Popular Today
Isnin, Disember 15, 2014
Anwar tidak yakin dengan Hudud PAS Kelantan!!
Ahad, Disember 14, 2014
Keputusan buku Kristian dirampas terserah kepada Peguam Negara, kata polis Johor
"Kita tidak boleh membuat keputusan tentang buku ini sehingga timbalan pendakwaraya memberi jawapan," kata Lim.
Selasa, November 25, 2014
ISMA : Pak Samad buta fakta!
Merujuk kenyataan Samad bahawa isu itu ditimbulkan secara bermusim, ISMA berhujah, mereka tidak faham kenapa penulis itu berkata sedemikian.
Beliau mendakwa Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad dan beberapa pemimpin Melayu sudah dimanipulasi oleh pihak tertentu atas nama hak asasi manusia dan hak kewarganegaraan.
Badhrulhisham mempersoal jika tokoh Melayu itu “buta atau naif berhubung fakta itu”.
“Bukti jelas, acara dan petisyen untuk mencabar Islam dan Melayu sudah ada sejak beberapa tahun di negara ini, menunjukkan ada ancaman yang benar,” katanya.
Samad semalam berkata dakwaan bahawa Melayu dan Islam sedang terancam hanya timbul secara bermusim menjelang pilihan raya dan perhimpunan agung Umno.
Selasa, Oktober 21, 2014
Institusi Islam Selangor pening??
Kempen belai anjing: Mana satu ni... Pengerusi MAIS kata okay, Mufti Selangor kata tak boleh
Hura-hara jadi dalam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berikutan berbagai pihak mengecam penganjuran kempen belai anjing di Bandar Utama di Petaling Jaya, pada Ahad.
Dari petang Isnin beredar gambar kelulusan program tersebut yang dicop oleh Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.
Pengerusi MAIS - pihaknya ada memberi kebenaran berkaitan penganjuran program ‘I Want To Touch A Dog’ (saya hendak sentuh anjing) tersebut.
Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa - acara berkenaan yang dianjurkan individu Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam memang tidak menyalahi peraturan.
Mufti Selabgor - beliau dimaklumkan MAIS tidak pernah meluluskan kebenaran kepada penganjur, sebaliknya mendakwa bahawa penganjuran tersebut mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ).
Sumber; AGENDADAILY
Apabila hukum halal dan haram dianggap remeh oleh MB Selangor
Inilah masalahnya bila pemimpin jahil agama.. apabila hukum halal dan haram dianggap remeh.. patutpun isu aiskrim tandas dan chinadoll bukan satu persoalan besar.
Jika ini jawapan yang diberikan oleh pemimpin BN pastinya mereka dituduh sebagai menolak hukum Islam. Semua media dan cybertrooper berduyun-duyun pagi petang siang malam akan menyerang pemimpin BN.. namun apabila pemimpin Pakatan memperlekehkan hukum halal dan haram. maka mereka akan berdiam diri sahaja.. inilah sebenar wajah mereka ianya bukan mengenai hukum halal dan haram tetapi kerana bos mereka.. maka mereka diamkan diri sahaja.
Dalam konteks kehidupan sekarang, di mana masyarakat dihadapkan pada berbagai masalah social, mudah terbentuk keperibadian dan tabiat yang 'permissive'. Masyarakat sekarang mudah membenarkan dan juga melakukan sesuatu yang dianggap salah atau tidak baik. Mereka tidak memperdulikan lagi perbezaan antara yang halal dan haram.Tipisnya sekat yang membezakan di antara keduanya ini sering menjerumuskan orang dalam kesalahan tanpa disedari.
Hukum halal-haram yang ditetapkan Allah ke atas makhluknya sama sekali bukan umtuk mengekang hak-hak kebebasan mereka. Sekiranya manusia kehilangan kendali hukum yang mengikatnya, sudah pasti terjadi kekacauan dan kekecohan seperti isu memegang anjing ini.
