Popular Today

Selasa, Julai 21, 2009

Pegawai pertanian dilarang hadiri mesyuarat lima negeri pembangkang

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.

Nampaknya 'no more mr nice guy'... jangan salah faham pulak... dilarang hadiri mesyuarat kerajaan negeri sahaja... bukannya tidak memberi bantuan pertanian kepada petani dan seaktu dengannya...

ada fahammmm...!

Sumber : Berita harian

Kes Liwat Anwar - Kan... cakap dah!

1 Komen!!!

Memanglah dari dahulu boleh diagak dah dengan tindakan Anwar ni... dulu dia juga yang timbulkan isu Abdul Gani yang dituduh pernah terlibat memalsukan kes mata lebamnya.

Kini dikaitkan pula dengan isu liwat.. Penasihat PKR, yang juga ketua pembangkang, akan membuat dua aduan polis berhubung "kenyataan-kenyataan palsu" yang terdapat dalam afidavit pertuduhan liwat terhadapnya.

Anwar... anwar... ini semua skrip Yahudi yang ko belajar nikan dari CIA Amerika...

Lepas ni Anwar macam biasa... akan ragukan pula bukti, afidavit, saksi, mahkamah dan sebaginya.... yang penting biat media menjadi hakim dan mahkamah...

75,808 sah jadi pengundi baru untuk suku kedua tahun ini

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR 20 Julai - Sebanyak 75,808 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 18,630 untuk pertukaran alamat pusat mengundi diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh suku kedua tahun ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, pemohon boleh menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2009 yang akan dipamerkan selama seminggu bermula esok menerusi 994 lokasi pameran di seluruh negara.

"Mereka boleh semak permohonan di pejabat SPR negeri, pejabat pos berkomputer, kompleks atau pejabat kerajaan, pejabat-pejabat daerah dan pejabat tanah.

"Selain itu majlis daerah atau perbandaran, dewan serbaguna, Rukun Tetangga dan balai raya juga mempamerkan nama-nama mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Persoalannya berapa ramai pengundi muda Melayu yang mendaftarkan diri sebagai pengundi ni.... ramai yang bukan Melayu mendaftarkan diri sebagai pengundi pada masa akan datang... ini yang membimbangkan kita. Remaja Melayu buta demokrasi tetapi celik hiburan... mereka juga buta tentang kenegaraan..

Untuk makluman para pengunjung sekelian, aspirasi pernah bertanya kepada petugas SPR yang mendaftarkan pemilih baru-baru ini sempena program suarasa TV9 di Muar pada 4-5 Julai yang lalu. Mereka berkata kebanyakn yang mendaftarkan diri terdiri dari pengundi bukan Melayu. Di Suarasa baru-baru ini dari 200 ribu orang yang dianggarkan hadir hanya 400 orang sahaja yang mendaftar sebagi pengundi... mereka juga berkata jika mereka membuat kempen daftar pemilih di pasaraya biasanya yang daftar pemilih hanya seramai 70-100 orang sahaja selama 2 hari di sana dan biasanya yang ramai ialah yang berdaftar adalah remaja bukan Melayu.

Jadi apa akan jadi kepada Melayu pada masa akan datang jika buta tentang demokrasi negara. Remaja kita sekarang berada keadaan selesa, mereka tidak tahu tanggungjawab mereka kepada negara dan bangsa...

WAMI Bidas wartawan Al-Islam

1 Komen!!!

Apabila kebenaran mahu ditimbulkan maka istilah kebebasan bersuara, mencari kebenaran dan etika mula dipertikaikan. Inilah hakikat Pakatan Wartawan untuk Kebebasan Media (WAMI), Namun setiap kali mereka bersuara mereka akan gunakan lesen kebebasan bersuara sebagai mewajarkan tindakan mereka.

Tindakan wartawan Al-Islam menyamar dan memasuki gereja bagi menyiasat dakwaan kes murtad merupakan tindakan yang tidak beretika dan merupakan "kewartawanan yang buruk" (bad journalisme), kata Pakatan Wartawan untuk Kebebasan Media (WAMI) sebagaimana di lapor Malaysiakini

"Ia kewartawanan yang tidak beretika. Penyamaran (undercover) sepatutnya menjadi tindakan terakhir. "Ia menunjukkan penghinaan kepada gereja, dengan mengambil bahagian dalam aktivitinya, kemudian memuntahkan kembali roti. Itu tidak beretika," kata pengerusinya Wong Chin Huat.

Wong diminta mengulas tindakan wartawan Muhd Ridwan Abdul Jalil yang menyamar sebagai penganut Katolik dan mengikuti acara keagamaannya bagi menyiasat khabar angin terdapat usaha memurtadkan gadis Islam. Namun sebagaimana diketahui, tindakan memurtadkan orang Islam ialah tindakan yang dibuat secara senyap dan rahsia. Tidak mungkin ianya dapat dibuat tanpa penyamaran. Sekalung Tahniah kepada wartawan Islam kerana berani menyamar dan membuat laporan. Kerana gerakan memurtadkan orang Islam telah lama dibuat oleh gerakan-gerakan Kritianisasi yang tertentu.

Pengalaman mengikuti upacara Kristian di dua gereja di Kuala Lumpur - termasuk memakan roti suci yang disuapkan paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar - diceritakan kembali dalam majalah tersebut Mei lalu. Persoalan bukanlah aktiviti atau upacara Kristian tetapi ialah apa yang utama ialah upacara 'mengkristiankan' orang Islam.... inilah masalah utama.

Namun apa yang dikesalkan ialah WAMI hanya mengulas istilah tidak beretika jika ianya tidak selari dengan tindakan WAMI. Namun WAMI tidak kisah jika wartawan memutar belit fakta, menimbulkan cerita sebelah pihak, ambil yang negatif dan sebagainya yang biasa dibuat oleh wartawan Media Pembangkang samada Malaysiakini, Harakah dan sebagainya.

Kongsi Link Anda