Popular Today

Rabu, Mac 12, 2014

#PRKkajang : Isu keselamatan - Khalid kata Anwar bengap?

0 Komen!!!



)

Anwar berkata dari survey yang dibuat di Kajang ini masalah utama adalah keselamatan yang semakin teruk.. maka oleh itu, antara manifesto PKR ialah meningkatkatkan keselamatan..

Ini adalah kenyataan bangang daripada Anwar Ibrahim.. 


Persoalannya apa yang pemimpin tempatan sini buat kerja?? mana wakil-wakil rakyat PKR dan PR? apakah tindakan MB Selangor dan EXCO Selangor trhadap rakyat Kajang bagi meningkatkan keselamatan mereka... apa mereka makan gaji buta ke?? Gaji MB dan kroni-kroni mereka dah naik.. tapi prestasi mereka semakin buruk..

Hakikatnya manifesto PKR ini menunjukkan kelemahan mereka sendiri.. kerana mereka lah kerajaan yang mentadbir negeri Selangor dan juga PBT.. tapi isu keselamatan ini telah mendedahkan pekung mereka. 

#VoteForChewMeiFun

#PRKkajang : Terkini!! Anwar guna bomoh KLIA

1 Komen!!!

Nampaknya anwar dah begitu terdesak.. selepas peguam yang digunakannya gagal dalam kes liwat.. kini Anwar menggunakan khidmat bomoh KLIA...

#PRKKajang : teknik penafian Wan Azizah tidak akan berhasil

0 Komen!!!
Niat nak jadi calon dah tak betul dari awal lagi.. rakyat hanya mangsa politik rakus PKR!!

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak dakwaan kononnya beliau calon boneka terhadap rancangan politik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam 'Gerakan Kajang'.

Sebaliknya, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan penyertaannya sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah jihad membela nasib suaminya itu.

#MasihMisteri : terkini dari KLIA

2 Komen!!!



 Ps : tak tau nak cakap macam ne.. macam2 cara orang nak popular ni.. 

apapun #PRAYFORMH370

#PRKkajang : PR sudah mula tunjuk samseng

0 Komen!!!


Sebagaimana diketahui rakyat Malaysia, PR ini memang tidak boleh dipisahkan dengan keganasan, memaki dan mengeji, fitnah serta kata-kata kotor dan lucah.

Ini dibuktikan dengan tindakan samseng PR ini.. walaupun kempen secara rasmi baru dua hari bermula. PRK kajang kini telah dicemari dengan kegiatan samseng PR. Inilah adalah tindakan tidak bertamadun PR yang sengaja cuba menakut-nakutkan  rakyat untuk laksanakan demokrasi secara adil.

Kehadiran Chew Mei Fun sebagai calon BN tidak menyenangkan pihak lawan apabila kain rentang calon BN, Chew Mei Fun telah disembur dengan cat merah pada bahagian muka.

Kain rentang yang diletakkan di Taman Mesra, Kajang itu disedari oleh beberapa penduduk tempatan yang melalui kawasan itu. Kain rentang yang digantung di jalan besar iaitu laluan utama penduduk untuk keluar masuk ke kawasan perumahan mereka merasakan sedikit kecewa dengan sikap pihak lawan yang terlalu agresif untuk menjatuhkan calon BN.(klik sini)

Amalan samseng PKR dalam PRK Kajang ini hanya menunjuk ketidakmatangan PKR dalam menjalankan proses demokrasi.

#MasihMisteri : orang ramai boleh teliti imej satelit untuk mencari #MH370

1 Komen!!!

Nampaknya  kini semua orang boleh membantu untuk mencari imej kapal terbang MH307 melalui imej satelite.

 Menuurut DigitalGlobe Inc, kira-kira 600,000 orang memeriksa dan meneliti imej-imej satelit yang dikeluarkan oleh syarikat DigitalGlobe Inc.


Dalam usaha membantu mencari petunjuk kehilangan pesawat Malaysia Airlines. DigitalGlobe Inc. berkata, pengguna laman web syarikat itu boleh menanda imej-imej tersebut jika mereka dapat melihat bangkai, bot penyelamat, tompokan minyak atau petunjuk lain.


