Popular Today

Isnin, Mac 24, 2014

Terkini : PM umum lokasi MH370 telah ditemui

5 Komen!!!
PM baru sahaja mengumumkan penemuan MH370 telah ditemui. Pesawat tersebut ditemui di Selatan Lautan Hindi yang amat terpencil sekali.
PM mengucapkan dengan rasa sangat sedih dan takziah kepada keluarga dan mohon semua menghormati privacy keluarga.
Esok akan diadakan sidang media khas untuk lebih terperinci.
Admin mengucapkan salam takziah kepada semua keluarga mangsa dan marilah kita sedekahkan Al fatihah kpd semua mangsa.
Al fatihah...

PM STATEMENT ON MH370 – 24/03/14

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.

TERIKINI : PM AKAN ADAKAN SIDANG MEDIA MH370 JAM 10 MLM INI

0 Komen!!!

Terkini!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang media berhubung pesawat MH370 di PWTC jam 10 malam ini.

Kajang Move gagal, Majoriti Pkr menurun dan sokongan Cina BN meningkat

3 Komen!!!
Dari awal lagi BN dah menjangkakan kekalahan.. Apatah lagi berlawan di kubu PKR.. Namur itu tidak penting kerana matlamat BN untuk mengurangkan Majoriti PR berjaya. 

Lebih memalukan PKR adalah keluar mengundi yang sangat rendah iaitu hanya 72%.  Ini bermaksud PRK Kajang ialah manifestasi rakyat menolak pihak yang mempermainkan demokrasi. Itu kejayaan besar bagi Rakyat.. 

Bagi Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun menerima kekalahan dengan hati yang terbuka.

Mei Fun berkata, biarpun tewas BN berjaya mengurangkan majoriti yang diperolehi PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Mei Fun tewas dengan majoriti 5,679 undikepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kurang 1,145 undi berbanding PRU13.

"Walaupun BN tidak berjaya dalam PRK Kajang ini, namun kami telah berjaya menurunkan majoriti, dan pada masa yang sama kami berjaya memperolehi peratusan undi Cina yang lebih tinggi dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum tahun lalu, iaitu daripada 18% kepada 25%," katanya dalam satu kenyataan media yang diedarkan sejurus selepas keputusan rasmi diumumkan.

Beliau juga berharap Wan Azizah dapat menunaikan manifesto yang dijanjikan terutamanya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk Kajang sekian lama.

Mei Fun dalam kenyataannya juga menegaskan selepas tewas, beliau akan memberi sepenuh tumpuan terhadap urusan parti bagi menjayakan program transformasi MCA.

Pada pilihan raya kecil DUN Kajang yang berlangsung pada Ahad, Mei Fun memperolehi 10,407 undi manakala Wan Azizah mendapat 16,086 undi.

Pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas.

PRK KAJANG: HAJAT TAK KESAMPAIAN

8 Komen!!!

PKR mempertahankan kerusi DUN Kajang dengan majoriti merosot dari 6,824 (PRU13) kepada 5,379 (2014). Dengan pengumuman resmi tersebut maka kita semua bertanya:

1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit?.

2. Apakah hasrat PKR yang ingin menjadikan PRK Kajang sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan persekutuan tercapai walaupun sokongan PKR sedikit meningkat 1.54% berbanding BN yang walaupun kalah tetapi sokongannya meningkat sebanyak 2.7%.

3. Mengapa ramai pengundi yang tidak keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% pada PRU 13, walaupun PKR memulakan kempen dan serangan terhadap UMNO lama sebelum BN mengumumkan calonnya. Adakah kerana pengundi tidak mahu MB Selangor bertukar tangan? atau rakyat bosan dengan politik wayang yang tidak mengubah apa-apa keadaan.

4. Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu?

5. Apakah Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan hanya dengan PRK Kajang? sedangkan ini bukan PRK Parlimen untuk memilih kerajaan persekutuan dan MB Selangor masih dalam gengaman Khalid Ibrahim.

6. Apa hebatnya sangat pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengaku mencetuskan idea PRK Kajang bagi mendapatkan sokongan yang semakin kurang?

7. Apakah UMNO masih dilebalkan sebagai parti rasis sedangkan BN meletakkan calon Cina di kawasan majoriti Melayu berbanding dengan PKR yang meletakkan ramai calon Melayu di kebanyakan kawasan majoriti Melayu. Siapa yang beramalan rasis?.

Oleh yang demikian terbuktilah bahawa PRK Kajang tidak megubah apa-apa corak dan keputusan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Benarlah bahawa PRK ini suatu pengkhianatan terhadap mandat pengundi PRU 13 terhadap PKR, suatu pembaziran masa dan waktu, serta tidak dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap konflik kepimpinan Selangor mahupun keputusan mahkamah mengenai kes Liwat 2 Anwar Ibrahim.

Sesungguhnya rakyat lebih menumpukan perhatian kepada misi pencarian ‪#‎prayforMH370‬ dari jalan cerita politik yang disusun untuk menyelamatkan maruah sebuah keluarga dan nafsu besar seorang pemimpin untuk menjadi Perdana Menteri.

Antara fakta keputusan Prk Kajang

20.10 mlm - Didapati 4 PDM majoriti PKR meningkat iaitu PDM Saujana Impian, Taman Mesra, Kantan Permai dan Bandar Kajang yang berjumlah hampir 500 peningkatan majoriti. Ini mungkin kerana pengundi BERJASA pada PRU-13 yang berjumlah hampir 400 undi mengundi Wan Azizah atas dasar kaum Melayu/Islam.

Peratusan keluar mengundi yg rendah juga antara strategi yg dimainkn. Boleh djadikn kayu ukur yg ramai tidak bersetuju/ boikot kpd prk ini atas alasan prk yg diadakn utk selesaikn masalah dalaman parti.

Kajang move gagal krn tidak mampu move pengundi keluar mengundi pkr dan memberikn kemenangan moral dgn majority meningkat kpd pkr

5 pdm majority terbesar pkr iaitu sg chua 1 - 5 merosot sbyk 1500 undi. Samada mereka tidak keluar atau undi bn tidak penting krn 1500 itu sudahpun boleh menggambarkan perasaan tidak puas hati pengundi kpd pkr.

Fuad Hassan

Kongsi Link Anda