Popular Today

Rabu, Oktober 13, 2010

Bukti ADUN PAS menjilat 'Jub**' Khalifah Kaki Judi Guan ENg

1 Komen!!!

Oleh : Pejuang bangsa




lihat lah sendiri warga emas dari penyokong PAS dijadikan balaci untuk pegang
kertas sokong Guan Eng lidah biawak ini


Semalam diadakan sesi penerangan untuk menjawab isu wang hasil judi kerajaan DAP di P.Pinang telah diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi sebelah pagi oleh Salleh Man selaku Adun Permatang Pasir .

Menurut sumber , hanya 70 orang sahaja warga emas yang hadir ini walaupun mereka ini dikumpulkan dari lebih 10 kawasan Seberang Perai iaitu Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan lain-lain . Target mereka sasarkan adalah 600 orang warga emas sekitar Seberang Perai yang menerima wang ehsan supaya hadir ke program bertujuan menyokong Guan Eng diketuai anjing peliharaaannya iaitu PAS !

Nampaknya sambutan terhadap program berbentuk bodek dan jilat Guan Eng celaka ini telah diboikot ramai warga emas walaupun usaha telah dilakukan oleh petugas parti supaya ramai penerima wang ehsan hadir . Bagi duit RM 100 sahaja yang bersamaan 28 sen sehari , selepas itu kena mai tunjuk muka sokong Guan Eng lidah biawak itu .

Untuk makluman , 70 orang yang hadir dalam gambar di atas semunya penyokong tegar PAS dan PKR yang menerima duit RM 100 . Itu pun mereka hadir untuk dengan ceramah Salleh Man ini kerana di bawa oleh petugas parti Pas -PKR .

Guan Eng nampaknya semakin terdesak dalam isu wang judi dan tindakan PAS yang membuat sesi penerangan bodek celaka lidah biawak ini mungkin mendapat arahan daripadanya . Nak meloya aku tengok banner di atas ini yang menunjukkan tahap menjilat gred A oleh PAS terhadap Guan Eng .

Siapa Azmin!!!

0 Komen!!!
Bukan Azmin sahaja yang pandai berpolitik.. si Khalid gagap pun pandai.. takkanlah Khalid nak bagi laluan mudah kepada Azmin yang 'pancung' beliau sebagai pengerusi PKR Selangor.

Azmin dilaporkan “terkejut” berhubung pengumuman Khalid Gagap kerana sepatutnya untuk mentadbir negeri... dan keputusan telah dibuat pada Jun lalu [klik sini]..

“Keputusan ini (untuk fokus pada kerajaan Selangor) bukan pilihan saya, tetapi apa yang ditetapkan oleh parti (pada permukiman di Shah Alam),” katanya.

Azmin berkata atas “semangat keputusan” yang dibuat di Shah Alam pada Jun lalu, beliau sepatutnya memberi tumpuan kepada parti manakala Khalid pula dipertanggungjawab menjaga pentadbiran Selangor.

Mungkin Khalid Gagap berkata siapa Azmin untuk menentukan masa depan politik beliau... Khalid pula yakin dengan sokongan bukan Melayu kepada beliau hasil menjadi boneka DAP dan Cina PKR.. lihat sahajalah gambar diatas...

Penarikan Pingat Ibrahim Ali kerana desakan Kerajaan PAS?

0 Komen!!!
Umum tahu betapa bencinya PAS kepada Ibrahim Ali khasnya beliau membuat banyak keputusan yang melukakan hati kerajaan PAS.

Nampaknya PAS membalas kebencian ini dengan menpergunakan Istana untuk menarik balik Gelaran Datuk kepada Ibrahim Ali [rujuk sini]...

Ini mungkin mesej yang jelas oleh Kerajaan PAS kepada Ibrahim Ali, bahawa Istana sekarang bersama kerajaan negeri..

Ianya bukanlah mempertikaikan kuasa Mutlak Tuanku Sultan Kelantan.. tetapi cuma persoalkan peranan Kerajaan PAS dalam penarikan balik terhadap gelaran Dato' yang diperolehi Ibrahim Ali. kerana sentimen kebencian PAS kepada Ibrahim Ali... iaitu tangan ghaib..

Ianya telah disahkan apabila Ibrahim dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.. Pingat yang dikurniakan ketika itu, oleh Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim Ibrahim menjelaskan beliau tidak tahu sebab mengapa di tarik balik pingat tersebut..

