Popular Today

Rabu, November 04, 2009

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : HUsam mangkuk - nak jadi hero

2 Komen!!!

Perangai sombong dan angkuh... macam perangai Iblis... itulah tindakan Iblis apabila Allah SWT menjadi Adam AS sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.

Mengulas kenyataan perdana menteri untuk menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan, Datuk Husam Musa berkata isu membatalkan perjanjian itu akan dikaji oleh panel peguam yang dilantik kerajaan negeri.

Dalam satu kenyataannya, Husam turut mempertikaikan penggunaan istilah "wang ehsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan, sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan kerajaan dan rakyat Kelantan."

Si mangkuk Husam ni memang la sombong dan bongkak.... kiranya nak jadi herolah tu... dapat sedikit kan lebih baik tak dapat langsung... lepas tu mintalah pulak royalti... ambil lah dulu duit tu.... konon nak jadi hero pulak..

Kalau nak kata diskriminasi kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan, berapa ramai rakyat Kelantan yang bekerja diluar Kelantan dengan gaji dan jawatan yang besar... berapa ramai anak kelantan yang mendapat pendidikan di sekolah berasrama penuh, mendapat bantuan pendidikan dan sebagainya. Berapa ramai anak ahli dan YB PAS yang dapat bantuan pelajaran...

Wei... mangkuk... janganlah berlagak sangat... tuhan marah..

1Pas "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" :Selangor - Pakatan Rakyat panik!

4 Komen!!!
Suara cemas dan panik kini telah timbul di kalangan penyokong Pakatan Rakyat... pelbagai isu kini yang timbul di Selangor sehingga pembangkang kini merasakan diri mereka tersembam di sudut dinding.

Perasaan bimbang ini dikongsikan oleh blogger pembangkang (klik di sini) Jika Masih Mahu Bertahan Tanpa Serang Balas, Pakatan Rakyat Selangor Akan Tumbang Akhirnya...

Berpandukan kepada scenario sekarang, jika Pakatan Rakyat masih lagi bertahan sedangkan sudah diserang bertubi, tidak hairan jika Selangor akan bungkus selepas Perak. BN telah memasang jenteranya bukan sahaja dalam BN malah juga dalam pakatan rakyat......

Dalam suasana komponen BN sedang dilambung kekeruhan, kenapa Pakatan Rakyat tidak bernafsu dan bijak menangguk di air keruh Putrajaya untuk berjaya? Sebaliknya Pakatan Rakyat turut sama mengeruhkan kolam sendiri. Pakatan Rakyat seolah-olah hilang pedoman dan tak tahu mana yang penting dan mana yang tidak?

Apa strateginya untuk menangkis dan membalas serangan? Atau masing-masing sudah kenyang dengan elaun dan CRV sehingga lupa yang mereka ini adalah pembangkang. Jika pakatan rakyat masih menyimpan cita-cita untuk tawan Malaysia, segeralah bagun dan bertindak. Kempen secara besaran dan komprehensif perlu dilakukan semalam dan bukan menunggu sebulan sebelum PRU nanti. Itu jam dah tak ada masa nak sebarkan propaganda, dan terangkan isu. Kalau masih nak “wait and see” lagi masa tu dah tak ada masa nak menangkis dan dalam masa yang sama nak mengukuhkan keadaan.

Ini adalah luahan panik dan kebimbangan penyokong PR.. tapi kita menilai bahwa pembangkang ini hanya akan membuat sesuatu jika menguntungkan mereka semata-mata... khidmat mereka kepada yang terpilih sahaja... bukan untuk semua rakyat Malaysia... lihat penulisan dibawah ini...

Penting sangat ke panangkapan bekas Mufti Perlis tu bagi pakatan berbanding kes Tian Chua? Dr Asri tu ahli parti mana? Kalau sebelum ini, sekiranya berlaku ketidakadilan penangkapan sebegini, satu Malaysia sudah dijajah dengan pelbagai road show. Tapi sekarang apa dah jadi? Kenapa nafsu dah tak naik ke atau faktor usia semuanya?

Maksudnya adalah, jika mereka itu dari puak pembangkang barulah mereka menolong... seperti dr Asri hanya patut dibiarkan kerana tidak menguntungkan politik pembangkang.

Apa yang penting bagi BN sekarang ialah berkhidmat untuk semua rakyat buken secara terpilih yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat... Isu dan permasalahan PR  di Selangor hanya disebabkan kelemahan pentadbiran Kerajaan negeri dan parti komponen pembangkang.

Lagi penulis blog politik disiasat

2 Komen!!!
Seorang penulis blog yang sering mengkritik kerajaan dipanggil untuk untuk memberi keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di Kuala Lumpur petang ini.

