Popular Today

Ahad, Ogos 30, 2009

Syukurlah dengan nikmat kemerdekaan

4 Komen!!!
Syukurlah dengan nikmat kemerdekaan

- Bersyukurlah kepada nikmat merdeka, nikmat paling besar kepada bangsa Melayu. Kemerdekaan banyak merubah nasib bangsa melayu. Kemerdekaan memberi peluang kepada seseorang atau sesuatu bangsa untuk menguruskan bangsa mereka sendiri

- Sebab itu kita perlu bersyukur atas nikmat kemerdekaan ini. Dengan kemerdekaan ini kita telah diberi tanggungjawab untuk membangunkan diri kita.

- Kita jangan lupa apa yang berlaku dalam diri kita sebelum kemerdekaan. Dimana kah kedudukan kita bangsa Melayu berbanding dengan bangsa yang lain..

- Melayu telah diabaikan oleh penjajah dari pelbagai aspek. Sehingga Melayu mundur dalam aspek pendidikan, ekonomi dan sosial. Walaupun negara ini waktu dahulu di kenali sebagai tanah Melayu tetapi bangsa Melayu dianggap sebagai kelas kedua oleh penjajah.

- Melayu dipinggirkan dari aspek pendidikan - hanya anak orang berada sahaja diberi peluang pendidikan di bandar. Melayu dipinggirkan aspek ekonomi, Melayu terus dibiarkan tinggal di kampung, sementara penjajah mengambil bangsa Cina untuk menguruskan ekonomi tanah Melayu di bandar2 manakala di estet dan ladang penjajah mengambil kaum india.

- Begitulah hinanya Melayu sebelum merdeka. Hasil bumi di pijak milik orang. Semua sejarah hitam ini mesti berada di dalam pemikiran orang Melayu.

- Makna bersyukur ini perlu di fahami dan dihayati. Syukurlah dengan keadaan hari ni dengan apa yang pernah di lalui dengan ibu bapa kita sebelum ini. Hidup bangsa Melayu kini telah banyak berubah. Melayu telah melalui transformasi yang menakjubkan. Ramai anak Melayu telah berjaya.

- Pernahkah kita memikirkan bagaimana melayu kita berjaya, samaada dengan merit atau dengan bantuan. Perkara ini amat penting untuk diketahui, supaya kita mengukur diri kita dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan...

- Melayu berjaya kerana mereka diberikan kepada mereka peluang yang belum pernah lakukan sebelum ini.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke-52. 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Hj Salleh B Mohd Yusof@Aspirasibangsa

Jumaat, Ogos 28, 2009

PERMATANG PASIR - PAKATAN RAKYAT HILANG SOKONGAN PENGUNDI MELAYU

3 Komen!!!
By M.Perry


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 Permatang Pasir, Pulau Pinag telah selesai diadakan pada 25.8.2009 tanpa sebarang masalah yang melibatkan keamanan dan keselamatan negara kecuali sedikit kekecohan dilaporkan berlaku pada hari penamaan calon.

Ahli Parlimen Kawasan Padang Serai N.Gopalakrishnan laporkan ditahan oleh polis kerana tidak menghiraukan amaran Polis supaya berundur dari menyampaikan ucapan yang berbentuk mengasut di perkarangan pusat penamaan calon.

Dalam PRK tersebut, calon PAS Mohamad Salleh (52) di isytihar menang kerana memperolehi 9618 undi berbanding dengan calon BN Mohd.Rohaizat Osman (38) yang memperolehi 5,067 undi. Undi rosak adalah 83. Peratus keluar undi adalah 73 peratus. Dengan ini, PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti 4551 undi.

Namun,sekiranya kita meneliti keputusan PRK tersebut, ternyata sokongan politik terhadap parti PAS, yang menyertai gabungan Pakatan Rakyat, makin terhakis berbanding dengan sokongan yang diperolehi oleh PAS pada tahun 2008 atau Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU12). Majoriti undi bagi PAS telah jatuh dari 5,433 (2008) kepada 4551.

Menurut PAS, kemerosotan undi majoriti tersebut itu adalah disebabkan oleh kekurangan 10 % peratus pengundi keluar mengundi. Namun, sekiranya kita meneliti undi populariti calon PAS, jelas menunjukkan populariti PAS merosot dari 66.45 % pada PRU12 kepada 65.1% dalam PRK ini. Ini bermakna, PAS menghadapi kehakisan sokongan 1.3% dalam PRK ini. Dakwaan ketua umum PKR bahawa calon PAS memenangi semua saluran didapati tidak mengambarkan realiti keseluruhan sokongan dikalangan pengundi Melayu.

Manakala, sokongan dan polulariti BN didapati meningkat, terutamanya dikalangan pengundi Melayu. Sokongan terhadap BN di catat meningkat di kebanyakan saluran-saluran yang mempunyai majoriti pengundi Melayu. Sebagai contoh, saluran Permatang Ara yang mempunyai 97% pengundi Melayu, mencatatkan peningkatan sokongan terhadap calon BN dari 40.6 % pada tahun 2008 kepada 43.3% dalam PRK ini. Ini bermakna peningkatan sokongan 2.6%.

Pada keseluruhannya, kebanyakan saluran yang mempunyai majoriti pengundi Melayu didapati mencatatkan peningkatan sokongan 3% kepada calon BN.

Keputusan PRK Manek Urai , Kelantan, baru-baru ini juga mencatatkan peningkatan sokongan hampir 7 % terhadap BN berbanding dengan sokongan yang di perolehi oleh BN dalam PRU12. Begitu juga, BN mencatat peningkatan yang signifikan dalam peratusan sokongan di kalangan pengundi Melayu dalam PRK Bukit Gantang,Perak, baru-baru ini.

Keputusan pilihan raya kecil di kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu jelas menunjukkan pengundi Melayu kembali menyokong BN. Manakala, peratus pengundi Cina keluar mengundi merosot dalam PRK di Kuala Terengganu dan Permatang Pasir kerana diandaikan mereka menolak calon PAS.

Pada keseluruhannya, walaupun peratusan peningkatan sokongan terhadap BN dikalangan pengundi Melayu adalah kecil, tetapi ianya membayangkan berlakunya perubahan besar dalam sikap, sokongan dan pemikiran politik di kalangan pengundi Melayu.

Pada masa yang sama, sikap pengundi Cina terhadap PAS juga didapati berubah sejak PRU12,malah sokongan politik bagi calon PAS di kalangan pengundi Cina kian merosot .

Sejak PRU12, Pakatan Rakyat juga dikesan tidak mampu menembusi dan mengekal sokongan politik di kalangan pengundi Melayu yang diperolehi dalam PRU12. Pengarah Strategi PKR, Tian Chua turut mengaku bahawa akhir-akhir ini, PKR kehilangan sokongan pengundi Melayu.
Sesungguhnya, sokongan pengundi Melayu terhadap BN jelas kelihatan meningkat sejak YAB Dato’ Sri Mohd.Najib Tun Rzak mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan. Perubahan besar dalam persepsi terhadap BN di kalangan pengundi bukan Melayu juga dijangka berlaku apabila kaum bukan Melayu dapat memahami dan menghayati gagasan 1 Malaysia yang diumumkan oleh Najib baru-baru ini.

