor (SAJ) kepada Syarikat Air Johor Holding (SAJH) membuatkan bayaran pajakan tinggi berdasarkan pinjaman yang ada. Pertukaran pinjaman kepada geran dapat mengurangkan sewa pajakan yang dikenakan Perbadanan Aset Air Johor Berhad (PAAJB) kepada SAJH.

"Ia juga menjadi faktor penentu kepada sebarang cadangan menaikkan tarif air di Johor kerana mengambil kira kos operasi yang ditanggung SAJH ketika ini. Sebarang cadangan menaikkan tarif air perlu melalui beberapa proses perundangan dengan kelulusan Parlimen dan pendengaran awam terlebih dahulu," katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan ketujuh Kesatuan Pekerja-Pekerja SAJ (KPPSAJ) di Kukup Golf Resort, di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Sementara itu, beliau turut meminta pihak KPPSAJ agar terus memberi sokongan kepada pihak pengurusan dalam menjayakan segala program pembangunan di negeri ini kerana pekerja adalah faktor utama SAJH menerima anugerah operator pengurusan air terbaik negara.

Sabtu, September 20, 2014

Gambar2 banjir di Kluang

0 Komen!!!












gambar-gambar keadaan Banjir di sekitar daerah Kluang.. Hujan lebat yang seharian melanda telah membawa banjir kilat di kawasan sekitar.

Moga mereka selamat dan dijauhkan dari bala musibah..

AMin..

Rabu, September 17, 2014

Video Pemuda PAS tinggalkan ceramah Mat Sapu #MuktamarPas2014

0 Komen!!!


Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar dewan tersebut ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapannya.
Mereka memakai jaket bertulis ‘kami bersama Presiden dan Majlis Syura.’
Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor

image
Teriakkan “Hancur PasMa” telah bergema mengiringi ucapan Mat Sabu yang merasmikan muktamar di Dewan Chon Moi. Lebih 100 perwakilan yang berbaju hitam yang bertulis “Kami Bersama Presiden dan Majlis Ulamak” terus meninggalkan majlis dan meninggalkan Mat Sabu tersengeh-sengeh di atas pentas.
Macam mana PAS.. nampaknya semakin parah perpecahan dalaman PAS.. ini akibatnya PAS tidak mengikut prinsip ajaran Islam lagi.. terikut-ikut dengan DAP dan PKR.. 

sumber: Pisau

Selasa, September 02, 2014

PAS Johor penipu besar?

1 Komen!!!



Muktamar PAS yang sepatut berlangsung di Johor pada September 7 terpaksa dibatalkan tapi Salahuddin Ayub menyalahkan kerajaan Johor pimpinan UMNO di atas pembatalan tersebut.

Padahal ianya disebabkan mereka tak bayar baki RM50,000 duit untuk menggunakan tapak tanah Taman Sutera Mall di Johor Baru. Bayaran itu sepatutnya dijelaskan selewat-lewatnya Ogos 15hb tapi masih tak dijelaskan hingga pihak tuan punya terpaksa batalkan booking tersebut.

AHli PAS patut tanya apa jadi duit dari PAS Pusat. Selain dari siasat duit Kohilal dan Tabung Memali, Auditer PAS patut siasat samada Salahuddin Ayub atau Din Puduraya ada guna duit itu untuk beli shoplot di bangunan Puduraya baru. Kalau tak dipuduraya, cuba check di terminal Bas Selatan di Tasek Selatan.

Lahabat punya Din Pudurataya yang punya kekasih janda jual tiket bas, dia sudah salahkan UMNO ....


Salam kepada semua AJK PAS PUSAT, Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri dan Ketua-ketua Dewan.

Setelah Badan Perhubungan PAS Johor bincangkan dengan panjang lebar dan mendalam pada malam tadi 30 ogos 2014 dengan disertai oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj. Salahuddin Ayub maka kami terpaksa membuat keputusan segera mengenai Muktamar PAS ke 60 yang akan diadakan di Johor disebabkan tidak demokratiknya UMNO/BN yang memaksa "TANAH SUTERA MALL" pemilik tanah yang PAS sewa untuk mendirikan khemah supaya membatalkan perjanjian sewa tersebut. 