Syarikat itu merancang membuat kemas kini harian ke atas imej-imej tersebut dalam laman web carian http://splashurl.com/qfcl765

Kepada rakyat Malaysia yang hendak membantu itu memang dialu-alukan, namun diingatkan jika hendak sebarkan sesuatu berita pastikan berita itu sahih dari sumber yang sahih dan bukan dari tok bomoh. 


#prkKajang : Antara artis yang memeriahkan pencalonan BN sempena PRK Kajang

0 Komen!!!



Beberapa artis yang memberi sokongan kepada Calon BN Chew Mei Fun

#vote4BN
#ChewMeiFunForKajang

#PrkKajang : Video Penyokong PR meroyan

0 Komen!!!
)

Sebenarnya semasa video ini diambil penyokong PR ini telah menjerit-jerit dan menunjukkan isyarat lucah kepada menyokong Barisan Nasional semasa penamaan calon N.25 Kajang.

Jadi jika anda tidak mahu menjadi mahkluk yang meroyan jadi janganlah anda menyokong Pakatan Rakyat.. kesan yang utama menyokong PR ialah anda hilang kewarasan anda..

#PRKKajang : Kenali Chew Mei Fun "Mudah dihubungi, senang didekati"

0 Komen!!!


Chew Mei Fun, seorang calon Mudah dihubungi, senang didekati

KAJANG 11 Mac - Jika ada perkara yang perlu diambil kira masyarakat Kajang dalam menilai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun, ialah rekod perkhidmatan dan pengalamannya, baik dalam kerajaan mahupun parti.

Berdasarkan rekod, Chew berpengalaman luas sebagai anggota pentadbiran kerajaan dan telah memegang pelbagai jawatan bermula sebagai setiausaha parlimen bagi Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2004 hingga 2008.

Beliau pernah dilantik sebagai pengerusi Kaukus Pemimpin Wanita Cina Malaysia yang bertanggungjawab untuk menggalakkan perhubungan dan pertukaran antara pertubuhan wanita masyarakat Cina dan kementerian itu.

Chew juga telah membawa ke tengah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mengenai wanita (NGO Wanita) untuk membincangkan dasar wanita negara dan mengemukakan memorandum mengenai isu-isu wanita kepada pihak berkuasa.

Semangat dan kesungguhan beliau dalam menjuarai isu-isu wanita, baik sebagai anggota kerajaan mahupun parti, telah mendorong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik beliau sebagai timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat pada 2009.

Selain memperjuangkan hak wanita, Chew yang kini merupakan naib presiden MCA, aktif dalam kerja kemasyarakatan yang mendorong beliau menubuh dan mengetuai Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) yang terlibat dalam bantuan krisis dan bantuan sosial.

Di arena politik, Chew pernah menjadi anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selepas menewaskan Liu Tian Khiew (DAP) dan Wee Chek Aik (MDP) dengan majoriti 2,481 undi pada pilihan raya umum 1999.

Beliau mengekalkan kerusi yang disandang bagi penggal kedua selepas menewaskan Liu dengan majoriti 15,043 undi, namun gagal mempertahankan kerusi itu pada 2008.


Pada 8 April 2010, Chew mencipta kontroversi apabila mengumumkan keputusannya melepaskan semua jawatan sebagai ketua Wanita MCA dan ketua Wanita MCA Selangor serta ketua Skuad Bantuan MCA berkuat kuasa serta merta akibat perselisihan dengan pucuk pimpinan parti.

Dalam kegigihannya memberi perkhidmatan kepada rakyat, Chew mengakui tidak kisah dilemparkan label seperti anggota parlimen ’longkang’, asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.

Malah, dalam beberapa pertemuan awalnya menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, jadual Chew turut diisi dengan aktiviti pencegahan wabak denggi selain menunjukkan tekad untuk mewujudkan persekitaran lebih baik bagi warga Kajang.

Pada pilihan raya kecil DUN Kajang pada 23 Mac, Chew yang merupakan anak jati Selangor akan berdepan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan calon ’bidang terjun’ setelah mengambil tempat suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada asalnya dikatakan akan bertanding kerusi berkenaan.

Anwar terpaksa membatalkan hasratnya bertanding susulan tindakan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya Jumaat lepas atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan penyandang daripada PKR iaitu Lee Chin Cheh, dipercayai untuk memberi peluang kepada Anwar bertanding dan seterusnya merebut jawatan menteri besar Selangor.

Kongsi Link Anda