Sekiranya dasar-dasar kerajaan yang dianggap adil bagi semua kaum yang diumumkan oleh PM dibawah gagasan 1 Malaysia itu dilaksanakan dengan berkesan,maka sebahagian besar pengundi Melayu dan bukan Melayu akan kembali menyokong BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13. Pakatan Rakyat kini menghadapi dilema dalam mengekalkan sokongan politik di kalangan pengundi Melayu dan bukan Melayu kerana perjuangan PR bukanlah bagi membela kepentingan rakyat seperti digempargemburkan dalam PRU12,malah bagi membela seorang individu tertentu.

Sumber: WiraMalaysia

Selepas 52 tahun merdeka, Melayu sepatutnya kuat

0 Komen!!!
SABAN tahun sambutan kemerdekaan dirasakan semakin kurang dirasai, apatah lagi tahun ini bulan kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadan, jadi amatlah bertepatan jika ia disambut secara sederhana dengan menzahirkan keinsafan dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Kita mungkin sering tertanya-tanya apakah erti sambutan kemerdekaan yang sebenarnya? Adakah sambutan memperingati kemerdekaan itu sudah cukup dengan kilauan percikan bunga api? Adakah memadai dengan kita mengalunkan irama-irama yang menyebut ‘kemerdekaan’? Adakah mencukupi dengan sekadar mengibarkan bendera dan meletakkan bendera di kereta masing-masing walaupun secara paksa rela?

Hakikatnya erti kemerdekaan menuntut setiap penduduknya memahami, menghayati dan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi di bumi berdaulat dahulunya yang dipanggil Tanah Melayu daripada tercemar dengan kerakusan kita sendiri agar generasi pewaris bangsa dapat memahami dan menilai erti sebuah kemerdekaan.

Walaupun saya tidak dapat merasai keperitan bersama mereka yang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan, namun saya cukup berbangga dan bersyukur kerana dilahirkan pada tarikh keramat 31 Ogos, sekurang-kurangnya aura kemerdekaan itu dapat dirasai.

Namun apa yang menjadi persoalan berdasarkan isu-isu yang berlaku kebelakangan ini, tidak ada sebab untuk kita menolak daripada memikirkan di mana Melayu disaat kita meraikan kemerdekaan? Sepatutnya dengan kematangan 52 tahun kemerdekaan, orang Melayu menjadi bertambah kuat dan bersatu bukannya berpecah hanya kerana sedikit perbezaan ideologi.

Cuba kita fikirkan kenapa setiap hari di dada akhbar kita diseru untuk bersatu? maknanya cukup mudah iaitu adanya bibit-bibit perpecahan dan persengketaan, sama ada kita sedar atau buat-buat tidak sedar, tepuk dada tanyalah diri masing-masing.

Jika kita merasa risau dan bimbang tentang untung nasib bangsa Melayu, kita tidak akan pernah merasa jemu dan menyerah kalah untuk membangkitkan kesedaran serta menyeru bangsa yang hebat ini untuk bersatu.

Pelbagai resolusi, debat, seminar dan bermacam-macam lagi telah dicanang namun hakikatnya masih sama, adakah kita sudah berpuas hati dengan sekadar seorang dua saja bangsa kita yang terselit di celah-celah senarai orang terkaya?

Adakah cukup dengan seorang dua bangsa kita yang menerima pelbagai anugerah kecemerlangan? Hakikatnya kita perlu melahirkan lebih ramai jaguh di kalangan bangsa Melayu, tetapi di mana Melayu? Apa yang dibimbangkan, bagaimana untung nasib bangsa kita dalam jangka masa 10 atau 20 tahun akan datang? Adakah hanya Melayu akan tinggal nama saja? Kita perlu bangkit dari dibuai mimpi semalam.

Jika orang Melayu tidak bangkit dan berusaha, kita bimbang putaran waktu akan mempercepatkan kejadian yang amat kita takuti itu. Apa yang lebih dibimbangkan jika suatu hari nanti kita menjadi pedagang di bumi sendiri, lebih menakutkan jika kita menjadi ‘tetamu’ di rumah sendiri dan yang lebih merisaukan jika di saat kita membangkitkan bangsa Melayu ada di kalangan kita yang berkenduri besar atas apa yang berlaku.

Jika kita tidak memperjuangkan nasib bangsa dan kedudukan kita, siapa lagi yang akan ambil peduli?

Persoalannya adakan kita semua sedar di mana kedudukan kita sekarang ini? atau sekadar membiarkan apa yang berlaku kepada pemimpin yang ada? Ternyata tanggungjawab ini bukan terletak di atas bahu seorang individu sahaja tetapi setiap warga bangsa Melayu perlu memikul tanggungjawab agar segera bangkit dari lamunan memperjuangkan nasib bangsa.

Kita perlu tanya pada diri sendiri kenapa semua permasalahan ini berlaku? Kenapa kita dianggap lemah? Kita mudah melatah dan melenting apabila dicuit tetapi kembali berlembut apabila sduah sejuk.

Sempena bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan serta bulan untuk menyambut kemerdekaan yang ke-52, atas dasar Melayu/Islam marilah kita bersatu. Kita perlu buang ego masing-masing, buang jauh-jauh ‘peperangan emosi’, hindarkan peperangan psikologi dan tolak sama sekali peperangan politik.

Sebaliknya ambillah kesempatan walau sedetik untuk duduk semeja bertemu empat mata di antara kedua-dua pihak untuk membincangkan perpaduan Melayu/Islam. Jangan sampai gajah dengan gajah berperang tetapi kancil yang tersempit di tengah-tengah.

Rakyat ternyata sudah ‘muak’ dengan apa yang berlaku. Pilihan raya demi pilihan raya mengajar kita betapa pentingnya erti sebuah perpaduan Melayu/Islam. Apa salahnya demi kerana sebuah penyatuan kita lupakan seketika sengketa remeh dan perbezaan ideologi sebaliknya bulatkan tekad untuk duduk semeja bertemu secara empat mata-mata dari hati ke hati. Percayalah bahawasanya seekor ular yang bisa menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

sumber: Utusan Malaysia

Khamis, Ogos 27, 2009

Al Fatihah buat Allahyarham Dr. Ismail Salleh

3 Komen!!!
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh, 62, meninggal dunia hari ini akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Kuala Lumpur. Isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi ini di dalam penerbangan Tiger Airways.

Tokoh akademik, aktivis ekonomi orang Melayu dan orang kurang upaya YB Senator Prof. Dato’ Dr. Ismail Md. Salleh telah kembali ke rahmahtullah jam 350am tadi, dilaporkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Beliau merupakan pakar ekonomi yang bermula sebagai tenaga pengajar IPTA, pernah menjawat Timbalan Ketua Pengarah ISIS selama hampir dua tahun (1993-94) dan kemudian menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif dan akhirnya Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa Twintech sebelum dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada tahun 2007, mewakili golongan orang kurang upaya.– Utusan

Inkues Teoh semakin panas - Maklumat penyelewengan ADUN DAP turut didedah

1 Komen!!!
Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd. Anuar Ismail mendedahkan, kira-kira 12 jam sebelum ditemui mati, Teoh Beng Hock didakwa bergaduh dengan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah di dalam tandas pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di bangunan Plaza Masalam di sini. Namun tidak diketahui sama ada ia melibatkan pergaduhan fizikal atau hanya berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua mereka.

Pergaduhan dikatakan mempunyai hubung kait kegiatan empat syarikat itu didedahkan Mohd Anuar berdasarkan empat keping invois palsu yang diperoleh dan dicetak daripada komputer riba Teoh ketika dia disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam di sini pada 15 dan 16 Julai lalu.