Pengurusan Tanah Sutera Mall telah membatalkan perjanjian sewa dan memulangkan deposit berjumlah RM 75K pada 27 ogos 2014 walaupun usaha rayuan diplomasi telah dibuat oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj Salahuddin Ayub terus kepada MB Johor namun UMNO bermain wayang. Maka BPPNJ telah membuat ketetapan dengan berpandukan persetujuan Dato Mustafa Ali serta Tn. Asmuni Awi dalam mesyuarat Muktamar Induk pada 28 ogos 2014 lepas.



1. Muktamar PAS ke 60 akan dipindahkan ke lokasi Pt. Salleh Ros, Pt. Raja, Batu Pahat. Tanah milik ahli PAS. BERHAMPIRAN UTHM di tepi jalan utama.

2. Tarikh yang sama iaitu dari 18 September-20 September 2014 kerana semua kemudahan khemah telah siap sedia.

3. Mohon maaf kepada semua yang telah menempah Penginapan di Johor Bahru agar dapat dibatalkan. Penginapan baru untuk di booking di Batu Pahat senarai hotel atau home stay akan dikeluarkan hari ini juga. Johor memohon maaf di atas kesukaran sedikit kerugian kerana perpindahan ini.

4. Jawatan kuasa negeri telah bersiap sedia untuk menjalankan amanah yang diberikan dengan lebih semangat kerana nampak kejayaan yang cuba dihalang oleh UMNO/BN akan membawa kemusnahan kepada mereka

5. Dewan Muslimat harap segera hubungi ana untuk final lokasi ini.

Hanya untuk dalaman saja. Pengumuman rasmi perpindahan akan dimaklumkan oleh SUA selepas mesyuarat PAS PUSAT pada 7 September.
 

JAWAPAN YB PJ JOHOR

Punya lah pembohong si Din Puduraya gila janda ....inilah PAS cakap macam Munafiq. Hadi kononnya kata ...

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain.

Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.

"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya ketika merasmikan Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas termasuk pungutan derma.

Justeru, tegasnya para pendakwah jangan berbohong dan menipu dengan pungutan derma.

"Pendakwah jangan bohong, penipu, pungut derma jangan salah guna untuk diri, bukan untuk Islam," ujar beliau di hadapan kira-kira 1,000 peserta.

Jelasnya, duit hendaklah dijalankan alat dalam berdakwah, bukannya matlamat.

Beliau menekankan bahawa pendakwah perlu mempunyai sifat bijaksana dan jangan menjadi pendakwah yang bodoh.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu Duat: Mengangkat Izzah Islam dan Jamaah oleh AJK PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki dan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Azhar Yaacob, Duat: Membugar Fikrah dan Menyebar Risalah oleh Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Khairudin Aman Razali at-Takiri dan Duat: Mendepani Cabaran Perang Cyber oleh Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Pidato Am bertajuk Duat: Agen Jamaah akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi 4 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor dan AJK DUPP merangkap Ketua DUPN Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.

Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan merasmikan majlis penutup pada jam 5.00 petang. - HARAKAHDAILY 1/9/2014


Tapi belakang-belakang sedang merancang sesuatu dengan Lim Kit Siang untuk buat 916 tapi bukan Anwar sebagai PM tapi perlukan 12 ahli Parlimen BN untuk lompat.

Hehehehe ... berapa dah dapat dari Sabah? Ada 18????? Sarawak ada 5???? Upfront RM3 juta, jika berjaya RM3 juta? Kalau mahu jadi menteri, tiada lagi extra RM3 juta, tapi boleh menyamun!!!!

sumber : unspinner

Khamis, Julai 17, 2014

Permit Masuk Kenderaan (VEP) kenderaan Singapura.. apa kata orang Johor??

3 Komen!!!


Johor Bahru: Kerajaan pusat bakal mengenakan kadar bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) terhadap kenderaan berpendaftaran asing yang memasuki Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tarikh penguatkuasaan bayaran dan kadar akan ditetapkan dalam tempoh masa terdekat. 

