Popular Today

Khamis, Ogos 25, 2011

Aljuburi dah mengaku bersalah?

2 Komen!!!
Siapa tak kenal Aljuburi.. Seorang pemimpin yang dikatakan berani.. Apatah lagi bab kalau menghentam orang lain khasnya kerajaan Dan UMNO..

Namun keberanian Anwar mula hilang.. Anwar jadi kecut teloq!!!

Rupanya Anwar seorang penakut!!! Manakan tidak.. Dalam sesi pembelaan beliau memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia menunjukkan sikap pengecut apabila mengelak disoal balas...

Anwar hanya berani menyoal orang lain tapi tidak berani jika diri beliau disoal..

Sudahlah duduk dikandang tertuduh.. Eee.. Eeh.. Berlagak pulak.. Salahkan orang lain.. Salahkan hakim.. Salahkan pendakwa.. Salahkan pemerhati.. Semua orang salah..

Peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, selain memburukkan imej Mohamad Zabidin, Anwar juga dilihat cuba menjatuhkan reputasi institusi mahkamah di negara ini apabila mendakwa beliau ditindas daripada mendapat perbicaraan yang adil.

Semalam, Anwar dalam keterangan selama kira-kira satu jam 45 minit menegaskan bahawa Mohamad Zabidin menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan adil sungguhpun hakim berkenaan telah berpuluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati Ahli Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.

Mengulas tindakan Aljuburi duduk di kandang tertuduh itu, kata Muhammad Shafee, setiap tertuduh mempunyai hak untuk berbuat demikian tetapi ia agak jarang digunakan kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti tertuduh itu mempunyai tahap keupayaan minda yang rendah berbanding manusia normal lain. "Ia biasanya digunakan dalam kes-kes tertuduh yang amat naif, antara waras atau tidak, ataupun tertuduh itu mempunyai sesuatu yang ingin disorokkan dan tidak berupaya menghadapi pemeriksaan balas pendakwa raya. "Kenyataan tanpa bersumpah sebenarnya tidak memerlukan seseorang tertuduh itu untuk bercakap benar di mahkamah kerana pihak pendakwa tidak boleh ataupun tidak perlu menyoal balas tertuduh," katanya

Hakikatnya Anwar Cuba berselindung sebab itu beliau mengelak Dari ditanya.. Secara tidak langsung ia ya menunjukkan Aljuburi seorang yang bersalah.. Sebagai mana pepatah Melayu... Berani kerana Benar.. Takut kerana salah.. Inilah sikap yang ditunjukkan Aljuburi..


Sent from my iPad

Rabu, Ogos 24, 2011

Saman KDN : Zuraidah mengilai macam Mak Lampir

0 Komen!!!
Saman KDN : Zuraidah mengilai macam Mak Lampir

Zuraida atau nama manjanya Mak Lampir tak habis habis berbohong dan mengfitnah terhadap Kementerian Dalam Negeri akhirnya mengundang padah.Dek kerana punyai mulut puaka beliau terpaksa berhadapan satu saman yang mencecah jutaan ringgit.

Selepas ini kita akan dapat melihat betapa haprak pakatan akan mengelupur apabila vaksin "kebenaran" disuntik kepada badan penganut Anwarinas yang cukup dikenali pengemar kencing dan najis fitnah.

Produk bohong dari kilang fitnah haprak pakatan semenjak dua menjak ini dikhabarkan tidak berkualiti dan cukup mudah dikenal pasti. Kesemuanya berjaya dikantoikan.

Rakyat dah mula muak dengan pembohongan yang meremehkan minda mereka.Pakatan mengajar seolah olah rakyat sudah tidak mampu untuk berfikir secara logik.Pakatan mengajar rakyat untuk terus bergulamang dengan produk najis fitnah mereka.

Sumber : pisau.net

Sent from my iPad

Jumaat, Ogos 19, 2011

Penipuan terkantoi!!! Pemimpin PAS semakin meroyan

0 Komen!!!
Ekoran pendedahan Sinar Harian yang menyangkal pembohongan Suhaizan Kaiat yang mahu menuduh pengundi hantu atau pengundi klon.. Pemimpin PAS terse but semakin meroyan kerana pembohongan mereka kini telah terdedah Dan di ketahui umum!!!