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Namun syabas kepada Ibrahim Ali yang menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan masih menjunjung setia kepada Sultan Kelantan..

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Ini beza antara Ibtahim Ali dengan Chua Jui Meng ketika ditarik pingat.. apabila bertindak dengan mempertikaikan penarikan balik gelaran tersebut.

Islam, Melayu dan Malaysia...

0 Komen!!!

Oleh : Norafandi Bin Jamaian @ agendabangsa.com

1. Saya seringkali menerima hujah-hujah dari rakan-rakan dalam PAS yang menyatakan UMNO sesat kerana memperjuangkan Bangsa. Mungkin mereka ‘salin dan tampal’ kata-kata Nik Aziz yang memang suka memutarbelitkan fakta mengikut keadaan. Mereka beranggapan perjuangan membela Melayu itu seakan perbuatan yang salah, racis dan tidak berfaedah.

2. Pernah juga saya diajukan persoalan sama ada saya mahu bersatu atas nama Melayu atau pun bersatu atas nama Islam. Saya beranggapan bahawa persoalan itu merupakan provokasi terhadap UMNO yang dituduh salah kerana melaungkan ungkapan ’Hidup Melayu Bersatu’ seolah-olah satu kesalahan jika bersatu atas nama Melayu.

3. Sebelum kita pergi lebih jauh kita seharusnya faham bahawa dalam kehidupan ini terdapat banyak kumpulan-kumpulan tertentu. Kita tidak boleh mencampur-adukkan kumpulan-kumpulan ini kerana ia akan menjadi tidak tepat. Kita seharusnya tahu membezakan Islam itu agama, Melayu itu kaum, Malaysia itu negara, PAS itu parti politik yang hanya ada di Malaysia, Kampung Melayu Raya itu sebuah kampung, lelaki itu jantina.

4. Sebelum orang-orang Melayu PAS mahu menolak dan memperlekehkan perjuangan memartabatkan Melayu mereka seharusnya tahu apa itu Melayu dan apa yang ada dalam kumpulan kaum selain Melayu. Selain Melayu kumpulan kaum ini juga mengandungi Cina, India, Kadazan, Murut, Bajau, Bidayuh dan pelbagai lagi.

5. ”Orang Melayu” mengikut tafsiran Perlembagaan Malaysia 1963 bererti seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu. Perlembagaan tidak menakrifkan Melayu adalah Islam tetapi seseorang yang menganut Agama Islam kerana jelas ia berada dalam kumpulan berbeda.

6. Kita tidak boleh menyamakan Islam dan Melayu atau Islam dan PAS kerana ia jelas tidak tepat. Kita tidak boleh disuruh untuk memilih sama ada hanya memilih Islam atau Melayu kerana kita seharusnya dibenarkan memilih kedua-duanya kerana berada dalam kumpulan berbeda.

7. Benar kita diajak untuk bersatu dan memperjuangkan Islam, saya langsung tidak menafikan tapi dalam masa yang sama tidak salah untuk kita bersatu atas nama Melayu. Begitu juga seterusnya kita boleh bersatu atas nama parti, pertubuhan, persatuan atau apa juga kumpulan selagi ia bermatlamatkan kebaikan. Adakah salah bagi ahli PIBG sekolah bersatu memperjuangkan kebajikan anak-anak mereka di Sekolah ?

8. Mengapa Melayu itu perlu diperjuangkan ? Persoalan ini juga seringkali timbul. Sebenarnya Melayu telah wujud dirantau ini sekian lama dan telah mencapai kegemilangannya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kemudiannya Melayu diperlekehkan apabila dijajah selama 446 tahun oleh Portugis, Belanda, British, Jepun dan British semula. Apabila negara ini merdeka pada tahun 1957 ia dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Jika tidak kerana pengabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia, negara ini akan kekal dengan nama Tanah Melayu.

9. Kita harus sedar jika kita sebut tentang Cina, ada sebuah negara di sebelah Utara bernama China dan apabila kita sebut tentang India terdapat sebuah negara si sebelah Barat Daya bernama India. Namun bila kita sebut Melayu dimanakah negara asalnya Melayu itu?. Tanah Melayu atau Malaysia inilah asalnya. Oleh itu Melayu itu harus sentiasa diperjuangkan agar Melayu tidak tenggelam di bumi sendiri.