"Pegawai penyiasat melakukan siasatan terhadap empat dokumen ini dan menunjukkan keempat-empat syarikat ini meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu dan menerima komisen (kerana meminjamkan kepala surat)," katanya ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-16 pada inkues kematian Teoh.

Ketika ditanya oleh peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, saksi itu menamakan keempat-empat syarikat berkenaan sebagai Syarikat Fizami Construction, Aris Enterprise, MKMN Enterprise dan M A Bina Melor Enterprise.

"Berdasarkan siasatan SPRM, syarikat Fizami memperoleh 26 projek bernilai RM147,812, Aris mendapat 14 projek bernilai RM88,275.30, MKMN dengan enam projek bernilai RM50,765 dan M A Bina Melor memperoleh tujuh projek bernilai RM69,010.

"Semua projek ini akhirnya pergi kepada Teoh dan Ean untuk tujuan kelulusan," kata Mohd Anuar.

Teoh, 30, adalah Setiausaha Politik Ean yang juga Ahli Exco Selangor dan ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi keterangan kepada SPRM sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor.

Mohd Anuar yang berpangkat Pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor berkata, melalui penyiasatannya, beliau mendapati kegiatan serupa dilakukan tujuh syarikat lain serta beberapa bukti sokongan yang menunjukkan berlaku penyelewengan wang peruntukan Adun Selangor dalam projek palsu itu.

Bagaimanapun, pendedahan mengenai pembabitan tujuh syarikat itu dibantah oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, dengan alasan ia terkeluar daripada skop prosiding inkues yang hanya membenarkan invois empat syarikat terdahulu dikemukakan.

Pada prosiding hari ini, Mohd. Anuar turut menjelaskan, beliau tidak menghubungi Beng Hock walaupun kelibatnya tidak kelihatan pada pagi 16 Julai lalu kerana benar-benar percaya lelaki itu telah pulang dan akan hadir semula ke pejabat SPRM bersama-sama dokumen yang diminta.

Katanya, beliau juga tidak menelefon polis atau segera membuat laporan polis selepas melihat mayat Beng Hock kerana percaya orang pertama yang menjumpainya telah membuat aduan selain mayat itu tidak berada dalam kawasan SPRM.

‘‘Saya tidak setuju saksi mati dalam tangan saya kerana saksi telah dilepaskan pada pukul 3.30 pagi dan dibenarkan pulang. Bagaimanapun dimaklumkan dia mahu berehat sebentar. Pada fikiran saya, dia akan pulang pada pagi itu.

Sumber: Utusan Malaysia dan Berita Harian

Rabu, Ogos 26, 2009

Permatang Pasir - Undi PAS menurun, terimalah hakikat

28 Komen!!!
Keputusan rasmi Pengkalan Pasir menunjukkan undi PAS turun walaupun memenangi dengan majoriti 4,551 undi iaitu turun daripada 5,433 undi. Penurunan sebanyak 882 undi.

Namun jika dilihat dapatan undi calon PAS Mohd Salleh mendapat hanya 9,618 undi daripada 11,004 iaitu penurunan sebanyak 1,386.

BN pula mendapat 5,067 daripada 5,571 undi pada PRU12 iaitu penurunan sebanyak 504 undi. Apa pun fakta tetap fakta iaitu Undi PAS menurun keseluruhannya..

Ramai penyokong PAS tidak berpuas hati dengan mengatakan dapatan undi dan majoriti PAS menurun di Permatang Pasir atas alasan peratus keluar untuk pengundian yang berkurangan.

Namun Peratus pengundian walaupun menurun tidak semestinya undi PAS juga menurun. Dan begitu juga sebaliknya. Janganlah jadikan alasan Peratus menurun dan undi PAS pun menurun sebab itu tidak semestinya. Adakah semestinya jika Peratusan keluar mengundi meningkat maka PAS akan terima jumlah dapatan undi yang sama.. hehehe... tak semestinya...

Jadi terimalah hakikat wahai penyokong PAS... bahawa sokongan kepada PAS semakin merosot. hehehehe...

Selasa, Ogos 25, 2009

TPM : Ada kecenderungan pengundi pilih calon BN

2 Komen!!!
Manurut laporan Utusan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat kecenderungan pengundi-pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir untuk memilih calon Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri berkata, lawatannya ke pusat-pusat pengundian hari ini menunjukkan tanda-tanda positif bahawa BN semakin diterima oleh penduduk di kawasan tersebut.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap kecenderungan tersebut dapat membantu BN memperoleh kemenangan pada pilihan raya kecil tersebut.

Cuma dalam Pilihanraya ini, tidak boleh percaya sangat kepada kata-kata yang dizahirkan, kekadang di dalam lain dan di luar lain.

Apa-apa hal kita tunggu keputusan.. namun jika betul ada perubahan.. Alhamdulillah, moga Allah memberi kemenangan kepada BN.. Amin..

PR KECIL PERMATANG PASIR:PELUANG BN UNTUK KURANGKAN MAJORITI PAS

2 Komen!!!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos 2009 , awal Ramadan, dan penamaan calon pula 17 Ogos 2009. Pelbagai ramalan dan jangkaan dibuat tehadap jaguh dalam pilihan raya kecil DUN N.11 Permatang Pasir.

DUN Permatang Pasir merupakan salah satu DUN dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh di Negeri Pulau Pinang, yang dikuasai oleh PKR, DS Anwar Ibrahim. Kedudukan ini mendorong sesuatu pihak tertentu meramalkan PAS akan memenangi pilihan raya kecil ini. Malah, kehadiran bulan Ramadan bakal memberikan kemenangan kepada PAS dalam mempertahankan DUN Permatang Pasir.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan penyandangnya Dato’ Mohd. Hamdan Abdul Rahman, yang mewakili Parti PAS, meninggal dunia kerana sakit jantung pada 31 Julai 2009. Dato’ Mohd. Hamdan Abdul Rahman adalah wakil tunggal parti PAS dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi, menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi. Undi rosak yang dicatatkan adalah 227. Peratus keluar mengundi adalah 82.57%.

Pecahan Pengundi

Jumlah pengundi berdaftar bagi kerusi N.11 Permatang Pasir adalah seramai 20,350 pengundi, termasuk 14,715 pengundi Melayu (72.31%), 5,278 pengundi Cina (25.94%), 327 pengundi India (1.61%) dan 28 pengundi lain-lain kaum (0.14%).

Dalam konteks cara hidup pengundi Permatang Pasir pula, sebahagian besar pengundinya tinggal dalam taman perumahan yang berbentuk sederhana, kampong dan setinggan. Sebahagian besar pengundi nya terdiri daripada golongan petani, pekedai runcit dan pekerja kilang yang berpendapatan pertengahan (middle-class) .

Pola Pengundian

Berhubung dengan pola pengundian, keputusan pilihan raya sejak 1986 jelas menunjukkan bahawa UMNO dan PAS mempunyai jumlah penyokong yang seimbang dalam DUN ini. PAS didapati mendahului BN (UMNO) dengan perbezaan undi yang kecil iaitu hanya dengan kadar 5 peratus sahaja sehingga PRU12. Namun, pada PRU12, PAS mendahului BN kerana dilaporkan mendapat sokongan pengundi Cina.

Sokongan BN dan PAS seimbang

Sokongan PAS meningkat dalam PRU12 kerana, sambil sokongan pengundi Melayu didapati seimbang antara BN dan PAS, sebahagian besar pengundi Cina condong memihak parti pembangkang (PAS) kononnya untuk menunjukkan tanda protes terhadap BN.