Beliau berkata, sebahagian hasil bayaran yang diperoleh juga akan dikongsi bersama kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri diminta memaklum dan memberi notis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bila bayaran berkenaan boleh dilaksanakan.

"Ia berikutan pelbagai persediaan perlu dilakukan termasuk bagi menyediakan pelekat kenderaan.

"Percayalah ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya yang hadir di majlis jamuan berbuka puasa bersama 1,500 rakyat Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada) di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin da Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Adakah anda bersetuju?? berikan pandangan anda di ruangan komen.. 

Jumaat, Jun 27, 2014

Selasa, Jun 10, 2014

Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor untuk tangani isu perumahan Johor : MB Khaled Nordin

0 Komen!!!


Alhamdulillah Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah meluluskan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 petang semalam.

Lembaga ini sangat penting supaya dapat bertindak menjayakan fokus utama kerajaan negeri terhadap isu perumahan selaras Pelan Suara Hati Johor dan Kerajaan Negeri dapat bergerak menjayakan matlamatnya dan sasarannya , membuat perancangan dan menyelesaikan cabaran perumahan di negeri Johor

Terima Kasih buat semua yang membuat liputan samada yang positif dan negatif. Saya menghargai semua maklum balas positif dan negatif

Saya teruskan juga pembentangan ini kerana bedasarkan komen - komen mereka tidak tahu apa yang mereka cakap dan keliru hasil fakta yang mengelirukan bertujuan untuk melewat lewatkan usaha kerajaan untuk segera bertindak menyelesaikan masalah rakyat.
Tidak perlu mana mana pihak meragui keikhlasan kita untuk memperjuangkan dan melindungi hak rakyat.

Jika Enakmen Lembaga Perumaha dan Hartanah Johor ini dilihat bercanggah dengan sistem Raja Berpelembagaan, maka Enakmen Perbadanan Johor serta beberapa akta di peringkat Persekutuan seperti Akta Suruhanjaya Koperasi, Bank Negara dan beberapa lagi yang memberi kuasa lantikan kepada YDPA juga seharusnya dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah tidak melanggar konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor dan kuasa eksekutif itu adalah seseorang yang mendapat mandat dari rakyat

Bagi elak kekeliruan dan tohmahan dan bagi memelihara prinsip raja berpelembagaan di Negeri Johor, dan beberapa pindaan peranan raja hanya untuk melantik atas nasihat Menteri Besar. Itu sahaja yg menyentuh berkenaan raja walaupun enakmen sebegini pernah diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini dan akta-akta di peringkat persekutuan.

Ini semua kita buat untuk rakyat demi rakyat bagi rakyat. Ingin saya tegaskan bahawa belum pernah dalam sejarah anak Johor tunduk dan mengalah hadapi cabaran

Muafakat membawa berkat
Kepada Allah Berserah

Isnin, Jun 09, 2014

Checkmate!! LPHJ mendapat sokongan YB PAS!!

6 Komen!!!

Nampaknya usaha pihak tertentu untuk menggagalkan Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor tidak berjaya.. Bahkan YB PAS pula yang menyokong usul BN ini..

Idea yang dipelopori oleh BN ini adalah satu manifestasi pembangunan pro-rakyat yang kerajaan sentiasa mendengar rintihan rakyat!!

Apa nak dikata lg.. hakikatnya ia adalah usaha yang baik untuk sektor perumahan dan hartanah negara..

Tahiah MB Johor kerana membawa perubahan yang positif untuk negeri bertuah ini!!

RUU Perumahan : Rakyat sentiasa keutamaan kerajaan Negeri Johor : MB Khaled Nordin

1 Komen!!!


Kerajaan Negeri sedar akan kebimbangan rakyat terhadap peningkatan kemasukan pelabur-pelabur asing di negeri ini terutamanya dalam sektor hartanah. Sungguhpun kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengimbangi pasaran hartanah dan mengawal pemilikan asing, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa menghalang mana-mana urusniaga hartanah milik persendirian, termasuk penjualan tanah oleh orang Melayu sendiri kepada warga asing.