Kita kena ingat bala Allah tidak mengenal siapa mukmin atai tidak.. bala Allah akan meliputi segalanya.. lebih baik kita bertaubat setelah kita sedari kita tersilap dan bersalah.. jangan mudah untuk perkecilkan sesuatu hukum.. apatah lagi hukum ini dari Allah Swt..
Isnin, Oktober 20, 2014
Kempen Sentuh Anjing : Akhirnya Mufti Selangor membuka mulut
Komen Us Kazim Elias mengenai kempen sentuh anjing
SHAH ALAM - Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara.
Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya.
"Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.
"Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.
"Kalau hendak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian," katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi.
Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog" anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.
Acara tersebut dianjurkan didakwa bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.
Kempen itu juga turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.
Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim turut mempersoalkan penganjuran kempen tersebut dan kesal segelintir penganut Islam mudah terpedaya tanpa usul periksa.
"Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk meneliti....
"Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak, mai anjing pula, lepas ni apa pula?
"Jangan lepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang sudah bersih dah diternak dalam aircond, yang mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa," tegasnya.
Mengulas lanjut, Mohd Kazim menegaskan hukum memegang anjing sama seperti memegang babi yang telah diharamkan oleh ALLAH kepada orang Islam kerana kedua-dua haiwan itu bersifat 'mughallazah'.
"Mana boleh saja-saja bela, saja-saja hendak pegang. Sebab apa hendak pegang? Isu apa? Hendak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang, lepas itu bela, lepas itu masuk dalam rumah!
"Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mugahalazahnya, lepas ini buat la kempen pula pegang babi dengan melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.
"Tidaklah salah pegang anjing, tapi apa sebabnya sampai buat kempen? Kenapa tidak buat kempen ke masjid, kempen menerima hudud atau kempen menerima konsep kalimah ALLAH," soalnya lagi.
sumber : Sinar harian
MAIS perlu bertanggungjawab
Lihat gambar, apa yang menyedihkan, mereka yang bertudung dok galak sangat nak pegang anjing, tak nampak pulak awek-awek melayu yang free hair dukung anjing...
Penjajahan baru minda umat Islam Malaysia
Bentuk baru penjajahan minda terhadap umat Islam...
bagaimana halus permainan mereka.. sehingga yang haram kini telah menjadi halal.. lihat betapa mudahnya Islam dijajah pemikiran mereka.. logik akal mengatasi dalil dan nas
Lihatlah bagaimana umat Islam terpedaya atas nama kebebasan dan stigma takut terhadap anjing..
Mungkin kita melihat memegang anjing dari sudut yang kecil.. tapi secara tidak langsung secara tidak sedar kita mula menghalalkan yang haram seperti kempen saya tidak takut untuk sentuh anjing yang diadakan di Selangor..
Berikut hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie
adalah seperti berikut :
Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.
Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati dengan agenda tersembunyi setelah kita mengetahui bagaimana liciknya permainan Yahudi dan Nasrani ini. Jangan kita menjadi seperti Indonesia sehingga Islam dilihat sama taraf dengan agama yang lain.
Khamis, Jun 12, 2014
Hayati malam Nisfu Syaban..
Malam Istimewa
Rasullullah SAW bersabda;
"Ada 5 malam yg jika kita berdo'a takkan ditolak do'a kita, Mlm Jumaat, Mlm Nishfu (15 Sya'ban), Mlm (Lailatul)Qodar, Mlm Idul Fatri dan Mlm Idul Adhha"
Tahun ini Mlm 15 (Nisfu) Sya'ban jatuh pd mlm Jumaat 12 Jun 2014 yg bererti 2 mlm kemuliaan itu bergabung menjadi satu
Pada Mlm itu
Do'a kita Pasti akan di Ijabah
Mlm Penentuan Nasib (Mlm Penggantian Buku)
Mlm penuh Berkah
Para Ulama ahli Sunnah Wal Jamaah telah memberi bimbingan utk membaca surah Yasin 3x utk mrk yg mampu @ membaca surah Al-ikhlas ketika teman2 yg lain sdg membaca surah Yasin
Pd Bacaan Pertama dgn niat Pjg Umur dlm Taat dan Ibadah
Pd Bacaan yg ke 2 niat minta diberi Rezeki yg Halal, Cukup dan Berkah
Pd Bacaan ke 3 niat minta diwafatkan dlm keimanan (Husnul Khotimah)
Pada Mlm itu sgl do'a pasti di ijabah asal berdoanya dgn Ikhlas dan Yakin, kecuali ;
Pemabuk
Org yg Durhaka kpd org tua nya
Org yg memutuskan Tali Silatur Rahim
Tukang Tenung, Dukun
Doa mrk takkan di ijabah kecuali mrk Bertaubat dgn Tbat Nasuhah.