Pengundi yang didakwa sebagai 'klon' ahli Umno yang didedahkan oleh Pemuda PAS baru-baru ini tampil menafikan bahawa mereka mempunyai lebih daripada satu keahlian dalam parti itu.

Akhbar harian berbahasa Melayu, Sinar Harian hari ini menyiarkan beberapa artikel setelah berjaya menjejaki enam individu yang didakwa diklon itu yang nyata tidak berpuas hati bahawa butiran peribadi mereka didedahkan tanpa pengetahuan mereka.

Akhbar tabloid itu berjaya mengesan enam daripada mereka yang mana dua telah membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dan bercadang mengheret parti itu ke mahkamah.

"Ya Allah, sampai hati depa (mereka) guna nama saya. Saya tuntut depa minta maaf kerana buat fitnah terhadap saya pada bulan Ramadan," kata seorang daripada dua ahli Umno yang bernama Besah binti Mat dari Jejawi Batas di Kangar, Perlis, yang dipetik tabloid itu.

Anak perempuan kepada Besah dari Kg Telaga Hj Latiff, - sebuah kawasan di Arau, Perlis - berkata ibunya tinggal di situ sejak kecil dan tidak pernah berpindah ke tempat lain.

Justeru, tidak timbul soal nama ibunya itu ada dalam daftar pengundi di tempat lain dan mengundi dua kali.

Isnin lalu, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (kiri) mendakwa parti itu berjaya mengesan tiga nama yang didaftarkan di dua lokasi berbeza - Azahar bin Ahmad, Besah binti Mat dan Mansor bin Ahmad.

Dua Mansor itu - seorang peneroka Felda manakala seorang lagi pesara, tampil bersama dan membuat laporan polis masing-masing di balai polis Changlun semalam ke atas Suhaizan yang didakwa memfitnah mereka.

Pasangan itu berkata mereka tinggal di kampung masing-masing selama sekurang-kurangnya tiga dekad yang lalu.

"Mereka mendakwa saya mempunyai dua kad pengenalan, ini adalah fitnah dan jika benar saya sudah melanggar undang-undang negara.

"Tindakan PAS ini menunjukkan seolah-olah mereka hanya tahu mencari salah orang tanpa menyelidik dan saya akan mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara ini," katanya dipetik Sinar Harian.

Akhbar itu juga berjaya mengesan sekurang-kurangnya dua individu yang bernama Azhar, seorang daripada mereka masih menetap di Perlis manakala seorang lagi telah berpindah ke Pahang 13 tahun yang lalu.

Azhar yang dikesan di Perlis itu juga menafikan beliau pernah terbabit dalam pengundian dua kali .

"Tidak! Saya tidak pernah mengundi dua kali seperti didakwa. Sejak daftar saya tak pernah mengundi di tempat lain. Cuma pernah bertugas jaga Peti Undi Kilang Gula semasa akti dalam Pemuda Umno dulu," katanya dipetik akhbar itu.


Sent from my iPad

Khamis, Ogos 18, 2011

Blogger BN buat PKR macam cacing kepanasan

0 Komen!!!
PKR melenting lagi.. Kali ini sasarannya ialah blogger BN.. Ianya berkaitan dengan PKR terlibat dengan arahan kepada supaya jangan membuat serbuan terhadap gereja DUMC.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, blog itu menyiarkan satu dokumen palsu dikatakan: campur tangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam pemeriksaan terhadap gereja berkenaan.

Ianya adalah taktik biasa PKR untuk menafikan diri mereka terlibat dalam melarang JAIS untuk bertindak mempertahankan akidah Umat Islam..

PKR patutnya membidas tindakan pihak gereja yang mahu memurtadkan Umat Islam.. Namun PKR Selangor lebih rela minta maaf kepada gereja.. Apa motifnya? Minta maaf kepada pihak yang memurtadkan Umat Islam..

PKR memang tiada niat untuk pertahankan akidah Umat Islam kerana mereka lebih menyokong gereja berbanding masjid!!!


