Popular Today

Selasa, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429h

1 Komen!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin khasnya kepasa semua pengunjung setia dan kekawan Aspirasibangsa sekelian.
Moga Aidilfitri ini membuka lembaran baru untuk semua Umat Islam dan Umat Melayu di negara ini.

Isnin, September 29, 2008

Gerakan patut keluar BN sebelum 8 Mac lagi

0 Komen!!!
Gerakan menimbang untuk meninggalkan Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat, kata pemangku Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini.

Dua lagi pilihan dalam pertimbangan parti itu termasuklah kekal bersama BN atau keluar dan menjadi sebuah parti bebas tanpa sebarang pakatan, katanya seperti dilaporkan laman web The Star.

Tambahnya, kemungkinan meninggalkan BN dan menyertai Pakatan tergantung pada situasi politik saat ini.

"Kita tidak menutup sebarang kemungkinan," Koh dipetik sebagai berkata selepas merasmikan konvensyen tahunan Gerakan Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sentimen 60 peratus ahli-ahli mahukan Gerakan meninggalkan BN, bagaimanapun keputusan itu harus mengambil kira pelbagai faktor dan bukan sentimen semata-mata.

Kata aspirasi : Jika Gerakan keluar BN sebelum 8 Mac lalu lagi bagus. Lagipun pada Pilihanraya Umum yang lalu ahli mereka dan penyokong mereka pun bukan undi BN. Jika tidak BN Pulau Pinang tidak akan kalah. Selain itu juga pemimpin mereka pun tidak pernah dan tiada pun usaha meredakan isu antara kaum Cina dan UMNO bahkan menambahkan minyak lagi.

Bukannya mereka gagal meredakan tetapi mereka memang tiada usaha pun untuk meredakan sentimen kaum Cina terhadap UMNO. Pendapat anda bagaimana? setuju atau tidak?

Habuan seks adalah sedekah - akibat ajaran songsang PAS?

1 Komen!!!

Kerajaan negeri Perak hari ini memecat serta merta Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan (gambar) yang mengaku menerima habuan seks wanita warga China berhubung skandal rasuah membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar di sini.

Inilah sebenarnya akibat ajaran songsang PAS kepada pengikut dan penyokongnya. Rakyat amat mengetahui bagaimana ulama politik PAS sentiasa merubah hukum sesuka hati mereka. Jika sesuatu hukum itu haram bagi orang lain, tetapi bagi PAS semunya halal. Begitulah dengan isu seks ini sehingga dianggap sedekah adalah akibat ajaran songsang tok guru- tok guru PAS sehingga menyebabkan pengikutnya kebingungan. PAS adalah parti politik, ulama mereka adalah ulama politik dan hukum mereka semuanya hukum politik.

Ya Allah lindungilah kami dari golongan memperjualkan agama untuk kepentingan diri!!!
m

Sabtu, September 27, 2008

HARAM MENYOKONG DAP DAN PAKATAN RAKYAT?

1 Komen!!!

Hukum Dewan Ulama’ PAS Kelantan 1963: “Orang-orang Islam yang berkongsi kuasa dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram”. Kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh pemimpin PAS pada suatu ketika. Sekarang lihatlah apa yang dah terjadi. Apakah hukum PAS sekarang ini sudah termakan diri sendiri?

Ini bermakna siapa menyokong kafir harbi (DAP-penentang negara Islam) adalah haram, siapa menyokong sekutu Kafir Harbi (Pakatan Rakyat) adalah Haram dan mengundi DAP dan Pakatan Rakyat adalah haram. Kalau bersama kafir zimmi pun haram apatah lagi kalau kafir harbi.. mestilah lagi haram 2x...

Adakah kita mahu lakukan perkara yang haram?

Jumaat, September 26, 2008

Malaysia cadang konvensyen besar-besaran tangani Islamophobia di AS

0 Komen!!!
NEW YORK: Malaysia mencadangkan agar konvensyen antarabangsa secara besar-besaran anjuran Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) diadakan di Amerika Syarikat seawal tahun depan bagi menangani segera gerakan anti-Islam yang semakin menular di beberapa negara maju.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata OIC memohon Malaysia memainkan peranan utama ke arah memperbetulkan tanggapan serong masyarakat Barat yang dipengaruhi semangat Islamophobia hingga membenci negara-negara Islam seperti berlakunya protes terhadap pembinaan sebuah masjid di Cologne, Jerman, baru-baru ini.

Namun dalam konteks dalam negara terdapat juga pihak yang mempertikaikan Islam, azan dan negara Islam. Ini berikutan sekutunya masih gagal untuk 'tarbiah' pemimpin parti berkenaan. Dengan kata lain PAS gagal tarbiah DAP. Sebab itu sehingga kini DAP masih memperjuangkan negara Sekular dan ini disokong oleh PKR dan Pakatan Rakyat.

Hakikat ini perlu diakui oleh PAS yang bukan sahaja dilihat sebagai gagal untuk mentarbiah DAP dan apa yang lebih teruk lagi ialah takut terhadap DAP Laknatullah dan sekutunya.

Penangguhan pemilihan UMNO baik atau buruk untuk ahli?

0 Komen!!!
Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan jam 10 pagi esok, dipercayai untuk membincangkan penangguhan pemilihan parti, yang dijadual Disember ini, ke tahun depan.

Mesyuarat di bangunan parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu juga dijangka membahaskan saranan untuk menyegerakan peralihan kuasa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya setahun lebih awal.

Pada asalnya, Abdullah dan Datuk Seri Najib Razak merancang pelan peralihan kuasa itu akan berlangsung pada pertengahan 2010. Anggota MT Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Malaysiakini, Umno kini terbelah dua kepada dua kem. Satu pihak bersetuju dengan pelan tersebut, sementara satu lagi ingin menyegerakannya.

Persoalan penagguhan pemilihan parti perlu difikirkan masak-masak kerana tarikh asal persidangan dalam bulan Ogos 2008 telah pun ditangguhkan kepada bulan Disember dan ini pun telah menimbulkan pelbagai polemik sehingga kini. Jika polemik ini dibiarkan berterusan akan menimbulkan kekecewaan dan perpecahan kepada ahli. Namun secara peribadi, sebagai rakyat saya mersakan penangguhan akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Khamis, September 25, 2008

Gandingan Najib-Muhyiddin, apa kata ahli?

0 Komen!!!
Sebahagian besar Umno bahagian di Johor menyerahkan kepada para perwakilan untuk memutuskan dalam mesyuarat perwakilan masing-masing bulan depan, calon presiden dan timbalan presiden Umno.Tinjauan Malaysiakini di Johor mendapati ada bahagian yang akan mencalonkan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing jawatan presiden dan timbalan presiden. Bahagian-bahagian berpendapat suara perwakilan perlu didengar, khususnya, dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti, kerana ia boleh menyelamatkan parti dan orang Melayu.

Ketua Pemuda Umno Sekijang, Ayub Rahmad berkata, parti perlu melihat keadaan persekitaran, iaitu apakah kehendak ahli teramai."Jika mereka mahukan perubahan kepimpinan utama, parti mesti melakukan perubahan tanpa terikat dengan tempoh tertentu."Walaupun kita menyokong pelan peralihan kuasa tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh menafikan hak ahli parti," katanya. Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian Tanjong Piai, Suhaimi Salleh pula berkata, bahagiannya menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan calon presiden.

Angin pemilihan kerusi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO semakin panas. Cerita gandingan Ku Li semakin sejuk kini timbul pula cerita gandingan Najib dan Muhyiddin. Namun apa yang penting ini semua terletak di tangan bahagian untuk menentukan. Namun apa yang penting jika hasrat majoriti ahli untuk mengadakan pertandingan bagi kerusi peringkat tertinggi adakah pemimpin yang dicalonkan akan bertanding atau akan menarik diri. Jika menarik diri pastinya, ahli akan menganggap pemimpin tersbut tidak mendengar pandangan akar umbi.

