Popular Today

Sabtu, Februari 06, 2010

Khalid Samad kecewa dengan lembaga Disiplin PAS

1 Komen!!!
Khalid kesal apabila ramai yang mengharapkan Jawatankuasa Disiplin mengenakan tindakan yang sewajarnya terhadap pihak yang mencetuskan kemelut di Selangor melalui tindakan yang jelas bercanggah Pakatan Rakyat (PR) dan menyebabkan sehingga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan diadakan Muktamar Khas (EGM) hanya dikenakan hukuman amaran. [rujuk sini]

Keputusan Jawatankuasa Disiplin mengukuhkan kesangsian ini. Rakyat melihat Pas tidak komited kepada usaha menjayakan PR Selangor kerana yang menimbulkan masalah tidak dikenakan tindakan. Pas terus dianggap mempunyai ‘perancangan rahsia’ dan ‘agenda tertentu’ seolah-olah hanya menunggu masa untuk bersama Barisan Nasional (BN).

Sebagai pemimpin, kita mesti galakkan kritikan yang membina walau datang dari apa saluran dan dari siapa sekalipun. Janganlah diperlihatkan Pas bagaikan ‘kuku besi’,kamu kritik, kamu dikenakan tindakan.

“Saya setuju kata-kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu kalau anda tidak boleh membantu jemaah, jangan menyusahkan jemaah tetapi malangnya bagi saya, keputusan jawatankuasa itu yang banyak menyusahkan Pas berbanding kritikan dan teguran ahli,” katanya.

AMK Sik dibubar - PKR memang parti bermasalah

0 Komen!!!
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini dilanda pelbagai kemelut dan krisis sekali lagi menerima tamparan apabila lebih 200 ahli daripada kalangan generasi muda Bahagian Sik mengisytihar keluar parti itu, hari ini. [rujuk sini]

Timbalan Ketua AMK Sik, Mohd. Soffian Ahmad, 24, (gambar) berkata, beliau mengambil keputusan meletak jawatan dan keluar parti bersama-sama ahli lain kerana tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kebanyakan ahli PKR Bahagian Sik juga merasakan pengorbanan pemimpin dan ahli di peringkat bahagian tidak dihargai oleh pucuk pimpinan parti. Perjuangan PKR kini dianggap tidak lagi relevan memandangkan ia lebih menjurus kepada kepentingan peribadi pucuk pimpinan parti berkenaan.

Tambahnya, tindakan berkenaan juga dilakukan selepas kebanyakan ahli berasa muak dengan sandiwara politik yang dimainkan PKR dan anggotanya dalam pakatan pembangkang. Ahli-ahli sudah berasa bosan dan tidak sanggup lagi diperkudakan oleh pucuk pimpinan.

Nasib anjing lebih baik dari nasib Ahli Parlimen PKR - PCM

0 Komen!!!

Jika semalam Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mendakwa Lim Guan Eng melayan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti anjing, Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini menyifatkan Ketua Menteri itu sebenarnya lebih zalim daripada itu. [rujuk sini]

Menurut Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan, nasib anjing adalah lebih baik kerana mempunyai tuan yang penyayang dan memberi cukup makan berbanding layanan diterima oleh wakil rakyat PKR.

Peruntukan kewangan hanya diberi oleh Guan Eng kepada ahli Parlimen dari DAP yang begitu berbeza dengan mereka dari PKR.Guan Eng memberi pelbagai jawatan kepada ahli Parllimen DAP seperti exco, pengerusi agensi kerajaan negeri dan banyak lagi termasuk dia yang berjawatan Ketua Menteri. Antara wakil rakyat DAP yang mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri ialah Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II); Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi (Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri) dan Ahli Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow (Exco).

Bila ahli parlimen PKR bercakap tentang masalah rakyat... guan eng kata Ahli PKR macam anjing.. banyak lagi diskriminasi yang berlaku dalam kerajaan DAP.. tapi DAP ini memang pandai berlakon depan kemera. Menunjukkan mereka ini orang baik... tapi hakikatnya dalam mereka itu macam sampah.. berhati busuk... sebab itu hanya yang tahu jika mereka berada di dalam sahaja...

PAS pula telah dibela DAP... menjadi anjing peliharaan yang taat kepada tuannya.. walaupun pas langsung tidak diberi jawatan langsung dalam kerajaan negeri DAP.. Pas terus menjadi anjing yang taat... PAS pun tiada masalah untuk dilabel sebagai anjing DAP sebab itulah hakikatnya..

Kongsi Link Anda