Pengundi bukan Melayu, terutamanya pengundi Cina dilaporkan terpengaruh dengan dakwaan Penasihat PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim kononnya UMNO mendominasi parti-parti komponen dalam BN, termasuk MCA, MIC, GERAKAN dan UMNO hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kaum Melayu sahaja. Dakwaan yang tidak berasas ini telah mempengaruhi sebahagian besar pengundi Cina, malah menyebabkan hampir 90 % pengundi Cina di DUN ini keluar mengundi calon PAS.

Strategi PAS menawan pengundi Cina

Selain itu, ada juga beberapa sebab dan strategi PAS yang menyebabkan pengundi Cina condong kepada PAS dalam PRU12. Antara sebab utama yang menyebabkan pengundi Cina menyokong parti PAS adalah strategi PAS bagi memikat hati pengundi Cina iaitu menggugurkan perjuangan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Malah, memperkenalkan slogan 'PAS untuk semua’. PAS didapati berkompromi kepentingan politik yang berteraskan Islam hanya untuk memancing undi bukan Melayu.

Selain itu, faktor komposisi pengundi Cina yang signifikan (27%) juga merupakan faktor utama yang menyebabkan kerusi DUN Permatang Pasir dimenangi oleh calon PAS dalam PRU12. Hampir 90 % pengundi Cina memihak calon PAS telah menyebabkan DUN Permatang Pasir dimenangi oleh PAS dengan majoriti 5,433 undi dalam PRU12.

DUN Permatang Pasir bukanlah merupakan kubu PAS seperti dilaporkan dalam media yang dipelopori oleh parti-parti pembangkang. Malah, DUN ini pernah dikuasai oleh BN (UMNO).
Pengundi Cina penentu keputusan

Namun, sejak tahun 1986, PAS didapati menyusup masuk (inroads) beransur-ansur dalam DUN ini bagi mendahului sokongan BN. Dengan ini, BN dan parti pembangkang masing-masing dikatakan mempunyai hampir 7,500 penyokong setia dalam DUN Permatang Pasir. Manakala, hampir 3,000 pengundi atau 15 % didapati mempunyai pendirian dan cita rasa politik yang tidak tetap, malah memilih calon berdasarkan isu semasa.

Peratus pengundi setia tersebut jelas menunjukkan bahawa sokongan bagi PAS dan BN adalah lebih kurang seimbang, terutamanya di kalangan pengundi Melayu. Apa yang mampu menentukan keputusan dalam pilihan raya kecil ini adalah undi pengundi Cina.

Isu

Akhir-akhir ini pengundi Cina dilaporkan melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap PAS kerana beberapa sebab . Antaranya:



1. Kerajaan PAS di negeri Kedah meroboh pusat memelihara khinzir di Alor Setar,Kedah;

2.Wakil PAS dalam Kerajaan PR Selangor melarang penjualan minuman keras, bir, di kedai-
kedai runcit di Shah Alam,Selangor;

3.Ahli Parlimen PAS tidak menyokong Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam mengurus hal
Kg.Buah Pala di Negeri Pulau Pinang;

4.Kerajaan PR Pulau Pinang tidak melayan, malah tidak melantik ADUN tunggal PAS sebagai
ahli EXCO kerajaan negeri;.

5.Kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh PAS menekan ADUN tunggal DAP yang
hampir meletakkan jawatannya di Kedah;

6.Seorang pemimpin PAS, selaku EXCO Hal Ehwal Agama Islam, mengkritik secara terbuka
terhadap seorang Ahli ECXO dari DAP, malah mendesak pemimpin DAP tersebut digugurkan
dari barisan EXCO Selangor;

7. Pemimpin-pemimpin PAS laku kurang adil dan tidak menunjuk semangat setia kawan
sepasukan terhadap pemimpin-pemimpin DAP di Selangor, Kedah dan P.Pinang;

8.Penyokong setia PKR kurang tidak gemar melihat kepimpinan PAS lebih menonjol dari
ketokohan DS Anwar Ibrahim dari PKR;

9.Pengundi DUN ini merasa calon PAS tidak mampu membawa pembangunan dan kemajuan
kepada DUN ini dalam konteks meningkatkan pendapatan keseluruhan penduduk DUN ini.
10.Masyarakt Cina puashati dengan kerajaan Najib Tun Razak kerana menyediakan banyak
peluang melabur dalam Amanah Saham Malaysia,Wawasan dan 1 Malaysia.

Isu-isu semasa tersebut dan pengurusan ekonomi yang baik oleh kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak dijangka akan mempengaruhi pemikiran politik pengundi Cina supaya mengundi calon BN dan menolak calon PAS dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Politik Perkauman

Pada masa yang sama, parti-parti pembangkang, terutamanya DAP sering membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan kekuatan ummah, kepentingan politik dan ekonomi kaum Melayu, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan sebagainya secara terbuka. Parti PAS dilihat bersama dengan DAP dalam tuntutan yang tidak munasabah.

Perkara tersebut telah menimbulkan pengundi Melayu berkecil hati malah mendorong mereka menarik balik sokongan yang diberikan kepada PAS dalam PRU12. Ini jelas terbukti dalam pilihan raya kecil Manek Urai,Kelantan. Keputusan pilihan raya kecil Manek Urai jelas memaparkan kehakisan peratus sokongan Melayu terhadap calon PAS dan peningkatan sokongan pengundi Melayu terhadap calon BN.

Isu Teoh Beng Hock

Dalam pada itu, PR (PAS) dijangka akan membangkitkan kematian Teoh Beng Hock di Selangor sebagai isu utama untuk memikat hati pengundi Cina dalam pilihan raya kecil ini. Namun, sebahagian besar komuniti Cina didapati melahirkan perasaan puas hati terhadap usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam mencari kebenaran dalam kes kematian Teoh bagi menegakkan keadilan terhadap keluarga Teoh Beng Hock.

Kekuatan UMO dimantapkan

Memandangkan DUN N.11 Permatang Pasir terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, yang dianggap kubu kuat parti PKR, malah bersempadan dengan kawasan DUN N.12 Penanti, yang juga merupakan kubu PAS, ada pihak yang berpendapat bahawa kedudukan geografikal kawasan ini akan menguntungkan PAS berbanding dengan BN. Tetapi, pada hakikatnya, sebahagian besar pengundi Melayu di DUN ini adalah penyokong UMNO sejak dulu lagi, dan mereka dilaporkan meninggalkan BN dalam PRU12 kerana timbul masalah dalaman dalam parti UMNO. Masalah dalaman yang berbangkit tempoh hari telahpun diselesaikan dan dengan itu penyokong UMNO dijangka akan kembali menyokong calon UMNO dalam pilihan raya kecil ini.

PR menghadapi masalah dalaman

Sebaliknya, Pakatan Rakyat pula kini dilaporkan menghadapi sindrom masalah dalaman antara rakan-rakan bersekutu, terutamanya antara DAP dan PAS di negeri-negeri yang ditadbir PR. Malah, rakyat pelbagai kaum, terutamanya kaum Melayu dan India melahirkan perasaan tidak puas hati dengan PR kerana PR gagal menunaikan janji-janji pilihan raya. PR lebih menumpukan perhatiannya dalam mencari kesalahan kerajaan BN daripada menunaikan janji-janji dan menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat seperti dijanjikan dalam PRU12 tanpa mengira kaum, agama dan etnik. Perkembangan terbaru dalam medan politik dan hubungan antara parti-parti yang menyertai PR ini dijangka akan mempengaruhi pengundi di DUN Permatang Pasir menolak calon PAS dan memilih calon BN.