Ahli hakikatnya memang mahukan perubahan, namun perubahan itu adakah akan membawa kebaikan atau sebaliknya perlulah difikirkan oleh semua ahli.... Apa yang penting parti UMNO mesti dahului dari apa-apa perkara sekalipun.. Khasnya dalan keadaan politik semasa yang agak mencabar ini. Apakah ciri kepimpinan yang terbaik yang ahli boleh dapatkan untuk mengangani situasi politik ini. Selepas itu, barulah bertanya, siapakah pemimpin yang boleh membawa aspirasi parti...

Isu Hak Melayu dan Institusi Raja - kegagalan PAS dan PKR untuk 'sekolahkan' DAP

0 Komen!!!
RAUB 24 Sept. - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) bertitah, pemimpin politik dan orang Melayu perlu bersatu bagi mempertahankan hak mereka serta institusi raja yang semakin dipersoalkan banyak pihak pada masa ini.

Baginda bertitah, keadaan politik yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan mempertikaikan hak orang Melayu dan institusi raja.

Titah baginda, hak orang Melayu dan institusi raja tidak seharusnya dipersoalkan lagi kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan.

''Adalah menjadi tanggungjawab semua pemimpin politik Melayu tanpa mengira parti, sama ada UMNO, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bersatu mempertahankan hak tersebut.

''Jika orang Melayu berpecah-belah, tidak mustahil hak keistimewaan dan institusi raja akan tergugat," titah baginda.

Hakikatnya ini berlaku kerana kegagalan PAS dan PKR untuk 'sekolahkan' DAP mengenai hak keistimewaan dan institusi raja sebab itu walau apapun kata Karpal Singh dan pemimpin DAP terhadap menghina Islam, Melayu dan Raja tetap tidak dikenakan tindakan disiplin oleh Pakatan Rakyat bahkan disokong.

Harga minyak turun lagi 10 sen

0 Komen!!!
Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok.

Berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 kini turun kepada RM2.45 seliter manakala harga RON 92 pula turun kepada RM2.30 seliter.

Kerajaan juga mengumumkan pengurangan minyak diesel, juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter. Harga minyak di pasaran dunia kini ialah sekitar AS$109 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu.

Ketika mengumumkan penurunan harga minyak tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ia diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira harga purata minyak dunia untuk tempoh sebulan terakhir ini," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Walaupun dilihat nilai 10 sen nampaknya macam terlalu sedikit hakikatnya harga minyak tetap turun. Dengan kadar inflasi yang meningkat, harapan rakyat adalah agar kerajaan berusaha secepat mungkin untuk mengurangkan kadar inflasi yang dialami oleh rakyat.

Mungkin ramai yang akan hentam kerajaan kerana kadar inflasi ini. Namun apa yang perlu rakyat lihat bahawa kerajaan telah merangka mekanisme dan formula untuk penentuan kenaikan harga minyak. Subsidi tetap kekal 30 sen bagi setiap liter dan pemantauan dibuat setiap hari dan penyelarasan akan dibuat setiap bulan. Ini adalah formula yang baik, kerana akhirnya rakyat menikmati juga penurunan harga minyak.

Kadar inflasi Ogos 8.5 peratus - tertinggi sepanjang 28 tahun

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Indeks Harga Pengguna (IHP), pengukur kadar inflasi, bagi Januari hingga Ogos mengembang 4.8 peratus kepada 110.4 daripada 105.3 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan hari ini.

IHP Ogos meningkat 0.2 peratus kepada 114.9 daripada 114.7 pada Julai tahun ini dan indeks itu meningkat 8.5 peratus berbanding dengan 105.9 pada Ogos tahun lepas.

Jabatan itu dalam kenyataannya di sini berkata, peningkatan 4.8 peratus IHP itu dicatat berikutan kenaikan indeks kesemua indeks kumpulan utama kecuali pakaian dan kasut dan komunikasi.

Kenaikan utama antara kumpulan utama ialah pengangkutan (+8.6 peratus); makanan dan minuman bukan alkohol (+7.5 peratus), dan perumahan, air, elektrik dan bahan api lain (+1.4 peratus).

Tiga kumpulan utama itu secara bersama mencatatkan kenaikan keseluruhan 84.6 peratus yang dicatatkan bagi tempoh yang dikaji.

Sementara itu, indeks bagi makanan dan minuman bukan alkohol bagi Ogos 2008 berbanding dengan bulan yang sama pada 2007 menunjukkan kenaikan tinggi 11.7 peratus manakala indeks bukan makanan meningkat tujuh peratus.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, indeks makanan dan minuman bukan alkohol mencatatkan kenaikan masing-masing 7.5 peratus dan 3.6 peratus, kata Jabatan itu.

Katanya, kenaikan 7.5 peratus indeks makanan dan minuman bukan alkohol adalah hasil kenaikan indeks makanan di rumah (+8.2 peratus); makanan di luar rumah (+6.4 peratus) dan kopi, teh, koko dan minuman bukan alkohol (+6.2 peratus).

Antara subkumpulan makanan di rumah yang menunjukkan kenaikan dalam tempoh itu ialah beras, roti dan bijirin lain (+15 peratus); susu, keju dan telur (+13 peratus); daging (+7.9 peratus); ikan dan makanan laut (+5.6 peratus) dan sayur-sayuran (+5.4 peratus).

Jabatan itu berkata, kenaikan 0.2 peratus berbanding dengan bulan sebelum itu disebabkan kenaikan kumpulan utama terpilih iaitu makanan dan minuman bukan alkohol (+0.8 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (+0.5 peratus); restoran dan hotel (+0.4 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+0.3 peratus); kesihatan dan pendidikan (masing-masing +0.2 peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (+0.1 peratus).

Sementara itu, penurunan ditunjukkan pada indeks pengangkutan (-0.7 peratus); pakaian dan kasut (-0.4 peratus) dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (-0.2 peratus).

Indeks minuman beralkohol dan tembakau, dan komunikasi kekal tidak berubah masing-masing pada 120.6 dan 96.7.

Kenaikan indeks makanan dan minuman bukan alkohol pada bulan Ogos berbanding Julai ialah daun sup (+6.4 peratus); ayam (+5.9 peratus); peria (+5 peratus); brokoli (+3.7 peratus); kubis bulat (+3.3 peratus); telur ayam (+2.9 peratus); ikan kembung (+2.9 peratus) dan sotong (+2.8 peratus).

- Bernama

Rabu, September 24, 2008

APABILA ANJING (TERESA KOK) TERGIGIT EKORNYA SENDIRI

6 Komen!!!
Akhirnya, Teresa Kok terpaksa mengakui kesalahannya seperti anjing yang tergigit ekornya sendiri. Teresa, yang pada mulanya menafikan membuat kenyataan berhubung 'makanan anjing' tersebut, juga berkata sewaktu ditahan dalam bilik selepas 6 X 8 kaki, beliau hanya diberi air dan roti atau dua biji telur rebus serta kari untuk makanannya.

"Okay, baiklah, Anda temui kesilapan saya dengan bantuan pita video dan segalanya, dan saya boleh menerima kritikan seumpama itu," katanya merujuk kepada rakaman video berhubung komennya mengenai makanannya ketika dalam tahanan.

Sambil menegaskan beliau tidak berapa ingat mengenainya kerana jadualnya yang ketat selepas pembebasannya, Teresa bagaimanapun menuduh pengkritiknya memperbesar-besarkan isu tersebut untuk mencetuskan sensitiviti orang Melayu berhubung haiwan tersebut.

Itulah... memang Teres Kok ini muka pembohong. Sebelum ini pun kita ingat kisah wanita ketuk ketampi yang didakwanya warga China tetapi sebenarnya bukan. Ini pun mujur ada tape, kalau tak memang tak mengaku sampai matilah nampaknya. Agaknya ketika disoal siasat dalam tahanan ISA adakah Teresa Kok bercakap benar?. Memang tak tahu malu betina ini (merujuk kepada anjing).