10. Orang-orang Cina di Malaysia setelah sekian lama merdeka masih terus memperjuangkan kaum Cina. Mereka tidak mahu memansuhkan SJKC, mereka menubuhkan dewan-dewan perniagaan Cina, mereka membangunkan kolej-kolej untuk kaum Cina meneruskan kelangsungan kaum Cina di Malaysia. Begitu juga dengan kaum India. Itu bukanlah satu kesalahan.

11. Adakah apabila ada kaum yang begitu progresif memperjuangkan kaum mereka maka kaum lain akan mampu bertahan kompetatif tanpa melakukan apa-apa? Adakah kita mahu akhirnya kaum Melayu hidup tersepit, terhimpit tanpa pembelaan? Apakah kita mahu kaum Melayu akhirnya terpinggir di bumi sendiri?

12. Apabila kita menyeru untuk memperjuangkan Melayu tidak bermakna kita akan bermusuh dengan kaum-kaum lain seperti Cina dan India. Bersatu dan memperjuangkan Melayu tidak bermaksud kita mahu menindas kaum-kaum lain. Bersatu dan memperjuangkan Melayu juga tidak bermakna kita menolak integrasi kaum yang menjadi tonggak utama ke arah matlamat akhir kita mewujudkan Perpaduan dan Integrasi Nasional dalam sebuah negara bangsa.

13. Asas pembinan negara Malaysia tidak sama seperti asas pembinaan negara Indonesia. Di Malaysia orang Cina masih bercakap Mandarin, masih memakai Cheongsam dan masih boleh menggunakan nama Lee Chong Wei tetapi ini tidak berlaku di Indonesia.

14. Kita menuju kearah sebuah negara bangsa tetapi negara bangsa yang kita ingin bina tidak membunuh identiti kaum dan etnik seperti di Indonesia. Kita mengambil perbezaan itu sebagai kelebihan. Kita mahu hidup dalam masyarakat majmuk tanpa sekatan beragama, beradat resam, berbahasa dan bercampur gaul.

15. Di sesebuah negara berbilang kaum pembinaan negara mereka berbeza. Mereka membina negara bangsa dengan cara mengambil bahasa, adat resam dan kebudayaan kaum majoriti sebagai asas kemudian identiti kaum minoriti akan dihapuskan. Jadi mereka tidak perlu terus memperjuangkan kaum masing-maisng.

16. Kaum Cina di Malaysia tidak mahu identiti kaum mereka di hapuskan begitu juga India dan kaum-kaum lain. Namun begitu sebagai penghormati penduduk pribumi negara ini semua kaum yang telah bersetuju memberi beberapa keistimewaan melalui kontrak sosial semasa mahu mencapai kemerdekaan.

17. Melalui perjuangan pejuang lampau kaum Melayu telah diberi keistimewaan melalui artikel 153 selain menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Ini jelas satu penghormatan yang telah dicapai melalui perjuangan. Namun jika kita lalai dan tidak memperjuangkan kaum Melayu tidak mustahil keistimewaan yang dikecapi itu akan hilang maka wujudlah kesamarataan hakiki.

18. Sungguh malang hari ini telah wujud golongan Melayu haprak yang bukan saja tidak mahu memperjuangan Melayu tetapi juga memperlekehkan orang Melayu yang berjuang membela Melayu. Mereka merasakan memperjuangan Islam sudah memadai tanpa perlu membela Melayu.

19. Mereka berkata kononnya bersatu atas nama Islam tetapi dalam masa yang sama parti mereka berpakat dengan si Kafir menjatuhkan kerajaan yang majoritinya orang Islam malahan mereka sebenarnya paling minoriti dalam pakatan tersebut.

20. Mereka berpadu dengan orang yang menolak keistimewaan kaum mereka sebagai pribumi dengan laungan ’Malaysian Malaysia’. Mereka percaya dengan yakin lalu menolak perjuangan membela kaum sedangkan mereka tidak sedar kaum mereka jauh ketinggalan oleh kaum yang mahukan kesamarataan itu. Tanpa pembelaan mungkin kaum mereka sudah lama dihinjak-hinjak. Mereka sebenarnya bodoh dan mudah ditipu dan itulah PAS....

21. Bersama kita perjuangkan Agama Islam, Kaum Melayu dan Negara Malaysia...

Kongsi Link Anda