BN mampu membela semua kaum

Sebahagian besar rakyat Malaysia kini sedar bahawa BN merupakan satu pakatan yang tulen antara parti politik yang mewakili pelbagai kaum dan etnik di Malaysia yang bermatlamat membela, mempertahankan dan memartabatkan bukan sahaja agama Islam malah hak keistimewaan orang Melayu sambil memelihara kepentingan-kepentingan sah kaum bukan Melayu, termasuk agama, bahasa, kebudayaan warga bukan Melayu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Kesungguhan dan komitmen BN dalam perkara ini terserlah dan diberi nafas baru dalam konsep 1 Malaysia, yang diumumkan oleh Najib Tun Razak apabila beliau mengambil alih kepimpinan negara dan BN.

BN mampu menyedia peluang pekerjaan

Selain itu, rakyat sedar bahawa hanya BN mampu menyediakan pelbagai peluang perniagaan dan pekerjaan. Menurut laporan kerajaan PR dalam sidang DUN Pulau Pinang pada 11.8.2009, sejak 6 bulan kebelakangan ini, hampir 2,082 orang kehilanagan kerja di Pulau Pinang (Jan-1107,Feb-566,Mac-654,April-453,Mei-355 dan Jun-54). Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan PR yang dipimpin oleh DAP tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan bagi rakyat Pulau Pinang,malah mengurus ekonomi negeri dengan cekap.Ketidak cekapan PR akan membeban rakyat.

Tiada pendapatan yang mencukupi bagi orang Pulau Pinang akan menimbulkan masalah kurang kuasa membeli di kalangan rakyat. Maka, masalah ini dijangka akan merugikan pekedai-pekedai Cina yang mengharapkan pendapatan dari perniagaan kecil-kecilan di Permatang Pasir. Gejala terbaru ini dijangka akan menimbulkan kebimbangan di kalangan pengundi Cina bagi terus menyokong PAS dalam pilihan raya kecil nanti.

Sokongan BN meningkat

Berdasarkan perkembangan terbaru dalam medan politik di Malaysia sejak Najib mengambil alih teraju kepimpinan negara, terdengar desas-desus bahawa hampir 65% pengundi Melayu, 50% pengundi Cina dan 70 % pengundi India dijangka menyokong calon BN dalam pilihan raya kecil ini. Kedudukan inilah yang menyebabkan, malah mendorong Najib Tun Razak, selaku pengemudi BN, membuat kenyataan bahawa BN akan menunjukkan prestasi yang baik, malah mampu memenangi pilihan raya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009.

Peluang BN menang cerah

Ada yang mengutarakan pendapat bahawa bulan Ramadan akan memberi kemenangan kepada calon PAS. Sesungguhnya, bulan Ramadan bukan hanya akan memberi rahmat kepada PAS, malah akan mencucuri rahmat dan kejayaan kepada seluruh umat Islam, termasuk calon BN. Ramai penganalisis politik tempatan meramalkan bahawa mood politik rakyat Malaysia kini banyak berubah selepas PRU12, khususnya selepas Najib mengumumkan konsep 1 Malaysia dan diikuti dengan pengumuman dasar-dasar sosial dan ekonomi yang menyerlah kepentingan semua kaum.


Akhir-akhir ini, perjuangan PAS juga didapati lebih mengelirukan pengundi bukan Melayu kerana tindakannya tidak mengambarkan slogan 'PAS Untuk Semua". Tindakan pemimpin-pemimpin PAS jelas membayangkan 'PAS Untuk Muslim Sahaja' . Tindakan pemimpin-pemimpin PAS di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS menimbulkan kesangsian di kalangan pengundi Cina terhadap matlamat PAS. Kekeliruan dan kesangsian kaum Cina terhadap PAS dijangka akan mempengaruhi pemikiran politik pengundi Cina supaya menolak calon PAS dan memilih calon BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir. Ramai penganalisis politik berpendapat bahawa pengundi Melayu beralih menyokong calon BN di Manek Urai bukanlah sementara malah akan mengulang di Permatang Pasir.

Sumber: Wiramalaysia.blogspot.com

Terkini - 9.15 pg : Lawatan Tan Sri Muhyidin

0 Komen!!!
9.15 Pg : Tan sri Muhyidin melawat Pusat Undian SMK Sama Gagah dengan Tan Sri Koh Tsu Koon

9.00 pg : Lapan pusat mengundi DUN P.Pasir dibuka pagi ini

BUKIT MERTAJAM 25 Ogos — Sebanyak 39 saluran mengundi di lapan pusat pengundian pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir mula dibuka pukul 8 pagi ini.

Lapan pusat mengundi itu ialah di SJKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah.

Seramai 20,290 pemilih berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat yang baru setelah penyandangnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63 daripada Pas meninggal dunia kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Berikutan kekosongan kerusi itu, Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, sebagai calonnya manakala Pas diwakili Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Bagaimanapun, kedua-dua calon itu tidak mengundi di kawasan Permatang Pasir.

Daripada jumlah itu, 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan di satu dua tempat pada sebelah pagi dan hujan di beberapa tempat petang ini. -

Sumber : Bernama

Pastikan Pengundi Hantu PAS di Permatang Pasir tidak terlepas....

1 Komen!!!
Harap-harap di bulan puasa ni... hantu syaitan semua kena ikat...



Cuma masih ada hantu yang terlepas... pengundi hantu PAS.... sebab terlepas... maklumlah Nik Aziz.. syurga dan neraka dia boleh kompromi dengan malaikat... maklumlah Mursyidul AM PAS.. lebih hebat dari Nabi SAW..

Selamat mengundi Pengundi Permatang Pasir

0 Komen!!!

Hari ini genap 8 hari kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pasir dan merupakan hari terpenting iaitu hari pembuangan undi...

Kepada semua Pengundi Permatang Pasir.. selamat mengundi.. mengundilah dengan bijak... iaitu undilah BN iaitu parti yang telah lama terbukti mampu berkhidmat untuk rakyat.

Tetapi jika mahu juga ditipu dan memilih calon yang tidak mungkin membantu rakyat apatah lagi tidak dilantik EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang walaupun 'berpakat' tetapi PAS hanyalah melukut di tepi gantang.. Peranan PAS pun tidak diiktiraf Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Isnin, Ogos 24, 2009

Peringatan kepada Bangsa Melayu dan Umat Islam - Setakat berkuasa dinegeri Perlembagaan dibelakangkan

1 Komen!!!
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Kerajaan pakatan pembangkang di Selangor terus dibidas kerana sanggup membelakangkan Perlembagaan dalam isu pembinaan kuil di negeri itu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya membenarkan kuil dibina di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Beliau berkata, walaupun Perlembagaan memberikan hak kebebasan beragama kepada setiap individu tetapi mereka tidak boleh melampaui batas sehingga boleh menggugat keharmonian negara.

‘‘Kerajaan negeri Selangor perlu bertindak lebih serius dalam menangani isu pembinaan kuil yang dihadapi penduduk Selangor terutama di Shah Alam.

‘‘Berapa ramai penganut agama Hindu di Selangor sehingga kawasan majoriti penduduk Islam pun hendak dibina kuil,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terbaru, penduduk Taman Kota Kampung Sungai Rambai, Kuala Langat membantah rancangan membina kuil di kawasan tersebut yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Bantahan secara aman disertai kira-kira 250 penduduk sambil membawa sepanduk melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan sebuah pemaju perumahan.