Semoga Menjadi Syi'ar Islam, alunan Al-Qur'an menggema pd mlm berkenaan.
Khamis, Februari 06, 2014
Surau dijadikan gelanggang politik kotor Anwar
Titah Sultan Selangor yang melarang menggunakan Masjid dan Surau untuk dijadikan gelanggang politik tidak dihiraukan oleh PKR..
Pkr dengan biadapnya menggunakan masjid dan Surau untuk tabur fitnah mereka dan pecah belahkan sesama umat Islam.
Jika keadaan ini berterusan institusi masjid dan surau tidak lagi menjadi pusat penyatuan umat Islam.
Selain itu juga isu pelantikan dan watikah penceramah surau dan masjid adakah dimiliki olen Anwar.. adakah hanya beliau bakal MB Selangor menyebabkan Jais dan Mais menikus..
Ahad, November 03, 2013
Dap terus pertikaikan kalimah Allah
Khamis, Oktober 31, 2013
Tuduhan biadap oleh blogger sex : UMNO adalah dalang penangkapan saya
UMNO lagi... rasanya dah bosan dengar asyik ada pihak yang menyalahkan UMNO terhadap apa yang mereka sendiri lakukan.. sedangkan apa yng disentuh ialah tentang agama dan bukan Politik..
Kenapa perlu salahkan UMNO.. atau ini mmg dah jadi ajaran Blogger Seks berfahaman Pakatan Rakyat ini utk menyalahkan UMNO..
Terbaru Pasangan penulis blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee mendakwa kekecohan berhubung gambar 'Bak kut teh' yang dimuat naik di Facebook pada Ramadan lalu disebabkan orang-orang Islam sensitif dan beremosi selain mendakwa ia diprovokasi oleh sesetengah pemimpin Umno. Klik sini
Rasanya dah biadap sangat di Alvin Vivian ni.. pasangan ini harus tahu bahawa apa yang mereka sentuh bukan berkaitan politik.. tetapi agama.. dengan tepat.. AGAMA ISLAM..
Kepada Blogger seks ini "Jadi jangan libatkan politik terhadap kesundalan anda terhadap agama Islam"..
Sesiapapun yang beragama Islam akan terasa hati jika agama Islam di permainkan.. kecuali hati mereka tidak ada keimanan dalam diri mereka.. bukan sahaja Islam tetapi jika agama lain dipermainkan juga mereka mesti terasa hati..
Sabtu, Oktober 26, 2013
Rabu, Mei 04, 2011
Pembela?.. bela apa?
Di sebutkan juga bahawa pembela akan menyentuh pelbagai topik, aantaranya isu Alkitab, isu pertukaran agama dan kebebasan beragama untuk dibincangkan.
Hasil perbicangan itu akan dikemukakan kepada kabinet, perdana menteri, Majlis Raja-raja, parti politik dan mufti..
Ianya adalah satu tindakan yang baik bagi umat Islam untuk menuntut haknya di negaranya sendiri..
Namun apa yang lebih penting Ngo's seperti pembela ini perlu membela kepentingan umat Islam mengenai semua perkara dan bukannya perkara tertentu.. kerana jika tidakan pembela hanya memperjuangkan isu-isu tertentu pastinya ianya dilihat sebagai bias terhadap mana-mana fahaman politik.
