Popular Today

Sabtu, Januari 30, 2010

Edisi PAS boneka DAP : Hassan Ali redha tindakan Disiplin

2 Komen!!!
Hassan ALi memberitahu "Ini proses pendidikan yang baik bagi saya.".. hehehe.. aku rasa ramai je yang 'bengkek' atau bengang dengan kenyataan Hassan Ali ini khasnya yang anti Hj Hadi dan sekutunya.

Beliau yang menerima keputusan jawatankuasa itu dengan hati terbuka berjanji akan terus menjalankan tugas yang menjadi tanggungjawabnya selama ini.

“Keputusan ini juga tidak akan mencacatkan kerja-kerja saya sebagai ahli PAS, kerja-kerja di negeri sebagai Exco dan atas sifat saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia,” katanya kepada pemberita di lobi Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Ada orang yang dah mula malu untuk mengaku sebagai ahli PAS [rujuk sini] dan [sini] kerana keputusan Lembaga Disiplin tersebut.

Kalau lah aku ni ditakdirkan menjadi ahli PAS, tak tau la mana nak letak muka aku. Malu yang amat, meeting berkali kali, ambik masa berbulan bulan rupanya nak tunjuk tembelang.


AKu agakdah... perihal macam ni mesti berlaku.. kerana hakikatnya perbalahan dalam PAS antara kumpulan erdogan liberal dan kumpulan ulama konservertif masih lagi berlaku. Nampak je tenang kat luar ni.. tetapi di dalam tu... masya Allah.. busuk sebusuk perjuangan palsu PAS....

Tindakan Zahrain mengkritik Lim Guan Eng dipuji

1 Komen!!!


Oleh: Mstar

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim disifatkan sebagai pemimpin yang berani dan telah 'buka mata' kerana lantang mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng secara terbuka.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, tindakan Zahrain jelas menunjukkan kemarahan yang memuncak terhadap Lim yang gagal menerajui negeri berkenaan.

Malah menurut beliau, pergolakan yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang sememangnya sudah dijangka dan tidak dapat disembunyikan lagi.

"Akhirnya ada juga rakan mereka sendiri yang sudah 'buka mata' dan dapat melihat dengan jelas kelemahan yang berlaku.

"Apabila Datuk Zahrain mula bersuara secara terbuka, maknanya masalah dalaman yang berlaku dalam PR Pulau Pinang kian ketara dan memuncak," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Zahrain mengkritik keras kepimpinan Lim serta melabelkan Ketua Menteri itu sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.

Bekas Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut dilaporkan mendakwa Lim menjadi bebanan kepada PR negeri jika beliau terus memerintah dengan gaya diktatornya.

Zahrain turut mengakui bahawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini jauh lebih baik dan telus jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan Lim

Mengulas lanjut Azhar berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Zahrain kerana masalah yang dibangkitkannya sudah lama 'dihidu' BN dan Umno negeri itu.

Katanya, sejak dari awal pihaknya menyedari bahawa Lim mentadbir kerajaan negeri mengikut kemahuannya sendiri.

"Sejak hampir dua tahun mentadbir Pulau Pinang, apa yang dilakukannya merupakan keputusan beliau sendiri.

"Saya juga dapat maklumat bahawa dalam mesyuarat exco, beliau seorang sahaja yang bercakap... orang lain tak boleh beri pandangan," katanya.

Selain itu Azhar turut menyelar Lim kerana Setiausaha Agung DAP itu sering menjadikan BN dan Umno sebagai 'kambing hitam' bagi menutupi kelemahannya.

"Apa yang lucunya ialah beliau sentiasa tuduh BN dan Umno sebagai dalang terhadap apa jua masalah yang wujud dalam pakatan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Azhar juga mempersoalkan pendirian sebenar PAS kerana hingga sekarang masih berdiam diri walaupun menyedari wujudnya kepincangan dalam pentadbiran PR di negeri itu.

"Saya hairan mengapa PAS asyik nak ikut telunjuk beliau (Lim), tak macam PKR kerana mereka sudah mula bersuara dalam isu ini.

"Adakah PAS takut dan sengaja menjadi 'pak turut' dalam perkara ini," katanya.

Kongsi Link Anda