16 SEPTEMBER - BUKTI KEGAGALAN DAN PEMBOHONGAN BESAR PAKATAN RAKYAT

0 Komen!!!
Tujuh hari atau seminggu telah berlalu. 16 September telah meninggalkan Rakyat Malaysia dalan keadaan tenang dan aman. Apa yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat (PR) dan pencacai mereka Anwar Ibrahim tidak menjadi kenyataan. Tarikh 23 September juga telah berlalu, tiada apa-apa yang berlaku. Selepas ni nescaya PR akan memberikan tarikh baru.

Malangnya ramai orang yang bodoh yang mempercayai tarikh 16 September. Istilah 'bodoh' adalah pakatan paling sesuai untuk semua pengikut dan penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat kerana mempercayainya kerana rancangan tarikh 16 September juga adalah rancangan bodoh. Kalau dah tahu Dewan Rakyat tidak diadakan pada bulan puasa kenapa masih mencanang tarikh peralihan kuasa pada tarikh tersebut. Jadi betullah sebagaimana kata Naib Presiden PAS, Mustafa Ali.

Terkini, Anwar berkata pihaknya "tidak terpancing untuk bertindak tergesa-gesa (untuk menubuhkan kerajaan baru)". Sedangkan sebelum ini mencanang tarikh 16 September sebagai suatu yang pasti sehingga habis pengikutnya tertipu.

16 September ialah tarikh kegagalan Pakatan Rakyat yang dipimpin pemimpin pembohong dan diikut oleh penyokong bodoh dan buta tuli.

Rakyat negara ini masih menjungjung keluhuran Perlembagaan sebagaimana kita melihat ramai ahli SAPP dan wakil rakyatnya yang keluar parti begitu juga dengan pengasas, parti Datuk Tham Nyip Shen tersebut kerana tidak bersetuju dengan tindakan Presiden mereka yang telah 'dibayar' oleh PKR.

Hakikatnya rakyat tidak mahukan pemimpin yang mementingkan diri dan gila kuasa. Tindakan ahli SAPP yang keluar parti tersebut adalah menifestasi terhadap perkara ini.

16 September 2008 ialah detik kegagalan Pakatan Rakyat.

Selasa, September 23, 2008

RAJA PETRA KE KEMUNTING - TINDAKAN TEPAT

2 Komen!!!
Raja Petra dihantar ke kem Kamunting untuk 2 tahun. Nampaknya beliau akan makan makanan anjing sebagaimana yang digambarkan oleh Teresa Kok....

Mengikut peguam J Chandra, Raja Petra ditahan kerana menyiarkan artikel dalam laman webnya yang mencemarkan dan menghina Islam.

Isnin, September 22, 2008

APABILA ANJING DILEPASKAN

4 Komen!!!
Apabila anjing dilepaskan ia akan menyalak, inilah perumpamaan paling sesuai untuk penerima 'jamuan anjing' Teresa Kok. Hanya anjing sahaja yang merasakan dirinya akan makan seperti anjing.

Ahli parlimen Seputeh itu juga mendakwa, beliau dijamu “seperti makanan anjing” - dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari pada waktu makan tengah hari dan makan malam. Katanya, beliau ditempatkan dalam bilik kecil 6 x 8 meter dan dikehendaki memakai baju lokap sepanjang ditahan bawah akta kontroversi itu. Pada sebelah malam, tambahnya lagi, beliau tidur bertilamkan papan sahaja di sebuah bilik berudara tidak segar.Beliau hanya diberikan dua bantal .

Sepatutnya Teresa perlu berada lebih lama lagi dalam tahanan ISA. Dan merasakan jamuan 'anjing' untuk tempoh masa yang lebih lama lagi. Nampaknya Teresa merasakan dirinya begitu hebat dan mulia sekali untuk diberikan keistimewaan kepada beliau. Sedangkan lokap tidak mengira pangkat dan darjat...

Khamis, September 18, 2008

Anwar Patut dikenakan ISA.

5 Komen!!!
Laporan Malaysia Indsider mengatakan Anwar hendak buat undi tidak percaya pada Perdana Menteri pada 23 September... habis satu tarikh ke tarikh lain.. lepas ni apa pula tarikh yang akan diberikan...

Persoalan kenapa buat sidang rakyat tergempar untuk perkara yang tidak tergempar... kalau Anwar dah ada nama sebutkanlah sahaja satu persatu...... tak payah asyik nak cakap bilangan dah cukup sejak sebelum 16 Setember lagi... Ingatkan rakyat ni macam lembu ker... dicucuk hidung untuk ke kanan dan ke kiri.... semua terpaksa ikut kata dia.. Kalau betul-betul nak buat persidangan dewan rakyat sebutkan nama satu persatu... kalau tidak, tidak perlu..

Bagi rakyat, Anwar ini memang telah mengamcam kestabilan politik, ekonomi, sosial dan keselamatan negara ini. Sentiasa membuat huru hara dan rakyat tidak tenteram dan patut dikenakan ISA sahaja.

Sudah tiba masanya media meninggalkan Anwar.. tak payah nak layan mamat gila (Anwar Ibrahim) ini... Publisiti yang berlebihan juga mengancam kententeraman awam. Sudah 6 bulan... hendak berapa bulan lagi rakyat terus perlu berada dalam keadaan tidak tenteram begini...


ANWAR ANCAMAN NOMBOR SATU NEGARA....

Selasa, September 16, 2008

Masjid Kinrara sokong Teresa kena ISA

1 Komen!!!


Pengerusi Masjid Bandar Kinrara, yang menerima petisyen membantah penggunaan pembesar suara untuk beberapa kegiatan agama, bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas exco kanan Selangor, Teresa Kok.

Abdul Rahman Nasir berkata, secara umumnya, perkara sensitif membabitkan agama "tidak boleh dimainkan". "Kita tidak ada apa. Sudah lama dah masjid ini dibina. Itulah, persoalannya, kenapa sekarang? Kalau tidak puas hati, pindahlah.

"Dari dulu lagi waktu hendak beli rumah, pelannya sudah ada, sini masjid, sini taman permainan. Kenapa dulu beli di sini?" katanya.

Sebelum ini Teresa Kok juga antara yang berperanan membuang tulisan jawi di tandanama jalan di Pulau Pinang dan kini beliau melarang orang Islam untuk melaungkan azan dengan kuat.

Inilah DAP dan pengkiutnya PKR dan PAS.... Baru berkuasa 5 negeri hendak hapuskan tulisan jawi dan azan... kalau perintah Malaysia.... sudah pasti hak dan ketinggian Agama Islam dan Hak Keistimewaan akan tercabut...

Apabila ekstremis pendatang mula menunjukkan isyarat halau kepada penduduk asal....

Sumber: Malaysia Kini

Jumaat, September 12, 2008

Tabik Spring 2!!!!!!!!!!! : Muhyidin Bersedia

0 Komen!!!
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan pendiriannya dan sanggup berhadapan risiko berhubung kenyataannya bahawa proses peralihan kuasa perlu disegerakan.

Beliau berkata, kenyataannya itu adalah pandangan ikhlas yang berasaskan kepada pendapat umum.

Beliau ditemui pada Persidangan Perniagaan China Guandong-Malaysia di sini hari ini. - Utusan

Tabik spring!!!!!!!!, Berani buat, berani Tanggung!!!! Pandangan rakyat yang lebih utama...

Khamis, September 11, 2008

16 September - Sedarlah, bangkitlah dan bersatulah wahai Melayu...

1 Komen!!!
Sebenarnya dua 3 hari ini, idea nak menulis tak de sangat. Letih fikir tentang masa depan Melayu ini. Apa nak jadi dengan mereka ni kalau Anwar memerintah nanti. Apa agaknya nasib anak cucu kita nanti. Masihkah ada peluang pendidikan, biasiswa, lesen ,permit dan menganggotai perkhidmatan Awam. Adakah mereka masih mempunyai peluang seperti sekarang ini.

