Popular Today

Rabu, April 14, 2010

Selamat Pengantin Baru, Tan Sri!!!

2 Komen!!!

Gambar : Berita Harian
MAJLIS persandingan Tan Sri Mohd Isa Samad, 61, dengan Bibi Sharliza Mohd Khalid, 40, selepas diijab kabul di rumah pengantin perempuan di Taman Fatimah, Kuala Pilah, petang tadi. - Foto Dzulkeffli Mustapha


Syabas dan tahniah kepada Tan Sri Isa Samad dan Bibi Sharliza.. Selamat Pengantin Baru.. moga panjang umur dan murah rezeki... ni nama dia rezeki tuhan...

Zaid katak : saya bukan orang luar!!!

3 Komen!!!
Sekali lagi rakyat Hulu Selangor akan ditipu oleh pemimpin PKR.. dahulu PKR bagi calon yang sakit merana.. kini bagi calon PKR bukan anak tempatan pula..

Dengan muka tak Malu si Zaid Katak kata "Saya kurang setuju...saya datang dari kawasan pengundi Melayu. Saya lebih Melayu daripada kebanyakan pemimpin Sabah. Saya faham perasaan dan kehendak rakyat,” katanya lagi...

Kalau dia asal dari kawasan Melayu.. tetapi bertanding di kawasan Melayu pun tak pernah menang.. apatah lagi dakwaan beliau memahami perasaaan dan kehendak rakyat!!.. semua ni bohong belaka, dan hanya memperbodohkan rakyat Malaysia... jika sekali lagilah dia kata dia tahu kehendak rakyat.. kenapa rakyat Kota Bharu menolak beliau...

Hakikatnya Zaid katak ni teidak pernah berbudi pun pada orang kota bahru.. bukan setakat itu beliau juga seorang kedekut.. taik hidung masin... hehehe.. jangan harap orang Hulu Selangor nak dibantunya.. kalau dimaki ada kemungkinan...

Tidak cukup agaknya Pakatan ni memperbodohkan pengundi Hulu Selangor... ini mereka akan memperbodohkan mereka sekali lagi..

Pengundi Hulu Selangor perlu jelas memilih calon yang boleh mereka terima, apatah lagi calon yang boleh kerap turun kawasan.

Apaguna bila memilih wakil rakyat yang tidak boleh turun kawasan, tidak mesra rakyat, sukar dijumpai di kawasan.

Satu lagi.. kepada pengundi Hulu Selangor tanyalah kepada mereka di Kota Bharu, apakah sumbangan Si Zaid Ibrahim kepada warga Kota Bharu.. tak de.. elekk!!!..

jadi pengundi Hulu Selangor, cakaplah kepada Zaid dan PKR.. cukup-cukuplah perbodohkan orang Hulu Selangor!!!

Permohonan qazaf Aljuburi ditolak

0 Komen!!!
Harapan ElJuburi untuk memerangkap Saiful nampaknya terdapat halangan apabila permohonan Qazaf beliau ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

Usaha yang dibuat agen Yahudi ini untuk menutup perkara kejinya kali ini nampak tidak berjaya. Jika Manusia mungkinlah agen yahudi boleh tipu, tetapi tidak mungkin beliau boleh menipu dengan Tuhan yang Maha Mengetahui..

Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini membenarkan permohonan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir, Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie, Shamsudin Hussain untuk membatalkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan perintah agar bahagian pendakwa JAWI mendakwa Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengikut qazaf [Utusan]

Hari ini rakyat mahu Anwar membuktikan beliau tidak meliwat Saiful.. kerana setakat ini Eljuburi ini gagal membuktikan beliau tidak meliwat Saiful..

AMK Johor pula akan berkubur!!!

1 Komen!!!
Sudah masanya mereka yang tersesat untuk kembali ke pangkal jalan..

Melalui tinjauan dan gerakan meginsafkan belia-belia Angkatan Muda Keadilan Johor yang telah di jalankan oleh kumpulan yang di gelar "INSAF" telah berjaya melumpuhkan hampir separuh kumpulan pengerak Angakatan Muda Keadilan, kini mereka sudah mahu untuk kembali menyokong UMNO dan Kerajaan BN, Gerakan "INSAF" yang bergerak secara tersembunyi benar-benar memberi kesan...kini kebanyakan pengendali2 blog-blog AMK disekitar negeri Johor sudah tidak mahu menjalankan propaganda memburukan UMNO, mereka juga sudah tidak mahu melaporkan berita aktiviti AMK Johor..yang yang paling bagus adalah untuk memastikan semua blog2 AMK tidak berfungsi...mengikut perbualan yang di lakukan oleh kumpulan "INSAF" kebanyakkan pengendali2 blog AMK johor sudah menyampah dan meluat dengan penipuan yang dilakukan oleh Pemimpian2 Keadilan, bagi mereka PKR adalah sebuah parti yang hanya memperjuangkan Anwar Ibrahim sahaja....dan tidak lebih dari itu ... Blog angkatan keadilan Negeri Johor yang dikendalikan oleh orang yang agak berpengaruh sudah tidak di takbir ..http://amkjohormalaysia.blogspot.com/

Blog yang tak aktif :

http://amkkulai.blogspot.com/ ==> Kulai
http://amkledang.blogspot.com/ ==> sudah tutup
http://amkmuar.wordpress.com/ ==> Muar dah keluar dan menyertai UMNO..
http://srigading.wordpress.com/ == pun dah keluar belum masuk mana2 Parti ....

nota kaki ; pihak admin agendabangsa.com akan terus membantu rakan-rakan kumpulan INSAF untuk memastikan AMK terkubur dan di benci oleh belia-belia Melayu khususnya ....teruskan perjuangan ....untuk memastikan BN terus menguasi JOHOR...


Sumber : agendabangsa

Semakin ramai tinggalkan PKR

1 Komen!!!

Semakin ramai yang keluar dari PKR.. terbaru dari blog rakan R,A,M 200 lagi ahli PKR keluar parti sebab tak puas hati dengan janji-janji pilihanraya dulu. Saban hari pelbagai cerita kita dengar mengenai ahli PKR yang keluar parti sebab tak puas hati dengan kepimpinan parti peringkat negeri bahkan pusat.
Mereka yang diketuai G. Thanagaran sebaliknya menubuhkan cawangan baru BN iaitu cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu.

Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12. ADUN PR kawasan Kulim yang juga Exco, Lim Soo Nee tidak pernah menunjukkan muka atau menjenguk penduduk di kawasan ini walaupun telah dua tahun berlalu. Kami tiada tempat hendak mengadu,” katanya lagi.
Kalau ramai rakyat semakin sedar mereka ditipu PKR baguslah.. memang patut pun mereka keluar.. PKR adalah parti khyalan semata-mata bertujuan untuk ANuwar semata-mata sahaja.. bukanlah ada perjuangan rakyat..

Anda bila lagi mahu tinggalkan PKR!!!

Kongsi Link Anda