Popular Today

Sabtu, Ogos 16, 2008

PKR BOHONG :Persatuan wartawan kecewa dengan insiden

0 Komen!!!
Laporan Utusan Malaysia

16/08/2008 10:10pm

BUKIT MERTAJAM 16 Ogos — Beberapa persatuan wartawan hari ini kesal dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak menunaikan janji bagi memastikan insiden yang boleh menggugat keselamatan petugas media semasa liputan pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini, tidak berulang.

“PKR asyik minta maaf, tetapi tiada sebarang usaha dibuat bagi melindungi media (daripada diganggu penyokongnya),” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata insiden memukul jurugambar tempatan dan luar negara oleh penyokong parti itu semasa penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini adalah satu “insiden yang amat memalukan kerana kerana turut melibatkan jurugambar asing yang menjalankan tugas tanpa ada kepentingan politik.”

klik di sini untuk baca laporan penuh

PAS dipinggirkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang

2 Komen!!!
...
Muda Mohd Noor Aug 16, 08 5:19pm (Malaysia Kini)

PAS Pulau Pinang kecewa dengan sikap kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu yang didakwa telah meminggirkan parti itu di negeri berkenaan.

"Kita sudah lama hendak jumpa mereka tetapi sehingga hari ini belum dipanggil lagi.

"Oleh itu, PAS Pulau Pinang seolah-olah duduk di atas beranda sahaja. Panggillah kita duduk di atas kerusi," kata wakil Pulau Pinang, Mohd Pahwi Wahab, ketika membahaskan ucapan dasar presiden di muktamar PAS ke-54 di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.

Klik di sini untuk baca berita penuh

---------------------------------------------------------------------------
Bagaimana Lim Guan Eng sebenarnya telah mencemarkan tokoh Islam yang hebat, Omar Abd Aziz RA.... Sedangkan pemimpin agung Islam itu mempunyai peribadi dan syahsiah yang amat hebat jauh sekali dengan tindakan dan tingkah laku Lim Guan Eng...

Bagaimana orang Islam dan orang Melayu boleh percaya dengan orang Kafir Harbi ini!

Realitinya orang Melayu akan terpinggir jika di perintah oleh DAP dan PKR. Jika PAS pun yang bertungkus lumus membantu kemenangan PKR dan DAP di Pulau Pinang di pinggirkan...

Apatah lagi jika orang melayu yang lain... bukan setakat dipinggir bahkan akan didiskriminasi...

Ini baru di peringkat negeri, bagaimana jika mereka memerintah negara..

PERMATANG PAUH : PKR GANAS !

0 Komen!!!

Adakah pemimpin parti ini akan memimpin rakyat!

Gambar oleh Berita Harian

Ganas! Jika kepada wartawan pun mereka belasah, apatah lagi orang lain!...

Dua jurugambar dipukul penyokong PKR
16/08/2008 6:12pm


BUKIT MERTAJAM 16 Ogos - Dua jurugambar termasuk seorang dari agensi berita asing cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika membuat liputan penamaan calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang ketika jurugambar akhbar New Straits Times, Mohamed Sairen Mohamed Nahfis, 26, dan Halim Berbar, 28, dari HBL Press News, Perancis membuat tugasan di Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) di sini.

Mohamed Sairen yang menceritakan detik cemas kejadian berkata, insiden bermula ketika dia cuba merakam gambar beberapa penyokong Barisan Nasional (BN) dikejar oleh sekumpulan pengikut PKR.

Lebih malang, kamera digital miliknya yang bernilai lebih RM15,000 dan mengandungi rakaman gambar semasa proses penamaan calon turut dirampas oleh kumpulan penyokong parti pembangkang terbabit. - Utusan




Photographer attacked after PKR ceramah
By YENG AI CHUN

BUKIT MERTAJAM: A Guang Ming Daily photographer was allegedly assaulted by a group of people on Sunday night as she was leaving Seberang Jaya Expo after covering the ceramah by PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Loh Hoay Hoon, 25, who lodged a police report at 2am yesterday, said the PKR supporters had tailed her to the carpark after the public forum around midnight and surrounded her.

She said she was kicked, choked and hit on the head there


Fikirkanlah, Say No to PKR!

DAP masih menolak negara Islam!..

0 Komen!!!


Dalam respon terhadap kenyataan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Lim Kit Siang mengatakan "What DAP is opposed to is for any breach of the Merdeka social contract that Malaysia was founded be a multi-racial, multi-religious, democratic and secular nation with Islam as the official religion but not an Islamic state.

Apa maknanya ni!