Jika hak keistimewaan orang Melayu dihapuksan ke mana mereka akan pergi walaupun di dalam negara mereka sendiri. Sebagaimana Tun Dr Mahathir kata, ramai golongan muda profesional sendiri yang menolak kontrak sosial, apatah lagi kaum bukan Melayu, setentunya mereka lagi menolak.

Malangnya padangan mereka ini, ialah pandangan mereka yang takbur kerana mereka telah berjaya. Sedangkan ramai lagi anak-anak Melayu yang mesih belum berjaya. Pegangan bumiputera terhadap Ekonomi pun masih jauh ketinggalan lagi.

Dengan Pakatan DAP, PKR dan PAS masa depan Melayu dan Islam mesti akan berkubur ini semua dapat dilihat dari tindakan-tindakan mereka memerintah 5 negeri pakatan rakyat Habis tanah rezab Melau, masjid disamatarafkan dengan kuil dan Hindu, kg orang Melayu pusat ternakan Babi, kemudian minta wang peruntukan untuk aktiviti ibadat bukan Islam. Pusat Institusi Islam seperti masjid, universiti, pejabat agama dan surau boleh diberikan peruntukan kerana Islam termaktub sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Jika tidak kemungkinan surau dan masjid tidak boleh dibina di kampung-kampung dan jadi seperti di Indonesia, terpaksa meminta ehsan dan sedekah untuk membina masjid.

Apatah Lagi kalau negara ini menjadi negara sekular dimana agama langsung tidak boleh dikaitkan dengan pentadbiran kerajaan (memisahkan agama dengan kerajan). Jangan masjid dan surau tidak boleh menerima bajet kerajaan bahkan pejabat agama juga perlu ditutup kerana bertetangan dengan dasar kerajaan Pakatan DAP, PKR dan PAS yang mahukan negara sekular.

Jangankan impian PAS nak laksanakan undang-undang Islam, nak laksanakan syiar Islam pun belum tentu dapat dibuat.

Adakah Melayu dan Islam bersedia untuk menghadapi ini semua.. Sedarlah, bangkitlah dan bersatupadulah wahai Melayu...

Rabu, September 10, 2008

JUNJUNG ATAU HINA PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN? - PEMBANGKANG CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN

3 Komen!!!
Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan junjung prinsip Perlembagaan Persekutuan berikutan isu Datuk Ahmad Ismail.. namun apa yang pelik dimana nama Hj Hadi Awang, Presiden PAS.. Atau Husam Musa yang menjadi Presiden PAS... Besar cita-cita Husam Musa ni...

Kenyataan mereka untuk menjunjung Perlembagan Persekutan termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Hakikatnya kenyataan Pakatan Rakyat ini hanyalah kosmetik semata-mata apa yang penting ialah apa yang dibuat iaitu apa sebenarnya dasar mereka, bukan apa yang dicakap. buat apa cakap lain buat lain.

Cakap hendak memprjuangkan hak Melayu tetapi bersama dengan DAP dan sekutunya/ proksinya (Majlis Peguam) untuk menghapuskan Ketuanan Melayu. Mengadakan forum kontrak sosial, mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.Menyediakan industri babi terbesar dengan bajet 100 juta di kawasan perumahan Melayu

Cakap hendak mepertahankan kedudukan Islam, tetapi hendak menjadikan Malaysia
Negara Sekular. Mengadakan forum memeluk Islam yang mempersoalkan kedudukan Enekmen Undang-Undang Islam.

Konon hendak mempertahankan Raja Melayu tetapi memperitikaikan kuasa Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Apa yang tercatat di perlembagaan semua telah dilakukan oleh BN sepanjang 51 tahun ini. Kerana BN yang menggubal perlembagaan tersebut.

Sebenarnya pakatan pembangkang memang cakap tidak serupa bikin, cakap lain buat lain... Pembangkang sebenarnya menghina dan bukan menjunjung Perlembagaan Persekutuan!!!

Selasa, September 09, 2008

PAKATAN RAKYAT RESAH MENUNGGU 16 SEPTEMBER

0 Komen!!!
Keresahan pembangkang semakin ketara khasnya apabila PM membenarkan ahli Parlimen BN untuk membuat lawatan luar negara.

Keresahan Pekatan Rakyat (PR) ialah PR dilihat akan tidak lagi relevan selepas ini dan janji manis mereka memang tidak boleh 'dipakai'. Harapan penyokong mereka pastinya akan berkecai jika 16 September ini tidak menjadi kenyataan.

Bagi BN pula mereka dianggap sebagai berjaya, khasnya menahan dan menghalang serangan ombak 'tsunami' pembangkang.

Mulai hari ini 49 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai lawatan sambil belajar ke Taiwan. Daripada jumlah tersebut, 41 orang berlepas hari ini manakala lapan orang lagi, akan di sana esok. Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBC), Datuk Bung Mokhtar Radin, yang akan berlepas bersama 41 ahli Parlimen tersebut pada jam 1.45 tengahari ini. Katanya, jumlah tersebut terdiri daripada 10 ahli Parlimen dari Sabah, 12 dari Sarawak dan bakinya dari Semenanjung Malaysia.Mereka dijangka mempelajari secara dekat program pertanian yang dilaksanakan di Taiwan.

Keresahan Pakatan Rakyat dapat dilihat melalui media pembangkang yang menghentam lawatan sambil belajar ini kerana beranggapan BN membawa lari ahli Parlimen mereka. Namun tidak perlu pedulikan tanggapan mereka.

Tindakan pemimpin dan media pembangkang yang terlalu mewar-warkan bahawa 16 September, Anwar akan menjadi PM mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Ini akan menyebabkan Pakatan Rakyat malu besar kerana lebih sudu dari kuah....

Mungkin ada kebenaran yang dikatakan Hj Hadi "saya bukan ahli politik Mat Jenin. Saya, tak mahu berangan-angan macam Mat Jenin, baru nak panjat pokok kelapa dah berangan-angan". Apa yang dimaksudkan oleh Hj Hadi adalah angan-angan Mat Jenin Anwar Ibrahim yang telah mencanang bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini.

Dan menambah lagi keresahan Pakatan Rakyat sehingga kini tiada lagi Ahli Parlimen BN yang mengumumkan akan melompat parti dan tindakan membawa ahli Parlimen BN ke luar negara terus akan memusnahkan harapan mereka.

Namun apa akan jadi kepada Pakatan Rakyat (PR) sekiranya 16 September ini tidak menjadi kenyataan, nescaya PR akan tidak akan relevan selepas ini dan janji manis mereka memang tidak boleh 'dipakai'.

Hmmmm.... harap pembangkang terpaksa menjilat ludah mereka sendiri sekali lagi..

Isnin, September 08, 2008

16 SEPTEMBER : ANWAR HANYA ALAT

1 Komen!!!
Anwar sebagai PM alat kepada DAP atau Matlamat?

Sebagaimana yang diketahui dan berlaku di Selangor dan Perak, walaupun MB dari orang Melayu Islam tetapi para pembesarnya majoritinya adalah terdiri dari kaum Cina.

Kerajaan negeri Perak, terdiri dari 6 kaum Cina sebagai EXCO, begitu juga Selangor...

Kenapa perlu ramai EXCO dari kaum Cina ni, mana pergi EXCO dari kaum yang lain.. kata hendak samarata!...

Kalau betul hendak samarata biarlah koutanya sama iaitu 3 Melayu, 3 Cina dan 3 India.

Namun tidak mungkin samarata akan berlaku kerana walaupun MB terdiri dari kaum Melayu dan Islam, tetapi mereka hanyalah boneka dan alat...

Sebab itu mereka takut hendak meletakkan jumlah EXCO kaum Melayu dan Islam lebih ramai dari kaum Cina kerana takut tidak dapat undi dari mereka.

