Popular Today

Memaparkan catatan dengan label Isu debat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu debat. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 20, 2008

TABIK SPRING!!!!! BUAT KOH TSU KOON

5 Komen!!!
Hebat dan bergaya....dan tahniah!!!!

Itulah kesimpulan yang boleh dibuat selepas melihat debat antara Tan Sri Koh Tsu Koon dan Lim Guan Eng....

Semua persoalan dapat dijawab oleh Sri Koh Tsu Koon dengan tenang dan tersenyum... Hakikatnya tuduhan yang dibuat oleh Lim Guan Eng tidaklah mempunyai asas yang kukuh.

Lim Guan Eng boleh dikatakan gagal mengemukakan hujah yang kukuh bersama fakta dan bukti. Seperti pembangkang cabuk, hanya mahu menempelak pihak lain atas kegagalan kerajaan negeri yang ditadbirnya.

Ketiadaan fakta bila berbahas. Semasa berdebat, tiada satu fakta yang jelas dan tepat. Semuanya bersifat umum dan tidak spesifik dan seolah-olah hanya cuba memanipulasikan isu.

Sikap perkaumannya jelas apabila dia dengan sengaja menggunakan kerajaan UMNO apabila cuba menuduh “skandal tanah” itu. Semua orang tahu bahawa Pulau Pinang dipimpin oleh Gerakan di bawah BN. Jelas dia cuba untuk memburukkan nama baik orang Melayu dengan tuduhan tidak berasas itu.

Dalam isu tanah tersebut, kata Lim Guan Eng (LGE), beliau telah menukarkan pegawai yang dikatakan terlibat dengan kes tanah tersebut ke pejabat lain. Tiadalah tindakan disiplin yang diambil. Dan menuduh bahawa kerajaan BN sebelum itu tidak mengambil apa-apa tindakan.

Tan Sri Koh Tsu Koon menjawab bahawa pada zaman beliau, BPR telah 2 kali membuat siasatan namun hasilnya... dakwaan itu tiada asas yang kukuh. Seterusnya beliau mempersoalkan dan mencabar, bahawa tindakan LGE hanya menukar pegawai tersebut bukanlah mengenakan tindakan disiplin dan beliau juga mencabar agar LGE membuat siasatan BPR semula. Dan inilah yang tidak dibuat oleh LGE sepanjang hampir 6 bulan memerintah..

Lim Guan Eng nampaknya macam bodoh atau buat-buat bodoh, kerana masih tidak memahami yang di sampaikan oleh Koh Tsu Koon...

Sebagai orang biasa seperti saya melihat bahawa Tan Sri Koh Tsu Koon menang dalam debat ini..

Rasanya selepas ni ramai rakyat akan yakin Tan Sri Koh Tsu Koon akan kekal dalam BN.


Keputusan Debat (Markah)

Tan Sri Koh Tsu Koon - 75%
Lim Guan Eng - 25%



TABIK SPRING!!!!! BUAT KOH TSU KOON

Rabu, Ogos 13, 2008

Koh Tsu Koon : "Lim Guan Eng menafikan haknya"

0 Komen!!!
Oleh: Agenda Daily

Perkembangan Debat Koh Tsu Koon - Lim Guan Eng...

Bekas Ketua Menteri negeri itu, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada debat itu pula menyelar Guan Eng kerana enggan membenarkannya merujuk fail dan dokumen melibatkan isu tanah bagi mendapatkan fakta yang tepat untuk program debat antara kedua mereka.

Katanya, perbuatan itu jelas menunjukkan Guan Eng cuba menafikan haknya untuk mendapatkan fakta dan maklumat membabitkan isu tanah itu sebagai persediaan untuk perdebatan itu.

``Selaku bekas Ketua Menteri saya perlu merujuk kepada fail dan dokumen yang relevan bagi mendapatkan maklumat supaya saya dapat memberikan fakta yang betul mengenai kes itu,'' katanya dalam kenyataan akhbar hari Jumaat.

Rabu, Julai 16, 2008

Tahniah YB Datuk Ahmad Shabery Cheek

1 Komen!!!

Sekalung tahniah buat menteri muda kerajaan, Menteri Penerangan...

Bukan senang untuk berhadapan dengan tokoh seperti Anwar Ibrahim yang memang dikenali dengan kelicikannya... kehebatan dramanya... macam filem hollywoodlah!

Diharap dapat diteruskan lagi debat seperti ini sekurang-kurangnya ianya memberi dimensi baru dunia politik tanah air dan dapat mengelakkan demonstrasi jalanan haram yang menyusahkan rakyat dan protes dengan pertunjukan yang tidak senonoh!...

Dan yang paling penting... kerajaan sekali-kali tidak gentar dan berani berdebat bersama pembangkang walaupun berhadapan dengan tokoh no 1 mereka... demi kesejahteraan rakyat..

Khamis, Julai 10, 2008

Gagal debat- letak jawatan

0 Komen!!!
Menteri penerangan hari ini berkata sekiranya beliau gagal, beliau serahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan masa depan (sebagai menteri) katanya ketika diminta mengulas kenyataannya kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengenai perkara itu semalam.

Jadi mr Anwar!... apa lagi...

Dato' Ahmad Shebery Cheek nampaknya sudah menyenseng lengan baju...

Lawan tetap lawan Dato'....

Kongsi Link Anda