Sebelum ini, kira-kira 200 penduduk di Seksyen 23, Shah Alam membantah keputusan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membenarkan pembinaan kuil di kawasan itu yang penduduk beragama Hindu hanya 40 orang.

‘‘Nyata sekali kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang meletakkan kepentingan politik lebih tinggi berbanding penduduk Islam,’’ katanya.

Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mengingatkan pihak tertentu jangan keterlaluan dalam tindakan mereka sehingga membelakangkan Perlembagaan.

‘‘Menteri Besar mempunyai rupa Melayu dan beragama Islam tetapi otaknya bukan Melayu dan jika tidak mampu menangani isu sedemikian, lebih baik letak jawatan dan lantik yang baru,’’ tegasnya.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar pula menyeru semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bangkit mempertahankan agama Islam yang kini diserang dari segenap penjuru.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mengambil kira bahawa majoriti penduduk di Selangor adalah Melayu yang beragama Islam dan perlu diberi lebih perhatian.

Menurutnya, tindakan Menteri Besar ketika ini seolah-olah menabur racun dalam pemikiran rakyat bahawa Islam itu bukan agama rasmi di negara ini.

‘‘Kealpaan memberi perhatian terhadap isu pembinaan kuil Hindu menyebabkan rakyat hilang rasa hormat terhadap kerajaan negeri,’’ ujarnya.

Sumber : Utusan Malaysia

Khamis, Ogos 20, 2009

Jelas salah di sisi Islam

3 Komen!!!
Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

NILAI 19 Ogos - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin berkata, ia selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh jawatankuasa itu pada tahun 2000 iaitu ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT.

Katanya, keputusan mengenainya telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat ke-188 pada Mac 2001.

"Justeru, dakwaan mengatakan pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti-parti tertentu diperlukan sebelum seseorang layak ke syurga atau neraka menyalahi ajaran Islam.

"Jawatankuasa juga berpendapat sesiapa yang mengajar atau menyebarkan pandangan dan fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar di Bangunan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini.

Abdul Shukor yang juga Naib Canselor USIM menambah, Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa "semulia-mulia manusia di sisi Allah adalah orang yang bertakwa".

Menurutnya, tidak kira warna kulit, bangsa, keturunan atau kepercayaan politik, asalkan individu itu soleh dan bertakwa maka orang itu mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.

Ditanya apa yang sepatutnya dilakukan oleh Nik Abdul Aziz setelah mengeluarkan kenyataan sedemikian, beliau percaya, Mursyidul Am Pas itu tahu apa yang perlu dibuat selain memintanya memperbetulkan kenyataan.

"Sebagai orang yang faham agama, saya fikir dia tahu apa yang perlu dilakukan.

"Cuma saya minta dia memperbetulkan kenyataan agar umat Islam tidak terkeliru dengan pandangannya yang dianggap tokoh agama," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan semua ahli politik agar tidak menggunakan agama hanya untuk kepentingan politik masing-masing.

"Tiada salahnya berpolitik. Tetapi apabila tiba kepada isu agama, bersatulah kita kerana Islam perlu diletakkan di tempat tertinggi di dalam kehidupan," katanya.

Sumber Utusan Malaysia

Bantahan rasmi Pengundi hantu PAS - Tuan rumah tidak kenal pengundi

0 Komen!!!
BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO negeri hari ini mengemukakan surat bantahan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan wujud keraguan dalam senarai pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Terdapat kes melibatkan pemilik sebuah rumah di Kampung Permatang Janggus yang tidak mengenali tujuh pengundi berdaftar menggunakan alamat kediamannya.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan berkata, berdasarkan senarai pengundi yang dikeluarkan, terdapat 14 pengundi beralamat di rumah tersebut.

Katanya, bagaimanapun apabila disiasat dengan pemilik rumah tersebut didapati hanya tujuh pengundi yang dikenali manakala selebihnya tidak dikenali.

''Pada kita ini adalah bukti jelas terdapat kemungkinan wujudnya apa yang dikatakan sebagai pengundi hantu kerana ada pengundi yang didaftarkan di alamat yang tidak diketahui siapa mereka oleh tuan rumah sendiri.

''Jadi kita minta SPR untuk siasat segera kes ini dan tanganinya secepat mungkin sebelum berlangsungnya hari pengundian 25 Ogos ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengemukakan surat bantahan tersebut kepada SPR yang diterima oleh Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Permatang Pasir, Masirah Che Ani di Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah di sini hari ini.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan turut hadir mengiringi rombongan Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Sementara itu, Ahmad yang ditemui pemberita kemudian berkata, terdapat satu lagi kes yang menyaksikan dua pengundi berketurunan Cina beralamat di rumah milik seorang Melayu.

Katanya, ia telah disahkan sendiri oleh penduduk yang turun hairan dengan kes seperti itu memandangkan rumah berkenaan turun temurun didiami oleh penghuni Melayu.

''Ini dua kes awal, saya tak menolak kemungkinan ada lagi kes yang meragukan seperti ini kerana ada yang menganggarkan seramai 3,000 pengundi hantu wujud di DUN ini.

''Jadi hari ini saya bersama Pemuda UMNO bukan sahaja mengemukakan bantahan rasmi tetapi juga mengemukakan bukti yang berkaitan.

''Perkara ini serius kerana kita ada bukti. Bukan macam parti lawan yang bercakap kosong saja mendakwa ada pengundi hantu sana sini tetapi tak ada pun bukti," ujarnya.

Sumber Utusan Malaysia

Kenyataan Rasmi Majlis Fatwa berhubung kenyataan Nik Aziz

1 Komen!!!
KENYATAAN PENUH PENGERUSI JAWATANKUASA MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

MERUJUK kenyataan yang dikeluarkan media pada 18 Ogos 2009 seperti Utusan Malaysia mengenai isu atau dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa penyokong/ahli UMNO tidak akan masuk syurga.

Sebenarnya isu ini telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan sejak tahun 2000 lagi dan keputusan muzakarah itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001 iaitu ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT.

Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti-parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka adalah salah menurut ajaran Islam.

Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan juga berpendapat sesiapa sahaja yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.

Sehubungan itu, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan ingin menasihatkan kepada umat Islam terutamanya kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Islam hendaklah berhati-hati dan tidak menimbulkan perkara-perkara yang tidak betul atau bidaah yang boleh mengelirukan dan memecah-belahkan umat Islam.

Kepada orang ramai, ingin saya nyatakan bahawa dalam ajaran Islam yang sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka.

Hanya Allah SWT sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya.

Oleh itu, janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan-pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita.

Selasa, Ogos 18, 2009

Perangai Nik Aziz sama macam Firaun

9 Komen!!!
Laporan berita hari ini menyebutkan Nik Aziz sekali lagi membuat kerja tuhan... iaitu menghukum orang masuk syurga atau neraka.

Laporan Bernama, "Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," kata Nik Aziz.

Begitulah mudahnya Nik Aziz mempermainkan hukum Allah SWT seumpama dianya 'tuhan' yang menentukan siapa masuk dan siapa tak masuk syurga. Sedangkan Allah SWT itu maha Pemurah dan Maha Penyanyang... Syurga itu ialah milik Allah SWT.. amal baik umat Islam bukanlah sesuatu yang pasti kerana masuk syurga hanya merupakan ehsan dari Allah SWT kepada hambanya. Begitu juglah neraka...