Begitu juga apabila Anwar menjadi PM, beliau hanya akan manjadi alat kepada DAP..

Selain menjadi alat DAP untuk memimpin negara, Anwar juga menjadi alat kaum DAP untuk memecahbelahkan orang Melayu. Ini jika dilihat dalam kontek dalam negara, namun jika dilihat luar negara, Anwar ialah alat Amerika untuk menghancurkan Institusi negara Islam di rantau ini dan mahu menjadikan Malaysia sepeti Afganistan, Pakistan yang hidup dalam kekacauan.

Malaysia sebagai negara Islam contoh, kewujudannya tentu akan menyusahkan Amerika dan Israel kerana peranan yang dimainkan amat besar diperingkat antarabangsa khasnya ketika zaman Tun Dr Mahathir yang lantang menentang Amerika dan sekutunya. Dan Anwarlah sebagai alat untuk menghancurkan negara Islam contoh ini.

Sesuatu juga yang menarik untuk dilihat dan difikirkan.. kenapa ramai ahli parti GERAKAN yang keluar hanya masuk ke dalam parti PKR bukan DAP....

PKR akan menjadi parti GERAKAN 2 yang akan datang, yang akan memimpin parti tersebut nescaya dari majoriti kaum Cina. Mungkin ini juga sebahagian taktik, untuk kaum Cina menguasai PKR dan seterunya melebarkan pengaruh kaum Cina di dalam PKR ini.

Namun akhirnya yang rugi adalah kaum Melayu. Melayu tidak mampu untuk berpecah lagi. Perpecahan ini perlu ditangani segera sebelum menjadi parah dan seterusnya Melayu akan dijajah kembali.

ANWAR ADALAH ALAT DAP UNTUK MENGHAPUSKAN KETUANAN MELAYU, ANWAR ADALAH PENGKHIANAT

Ahad, September 07, 2008

Ancaman kepada Melayu

0 Komen!!!
Dr. Sham Rahayu, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
-----------------------------------------------------

Entah mengapa sejak kebelakangan ini sudah timbul ‘keberanian’ luar biasa daripada pelbagai pihak untuk mempertikaikan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antara perkara yang semakin lantang menjadi perdebatan atau perbahasan ialah mengenai Perkara 153 berhubung keistimewaan orang Melayu.

Walaupun pihak-pihak yang berbuat demikian amat memahami ia sesuatu yang sensitif namun mereka tidak mempedulikan itu semua.

Sebaliknya satu demi satu hujah mereka keluarkan bagi menggugat apa yang sudah terpahat dalam Perlembagaan. Persoalannya wajarkah perkara seumpama itu terus menjadi pertikaian? Tidakkah ia sepatutnya dihormati memandangkan ia adalah satu Perlembagaan negara?

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan NORAINI ABD.RAZAK, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz secara terus terang menyifatkan, apa yang terjadi sekarang kerana orang Melayu dilihat lemah.

Malah katanya, kegagalan orang Melayu untuk berhujah mengenai intipati apa yang terkandung dalam Perlembagaan juga menjadi punca pihak lain mampu mempertikaikan apa yang sudah diperuntukkan.

Selain itu pada pandangan Dr. Sham Rahayu sikap generasi baru yang mahu memperjuangkan kesamarataan antara kaum juga turut menyebabkan segala yang ditetapkan oleh Perlembagaan mengenai orang Melayu semakin ‘terancam’.

Mingguan: Kenapa sejak kebelakangan ini perkara-perkara dalam Perlembagaan terus dipertikaikan?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau kita mengkaji sentimen sesetengah pihak pada masa ini ia memang menunjukkan mereka mahu melihat apa yang ada dalam Perlembagaan dan kemudian mempertikaikan kewujudannya tanpa mahu memahami kenapa ia diwujudkan. Apa yang sepatutnya orang ramai lakukan ialah bertanya kenapa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu diwujudkan, contohnya dalam soal hak keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153.

Kalau melihat sejarah bangsa kita dan pembentukan Perlembagaan sesetengah perkara itu harus diterima, ertinya tidak boleh dirobek atau diubah semata-mata untuk mengikut perubahan semasa. Bagi saya, dalam demokrasi ada ruang bagi membolehkan perkara dalam Perlembagaan diperbincangkan tetapi bukan sampai ke tahap yang boleh menggugat Perlembagaan itu sendiri. Ini termasuklah perbincangan yang menjurus ke arah provokasi seperti hendak membuang peruntukan Perlembagaan yang sedia ada.

Apakah peruntukan Perkara 153 dalam Perlembagaan itu keterlaluan melindungi orang Melayu sehingga menjejaskan bangsa-bangsa lain?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau kita mengkaji Suruhanjaya Reid, ia mengatakan kalau kita mengambil hak Melayu secara tidak terancang ia boleh meruntuhkan pembinaan bangsa dan negara. Atas sebab itu saya tidak bersetuju jika ada pihak mengatakan bahawa Perkara 153 memberi kelebihan melampau kepada orang Melayu.

Ini kerana sistem tersebut mesti bergerak dengan hak-hak munasabah terhadap bangsa lain. Suruhanjaya Reid merujuk salah satu terma Perlembagaan ialah menjaga kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap bangsa lain, jadi apabila kita menjaga kepentingan Melayu ini tidak bermakna kita mengabaikan bangsa lain. Untuk membina sebuah negara yang aman dan damai serta mewujudkan kestabilan politik kita memerlukan kesaksamaan dan keadilan.

Tetapi apa yang ditonjolkan seolah-olah orang Melayu mendapat segala-galanya sedang bangsa lain tidak mendapat apa-apa?

DR. SHAM RAHAYU: Saya berpendapat mengikut Perlembagaan orang Melayu diberi sedikit kelebihan atau keistimewaan tetapi dari segi aplikasinya mungkin tidak begitu ketara. Adalah tidak adil untuk mengatakan orang Melayu mendapat segala-galanya. Cuba lihat siapa yang mengawal ekonomi kita?

Kalau kita mengkaji laporan Suruhanjaya Reid mengenai Perlembagaan, kelebihan kepada orang Melayu diberikan sejak 1948. Pada tahun itu, orang British sendiri tidak pernah menyentuh soal Melayu dan Islam. Ini kerana ia menjadi subjek yang terlalu sensitif kepada British. Namun dalam masa yang sama terdapat terma bahawa bangsa lain tidak diabaikan.

Kenapa baru sekarang semua ini hendak dipertikaikan sedangkan ia sudah termaktub dalam Perlembagaan?

DR. SHAM RAHAYU: Punca utama kerana orang Melayu tidak pandai berhujah, kita tidak memahami sejarah sendiri. Kelemahan orang Melayu sekarang ialah tidak memahami kenapa diwujudkan keistimewaan dalam Perlembagaan. Atas sebab itulah kalau kita lihat ada di kalangan orang Melayu sendiri menentang Perkara 153.

Kalau kita merujuk pembinaan bangsa, adalah jelas semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berhak untuk merasa bangga menjadi rakyat negara ini tetapi ia tidak bermaksud kepentingan Melayu harus dilunturkan. Kita memahami sejarah menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang dianggotai oleh pelbagai bangsa tetapi kita tidak boleh mengenepikan kerangka asas pembinaan negara ini iaitu orang Melayu.

Seharusnya kita memberi pemahaman kepada bangsa lain kenapa terdapat peruntukan tertentu mengenai Melayu dan Islam dalam Perlembagaan.

Dalam soal Perkara 153 bukan mudah ia ditarik begitu sahaja. Ini kerana ia mempunyai hubung kait dengan peruntukan-peruntukan lain seperti keistimewaan raja-raja.