Apa lagi yang PAS nak kepastian dari DAP... Memang Kafir Harbi seperti DAP memang akan menolak idea gagasan negara Islam.. apatah lagi kalau hendak melaksanakan undang-undang Islam seperti Hudud!...

Fikirlah sendiri!!!!


Negara Islam tidak akan ada dalam buku DAP! Hanya Negara Sekular... sebagaimana Turki!!!

PERMATANG PAUH : PELUANG BN 50-50

0 Komen!!!
Laporan : Malaysia Kini

Penyokong Barisan Nasional (BN) dan PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebarang Perai yakin calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai peluang 50-50 untuk menang dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh 20 Ogos depan.

Arif Shah juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dimenanginya dalam pilihanraya umum pada 8 Mac lalu.

Rahmat Pawanteh atau yang lebih dikenali sebagai Pak Rahmat, 58, meramalkan kedua-dua calon mempunyai peluang sama rata untuk menang.

"Sama-sama ada peluang untuk menang," katanya ketika ditemui di pondok membaiki kasut di hadapan Masjid Sembilang petang semalam.

Menurut Pak Rahmat, calon BN, Arif Shah, adalah calon yang boleh diterima oleh kawan dan lawan.

"Beliau bercampur dengan semua orang dalam masyarakat, seorang yang ramah dan mesra," katanya.

Menurut beliau lagi, Arif Shah juga seorang calon yang 'hemoi' dan dan BN memerlukan lebih ramai calon sepert Arif Shah kerana ketokohan beliau dalam masyarakat.

Pilihan tepat

Seorang pembantu peniaga yang dikenali sebagai 'Osman', 60, meramalkan calon BN, Arif Shah boleh menang dalam pilihanrya kecil Parlimen Pematang Pauh.

"Dia (Arif) mesra dengan masyarakat setempat dan diterima oleh penduduk Jalan Sembilang," katanya ketika ditemui di premis majikannya di hadapan sebuah sekolah menengah di situ.

Beliau menyifatkan pemilihan Arif Shah sebagai calon BN sebagai 'pilihan yang tepat dan kena pada tempatnya' untuk menentang Anwar.

"Kalau nak minta bantuan kepadanya, senang dan tanpa tangguh-tangguh," katanya.

Osman menjelaskan, sekiranya berlaku kebakaran atau banjir, Arif Shah turun padang membantu mangsa.

Klik di sini untuk baca selanjutnya

LAFAZ SUMPAH MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN TERHADAP DAKWAAN LIWAT

4 Komen!!!
“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

"A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur
saya. "

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam."

Bertempat di dewan solat Masjid Wilayah di sini, jam 6.15 petang

------------------------------------------------------
Menggeletar rasanya mendengar sumpah Mohd Saiful Bukhari terhadap dakwaan Liwat Anwar Ibrahim...

Sesetengah orang menganggap beliau sebagai budak muda yang berani mempertahankan kebenaran walaupun menghadapi DSAI...

Perasaan berdebar beliau jelas kelihatan semasa bersumpah...

Sebagai Muslim atau orang Islam sumpah dan laknat atas nama Allah SWT bukanlah perkara sembarangan dan boleh dipermainkan... Kita beriman terhadap Allah dan hari Akhirat sebagaimana yang terdapat dalam rukun Iman..

Ianya bukan isu politik tetapi isu hukum agama dan kebenaran.. Jadi hadapilah kebenaran..

'Jika datang kebenaran maka terhapuslah kebatilan'

Transkrip kenyataan Saiful

SELEPAS bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kemudian mengadakan sidang akhbar di Hotel Dynasty, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Wartawan Utusan Malaysia, UMAVATHI RAMAYAH dan WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS yang membuat liputan di hotel itu mendapati Mohd. Saiful kelihatan tenang sepanjang sidang akhbar tersebut.

Pada sidang akhbar itu, Mohd. Saiful, 23, yang mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya, membacakan kenyataan berikut:

"Saya rasakan sudah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak zahir dan batin.

Saya dengan ini telah bersumpah dengan nama Allah SWT di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur petang tadi mengikut cara dituntut oleh agama Islam seperti mana yang telah dinasihatkan dan tunjuk ajar oleh para ulama dan mufti.

Saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar bin Ibrahim. Angkat sumpah ini dilakukan oleh saya sendiri yang datang dari lubuk hati yang mendalam bagi menegakkan kebenaran sebagai seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu serta sebagai seorang rakyat Malaysia.