Dalam menyedari kerancakkan pembangunan hartanah dan pembelian oleh warga asing di negeri Johor, percayalah semakin rancak juga usaha-usaha yang dilakukan kerajaan dalam sektor ini. Seperti yang telah saya tekankan sebelum ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran pembinaan 28,000 unit rumah mampu milik dalam masa lima tahun di negeri Johor pada hari ini.

Tidak cukup dengan itu, kita kenakan caj dan menyenaraikan hitamkan mana-mana pemaju yang gagal membina rumah mampu milik selepas dua tahun mendapat Kebenaran Merancang. Secara otomatik juga segala projek pembangunan pemaju yang telah disenarai hitamkan tersebut akan dibekukan serta merta. Bagi pemaju yang mendapat pelepasan kuota Bumiputera, mereka terpaksa pula membayar 7.5% dari harga yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli.




Kerajaan Negeri sedang merangka mewujudkan Zon Antarabangsa di kawasan Iskandar dimana dengan adanya zon ini kerajaan akan mengawal dan mengehadkan peratusan warga asing di luar zon tersebut. Ini supaya mereka tidak bersaing untuk membeli rumah dengan orang tempatan. Kita juga telah menerima pakai keputusan Kerajaan Persekutuan dalam menetapkan RM 1 Juta seunit bagi pemilikan hartanah warga asing bermula 1 Mei yang lalu.



Bagi memastikan golongan berpendapatan rendah daripada pelbagai kaum memiliki perumahan di kawasan bandar, Kerajaan negeri secara adil dan saksama telah memutuskan kuota pemilikan mengikut kaum Melayu, Cina mahupun India dengan masing-masing diperuntukkan 6.5;2.5;1.

Selain itu, setiap kawasan yang ditambak memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk menambah kawasan rezab melayu dan kerajaan juga sedang merangka untuk mewujudkan kawasan lingkaran melayu dalam Bandar, semuanya untuk memastikan melayu tidak berpindah dari Bandar kesan pembangunan yang pesat.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor bagi memantap dan menentukan keberkesanan matlamat untuk memperbanyakkan rumah mampu milik di negeri Johor.

Malangnya, enakmen ini telah dipolitik dan di salahertikan kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan serta melanggar prinsip Raja Berpelembagaan yang diamalkan sejak sekian lama di negara kita.

Negeri johor merupakan Negeri pelopor kepada amalan sistem raja berperlembagaan di malaysia. Sebelum negeri-negeri lain di malaysia, malah sebelum kerajaan Persekutuan menggunapakai konsep raja berlembagaan, negeri johor Seawal tahun 1895 telahpun menggunapakai dan mengiktiraf amalan Sistem raja berperlembagaan ini.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum juga, undang-undang tubuh kerajaan 1895 telah wujud dizaman pemerintahan almarhum sultan abu bakar dan menjadi perlembagaan negeri yang pertama di malaysia. jika dilihat secara keseluruhannya peruntukan-peruntukan yang ada didalam undang-undang tubuh ini, secara komprehensifnya ia telah menggariskan satu sistem perundangan yang jelas berkaitan kuasa raja dalam sistem pentadbiran negeri johor.

Perkara ini jelas berdasarkan bahagian pertama undang-undang tubuh.Ini yang memberikan tafsiran kepada perkataan “raja” iaitu:

“ YANG MAHA MULIA TUANKU”, “RAJA”, “RAJA YANG DIPERTUAN”, “SULTAN YANG DIPERTUAN”, DAN “SULTAN” MAKNANYA SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI KERAJAAN DAN JAJAHAN JOHOR DAN SEGALA DAERAH TAKLUKNYA;

Berdasarkan peruntukan ini raja diberi kuasa untuk menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai sultan bagi negeri johor.

Namun persoalan yang menjadi isu adalah, sejauh mana kuasa yang di Peruntukkan kepada raja dalam menjalankan kuasanya? Adakah raja Mempunyai kuasa eksekutif?