Sent from my iPad

Jumaat, Ogos 12, 2011

Isu pemeriksaa Gereja : Penjelasan Pengarah Jais

0 Komen!!!
SHAH ALAM 11 Ogos – Selepas lebih seminggu isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang didakwa sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya diperkatakan, pihak berkuasa agama itu hari ini menjelaskan bahawa tiada serbuan dilakukan ke atas premis itu pada 3 Ogos lalu.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin (gambar) menegaskan, apa yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa JAIS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dream Centre hanyalah pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam di gereja berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan itu dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 setelah menerima maklumat bahawa terdapat majlis berbuka puasa diadakan bersama majlis 'Thanksgiving Dinner' di sebuah gereja.

"Maka berdasarkan maklumat itu, satu pemeriksaan telah dibuat bersama-sama anggota polis kira-kira pukul 9.45 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Marzuki, sebenarnya tiada sebarang kekasaran atau pecah masuk dilakukan oleh penguat kuasa agensi tersebut semasa pemeriksaan di Dream Centre milik gereja berkenaan sebagaimana yang ditohmah oleh segelintir pihak.

Malah, beliau sekali lagi menegaskan bahawa tiada serbuan dilakukan ke atas premis yang dikatakan gereja itu pada malam 3 Ogos sebagaimana dilaporkan oleh sesetengah media dan pihak tertentu sebelum ini.

Menurut Marzuki, perundingan sebenarnya diadakan antara JAIS dengan pihak penganjur di luar dewan berkenaan sebelum pemeriksaan itu dilakukan, malah pasukan penguat kuasa juga telah meminta keizinan untuk masuk dan hanya dibenarkan berbuat demikian selepas majlis itu selesai pada pukul 11 malam.

"Ini membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan semata-mata. Tiada sebarang kekasaran yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa JAIS pada malam tersebut," katanya.

Marzuki kesal dan kecewa apabila banyak pihak mengatakan pemeriksaan tersebut dilakukan secara tidak beretika oleh anggota penguat kuasa JAIS.

"Pemeriksaan di dalam dewan berkenaan hanya dilakukan selepas majlis yang dihadiri seramai 100 orang itu tamat. Dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja, anggota penguat kuasa JAIS dan polis telah diarahkan keluar dari dewan tersebut oleh pihak penganjur.

"Walaupun tindakan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa JAIS dan PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas orang Islam, JAIS dan polis tidak menggunakan kuasa menahan pihak penganjur atau membuat sebarang tangkapan," katanya.

Beliau turut mengesahkan tiada sebarang tangkapan dibuat walaupun seramai 12 orang Islam didapati hadir, sebaliknya hanya butiran diri mereka diambil dan diminta untuk menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling di JAIS.

Sumber : utusan


Sent from my iPad

Khamis, Ogos 04, 2011

PKR terus jahanamkan Institusi pendidikan!!!!

2 Komen!!!
Intitusi pendidikan semakin hancur di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat!!! Tindakan campurtangan politik yang melampau telah merosakkan Institusi Pendidikan yang sepatutnya menjadi badan profesional....

Ianya satu penghinaan kepada badan akedemik yang dimanipulasi politik kotor PKR..

Selain itu juga.. Ini juga membuktikan kezaliman pemerintahan kerajaan PAkatan Aljuburi.. Yang mahu memecat kakitangan awam dengan suka hati dan bermotifkan poltitik.. Apatah lagi.. Sedangkan umat Islam akan menyambut Aidilfitri dalam masa terdekat ini...


Di bawah ialah memo bukti penglibatan Khalid Gagap dalam kemelut perletakkan jawatan TNC Unisel !!!

Rabu, Ogos 03, 2011

Edisi buku jinggay : Intitusi pendidikan semakin hancur di bawah PKR Selangor

2 Komen!!!
Apa sudah jadi institusi pendidikan di Selangor.. Cacar marba... Kelam kabut.. Huru hara.. Ini semua gara- gara tindakan campur tangan politik melampau...

Ada yanga melihat Naib Chanselor sebagai pak turut sahaja... Ini yang mahu dibuat oleh kerajaan PKR Selangor...

*****Ini dibuktikan dengan perletakan jawatan Dr. Rosti Saruwono sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuat kuasa esok dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Rosti yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan itu dibuat berikutan beliau tidak sanggup melaksanakan tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.