Bernard Khoo, atau lebih popular dengan nama blognya Zorro-Unmasked, dijangka memberikan keterangan itu jam 3 petang ini di ibu pejabat jabatan itu di Bukit Perdana.

Siasatan itu berhubung satu catatannya di blog tersebut tetapi setakat ini belum jelas artikel atau foto yang dipertikaikan.

AB :  Apapun... yang perlu dijelaskan adalah penulis blog bertanggungjawab di atas tulisannya... dengan kata lain berani buat berani la tanggung... jadi jangan tuduh semacam sahaja.

Sumber : Malaysiakini

1MALAYSIA - Kelantan dapat wang Ehsan

6 Komen!!!
Sejarah baru bermula, Kerajaan Pusat akan beri wang ehsan kepada Kelantan mulai tahun depan hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu sebagaimana laporan Bernama.

Kerajaan BN kali ni membuktikan slogan 1MALAYSIA diberi sama rata tanpa diskriminasi. Tindakan kerajaan ini, menunjukkan pendekatan berbeza dari DS Najib iaitu pendekatan lebih 'friendly' kepada rakyat kelantan.

Selepas ini semua tuduhan jahat Kelantan kepada kerajaan pusat terbukti salah. Inilah perubahan yang UMNO buat.

Jangan lupa bersyukur kepada tuhan, jangan ego dan takbur. Jangan mendabik dada sampai lupa tuhan.

SPRM bertindak, PR kecewa..

1 Komen!!!
Syabas dan tahniah kepada SPRM kerana tegas menjalankan tugas dan amanah.. hari ni lebih 6 orang dihadapkan di Mahkamah atas tuduhan rasuah.

Tindakan SPRM menahan AP BN dan pembantu khas PR membuktikan SPRM tidak memilih bulu dalam melaksanakan tugas... namun apa yang penting ialah bukti yang cukup bagi membuat pertuduhan.

Hari ini SPRM membuat dakwaan Enam termasuk Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Yap Soo Sun dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini atas pelbagai tuduhan rasuah membabitkan permohonan pengeluran peruntukan ADUN.

Abdul Rahman didakwa atas lapan tuduhan menakala Soo Sun pula, tujuh tuduhan membuat tuntutan palsu berasingan bagi program-program yang tidak wujud pada tahun lalu.

Turut didakwa, Pegawai Khas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sepang, Wong Chuan How atas tuduhan rasuah dan pecah amanah membabitkan wang peruntukan ADUN sebanyak RM7,500.

Sementara Mohd. Rosli Bushra pula didakwa bersubahat dengan Abd. Rahman manakala Mohd. Firdaus Abu Zarin bersubahat dengan Soo Sun bagi kesalahan tersebut.

Dalam prosiding hari ini, pembantu khas Menteri Besar Selangor, Mohd. Yahya Mat Sahri turut didakwa atas tuduhan menipu dan menggunakan dokumen palsu berhubung pembiayaan majlis sambutan 100 hari pakatan rakyat

Bukan sebagaimana cakap-cakap kosong pembangkang yang hanya menuduh BN mengamalkan rasuah tetapi tidak mengemukakan bukti.

Pastinya tindakan SPRM yang profesional ini akan mengecewakan pembangkang kerana mereka seringkali menuduh SPRM sebagai pro BN dan sebagainya. Dengan ini seterusnya menafikan tuduhan pembangkang kepada SPRM.

Tuduhan jahat kepada SPRM ini hanyalah bertujuan politik untuk menjatuhkan imej BN dan negara.

Sumber - Utusan

PKR "Parti Kroni dan Rasuah" : Kes rasuah : Pendakwaan bermula

1 Komen!!!
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berhubung siasatan kes rasuah.

Bekas ADUN itu dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Difahamkan bekas ADUN Teratai itu sedang memberi kenyataan kepada SPRM.

Pagi ini, lima orang dijadual dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, termasuk ahli parlimen BN, Abdul Rahman Bakri, atas tuduhan rasuah.

SPRM sedang menyiasat beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat dan tindakan itu telah mendorong beberapa pihak mendakwa ia adalah sebahagian daripada plot untuk menumbang kerajaan negeri Selangor.

Selain itu, Wong Chuan How, pembantu khas kepada anggota exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan mengemukakan invois palsu kepada Majlis Daerah Sepang tahun lepas.

Invois itu adalah bagi pembekalan 2,500 bendera kereta bernilai RM2,500 sempena program Hari Kemerdekaan tetapi pembekalan itu tidak dilakukan.

Chuan How, 51, juga mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah berhubung sekeping cek bernilai RM5,000

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Rahman Bakri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan tuduhan menggunakan surat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membuat tuntutan palsu membabitkan nilai RM80,000.

Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin.

Kongsi Link Anda