Bagi membincangkan isu ini, rujukan haruslah dibuat kepada bahagian dua Undang-undang tubuh kerajaan 1895. Fasal 7(1) memperuntukkan bahawa:-

7(1) RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT

“PADA MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT UNDANG-UNDANG TUBUH INI ATAU SEBARANG UNDANG-UNDANG ATAU SEBAGAI SEORANG AHLI MAJLIS RAJA-RAJA MAKA RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN ATAU NASIHAT SESEORANG AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN YANG MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT KUASA AM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN DIKECUALIKAN JIKA ADA LAIN-LAIN SYARAT DIUNTUKKAN OLEH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ATAU OLEH UNDANG-UNDANG TUBUH INI; TETAPI ADALAH IA BERHAK BOLEH MEMINTA APA JUA KETERANGAN YANG ADA PADA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN BERKENAAN DENGAN PEMERINTAHAN NEGERI INI”

Perkara berkaitan ini juga adalah selaras dengan perlembagaan Persekutuan dibawah artikel 40 yang mana memperuntukkan bahawa yang Dipertuan agong hendaklah bertindak atas nasihat.

Selanjutnya, dibawah fasal 7(2) undang-undang tubuh kerajaan 1895 Menjelaskan bahawa raja hanya mempunyai kuasa budi bicaranya sendiri Dalam 7 perkara sahaja iaitu:

1. Melantik menteri besar

2. Menangguhkan persetujuan terhadap permintaan meminta dimansuhkan Dewan negeri

3. Meminta diadakan mesyuarat majlis raja-raja yang semata-mata berkenaan Dengan perkara-perkara kebebasan-kebebasan, taraf kedudukan, kehormatan Dan kebesaran duli-duli yang maha mulia atau berkenaan dengan perkara-Perkara, upacara-upacara atau istiadat agama

4. Apa-apa jua kewajipan sebagai ketua agama islam atau berkenaan dengan adat Istiadat orang melayu

5. Melantik ganti atau ganti-gantinya, permaisuri, pemangku raja atau jumaah Pangkuan raja

6. Melantik orang menjadi orang besar-besar negeri dan dato’-dato’ dan Menetapkan kewajipannya

7. Membuat peraturan berkenaan dengan majlis-majlis diraja dan istana

Berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah disebutkan Sebentar tadi, jelas bahawa konsep raja berperlembagaan di johor tidak SAMA SEKALI MEMBERI KUASA EKSEKUTIF KEPADA RAJA



Mungkin hujah yg saya kemukakan ini hanya bersifat akademik memandangkan bahawa terdapat pelbagai tohmahan dan kekeliruan yang timbul bagi enakmen ini. Dan bagi maksud untuk memperkukuh dan memelihara sistem raja berpelembagaan di negeri johor ini maka saya maklumkan kepaga dewan yang mulia ini kita akan lakukan pindaan. Pindaan akan dibuat melalui enakmen yang akan dibentangkan pada hari esok. Khususnya yang melibatkan peruntukan yang menyentuh peranan raja. Ada yang akan dipinda dengan menyatakan secara khusus peranan peranan raja adalah atas nasihat menteri besar, khususnya dari segi perlantikan. dan yang paling penting lain lain fasal semuanya ditiadakan hanya itu saja yang menyentuh pada raja iaitu raja melantik dengan nasihat menteri besar lain lain semua digantikan dengan pihak berkuasa negeri. Apa sebab kita lakukan ini? Semua ini adalah untuk menunjukan bahawa kerajaan berniat ikhlas dan tidak berniat memberi kuasa eksekutif kepada raja dan mengganggu gugat sistem raja berpelembagaan walaupun kandungan enakmen ini serupa dengan enakmen yang terdapat yang kita luluskan dahulu yang serupa dengan beberapa peruntukan yang memang terdapat dalam akta akta peringkat persekutuan. Apatah lagi tidak timbul apa apa masalah bagi kita menyokong enakmen ini dan

Kerana ia adalah untuk rakyat Demi rakyat bagi rakyat!

Jadi kita akan tgk esok pembangkang sokong ataupun tidak.

Kongsi Link Anda