"Sah saya letak jawatan berkuat kuasa 3 Ogos (esok). Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Rosti yang berasal dari Klang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Beliau dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, Rosti berkata, beliau tidak akan menjadi "pak turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Unisel ditubuhkan pada 23 Ogos 1999 dan kini mempunyai lapan fakulti yang menawarkan pelbagai bidang pengkhususan antaranya kejuruteraan, teknologi maklumat, industri, bioteknologi, komunikasi dan media serta pengurusan perniagaan yang dikendalikan lebih 1,000 tenaga pengajar.

Difahamkan tindakan Rosti itu sebagai 'membantah' keputusan pelucutan jawatan tiga orang pegawai iaitu Pendaftar, Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.

Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel berkenaan atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu.

Tuduhan yang disertakan dalam memorandum berkenaan turut melibatkan Rosti yang dicadangkan meletak jawatan dan digantikan dengan serta-merta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor itu untuk memecat tiga pegawai berkenaan.

Namun, keputusan Abdul Khalid itu difahamkan tidak diterima oleh Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel.

Menurut sumber Utusan Malaysia, ketiga-tiga pegawai berkenaan tidak pernah diberikan surat tunjuk sebab dan tidak diberi peluang untuk membela diri.

Bagaimanapun, sehingga petang ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Unisel dan pejabat Menteri Besar berhubung peletakan jawatan Rosti.

Sent from my iPad

Selasa, Ogos 02, 2011

Edisi PAS boneka DAPigs : Kedah darul Maksiat!!!

0 Komen!!!
Edisi PAS boneka DAPigs : Kedah darul Maksiat!!!

Membangun bersama maksiat inilah slogan baru yang kini dilaungkan oleh Pasberg di Kedah.. Sebagaimana yang rakyat maklum slogan ini sangat bersesuain dengan negara kebajikan Pasberg setelah mereka menolak negara Islam..

*****Pertambahan mendadak pusat-pusat hiburan di Kedah merupakan satu perkara mengejutkan bagi sebuah negeri yang diperintah oleh kerajaan yang melaungkan slogan untuk melaksanakan pentadbiran Islam seperti Pas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, pengakuan terbuka oleh Exco Kesihatan negeri itu, Dr. Ismail Salleh bahawa pusat-pusat hiburan tersebut beroperasi secara haram hanya melambangkan kelemahan Pas walaupun sudah tiga tahun berkuasa di Kedah.

"Walaupun kerajaan negeri mengatakan pusat hiburan itu tidak berlesen, namun ia bukanlah bermaksud mereka boleh lepas tangan.

"Ke manakah hilangnya sistem penguatkuasaan Majlis Kerajaan Tempatan di bawah Pas sehingga sesiapa sahaja bebas untuk jalankan aktiviti tidak bermoral secara haram?" katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, apa yang menimbulkan persoalan ialah kegagalan Pas Kedah di bawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak membendung pertumbuhan pusat hiburan sehingga mereka dilihat seperti tidak berbuat apa-apa untuk mengekang kegiatan itu.

"Pertambahan mendadak pusat hiburan dan rumah urut di sekitar Alor Setar, Sungai Petani dan beberapa bandar lain di negeri itu adalah sesuatu yang mengejutkan bagi sesebuah kerajaan dengan slogan murni seperti Kedah Sejahtera seperti yang dilaungkan oleh Pas," katanya.

Menurut Mukhriz, kegagalan pemimpin negeri itu menangani isu tersebut dengan berkesan juga dapat dilihat apabila Kerajaan Pas Kedah menarik balik larangan ke atas pusat hiburan untuk beroperasi sepanjang Ramadan.

"Pendirian mereka tidak teguh. Awalnya mereka melarang tetapi kemudian diketepikan setelah mendapat tekanan DAP yang turut disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka (Pas Kedah) mudah mengubah keputusan.

"Jadi, bagaimanakah pemimpin Pas mahu memastikan pusat-pusat hiburan (haram) berkenaan tidak dikunjungi oleh umat Islam termasuk pada bulan puasa?" katanya.

Menurut Mukhriz, rakyat Kedah juga tertanya-tanya adakah Kerajaan Pas Kedah takut dengan tekanan DAP dan juga ugutan para pengusaha pusat hiburan yang berselindung di belakang DAP.

*sumber : Utusan Malaysia


Sent from my iPad

Kongsi Link Anda