Apabila seorang manusia angkuh berlagak tuhan.. pasti kita tidak akan melupakan 'Firaun' yang menggap dirinya tuhan.. begitulah Nik Aziz dan Firaun sama sahaja... urusan tuhan yang menentukan siapa yang masuk syurga dan tidak. Manusia adalah hamba yang diperintah untuk beribadah kepada Allah ... Firman Allah SWT yang bermaksud 'tidak kau utuskan manusia dan jin hanya untuk beribadat kepadaKu'

Isnin, Ogos 17, 2009

Resolusi BPN 7 / 2009 : Anwar Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara kita !!

0 Komen!!!
1. BPN bersepakat mengutuk Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat agama.

2. BPN sedar segala kecaman yang melampau batas terhadap institusi Raja dan agama Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca dari tindakan beliau yang membuka pintu kepada penghinaan tersebut samada nyata atau rahsia.

3. BPN mendesak agar si pengkhianat ini yang terus mengajak ke arah ketidakstabilan dan mengancam keselamatan awam agar ditahan dengan segera atau diusir dari Malaysia jika kita tidak ingin melihat negara kita akan terjerumus ke kancah peperangan saudara atau berlainan etnik agama dan fahaman politik mereka.

4. BPN juga meminta kerajaan turut mengusir sesiapa sahaja yang berkeras ingin menyentuh perkara sensitif seperti Raja dan Agama Islam agar turut diusir keluar dari negara kita tidak kira dari apa jua bangsa atau agama mereka.

5. BPN akan terus berkempen agar rakyat menolak si pengkhianat ini dan juga sesiapa sahaja yang menyokong idealisme perjuangan songsang beliau dari terus diberikan ruang di tanah Malaysia.

6. BPN menyeru rakyat Malaysia membantu usaha menolak tokoh pengkhianat moden ini yang terang terangan telah banyak melanggar undang-undang negara kita dan sibuk mencari idea untuk menjatuhkan pemimpin negara walaupun telah menyebabkan urusan kebajikan rakyat sudah tidak lagi terbela di negeri yang mereka telah diberi kuasa.

Yang benar,

Panglima Perang Cyber,

Taktik kotor PAS - 1000 pengundi hantu dikesan di Permatang Pasir

2 Komen!!!
Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000
pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.

"Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR," katanya.

laporan Bernama.

Pilihanraya Kecil Permatang Pasir bermula

0 Komen!!!
Rombongan Barisan Nasional (BN) mula bergerak ke pusat penamaan calon diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama calon BN, Rohaizat Othman, dan pemimpin Umno serta BN lain.

Calon Pas, Salleh Man diiringi ribuan penyokong pakatan pembangkang tiba di pekarangan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini kira-kira pukul 8 pagi.

Salleh diiringi beberapa pemimpin parti pembangkang antaranya Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, dua Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Proses penamaan calon akan dibuka tepat pukul 9 pagi.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Isu arak Selangor macam selesai tapi Isu Hasan Ali tetap tak selesai

1 Komen!!!


SHAH ALAM, 13 Ogos (Bernama) -- Jawatankuasa disiplin sedang ditubuhkan bagi membolehkan wakil rakyat pakatan pembangkang membuat aduan terhadap sebarang salah laku ahli-ahli dari tiga parti pakatan itu, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Cadangan penubuhan jawatankuasa ini dikemukakan pada seminar Pakatan Rakyat hari ini. Jawatankuasa ini bukan tempat untuk menentukan hukuman tetapi sebagai tempat untuk berbincang mengenai aduan yang dikemukakan.

"Namun ahli parti masih boleh mengambil tindakan sekiranya mereka mahu," katanya kepada pemberita.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua baru-baru ini meminta pakatan itu supaya menubuhkan jawatankuasa disiplin untuk menghukum Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang mahukan exco kerajaan negeri dari DAP, Ronnie Liu dipecat berhubung isu rampasan arak.

Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata parti itu masih mahu menubuhkan jawatankuasa tersebut walaupun Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu penjualan arak di Selangor telah selesai.

-- BERNAMA

Amaran DAP - tindakan mahkamah terhadap media

0 Komen!!!
DAP akan mengambil tindakan mahkamah terhadap media, terutama Utusan Malaysia yang memfitnah pemimpin parti itu membabitkan isu agama Islam.

Berita harian melaporkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata tindakan itu berikutan terdapat beberapa media yang cuba memfitnah pemimpin DAP membabitkan isu agama sehingga menimbulkan kontroversi di negara ini.

Rasanya kalau ikut media yang mainkan sentimen kebencian banyak lagi media Cina yang menimbulkan tidak puas hati kepada Bangsa Melayu... cuma orang Melayu tidak faham apa yang ditulis. itupun mujur Utusan malaysia mengambil langkah proaktif untuk menterjemahkan tulisan akhbar Cina di surat khabar tersebut.

DAP Fitnah Islam takpa ... tapi jangan DAP difitnah... tindakan mahkamah akibatnya.

Jahil bukan alasan hina Islam

3 Komen!!!
Oleh WAN NORAZAH WAN CHIK
rencana@utusan.com.my

KENYATAAN Mursyidul Am Pas kelmarin mungkin boleh ditafsirkan begini: Kita bebas berkata apa sahaja jika kita jahil mengenai sesuatu perkara. Dan mungkin memang begitulah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Jika dibaca secara tersurat mahupun tersirat, maknanya tetap sama.Pemimpin yang digelar Tuan Guru itu mengeluarkan kenyataan mengelirukan. Tetapi ia pasti dapat diterima oleh pakatan pembangkang.

Mengelirukan kerana beliau menegaskan, tidak salah sekiranya pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan menghina Islam. Alasannya mudah. DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,'' tegasnya.

Jika kenyataan pembelaan oleh Nik Abdul Aziz terhadap DAP itu dijadikan pegangan, maka, maknanya kita juga boleh menghina agama lain. Jika ada yang melenting, berikan sahaja jawapan mudah. Kita jahil mengenai agama tersebut.

Sekiranya kenyataan Nik Abdul Aziz itu diterima pakai, maka "kejahilan" boleh menjadi alasan kuat untuk kita bebas menghina mana-mana agama.

Itu adalah hujah yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan itu ketika cuba menangkis kritikan hebat orang Melayu dan umat Islam terhadap sikap segelintir pemimpin DAP kebelakangan ini.

Bayangkan jika kenyataan tidak bertanggungjawab itu dipersetujui oleh semua orang. Soal sensitiviti akan diketepikan. Maka tidak akan ada lagi sebarang usaha untuk "menjaga hati". Kita bebas mengkritik apa sahaja walaupun sehingga ke tahap menghina.

Jika ada yang marah, jawab sahaja kita tidak faham tentang agama itu. Tidak perlu pun untuk mengeluarkan permohonan maaf.

Tetapi bayangkan sekiranya seorang pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan menghina agama Kristian, Buddha, Hindu atau Sikh.

Adakah Nik Abdul Aziz akan mengeluarkan kenyataan yang sama? Adakah beliau akan membela pemimpin UMNO tersebut dan memberitahu rakan satu pakatannya bahawa pemimpin UMNO itu boleh berbuat demikian kerana beliau tidak faham mengenai agama tersebut?

Adakah pembelaan itu akan dilakukan oleh Nik Abdul Aziz. Rasanya tidak mungkin. Jauh panggang dari api.

Penulis tidak faham apa sebenarnya yang dirasai oleh Nik Abdul Aziz. Adakah beliau tidak sensitif walaupun agama suci anutannya ini diperlekehkan dan dirujuk dalam ayat berbentuk makian dan carutan sekali pun? Adakah beliau tidak sedar kesan buruk yang sedang menanti?

