Popular Today

Jumaat, Disember 05, 2008

LIM GUAN ENG DAN AL-QURAN

5 Komen!!!
Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam majlis penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Program yang diadakan di Dewan Seminar Komplek Penyayang itu menyaksikan Lim mengotakan janjinya supaya pengajian al-Quran dimajukan supaya masyarakat dapat diselamatkan apabila kandungan al-Quran dihayati bukan diketepikan sebagaimana sebelum ini.

Tapi yang peliknya jika Al-Quran sebagaimana yang didakwa Lim Guan Eng sebagai sumber perundangan agama, tetapi merekalah menolak konsep negara Islam yang PAS cadangkan, menolak usul larangan jualan arak di Selangor baru-baru ini dan merekalah yang menentang idea penggabungan antara mahkamah Syariah dan mahkamah Sivil . Kita tidak mahu ianya hanya manisan dimulut Lim Guan Eng.

Begitulah didalam Pakatan Rakyat, Al-Quran hanyalah menjadi 'bahan jualan' kepada pengundi semata-mata. PAS hanya melihat Al-Quran dipermainkan oleh 'kafir harbi' sebagai gula-gula kepada kaum muslim. Sedarlah wahai kaum Muslim, kamu hanya ditipu sahaja oleh DAP Laknatullah.

PILIHAN RAYA KECIL KUALA TERENGGANU 17 JANUARI 2009

0 Komen!!!
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia tadi telah mengumumkan tarikh Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu pada 6 Januari 2009 (Selasa), manakala Hari Pengundian pada 17 Januari 2009 (Sabtu).


Selamat ber'pilihanraya' pengundi Kuala Terengganu..

ELAUN AHLI PAKATAN RAKYAT DALAM PBT NEGERI SELANGOR BERLIPAT KALIGANDA

3 Komen!!!
Masakan pokok bergoyang jika angin tidak bertiup....

Pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bawah Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah kewangan untuk membayar elaun berlipat-lipat kali ganda kepada ahli majlis demi melancarkan tugas mereka bagi pengetahuan rakyat...

Exco kerajaan tempatan Ronnie Liu bagaimanapun menafikan PBT di negeri itu meningkatkan bayaran elaun secara mendadak untuk kegunaan peribadi ahli majlis sehingga beberapa ratus kali ganda.

"Isu kenaikan elaun ahli majlis PBT, kerajaan negeri ingin menyatakan ia tidak berlaku, kerajaan negeri hanya memberi bantuan tidak lebih RM2,500 kepada ahli-ahli majlis yang tidak mempunyai pejabat lengkap untuk menjalankan tugas mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Rakyat mahu mengetahui ke mana duit mereka pergi khasnya cukai yang dibayar kepada PBT. Oleh itu Kerajaan negeri Selangor perlu mendedahkan secara terperinci mengenai perbelanjaan elaun ahli majlis ini.

Rakyat juga perlu mengetahui setiap inci duit yang dibelanjakan jika mereka mendakwa untuk melancarkan tugas mereka. Peningkatan elaun yang berkali ganda banyaknya dalam elaun Ahli Majlis ini pastinya menimbulkan banyak persoalan sedangkan banyak isu rakyat di negeri Selangor masih tidak dapat diselesaikan. Jadi bagaimana mereka boleh jelaskan penggunaan elaun yang yang berlipat kali ganda ini. BPR perlu masuk campur dan menyiasat perkara ini kerana ianya menimbulkan keraguan di kalangan rakyat.

Kongsi Link Anda