Kalau soal Melayu hendak ditarik balik apa yang raja ada lagi? Sedangkan institusi raja-raja bertanggungjawab terhadap dua perkara iaitu Melayu dan Islam. Institusi raja-raja dibentuk oleh Perlembagaan dengan tujuan mewujudkan kestabilan politik. Tetapi kalau soal Melayu ditarik dalam Perkara 153, ertinya raja pun tidak akan wujud. Keadaan itu kalau berlaku sudah tentulah akan menjejaskan kestabilan politik negara. Bagaimanapun kalau boleh soal mengenai Melayu ini tidaklah dibincangkan dalam suasana terlalu panas atau penuh provokasi. Tetapi dalam masa yang kita sudah tidak mampu menyembunyikan segala-galanya di bawah karpet. Masyarakat kita sudah mengetahui isi kandungan Perlembagaan. Oleh itu orang Melayu terutama pemimpin kita harus pandai berhujah dan memahami Perlembagaan tanpa sentimen politik.

Kita harus pisahkan antara isu politik dengan isu Perlembagaan. Kita perlu berbincang soal Perlembagaan secara akademik dan intelektual bukan provokasi. Saya lihat dari semasa ke semasa semakin banyak peruntukan Perlembagaan mengenai orang Melayu diganggu gugat. Dahulu ia bermula dengan Perkara 152 iaitu mengenai bahasa Melayu dan sekarang Perkara 153 pula.

Kalau pencabulan ini terus dibiarkan, ia akan menyebabkan porak peranda kerana sistem pentadbiran negara dan kestabilan politik akan terancam.

Dalam soal pemain dalam menjayakan peruntukan sedia ada, apakah ia berpunca dari kelemahan pelaksanaan?

DR. SHAM RAHAYU: Saya bersetuju kalau orang mengatakan masalah kita bukan dengan sistem tetapi pemain. Bagi saya membiarkan peruntukan-peruntukan itu dibincangkan secara provokatif mendatangkan masalah lebih besar. Dalam soal ini pemain harus memastikan peruntukan itu dijalankan sebagaimana yang dimaksudkan dalam Perlembagaan. Selain itu, mereka juga harus memantau sejauh mana peruntukan itu dilaksanakan.

Para pemain dalam sistem ini perlu berubah dan melihat balik apa yang mereka buat itu bertepatan dengan tujuan atau objektif Perlembagaan atau tidak. Ini bagi mengelakkan Perlembagaan hanya menjadi kosmetik.

Kalau Perlembagaan itu hendak dihormati ia harus dilaksanakan, masalahnya tidak ada penguatkuasaan jika ia dilanggar. Walaupun Perlembagaan bukanlah kanun keseksaan tetapi kita sudah membina satu konvensyen atau adat Perlembagaan yang harus dihormati.

Atas sebab itu kita memerlukan penguatkuasaan yang tegas ke atas pencabulan Perlembagaan. Kalau kita dilihat lemah dalam soal ini sudah pasti ada pihak yang akan melakukan provokatif untuk menolak apa-apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Di kalangan generasi muda adalah jelas mereka tidak menghiraukan mengenai pencabulan Perlembagaan ini?

DR. SHAM RAHAYU: Tidak dapat dinafikan bahawa generasi baru memperjuangkan kesamarataan. Saya setuju dengan pandangan bahawa akibat daripada perjuangan inilah berlakunya pencabulan Perlembagaan. Justeru kita harus melihat agenda di sebalik tindakan berkenaan.

Adakah asas kesamarataan itu menjadi benda yang kukuh? Kenapa kita analogi sistem kesamarataan kita dengan barat. Apa yang ada di negara kita terlalu unik. Sepatutnya kita pergi kepada keadilan bukan kesamarataan.

Saya rasa faktor utama yang menyebabkan kekeliruan ini berlaku kerana orang tidak faham apa konsep keadilan dalam sistem Perlembagaan kita. Kalau hendak bagi semua orang sama rata itu tidak adil. Lihatlah sejarah bangsa mana-manapun sudah pasti ada sesetengah golongan harus diberi keutamaan. Apa yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu tidaklah melampau. Jadi tidak perlulah lagi dipersoalkan mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini. Bagi saya mereka yang membangkitkan isu berkenaan mempunyai agenda politik.

Kenapa orang Melayu selalu dilihat bersalah apabila mempertahankan hak Melayu?

DR. SHAM RAHAYU: Apologetik. Orang Melayu terlalu berdiplomatik dengan sifat kemelayuan, sedangkan Melayu sebenarnya kuat dan hebat, tetapi sekarang ini kita terlalu apologetik. Sikap apologetik dan diplomatik, sikit-sikit minta maaf menyebabkan orang naik tocang. Sikap ini kalau dilakukan terlalu kerap orang akan bosan. Saya rasa faktor utama mengapa hak orang Melayu di sisi Perlembagaan sering dipersoalkan ialah tidak tegas dari segi penguatkuasaan dan sifat apologetik. Inilah dua karakter yang menyebabkan Perkara 153 dipijak, menyebabkan kedudukan orang Melayu dipijak sehingga orang Melayu rasa bersalah dan malu untuk mengaku kita sebenarnya ada keistimewaan.

Sekarang ini ada pula Melayu liberal yang juga mahu supaya diwujudkan kesamarataan?

DR. SHAM RAHAYU: Kelompok ini yang menjadi racun, saya sebut ini adalah Melayu yang makan Melayu, Melayu yang menjadi racun kepada Perlembagaan. Tidak mustahil mereka yang mencetuskan semua ini. Mereka yang nak jadi juara memperjuangkan hak sama rata, tanpa memahami sejarah Perlembagaan secara semangatnya. Mereka melihat Perkara 153 itu seolah-olah membawa pandangan buruk kepada Melayu, mereka rasa keistimewaan itu macam bantuan kepada orang cacat, benda yang buruk kepada orang Melayu. Ini menjadikan orang memijak Perlembagaan. Mereka ini tali barut yang menjadikan Perkara 153 dan orang Melayu sendiri bencikan keistimewaan Melayu. Kita tidak menafikan perkembangan mutakhir ini menunjukkan wujud dua Melayu iaitu Melayu liberal dan Melayu Perlembagaan..

Kita lihat suara untuk kesamarataan ini semakin berkumandang tetapi ia seolah-olah menjurus kepada bidang tertentu sahaja?

DR. SHAM RAHAYU: Masalah ini tidak akan selesai selagi kumpulan yang tidak berpuas hati ini menyatakan dengan jelas apa sebenarnya yang mereka mahukan. Kita lihat dalam pengambilan anggota polis terbuka kepada semua kaum tetapi adakah kaum bukan Melayu berminat menyertainya. Kita tidak pasti apa benda dan sektor mana yang mereka inginkan. Kalau nak juga keistimewaan Melayu ditarik balik tunjukkan bahawa keistimewaan ini telah menafikan mereka daripada mendapat hak-hak yang munasabah termasuk dari sudut ekonomi dan politik. Tunjukkan, barulah kita fikir Perlembagaan itu layak diubah.

Adakah Doktor melihat ada agenda lain di sebalik timbulnya cakap-cakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini?

DR. SHAM RAHAYU: Saya melihat isu bukan agenda saja-saja atau demi kepentingan bangsa tetapi lebih kepada agenda politik. Sepatutnya semua pihak mesti membezakan antara politik dengan Perlembagaan. Jika kita lihat kedudukan bukan Melayu terutama dari sudut politik dan ekonominya amat memberangsangkan dan bukan sedikit kalangan mereka yang kaya raya di sebalik wujudnya Perkara 153 ini. Saya tidak nampak apa salahnya dalam sistem itu, cuma mekanisme itu yang perlu dilihat balik dan saya rasa Perkara 153 tidak boleh dikompromi dalam membina bangsa Malaysia. Kita tidak boleh potong Perkara 153 sampai bila-bila pun, kerana bangsa kita memerlukan safeguard (pengawalseliaan) iaitu Perlembagaan untuk mengawal Melayu.