Antara isu yang patut pembela bawa ialah antaranya Isu Kalimah Allah, Isu Alkitab, isu menggunkan masjid sebagai platform politik, isu menggunakan agama sebagai pletform politik, isu sumpah mubahalah, sumpah qazaf, hudud, negara Islam dan sebagainya yang berkaitan dengan umat Islam.. akhirnya apa yang penting ialah umat Islam mendapat faedah dan terhindar dari kekeliruan mengenai hukum Islam yang kini terlalu dipolitikkan!!
Umat Islam di Malaysia kini sudah tidak hormat lagi institusi Agama seperti mufti apabila pendapat mufti tidak selari dengan pendapat tok guru mereka!! tok guru mereka mempunyai kuasa untuk menghalalkan dan mengharamkan ikut fatwa parti politik mereka menyebabkan umat Islam tidak dapat membezakan mana yang lebih utama dalam beragama!!!
Jadi rakyat malaysia akan melihat sejauh mana tindakan Pembela ini.. adakah ianya benar-benar mahu perjuangkan Islam atau ianya hanya mainan politik pihak tertentu sahaja...
Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan kamu mati dalam kecuali dalam Islam!!!
Rabu, Oktober 13, 2010
Islam, Melayu dan Malaysia...
2. Pernah juga saya diajukan persoalan sama ada saya mahu bersatu atas nama Melayu atau pun bersatu atas nama Islam. Saya beranggapan bahawa persoalan itu merupakan provokasi terhadap UMNO yang dituduh salah kerana melaungkan ungkapan ’Hidup Melayu Bersatu’ seolah-olah satu kesalahan jika bersatu atas nama Melayu.
3. Sebelum kita pergi lebih jauh kita seharusnya faham bahawa dalam kehidupan ini terdapat banyak kumpulan-kumpulan tertentu. Kita tidak boleh mencampur-adukkan kumpulan-kumpulan ini kerana ia akan menjadi tidak tepat. Kita seharusnya tahu membezakan Islam itu agama, Melayu itu kaum, Malaysia itu negara, PAS itu parti politik yang hanya ada di Malaysia, Kampung Melayu Raya itu sebuah kampung, lelaki itu jantina.
4. Sebelum orang-orang Melayu PAS mahu menolak dan memperlekehkan perjuangan memartabatkan Melayu mereka seharusnya tahu apa itu Melayu dan apa yang ada dalam kumpulan kaum selain Melayu. Selain Melayu kumpulan kaum ini juga mengandungi Cina, India, Kadazan, Murut, Bajau, Bidayuh dan pelbagai lagi.
5. ”Orang Melayu” mengikut tafsiran Perlembagaan Malaysia 1963 bererti seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu. Perlembagaan tidak menakrifkan Melayu adalah Islam tetapi seseorang yang menganut Agama Islam kerana jelas ia berada dalam kumpulan berbeda.
6. Kita tidak boleh menyamakan Islam dan Melayu atau Islam dan PAS kerana ia jelas tidak tepat. Kita tidak boleh disuruh untuk memilih sama ada hanya memilih Islam atau Melayu kerana kita seharusnya dibenarkan memilih kedua-duanya kerana berada dalam kumpulan berbeda.
7. Benar kita diajak untuk bersatu dan memperjuangkan Islam, saya langsung tidak menafikan tapi dalam masa yang sama tidak salah untuk kita bersatu atas nama Melayu. Begitu juga seterusnya kita boleh bersatu atas nama parti, pertubuhan, persatuan atau apa juga kumpulan selagi ia bermatlamatkan kebaikan. Adakah salah bagi ahli PIBG sekolah bersatu memperjuangkan kebajikan anak-anak mereka di Sekolah ?
