Popular Today

Rabu, April 01, 2009

Demi Sultan - Ngeh nyaris dibaling kerusi!

16 Komen!!!
Cerita ni berlaku pagi tadi di Simpang Kota Raya ketika sedang bersarapan di sebuah kedai makan.

Sedang kami makan, datanglah Ngeh Ko Ham dengan juak-juak PAS datang untuk berkempen, jadi Ngeh Ko Ham datanglah ke sebuah meja yang terdapat 4 orang Melayu sedang bersarapan dan bertanya khabar dan berkempen dengan cerita itu dan ini.

Namun ada satu perkataan yang keluar dari mulut Ngeh yang sangat menyentuh jiwa orang Melayu Bukit Gantang ini... iaitu krisis kerajaan Perak dan menyebut perkataan "derhaka". Dengan berang lelaki itu sebut "perkataan derhaka jangan disebut!, Sultan Perak ada dalam hati kami!"

Semua yang berada dalam kedai makan tersebut melihat sahaja Ngeh Ko Ham dengan muka merah padam apabila lelaki tersbut berkata demikian.. Rasanya kalau Ngah sebut sikit lagi perkataan derhaka kepada Sultan.... rasanya ada kerusi yang melayang lah....

Kemudian Ngeh dengan juak-juaknya pun beredar dengan rasa malu!

Hakikatnya orang Melayu Perak masih sayangi Sultan Perak... yang derhaka kepada Sultan hanyalah pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim!

Pas semakin terdesak serang peribadi calon BN

1 Komen!!!
Sedangkan Rasullullah SAW difitnah dan dihina, ini apatah lagi manusia biasa. Rasulullah SAW sendiri menerima ancaman, fitnah dan dugaan oleh kaum Quraish. Manakala calon BN, Ismail Sufian juga menerima fitnah, ancaman dan dugaan dari Pakatan Rakyat.

Inilah perumpamaan yang jelas bagaimana kaum Quraish sentiasa mencari helah dan peluang menyerang peribadi Rasulullah SAW. Begitulah durjananya pihak Quraish!

Pada pilihanraya Kecil Bukit Gantang, muncul pihak Quraish moden iaitu Pakatan Rakyat yang menggunakan pendekatan yang sama sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan sesirang dengan cara tidak bermoral.

Berbeza dengan Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.. PAS kali ini menggunakan strategi dan kotor untuk menyerang peribadi calon BN. Nampaknya, PAS kali ini sangat terdesak kerana rakyat kini ttidak mempercayai mereka lagi... apatah lagi orang Melayu di Perak yang merasa terhina dengan tindakan PAS yang derhaka titah sultan Perak serta menjadi boneka kepada PAS.

PAS kini menyerang peribadi Calon BN dengan melemparkan pelbagai fitnah dan tohmahan yang tidak berasas demi meraih undi dengan cara yang keji.

Mungkin benarlah bahawa PAS kini parti yang sesat dan menyimpang jauh dari ajaran Islam. Segala ajaran dan kesucian Islam tidak lagi ditonjolkan oleh pemimpin dan penyokong PAS!

PAS ialah parti yang membawa kesesatan akidah umat Islam.

Hujah TV9 - TKO buat Pakatan Rakyat!

12 Komen!!!
Syabas Dato' Shafie kerana berjaya mengulas dengan jelas mengenai krisis yang berlaku di Perak.

Hakikatnya apa yang dibuat oleh BN masih mengikut lunas undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak.

Maknanya dakwaan Nizar dan kuncunya adalah pembohongan semata-mata. Istilah rampas sebenarnya menunjukkan kedangkalan mereka mengenai undang-undang negara. Peralihan yang berlaku kerana Kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang kepercayaan oleh kebanyakan ADUN. Namun hakikat ini disembunyikan oleh PAS. Isu moral tidak boleh diukur tetapi undanng-undang ialah tempat rujukan yang patut diutamakan.

Sebab itu apabila panel mengulas mengenai moral 3 ADUN ni berbanding tindakan Anwar yang ingin membawa lompat 30 Ahli Parlimen BN adakah dikatakan bermoral.. hakikatnya inilah mahkamah Pakatan Rakyat.. penuh dengan ketidak adilan dan double standard..

Selain itu tindakan keji Pakatan Rakyat yang membuat surat palsu dengan menipu tarikh tanpa perkenan empunya badan juga boleh dianggap jenayah dan boleh diambil tindakan undang-undang. Jika beginilah semua ADUN pakatan rakyat ialah umpama lembu yang ditarik hidung. Jika tidak mereka akan memecat secara tidak demokrasi sebagaimana yang berlaku kepada Osman Jailu, Jamaludin, Arumugam dan si Fairus TKM Pulau Pinang1

Begitu juga apabila dato' Shafie mengeulas mengenai persoalan adakah SPR wajar membuat keputusan. Jelas bahawa SPR hanya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan mengikut akta yang diberikan kepadanya.

Begitu juga ulasan profesor yang mengatakan Speaker yang 'spoile' dan menjadikan keadaan krisis Perak yang semakin teruk dengan membuat keputusan diluar dewan dan menggantung ahli dewan dengan membabi buta. Selain tindakan Nizar yang memang tidak pernah mohon perkenan Sultan untuk adakan sidang dewan... Namun yang pelik Nizar tidak menyebut kerana apa sebab beliau untuk bubar dewan. Jika tiada sebab bagaimana dewan boleh dibubar. Hakiakt sebenar yang tidak disebut nizar ialah beliau tidak lagi mendapat kepercayaan ahli Dewan!

Ini semua termasuk dalam perkiraan Sultan Perak, untuk menentukan apakah yang lebih baik untuk rakyat negeri Perak.

Tindakan speaker yang menghalang Dr Zambri serta membuat sidang dewan DUN di bawah pokok ialah satu penghinaan terhadap demokrasi.

Syabas Dato' Shafie... Kebenaran telah terserlah! BN adalah kerajaan yang sah!

Poster Beza PAS Derhaka dan UMNO

2 Komen!!!

Penderhakaan Pakatan Rakyat punca krisis di Perak

0 Komen!!!
Cuma nak tanya dua soalan :

1. Kalau Kerajaan Pakatan Rakyat tidak derhaka titah Sultan Adakah akan berlaku krisis di Perak?

2. Dan siapa yang menjadikan krisis di Perak ini semakin teruk dengan mengadakan demonstrasi dan sebagainya?

Kongsi Link Anda