Popular Today

Khamis, Mei 15, 2014

Anwar tergamam dengan KJ

0 Komen!!!

Media sosial meletus dengan ejekan berhubung gambar yang menunjukkan Menteri Besar baru Terengganu Datuk Ahmad RazifAbdul Rahman mencium tangan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Gambar itu dirakam semasa satu perjumpaan di kediaman rasmi
perdana menteri di Putrajaya semalam untuk menyelesaikan krisis politik di Terengganu.

Pada halamanFacebook Malaysiakini,terdapat sekitar 500 komen mengenai gambar tersebut, dan dikongsi oleh 700 yang lain. Dan ini hanya di edisi bahasa Inggerisportal berita tersebut sahaja.

Kebanyakan pengulas mengkritik Ahmad Razif dan menganggapnya sebagai perbuatan "mengampu".

Turut serta ialah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahimyang tweet semula gambar itu dengan tulisan "Hidup Feudalisme Umno".

Ini mendorong Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membalas dengan gambar lain, yang menunjukkan seorang lelaki pertengahan umur mencium tangan Anwar.

Gambar itu yang dipercayai diperolehi dari sebuah portal berita, telah menarik banyak reaksi.

Pengguna Twitter Keem Mazni memuji Khairy dengan berkata: "Hahaha! Good one KJ! Suka Cakap tapi lupa diri."

Seorang lagi pengguna, Ahsraf Roslan berkata: "Wah! Khairy simpan gambar Anwar dalam hp? Thats good!.

Harith Iskander mohon maaf isu status hukum hudud

2 Komen!!!
Harith Iskander mohon maaf isu status hukum hudud
Pelawak Harith Iskander

KUALA LUMPUR: Kecoh Khamis minggu lalu apabila pelawak dan pelakon iaitu Harith Iskander dikritik hebat selepas memuat naik status mempersendakan hukum Hudud di laman Twitter miliknya.

Ketika dihubungi pihak Astro Gempak, Harith menjelaskan dia tidak berniat untuk mempersendakan hukum Islam itu lebih-lebih lagi status tersebut disalah ertikan ramai pihak.

“Ya ramai yang marah dengan saya kerana status tersebut. Saya mohon maaf jika status tersebut mengguris hati sesetengah pihak. Sejujurnya saya tidak berniat untuk mempermainkan agama sendiri.

“Saya harap isu ini tidak lagi diperbesarkan kerana ianya hanya perkara kecil. Mungkin apa yang cuba saya sampaikan disalah ertikan sesetengah pihak,” jelas Harith ketika dihubungi Astro Gempak.

Dalam pada itu Harith menafikan status tersebut ditujukan kepada individu tertentu.

“Sejujurnya status tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak atau individu tertentu. Mungkin pandangan saya berbeza dengan orang lain.

“Macam saya cakap apa yang saya sampaikan mungkin apa yang orang lain baca disalah ertikan.

“Apa yang saya dapat lihat ramai yang marah dah bertindak terus tidak lagi jadi pengikut akaun Twitter saya.

“Saya tidak terkilan jika perkara tersebut berlaku kerana mereka ada hak untuk berbuat demikian,” tambah Harith lagi mengakhiri perbualan. -- Astro Gempak

Dikehendaki!! Muka-muka samseng PR semasa perhimpunan anti-GST

1 Komen!!!

Polis hari ini mendedahkan gambar sebelas individu yang disyaki memukul wartawan semasa perhimpunan anti-GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) di Kuala Lumpur 1 Mei lalu.

Pasukan itu menyiarkan gambar berkenaan di Facebook sejak petang ini bagi membolehkan orang ramai mengecam suspek terbabit untuk membantu siasatannya.

"Pihak polis mengambil kesempatan untuk menyeru mereka yang terbabit atau mana-mana orang yang mengenali mereka yang terdapat di dalam gambar untuk memberikan maklumat bagi membantu pihak polis menyelesaikan penyiasatan kes ini," kenyataan itu dipetik.

Menurut polis, mereka bertindak selepas menerima aduan dari seorang wartawan akhbar bisnes Focus Malaysia pada malam hari kejadian.

Pengadu mendakwa dalam kejadian jam 5 petang ini, kira-kira 20 hingga 30 pemuda berpakaian hitam melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah kepada petugas media di Dataran Merdeka.

Kumpulan yang sama kemudian menyerang dengan menendang dan menumbuk pengadu dan dua lagi petugas media dari akhbarOriental Daily dan The Malaysian Reserve.

"Akibat serangan ini pengadu telah mengalami ketakutan dan kesakitan serta takut menjalankan tugas, bagi membuat laporan yang sebenar mengenai perhimpunan oleh kumpulan ini.

