Popular Today

Rabu, Disember 03, 2008

PAS TAK MAHU CALON 'USTAZ' , TETAPI CALON PROFESIONAL

8 Komen!!!
PAS kawasan ingin seorang "rumi insider" atau profesional tempatan mengisi calon parlimen Kuala Terengganu yang kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.

"Kalau istilahnya itu, calon rumilah (profesional), bukan jawi (ustaz)," kata Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, yang membuat perbandingan secara berseloroh.

Abdul Wahid, juga wakil rakyat Wakaf Mempelam memberitahu Malaysiakini, calon profesional lebih sesuai mengisi kawasan itu berdasarkan faktor kerusi itu di kawasan bandar bandar yang turut terdapat pengundi bukan Melayu.

Nampaknya sentimen terhadap rumi dan jawi pun ada dalam PAS Kuala Terengganu, Maksudnya rumi itu kumpulan Profesional, manakala Jawi Golongan Ustazlah. Kali ini ustaz-uztaz tiadalah peluang untuk menjadi calon Parlimen Kuala Terengganu... tapi tak taulah kalau ini ada kaitan dengan kem Erdogan di dalam PAS...

Puak-puak Profesional dalam PAS pula mahu mengembangkan sayap mereka, jadi terpaksalah puak-puak ustaz berputih mata. Kadang-kadang terfikir juga tak bagus ke puak ustaz ni kalau kat bandar.. kira-kira puak Ustaz ni sesuai kat 'kampung' sahajalah.

Laporan Penuh : Malaysiakini.com

PROTON MPV TERBARU?

0 Komen!!!
Adakah ini kereta Proton MPV yang terbaru akan dikeluarkan?

AKHIRNYA ZAID DIPECAT

11 Komen!!!
Setelah banyak kontroversi dibuat oleh Mr Zaid akhirnya UMNO memutuskan semalam untuk memecat Zaid dari parti tersebut.

Datuk Zaid Ibrahim dipecat dari Umno ekoran tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghadiri perhimpunan parti pembangkang. Pemecatan ini berkuatkuasa serta merta.

Kini Zaid bebas untuk memasuki parti PKR ataupun PAS ataupun DAP. Biasanya orang yang dipecat dalam UMNO pastinya akan menjadi umpama 'goreng pisang panas' khasnya tawaran untuk memasuki mana-mana parti pembangkang.

Awal bulan lalu, Zaid Ibrahim menerima surat tunjuk sebab dari Umno berkaitan dengan surat terbukanya kepada perdana menteri dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan ISA.

Parti itu meminta penjelasannya kerana turut sama menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen.

Zaid meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap ahli Parlimen Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng, September lalu.

Beliau juga turut melepaskan jawatan senator.

Pada 29 September lalu, Zaid menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa beliau supaya memansuhkan ISA.

Zaid turut menjadi sasaran apabila beliau, dalam ucapannya, telah mempersoalkan status orang Melayu.

Tindakan dikenakan ke atas Zaid dibuat kerana Umno perlu konsisten dalam tindakannya dan memastikan tidak wujudnya pilih kasih dalam mengambil tindakan displin terhadap anggotanya yang didapati bersalah. Mengikut perlembagaan parti, anggota yang telah dipecat tidak boleh membuat rayuan.

Sementara itu, Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti.

Menyentuh mengenai isu-isu sensitif yang ditimbulkan anggota parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), Abdullah berkata perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang dan akan dibincangkan dalam suasana yang terkawal.

Bagaimanapun beliau menasihatkan mereka yang hendak menimbulkan sesuatu perkara atau reaksi yang tidak disenangi oleh kaum lain, perlu bertanggungjawab di atas tindakan yang dibuat.

Laporan penuh : Malaysiakini.com

PENURUNAN KALI KE-6 : HARGA PETROL KINI RM 1.90,

3 Komen!!!
Terima kasih daun keladi, kerajaan menurunkan lagi harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini bagi membolehkan rakyat menikmati penurunan harga bahan api dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.

Harga baru tersebut adalah seperti berikut:
- Petrol RON97 diturunkan daripada RM2 kepada RM1.90 seliter
- Petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter.

Ini merupakan penurunan harga minyak kali keenam sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.

Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.64 (RM172.93) setong.

Kongsi Link Anda