8. Mengapa Melayu itu perlu diperjuangkan ? Persoalan ini juga seringkali timbul. Sebenarnya Melayu telah wujud dirantau ini sekian lama dan telah mencapai kegemilangannya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kemudiannya Melayu diperlekehkan apabila dijajah selama 446 tahun oleh Portugis, Belanda, British, Jepun dan British semula. Apabila negara ini merdeka pada tahun 1957 ia dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Jika tidak kerana pengabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia, negara ini akan kekal dengan nama Tanah Melayu.
9. Kita harus sedar jika kita sebut tentang Cina, ada sebuah negara di sebelah Utara bernama China dan apabila kita sebut tentang India terdapat sebuah negara si sebelah Barat Daya bernama India. Namun bila kita sebut Melayu dimanakah negara asalnya Melayu itu?. Tanah Melayu atau Malaysia inilah asalnya. Oleh itu Melayu itu harus sentiasa diperjuangkan agar Melayu tidak tenggelam di bumi sendiri.
10. Orang-orang Cina di Malaysia setelah sekian lama merdeka masih terus memperjuangkan kaum Cina. Mereka tidak mahu memansuhkan SJKC, mereka menubuhkan dewan-dewan perniagaan Cina, mereka membangunkan kolej-kolej untuk kaum Cina meneruskan kelangsungan kaum Cina di Malaysia. Begitu juga dengan kaum India. Itu bukanlah satu kesalahan.
11. Adakah apabila ada kaum yang begitu progresif memperjuangkan kaum mereka maka kaum lain akan mampu bertahan kompetatif tanpa melakukan apa-apa? Adakah kita mahu akhirnya kaum Melayu hidup tersepit, terhimpit tanpa pembelaan? Apakah kita mahu kaum Melayu akhirnya terpinggir di bumi sendiri?
12. Apabila kita menyeru untuk memperjuangkan Melayu tidak bermakna kita akan bermusuh dengan kaum-kaum lain seperti Cina dan India. Bersatu dan memperjuangkan Melayu tidak bermaksud kita mahu menindas kaum-kaum lain. Bersatu dan memperjuangkan Melayu juga tidak bermakna kita menolak integrasi kaum yang menjadi tonggak utama ke arah matlamat akhir kita mewujudkan Perpaduan dan Integrasi Nasional dalam sebuah negara bangsa.
13. Asas pembinan negara Malaysia tidak sama seperti asas pembinaan negara Indonesia. Di Malaysia orang Cina masih bercakap Mandarin, masih memakai Cheongsam dan masih boleh menggunakan nama Lee Chong Wei tetapi ini tidak berlaku di Indonesia.
14. Kita menuju kearah sebuah negara bangsa tetapi negara bangsa yang kita ingin bina tidak membunuh identiti kaum dan etnik seperti di Indonesia. Kita mengambil perbezaan itu sebagai kelebihan. Kita mahu hidup dalam masyarakat majmuk tanpa sekatan beragama, beradat resam, berbahasa dan bercampur gaul.
15. Di sesebuah negara berbilang kaum pembinaan negara mereka berbeza. Mereka membina negara bangsa dengan cara mengambil bahasa, adat resam dan kebudayaan kaum majoriti sebagai asas kemudian identiti kaum minoriti akan dihapuskan. Jadi mereka tidak perlu terus memperjuangkan kaum masing-maisng.
16. Kaum Cina di Malaysia tidak mahu identiti kaum mereka di hapuskan begitu juga India dan kaum-kaum lain. Namun begitu sebagai penghormati penduduk pribumi negara ini semua kaum yang telah bersetuju memberi beberapa keistimewaan melalui kontrak sosial semasa mahu mencapai kemerdekaan.
17. Melalui perjuangan pejuang lampau kaum Melayu telah diberi keistimewaan melalui artikel 153 selain menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Ini jelas satu penghormatan yang telah dicapai melalui perjuangan. Namun jika kita lalai dan tidak memperjuangkan kaum Melayu tidak mustahil keistimewaan yang dikecapi itu akan hilang maka wujudlah kesamarataan hakiki.
