Popular Today

Isnin, Oktober 26, 2009

Lawak antrabangsa - bila samseng Perak (ADUN PR) mahukan perlindungan polis

4 Komen!!!
Sangat lucu bila mendengar laporan berita ADUN-ADUN sengal Pakatan Rakyat mahukan jaminan keselamatan. SEdangkan kita mengetahui bahawa merekalah sebenarnya samseng dan punca kekacauan sidang DUN Perak.

Mengikut laporan berita, ADUN Perak daripada Pakatan Rakyat mungkin tidak akan menghadiri sidang DUN Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan gabungan pembangkang negeri.

Umumnya rakyat mengetahui bahawa kekacauan sidang DUN yang lalu berlaku kerana tindakan ADUN samseng Pakatan Rakyat yang mengganggu perjalanan Dewan... Kerana budaya samseng, ganas dan biadap merupakan budaya Pakatan Rakyat yang direstui ustaz-ustaz PAS.

Baru-baru ni pula, timbul cerita EXCO PAS Kelantan tumbuk tamu raya di rumah terbuka PAS Taman Melewar... bahkan Nik Aziz mengenali EXCO tersebut... ini menunjukkan ganasnya ADUN Pakatan Rakyat...

Sebelum itu seorang lagi YB Pakatan Rakyat, Tian Chua dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM3000 kerana menggigit anggota polis... dan tak lain tak bukan ini semua ajaran Anuwar AlJuburi yang merosakkan rakyat Malaysia.

Sangat kelakar... kini Samseng Perak (ADUN PR) pula mahu perlindungan keselamatan.

Muktamar Khas PAS - Nik Aziz dijadikan boneka

3 Komen!!!
Ada juga terdapat pihak yang tidak dapat menerima kenyataan Nik Aziz yang mahukan EGM PAS ini. Berpendapat bahawa kenyataan Nik Aziz ini ditulis oleh orang lain yang sengaja mahu memporak perandakan PAS.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata (baca di sini) cadangan mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) untuk mengubah kepemimpinan parti adalah tidak masuk akal kerana Pas tidak menghadapi masalah pucuk pimpinan.

Beliau juga mendakwa cadangan menerusi blog Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya parti mengadakan EGM itu ditulis dan dipengaruhi oleh pihak lain.

Baguslah juga kerana ada pihak yang tidak dapat menerima kenyataan Nik Aziz walaupun hakikat ini telah disahkan oleh Nik Aziz... Jika demikian kita boleh menganggap Nik Aziz ini hanya dijadikan boneka semata-mata oleh pihak tertentu.. cuma kita hendak mengetahui siapakah yang bertanggungjawab yang menjadikan Nik Aziz sebagai boneka ini...

Namun banyak diceritakan dari blog-blog..
Ceritanya begini. Menurut beliau kisah muktamar khas ini bermula dengan Husam Musa yang masih tidak berpuas hati dengan kekalahan beliau pada pemilihan yang lalu. Untuk itu Husam sememangnya menunggu masa yang sesuai untuk membalas dendam atau merebut semula jawatan timbalan presiden daripada Ustaz Nasa.

Kenyataan Hasan Ali yang sememangnya agak vokal di Selangor mengenai arak dan isu SELCAT telah menarik perhatian Khalid Samad yang juga masih berdendam dengan Hasan Ali kerana menyingkirkan beliau daripada pimpinan PAS Selangor. Hal ini menyebabkan Khalid Samad berjumpa dengan Husam Musa untuk berbincang mengenai Hasan Ali. Husam dan Khalid Samad memikirkan ini adalah masanya untuk menjatuhkan Ustaz Nasa termasuk Hasan Ali dan bersetuju membawa Anwar Ibrahim untuk berjumpa dengan Nik Aziz beberapa hari sebelum kenyataan mengenai Muktamar Khas dikeluarkan oleh Nik Aziz di blognya (baca di sini).

Selain itu Utusan juga menulis:

Menurut sumber itu, di bawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pas tidak berkompromi dalam soal berkaitan Islam serta Melayu dan ia sedikit sebanyak membuatkan dua rakan parti itu merasa kurang senang.

"Sebagai contoh perjalanan hukum jenayah syariah, usaha memantapkan Islam dan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mana Pas tidak berkompromi dalam soal-soal ini. Pas mahu ia dikekalkan. Pas juga mahu perkara berkaitan Islam dimantapkan.

"Keadaan itu menyebabkan kepimpinan PKR dan DAP kurang selesa dengan Pas dan Datuk Seri Abdul Hadi. Mereka lebih berminat berurusan dengan pemimpin Pas yang lebih liberal dan terbuka," katanya di sini hari ini (baca di sini).

Jadi kita semakin jelaslah siapa yang sebenarnya yang menjadikan Nik Aziz sebagai boneka.. mereka hanya berselindung di belakang Nik Aziz, seperti orang bacul.. mereka hanya berdiam diri... membiarkan orang tua tu bersendirian... sedangkan mereka sedang bergoyang kaki membayangkan kuasa yang bakal mereka dapat... begitulah sifat keji mereka mempergunakan orang lain demi kepentingan politik mereka....

Adakah rakyat dapat menerima tindakan keji pihak sebegini..... apa yang telah terjadi kepada PAS!.. dari parti yang dahulu memperjuang Islam kini semakin jauh sesat dan songsang!

Kongsi Link Anda