Kita mesti ingat di dunia hanya di Malaysia yang wujud Melayu begini, di Indonesia sudah tidak ada, di Afrika Selatan juga tidak ada identiti Melayu sebegini. Kita yang masih tulen dan mempunyai keistimewaan kalau hendak dilihat Melayu di Singapura apa agaknya yang mereka ada.

Mungkinkah semua ini berpunca daripada kelalaian di pihak pelaksana Perlembagaan itu sendiri?

DR. SHAM RAHAYU: Saya tidak fikir kerajaan semasa begitu prihatin dengan apa yang terkandung dalam Perlembagaan. Jika diikutkan misalnya Perkara 152 mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi kerajaan memperkenalkan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Walaupun untuk menarik balik dasar itu melibatkan kerugian dari aspek perbelanjaan kewangan tetapi kalau hendak menghormati Perlembagaan kita kena kembali kepada dasar lama. Jika tidak orang akan melihat dasar Kabinet bercanggah dengan Perlembagaan, bercanggah dengan sejarah dan kehendak Suruhanjaya Reid itu sendiri.

Saya percaya jika banyak sangat orang persoalkan sesuatu dasar yang ada kait mengait dengan Perlembagaan maka pasti ada silapnya. Semua pihak patut lihat balik apa yang tak kena dan sepatutnya kita pulihkan perkara-perkara yang tidak betul ini secepat mungkin.

Berikut petikan Perkara 153 Perlembagaan

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa- apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Jangan prejudis kepada perkara 153

Senarionya sekarang Melayu cuma mempertahankan hak dalam Perlembagaan tetapi pada masa yang sama bukan Melayu menuntut tambahan hak, adakah ini bermakna akan berlaku kesamarataan yang sekali gus menjejaskan hak orang Melayu?

DR. SHAM RAHAYU: Apa yang kita faham akan sampai satu tahap di mana demokrasi seumpama barat yang menekankan kesamarataan akan berlaku di negara ini. Tetapi untuk proses tersebut menjadi kenyataan tidak diketahui bila masanya. Saya percaya tempoh 51 tahun biar pun ada pihak yang berpendapatan sudah tiba masanya untuk kesamarataan namun hakikatnya tempoh tersebut belum mencukupi. Paling penting untuk kita fikirkan ialah apabila tiba masa tersebut apa akan jadi kepada Perlembagaan kita?

Bukankah ketika itu Perlembagaan akan menjadi kosmetik?

DR. SHAM RAHAYU: Itu yang saya maksudkan. Kalau sampai ke tahap itu pasti akan timbul cadangan supaya Perkara 153 dimansuhkan daripada Perlembagaan. Mungkin kita akan sampai ke satu tahap di mana orang Melayu sendiri rasa tidak perlu lagi keistimewaan atau pun sampai satu tahap kerajaan kata kita tidak mampu mempertahankan Melayu lagi, mungkin satu kerajaan lain yang akan berkata begitu, maka ketika itu lepaslah orang Melayu macam anak ayam. Apabila berlaku keadaan seperti itu tentunya akan menimbulkan ketidakstabilan politik. Sebabnya saya melihat sejarah, mungkin orang kata apa yang dah berlaku biarkan berlalu, tetapi ada juga yang berkata, jika kita tidak belajar dari sejarah maknanya kita akan mencipta sejarah kejatuhan kita.

Walaupun Perlembagaan kita dikatakan living document, boleh berubah dari semasa ke semasa tetapi sebenarnya kesamarataan itu yang Suruhanjaya Reid mahu. Kalau kita baca semula laporan Suruhanjaya Reid sampai satu tahap tidak akan ada beza antara kaum-kaum di negara ini. Saya rasa ia terlalu ideal. Sampai macam mana kulit saya tidak akan jadi putih macam orang Cina, orang India tidak akan jadi sawo matang macam orang Melayu. Masalahnya sampai ke satu tahap kita bimbang Perlembagaan menjadi perhiasan dan ini yang perlu dimainkan oleh pihak yang menjaga Perlembagaan ini.

Jangan sampai satu tahap sama rata dan itu boleh membahayakan Perlembagaan dan kestabilan politik kita. Kita mencipta satu bentuk sistem Perlembagaan yang unik dan tiada mana-mana contoh Perlembagaan di dunia yang mempunyai ciri-ciri Perlembagaan kita. Cuma Malaysia sahaja di dunia ini ada Yang di-Pertuan Agong. Apabila saya baca laporan Suruhanjaya Reid saya tertanya-tanya adakah mereka faham keadaan di Malaysia ini atau mereka menggunakan minda Inggeris untuk menilai bangsa-bangsa yang ada.

Boleh Doktor berikan contoh wujudnya minda Inggeris dalam Suruhanjaya Reid?

DR. SHAM RAHAYU: Contohnya mereka berkata keistimewaan orang Melayu untuk substantial number of years – banyaknya itu amat subjektif, adakah 50 tahun cukup untuk membina bangsa kita, adakah 50 tahun cukup untuk orang Melayu matang. Kalau diikutkan sekarang memang orang Melayu itu matang tetapi dari segi keupayaan yang sebenar bolehkah orang Melayu berdiri. Sebab itu Perkara 153 ini tidak boleh dilepaskan kerana menyedari orang Melayu belum sampai ke tahap itu. Saya tertanya-tanya apa sangat yang bukan Melayu hendak sebenarnya. Adakah mereka tidak mendapat peluang pekerjaan, adakah mereka tidak mendapat kepentingan ekonomi, apa sangat yang disusahkannya tentang Perkara 153 ini. Lebih menyedihkan lagi apabila ada orang Melayu sendiri tidak mahu mempertahankan kedudukan Melayu.

Adakah ia mungkin disebabkan oleh kaum-kaum lain percaya bahawa kaum Melayu diberi keistimewaan keterlaluan sehingga hak menjejaskan hak mereka?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau hendak kata mereka tidak mendapat legitimate interest (perkataan yang digunakan dalam Suruhanjaya Reid), kita sendiri lihat kedudukan kaum-kaum lain di Malaysia sekarang ini. Adakah mereka tidak diberi peluang sedangkan mereka boleh ‘survive’ malah dalam banyak bidang mereka amat berjaya. Kalau Melayu tidak diberi kedudukan ini adakah Melayu boleh survive, itu yang penting dan mesti kita tengok.

Saya juga tertanya-tanya adakah selama ini negara kita tidak aman dengan adanya keistimewaan orang Melayu. Adakah kita tidak gembira berada di Malaysia hanya kerana adanya 153 ini. Persoalannya apa susah sangat dengan 153.

Dalam buku Chinese Dilemma dan Chinese Contributions mereka bangkitkan tentang peranan mereka, sememangnya kita terima peranan mereka membangunkan Bank Negara misalnya, tapi mereka kena ingat ini adalah negara mereka dan itu adalah sumbangan mereka. Apa yang mereka tidak dapat di negara ini. Sistem pendidikan misalnya kita lihat Singapura hanya ada satu sistem, tetapi di sini semuanya ada. Perpaduan bangsa kita seperti yang dikatakan oleh Syed Naquib Al-Attas umpama jalur-jalur besi yang tidak boleh nak dicairkan kerana adanya prejudis. Adakah 153 menjadi satu isu untuk mereka prejudis kepada Melayu, saya rasa itu tidak adil untuk bangsa Melayu.

Sepatutnya mereka kena tunjukkan sejauh mana benarnya Dasar Ekonomi Baru telah menyekat legitimate interest mereka, kalau Lim Kit Siang kata orang Cina tidak diberi peluang sila perjelaskan peluang apa.

Mingguan Malaysia

Jumaat, September 05, 2008

WAHAI MELAYU JANGAN UNDUR LAGI KE BELAKANG

4 Komen!!!
Isu kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail terhadap kaum Cina semakin hangat dibangkitkan di media massa.

UMNO kini dituduh khasnya oleh kaum Cina dan India (bukan semualah) sebagai parti perkauman iaitu selepas 51 tahun merdeka, dan 62 tahun UMNO ditubuhkan. Persoalannya kenapa?