18. Sungguh malang hari ini telah wujud golongan Melayu haprak yang bukan saja tidak mahu memperjuangan Melayu tetapi juga memperlekehkan orang Melayu yang berjuang membela Melayu. Mereka merasakan memperjuangan Islam sudah memadai tanpa perlu membela Melayu.
19. Mereka berkata kononnya bersatu atas nama Islam tetapi dalam masa yang sama parti mereka berpakat dengan si Kafir menjatuhkan kerajaan yang majoritinya orang Islam malahan mereka sebenarnya paling minoriti dalam pakatan tersebut.
20. Mereka berpadu dengan orang yang menolak keistimewaan kaum mereka sebagai pribumi dengan laungan ’Malaysian Malaysia’. Mereka percaya dengan yakin lalu menolak perjuangan membela kaum sedangkan mereka tidak sedar kaum mereka jauh ketinggalan oleh kaum yang mahukan kesamarataan itu. Tanpa pembelaan mungkin kaum mereka sudah lama dihinjak-hinjak. Mereka sebenarnya bodoh dan mudah ditipu dan itulah PAS....
21. Bersama kita perjuangkan Agama Islam, Kaum Melayu dan Negara Malaysia...
Khamis, Februari 25, 2010
News : Hukuman sebat: MAIS buat laporan polis terhadap The Star, Sis

25/02/2010 3:40pm
SHAH ALAM 25 Feb. – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini membuat laporan polis terhadap Pengarang Suntingan akhbar The Star, P. Gunasegaram dan Sisters In Islam (Sis) berhubung tindakan pihak-pihak berkenaan membantah keputusan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman sebat ke atas tiga wanita Islam, baru-bru ini.
Setiausaha MAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini pada pukul 2 petang memberitahu, laporan itu bertujuan supaya polis melakukan siasatan terperinci dan mereka yang didapat bersalah perlu dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan. – Utusan
Jumaat, Januari 22, 2010
Hj Hadi bersetuju : Guna kalimah Allah sebagai terjemahan “God” tidak tepat
Menarik, Muzakarah yang disertai tujuh ilmuwan Islam termasuk Hj hadi Awang, Presiden PAS anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini bersetuju bahawa penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada “God” adalah tidak tepat. (baca di sini)Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, muzakarah itu merumuskan bahawa terjemahan kalimah Allah sebagai “God” juga menyalahi hakikat sebenar kerana bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjurkan oleh agama Islam di Malaysia.
"Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni,” katanya pada sidang akhbar selepas muzakarah itu.
Tujuh pakar itu ialah Prof. Madya Dr. Kamar Oniah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mohd. Nur Manuty; bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Dr. Mohd. Sani Badron; dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Md. Asham Ahmad. - (Baca di sini)
Kita mengetahui penggunaan kalimah Allah ini adalah tujuan politik semata-mata untuk menarim perhatian domestik dan antarabangsa. Perhatian domestik ialah tertumpu di dalam negara yang mehu menyentuh sentimen kaum bukan Islam serta dan Islam bagi menimbulkan keresahan di kalangan rakyat seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati dan lebih malang lagi apabila rakyat bertindak lebih kasar iaitu dengan serangan terhadap rumjah ibadat Islam dan bukan Islam.
Bagi sasaran antarabangsa ialah bagi merosakkan nama baik Malaysia di peringkat antara bangsa, seterusnya menggangu kestabilan ekonomi kerana menakutkan pelabur untuk melabur di negara ini.
Namun kita melihat langkah pro aktif kerajaan untuk menangani isu tersebut dengan mengadakan lawatan PM dan TPM di luar negara yang dilihat sebagai strategik seperti arab saudi, UAE, India, London dan sebagainya secara langsung memang dilihat dari sudut ekonomi tetapi dari sudut politik juga memberi kesan positif bagi menaik pelabur.
Kalimah Allah ini hanyalah permainan Pakatan Rakyat, namun apa yang peliknya ialah yang mahu menjadi juara Isu ini adalah orang Melayu iaitu Khalid samat, Pandangan beliau telah melampau arahan Sultan Selangor iaitu supaya Kalimah Allah hanya digunakan untuk umat Islam.. persoalannya kenapa?.. adakah khalid telah masuk kristian? sehingga dia sanggup mempertahankan pandangan beliau dan terkini beliau mahu enakmen mengenai kalimah Allah diubah..