Saya juga amat memahami akibat bersumpah dengan nama Allah SWT ini. Jika ia tidak benar atau merupakan satu ciptaan saya atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa mala petaka serta bencana kepada diri saya, keluarga serta keturunan saya selama-lamanya oleh Allah SWT.

Saya membuat angkat sumpah dengan nama Allah ini bagi membuktikan bahawa dakwaan saya amat benar, dan kerana itu saya amat berani bersumpah.

Ini jalan terbaik saya mendapatkan keadilan di dunia dan di akhirat bagi mengembalikan maruah dan harga diri saya di mana hanya Allah SWT tempat saya mengadu.

Saya lakukan hanya kerana Allah SWT, saya bersumpah di dalam rumah Allah SWT yang mulia tadi, bahawa saya telah diaibkan dan diliwat oleh majikan saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya tidak memilih untuk berdolak dalik dengan pelbagai alasan serta penipuan kepada seluruh masyarakat dalam isu dakwaan liwat saya ini seperti dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam, dengan melakukannya di masjid dan disaksikan oleh para ulama, mufti dan juga disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi menafikan dakwaan saya adalah tidak benar."

Selepas membaca kenyataan itu, Mohd. Saiful menjawab beberapa soalan daripada pemberita.

Kenapa saudara menghilangkan diri?

MOHD. SAIFUL: Saya bukan menghilangkan diri. Saya hanya berdiam diri kerana saya ingin mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah dan ditohmah dengan macam-macam terutama sekali daripada Datuk Seri Anwar.

Kenapa saudara pilih hari ini untuk bersumpah?

Kerana saya telah lama berniat hendak buat (sumpah) ini, tetapi ia perlu kekuatan mental dan rohani. Ini kerana bersumpah bukan sesuatu yang mudah atau dibuat suka-suka. Akibatnya, ia boleh dilaknat oleh Allah.

Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan dan saya memilih hari ini (untuk bersumpah).

Apakah perasaan saudara selepas bersumpah?

Alhamdulillah. Saya rasa lega. Buat pertama kali, saya juga dapat memberanikan diri berdepan dengan para wartawan.

Adakah saudara diliwat suka sama suka?

Tidak sama sekali. Ini dilakukan tanpa kerelaan saya. Saya tegaskan di sini, bahawa perkara ini (diliwat) berlaku tanpa kerelaan.

Adakah saudara pilih hari ini sebab esok penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh?

Ini bukan perkara politik. Ini adalah dakwaan kes peribadi antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya.

Adakah saudara ada buat pemeriksaan di Hospital Pusrawi sebelum ini?

Saya akan beri keterangan (mengenainya) di mahkamah.

Kenapa saudara pergi ke Pusrawi?

Saya akan bagi keterangan di mahkamah. Saya bukan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau tahu melaksanakan 'perbicaraan melalui media'. Jadi saya akan beri keterangan dan bagi kerjasama di mahkamah nanti.

Adakah Anwar orang pertama meliwat saudara?

Ini (dengan Anwar) kali pertama.

Kenapa saudara buat sidang akhbar menjelang penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, esok?

Secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan, kita pun tak tahu Anwar akan bertanding (pilihan raya kecil). Saya buat laporan polis pada 28 Jun. Saya pun tidak tahu bila dia hendak bertanding. Saya memerlukan kekuatan. Alhamdulillah Allah beri kekuatan hari ini. Hari ini hari Jumaat, hari yang dirahmati Allah.

Anwar memberitahu dia mempunyai lima orang saksi yang bersama-samanya ketika berjumpa saudara di kondominium?

Itu dia punya keterangan, tapi kita tengoklah di mahkamah nanti.

Adakah saudara membuat laporan polis? Adakah anda menyimpan salinan laporan itu?

Ya saya buat laporan itu. Di sini saya hendak tegaskan, saya buat laporan polis pukul 5.30 petang (28 Jun 2008). Pada pukul 6.30 petang, dah terpapar di SMS dan laman web. Saya sendiri tulis laporan (polis) itu. Saya tidak tahu macam mana benda ini terjadi.

Mengapakah saudara pergi berjumpa dengan Datuk Seri Najib (Tun Razak)?

Yang itu saya akan bagi keterangan di mahkamah.

Kalau Anwar hendak bersumpah juga bagaimana?

Saya sudah lakukan tanggungjawab saya (sebagai orang Islam). Jika beliau hendak lakukan, itu terpulang kepada beliau kerana ia bukan menentukan salah atau tidak, (itu) kita tentukan di mahkamah nanti.

(Pada akhir sidang akhbar itu, Mohd. Saiful menunjukkan rakaman video beliau bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.)

Kongsi Link Anda