UMNO sebagai parti tonggak yang memperjuangkan kemerdekaan dan telah berusaha sedaya upaya bersama dengan parti komponen untuk memajukan negara serta meningkatkan martabat bangsa kini telah diserang sebagai perkauman dan segala toleransi sepanjang 51 tahun antara kaum Melayu dan bukan Melayu kini telah dilupakan.

Sebagai mana kata TDM "Sebenarnya orang Melayu sekarang amat takut jika mereka diberi label "racist". Mereka menulis dalam akhbar yang orang Melayu bukan racist. Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka"

Satu lagi peristiwa yang memalukan ialah apabila Kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video. Kemudian didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

Sebaliknya, apabila orang yang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai racist, orang Melayu tidak pernah tuntut supaya pihak berkuasa memohon maaf.

Dalam Memo Hindraf ke Perdana Menteri UK banyak perkataan yang terlampau dan racist terdapat didalamnya. Contoh: Kerajaan dikatakan dibantu oleh "Islamic Extremist violent armed terrorists" (orang Melayu).Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan "Ethnic Cleansing" iaitu Kerajaan sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil. 100 orang keturunan India "ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO." Perbuatan ini kononnya adalah "mini genocide" (pembunuhan beramai-ramai mini), Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh.

Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas (terrorist) bersenjata (orang Melayu). Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami cedera parah. Tulisan dalam memo Hindraf ini bukan sahaja racist tetapi juga "seditious"(hasutan).

Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali. Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihanraya dan menang menjadi wakil rakyat.

Mereka menuntut supaya tidak ada diskriminasi oleh Kerajaan. Tetapi nampaknya mereka bukan sahaja bebas malah mendapat kehormatan dengan dipanggil "Yang Berhormat" setelah berkata perkataan yang amat keterlaluan bahkan merupa hasutan.

Adakah Kerajaan berat sebelah, menyembunyi kata-kata racist Hindraf tetapi melapur dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu. Kenapakah Menteri keturunan India atau ketua-ketua kaum India tidak dikehendaki memohon maaf?

Bagi kebanyakan orang Melayu pendirian Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail tetap berpegang teguh dengan pendiriannya tidak akan meminta maaf walaupun diminta pelbagai pihak berbuat demikian termasuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini sebenarnya sangat tepat ini berikutan tindakan ultra perkauman seperti HINDRAF yang tidak pernah minta maafpun terhadap kaum Melayu.

'Saya hormati Pak Lah sebagai pemimpin besar negara dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), tetapi saya juga menerima terlalu banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) dari pelbagai pihak termasuk kawan- kawan yang meminta saya tetap dengan pendirian saya ini.

'Saya yakin saya tidak bersalah, buat apa saya perlu meminta maaf. Saya tetap berpegang teguh tidak akan meminta maaf walaupun diminta berbuat demikian oleh sesiapapun," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Ahmad mengulas seruan Perdana Menteri supaya beliau meminta maaf dalam masa seminggu ini berhubung kenyataannya yang didakwa bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.

Apabila setiap kali kaum melayu meminta maaf maka setiap kalilah orang Melayu telah mengundur ke belakang dan menjauhkan diri dari mempertahankan hak mereka.

Adakah orang Melayu akan terus mengundur setapak lagi ke belakang untuk mempertahankan hak mereka sedangkan kaum lain tidak berbuat sedemikian!

Kerana sejarah membuktikan Orang Melayu tidak 'Racist', kaum bukan Melayu hidup dengan aman dan damai sepanjang 51 tahun UMNO/BN memerintah. Semua hak diberikan kepada mereka, hak beragama, hak pendidikan, hak sosial, hak ekonomi dan banyak lagi.

Bagi kaum Cina dan India mempunyai sekolah khas untuk mereka dan ini berlaku apabila UMNO memerintah tapi tidak berlaku dinegara seperti Indonesia, Thailand sehingga nama mereka pun perlu diubah.

UMNO tidak pernah menghalau kaum Cina dan India, sebagaimana berlaku di Indonesia dan UMNO sentiasa cuba berlaku adil pada semua kaum sebab itu Dato' Seri Najib terpaksa meminta maaf walaupun ianya bukan perkara yang perlu.

Peristiwa pada 13 Mei 1969 membuktikan bahawa kaum yang 'Racist' adalah kaum bukan Melayu.

Jika mengamalkan kerahsian : kenapa, siapa, dimana, bila bocor?

0 Komen!!!
Dr Osman hari ini telah membuat kenyataan akhbar mengenai laporan perubatannya terhadap Mohd Saiful.

Beliau mengatakan beliau sentiasa mengamalkan kerahsiaan antara doktor dan pesakit. Persoalannya kenapa bocor. Macamana Raja Petra boleh mendapatkan salinan perubatan ini?

Fikirlah sendiri!!!!!!

Di bawah adalah kenyataan akhbar Dr Osman yang dibacanya pagi tadi (terjemahan).

Saya adalah doktor yang mengesahkan akuan berkanun bertarikh 1 Ogos 2008.

Saya telah membaca akuan berkanun yang telah disiarkan di laman web Malaysia Today. Saya mengesahkan bahawa ia adalah salinan asli akuan berkanun saya. Saya kini mengesahkan bahawa kandungan akuan berkanun itu adalah benar.

Saya telah pergi bercuti. Saya merasa amat tertekan. Saya kini telah kembali ke Malaysia. Terdapat banyak kenyataan media di Malaysia yang dibuat oleh pelbagai individu.

Sesetengah daripada kenyataan tersebut telah memberi gambaran buruk terhadap profesyen dan diri saya. Saya ingin memberi jaminan bahawa saya hanyalah menjalankan tugas saya sebagai seorang doktor. Saya tidak terbabit dalam politik. Saya sentiasa akan bercakap benar.

Saya tidak pernah pada bila-bila masa pun melanggar etika profesional saya. Saya sentiasa mengamalkan kerahsian antara doktor dan pesakit.

Khamis, September 04, 2008

Tak Perlu Anwar jadi PM - Minyak akan turun lagi!

0 Komen!!!
Hari ini berita melaporkan kerajaan BN akan menurunkan harga minyak lagi sejajar dengan penurunan harga minyak dunia.

Sebagaiman kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad 'Kerajaan berkemungkinan akan menurunkan lagi harga minyak petrol dan diesel sebelum perayaan Aidilfitri ini'

Alhamdulillah... nampaknya rakyat Malaysia selepas ini akan menikmati harga minyak yang lebih rendah lagi sejajar penurunan harga minyak dunia. Nampaknya kerajaan telah menemui mekanismenya sendiri bagi menangani isu harga minyak ini. Subsidi tetap kekal 30 sen bagi setiap liter, dan pemantauan dibuat setiap hari dan penyelarasan akan dibuat setiap bulan.

Sebenarnya untuk turunkan harga minyak TIDAK PERLUKAN ANWAR IBRAHIM, kerajaan telah menemui mekanisme tersendiri untuk menangani isu minyak ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-51 DAN RAMADHAN ALMUBARAK 1429H

0 Komen!!!
Rasanya belum terlambat mengucapkan Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke-51 dan Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakyat Malaysia!

Inilah Hari Kemerdekaan dan Syiar Islam yang dilaksanakan dan disambut oleh seluruh rakyat Malaysia!..

Namun jika Pakatan Rakyat memerintah... tentulah Hari Kemerdekaan dan Syiar Islam ini akan diteruskan sebagaimana kata DAP yang mahukan negara Sekular!!...

Hari Kemerdekaan dan Syiar Islam ini hanya dikaitkan dengan usaha UMNO dan Perikatan pada masa lalu... UMNO yang menuntut kemerdekaan dan UMNO yang meletakkan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan...

Ingat Hari Kemerdekaan dan Syiar Islam - ingat kepada UMNO....

Kongsi Link Anda