Sedangkan DAP hanya berdiam diri melihat melayu bergaduh sesama sendiri... HJerald hanyalah alat Politik Pakatan Rakyat untuk membakar sentimen umat Islam dan meraih simpati undi bukan Islam.
Rakyat kena jelas ini bukanlah berkaitan agama pun tetapi ianya bertujuan untuk politik sempit Pakatan yang sanggup melacurkan 'Kalimah Allah' demi mendapatkan undi semata-mata walupun terpaksa jual agama!! Nauzubillah min zalik..
Sabtu, Januari 09, 2010
Fitnah Besar sedang melanda Umat Islam
Pada 31 Disember yang lalu, umat Islam telah di cabar kesabaran mengenai kebenaran Mahkamah Tinggi untuk Herald Weekly menggunakan kalimah Allah.. iaitu kalimah suci umat Islam yang merujuk Allah. tuhan yang satu..
Selama hampir seminggu ini, polemik isu sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dari segenap masyarakat. Bagi Umat Islam yang benar-benar memahami perjuangan tulen umat Islam dan apatah lagi tindakan yang selari dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan bahawa Kalimah Allah pada Muzakarah kali ke-82 bertarikh 7 Mei 2008 ialah khas untuk umat Islam:
2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
Namun terdapat juga umat Islam yang hanya mengeluarkan 'fatwa sesuka hati' kerana tujuan politik semata-mata dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.
Namun dalam masa yang sama, ianya membuktikan bahawa dakwaan mahkamah di arah oleh tangan ajaib adalh pembohongan belaka. Dengan ini jelas Mahkamah ada kuasa eksekutif tersendiri di mana kerajaan tidak campur tangan.
Keadaan ini telah mencetuskan ketegangan khasnya kepada umat Islam dari peringkat rakyat hingga ke pemimpin negara dan diikuti dengan pelbagai program yang mendesak agar kalimah ini ditarik balik kegunaannya oleh bukan Islam termasuklah demonstrasi, solat hajat, ceramah, serahan memorandum dan sebagainya.
Namun semalam telah berlaku fitnah yang lebih besar kepada umat Islam iaitu kejadian membakar gereja yang seterusnya mencalar imej umat islam.
Dalam keadaan umat Islam tersepit dengan tekanan orang bukan Islam yang sengaja mahu mencakar umat Islam dengan imej negatif dan juga umat Islam yang berperangai umpama bukan Islam serta terdapat juga pihak yang menangguk di air yang keruh..
Semuanya ini menuntut kesabaran yang heabat dari umat Islam untuk berhadapan dengan Fitnah Besar ini.. biarkan tindakan umat Islam tidak diikuti emosi tetapi berfikir secara rasional.
Marilah kita bersama berdoa untuk keselamatan, kesejahteraa dan keamanan umat Islam dan rakyat Malaysia.. mohon dijauhkan Fitnah Besar ini.. dan seterusnya biarlah Islam manjadi agama yang disegani dan dihormati...
Khamis, Januari 07, 2010
Tindakan UMNO selari dengan majlis Fatwa
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang menyatakan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
Majlis Agama Islam Selangor menjelaskan sebarang membenarkan Herald-The Chatolic Weekly menggunakan kalimah Allah bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah Allah hanya boleh digunakan umat Islam.
Bantahan UMNO bukanlah berasaksan emosi dan perkauman tetapi sebenarnya selari dengan kehendak agama sebagaimana Fatwa yang telah dikeluarkan.
Bukan sebagaimana tindakan pihak yang menuduh UMNO, tindakan mereka hanya berasaskan kepentingan politik sempit dan mahukan undi semata-mata apatah lagi mereka membelakangkan fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.