Menurut polis, kesalahan tersebut dikategorikan sebagai "merusuh" dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama dua tahun atau didenda, atau dipenjara selama dua tahun dan didenda.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi ASP Ananthan Rajoo dari Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26977099.

Seorang pemuda berhati mulia..

0 Komen!!!

 Hanya Allah saja yang akan membalas budi baik anda itu.

Cinta FB bawa ke hotel bajet

0 Komen!!!
  • Cinta FB bawa ke hotel bajet
 1 / 1 
ALOR SETAR - Seorang wanita baru mengenali teman lelakinya melalui laman sosial Facebook (FB) dicekup dalam serbuan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di sebuah hotel bajet, dekat sini.

Wanita berusia 26 tahun terbabit mendakwa berasal dari Sabah datang ke Semenanjung Malaysia semata-mata untuk mencari pekerjaan atas bantuan teman lelakinya.

Difahamkan, dia sanggup menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum dibawa teman lelakinya ke negeri ini untuk mendapatkan kerja.

Malah, dia bagaimanapun memberikan alasan terpaksa menginap di hotel bajet terbabit untuk menjimatkan wang, malah mendakwa baru sahaja memasuki bilik itu.

Namun, teman lelakinya berusia 23 tahun bertindak menyembunyikan diri di bawah katil hotel berkenaan semasa serbuan sehingga memaksa penguatkuasa mengangkat katil itu.

Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, pasukan penguatkuasa Jaik turut menahan beberapa pasangan termasuk seorang kanak-kanak di hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.

Bawa anak OKU berkhalwat

Dalam perkembangan sama, seorang ibu muda sanggup membawa anak perempuannya berusia tujuh tahun semata-mata untuk bermadu kasih bersama teman lelakinya yang berusia 23 tahun.

Difahamkan, wanita berusia 25 tahun dari Teluk Kechai, dekat sini, dalam proses penceraian bersama suaminya, bagaimanapun masih memegang status isteri orang.

Ibu muda terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya yang bekerja di sebuah pasaraya mendakwa hubungan dia bersama wanita terbabit hanyalah kakak angkat semata-mata.

Manakala, wanita terbabit mendakwa keluar dari kediaman mereka bersama anak perempuan orang kurang upaya (OKU) kerana tiada tempat berlindung selepas dihalau keluar.

Turut ditahan, suami orang berusia 32 tahun dari Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, bersama anggota sukarelawan wanita sebuah jabatan dari Pulau Pinang.

50 penguatkuasa sertai Ops Khalwat

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, 50, berkata, penguatkuasa menyertai operasi demi membendung perbuatan tidak bermoral terbabit.

Katanya, serbuan dilakukan di beberapa lokasi seperti di Jalan Lencong Barat, Seberang Perak, Lebuhraya Darul Aman dan sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.

“Dalam operasi kali ini, ada pasangan dikesan sudah beberapa kali ditahan termasuk di Lorong Petani sebelum ini. Tidak ketinggalan, pasangan tukang masak dan jurujual,” katanya.

Jika sabit kesalahan, mereka dikenakan hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

“Ibu bapa dinasihatkan mengawal penggunaan laman sosial anak-anak mereka. Dari Facebook boleh membawa maksiat apabila mereka melakukan pertemuan di hotel,” katanya.

Malah, katanya, dia meminta masyarakat tempatan memandang serius isu sedemikian meskipun ia tanggungjawab pihak tertentu kerana ia amanah Allah SWT kepada semua

Pelik : kambing dilahirkan dengan muka manusia

0 Komen!!!


MENGEJUTKAN apabila seekor kambing dilahirkan dengan muka manusia di sebuah kampung berdekatan Izmir, Turki.

Pendedahan pelik itu dibuat oleh kakitangan perhilitan Turki menerusi sebuah rakaman yang memperlihatkan anak kambing berwajah manusia yang disahkan telah mati.

Dalam rakaman tersebut, anak kambing berkenaan kelihatan berwajah manusia dengan bibir, hidung dan bentuk muka.

Pendedahan pelik itu dibuat oleh kakitangan perhilitan Turki menerusi sebuah rakaman yang memperlihatkan anak kambing berwajah manusia yang disahkan telah mati.Dalam rakaman tersebut, anak kambing berkenaan kelihatan berwajah manusia dengan bibir, hidung dan bentuk muka.


Ianya kelihatan seperti binatang bermuka manusia di dalam filem sains fiksyen.Anak kambing tersebut dilahirkan dengan kaedah pembedahan selepas ia gagal dilahirkan dengan sempurna oleh ibu kambing.


Sumber : si reben merah

Kongsi Link Anda