Seperti biasa apabila timbul sesuatu isu membabitkan sensitiviti agama, Tuan Guru ini akan menempelak pemimpin UMNO. Dalam kenyataannya kelmarin, beliau menyalahkan sikap "pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam". Dan yang dimaksudkannya itu pastinya pemimpin dari UMNO. Menurutnya sikap itu menyebabkan agama itu tercemar dan telah disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Tidak sedarkan beliau bahawa pemimpin yang dikatakannya menolak Islam itulah, yang kini tampil mendesak tindakan tegas agar Islam tidak lagi dihina?

Namun apakah peranan Pas dalam soal ini? Ke mana perginya ulama-ulama dalam parti itu? Adakah fenomena menjaga hati rakan satu pakatan membuatkan mereka terus menjadi seperti harimau kehilangan taring? Sampai bilakah mereka akan terus diibaratkan seperti kucing yang telah dikembiri?

Sanggupkah mereka membiarkan penghinaan itu dibuat dari semasa ke semasa tanpa berani bersuara hanya kerana ingin menjaga perpaduan di dalam pakatan?

Sampai bila lagi ulama-ulama di dalam Pas akan terus berdiam diri? Adakah menjaga hati rakan di dalam pakatan lebih penting daripada mempertahankan maruah agama?

Kenapa Nik Abdul Aziz dan pemimpin Pas yang lain tidak boleh menjadi seberani Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Bukankah menegakkan kebenaran itu tuntutan agama? Jika salah perlu dikatakan salah, bukan sebaliknya. Ketepikan soal "menjaga hati", ini soal maruah Islam.

Harussani nampaknya sentiasa konsisten dalam semua kenyataannya. Tegas dan tidak pernah beralah pada desakan biar pun kedudukannya mungkin menjadi taruhan. Pastinya bagi beliau, yang penting adalah agama dan apa yang bakal dijawab olehnya di hadapan Tuhan nanti. Maka kenyataannya tidak pernah berunsur "menjaga batang leher sendiri".

Ketegasan Harussani boleh dilihat apabila beliau kelmarin menegaskan bahawa mereka yang tidak menghormati institusi raja dan agama Islam boleh keluar dari negara ini. Katanya, kedua-dua perkara termaktub di dalam Perlembagaan.

Seperti kata Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agama daripada dihina. Malah umat Islam tidak boleh menyokong penghinaan itu dengan apa pun alasan. Maka hujah bahawa orang bukan Islam boleh menghina Islam hanya kerana dia tidak memahami Islam tentu merupakan hujah yang tidak masuk akal.

Jadi, apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz untuk membetulkan keadaan ini? Beliau sekadar menegaskan Pas akan berusaha meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam.

Katanya, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

Jika kenyataan itu boleh diterima, maka maknanya Pas cuba memberi kefahaman tentang Islam kepada rakan-rakan bukan Islam di dalam pakatan dengan mendekati mereka melalui "forum, wacana dan perbincangan".

Namun rasanya Pas tidak melakukannya. Sekiranya ia mengambil pendekatan-pendekatan tersebut, sudah pasti apa yang dilakukan oleh Pas itu telah menemui kegagalan. Bayangkan pakatan Pas dengan PKR dan DAP telah pun dijalin sejak sekian lama.

Adakah tempoh tersebut masih belum cukup untuk Pas memahamkan pemimpin DAP mengenai Islam?

Atau mungkinkah pendekatan Pas itu tidak mendapat sambutan? Maka, rakan-rakan di dalam pakatan itu masih terus jahil tentang Islam dan akhirnya bebas menghina Islam hanya semata-mata kerana mereka 'tidak faham'.

Sepatutnya Nik Abdul Aziz telah memberitahu rakan-rakan di dalam pakatan bahawa lebih baik untuk mereka berdiam diri sekiranya mereka tidak arif mengenai Islam.

Tuan Guru ini sepatutnya memberitahu rakan-rakannya bahawa sikap bodoh sombong tidak menguntungkan sesiapa.

Namun nampaknya Nik Abdul Aziz dan Pas gagal berbuat demikian. Mungkin mereka tidak berani bersuara kerana bimbang tidak dapat merasai kuasa yang dijanjikan oleh DAP dan PKR.

Jadi, apa lagi yang boleh diharapkan daripada Mursyidul Am Pas ini jika beliau menganggap isu serangan terhadap Islam hanya melibatkan serangan ke atas kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO.

Beliau sendiripun sejak awal-awal lagi telah menyatakan keengganan untuk campur tangan dalam isu kontroversi rakan-rakan sepakatannya sama ada di Selangor mahu pun di Pulau Pinang.

Mungkin umat Islam dan rumpun Melayu yang tercalar hati akibat penghinaan oleh segelintir pemimpin DAP ini hanya boleh mengharap tindakan undang-undang seperti yang disyorkan oleh Polis Diraja Malaysia.

Apa yang pasti, kita tidak lagi memerlukan permohonan maaf kerana ia pasti akan berulang jika tiada tindakan tegas dikenakan ke atas puak-puak yang biadap terhadap Islam ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Kajian KDN - 21,444 atau 57% melihat ISA tidak kejam

0 Komen!!!

MOHD. ADHA MOHD. ZAIN


Malaysia kini melaporkan kontroversi unida ISA di undian portal berita Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang berakhir tengah malam tadi, melegakan mereka yang pro-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sebanyak 58 peratus atau 23,850 respons mengundi menyokong ISA "diteruskan dengan semakan" seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hanya 42 peratus atau 17,399 respons mahu akta kontroversi itu "dimansuhkan" bagi soalan keempat "Apa yang anda mahu dari ISA?" (lihat carta pertama), satu daripada dua soalan yang didakwa diseleweng akibat lonjakan mendadak dan luar biasa kelmarin.

Pada jam 4 petang 10 Ogos, hanya 1,333 respons mahu ISA disemak semula tetapi melonjak 1,069 peratus kepada 15,590 respons pada 1.45 petang semalam (lihat carta kedua).

Lonjakan luar biasa itu, berbanding hari-hari sebelumnya, mula dikesan tengah hari Isnin lalu - justeru mula menjadi subjek pertikaian sekumpulan pengguna internet di ruang diskusi Facebook.

Bagi soalan pertama, pada 10 Ogos, hanya 1,499 respons memilih jawapan ISA sebagai "undang-undang pencegahan" tetapi naik sehingga 887 peratus 14,807 respons.

Jumlah respons pula meningkat mendadak sebanyak 16,171 – dari 13,644 kepada 29,815 respons.

Ketua Komunikasi Korporat KDN, Jamilah Taib, juga editor portal berita tersebut berkata, kementerian tidak menyeleweng data tersebut seperti didakwa.

Sebanyak 57 peratus daripada 37,944 respons menganggapnya "undang-undang pencegahan."

Cuma macam biasa aku menyampah dengan laporan Malaysiakini yang memang kepala wartawan mereka dah mereng ke pembangkang. Jadi mereka akan ambil dari perpekstif negatif sahaja contohnya Keputusan muktamad bagi soalan pertama "Pada pandangan anda, ISA adalah ...", seperti di arkib siri undian di portal KDN itu - menunjukkan hanya 42 peratus atau 16,089 respons yang menyifatkan akta itu "kejam". Tapi bagi responden seramai 21,444 melihat ISA tidak kejam tidak pulak disebut....


Kalau dah jenis kepala mereng tu memang lah mereng jugak....


Istimewa DAP,Salman Rushdie, pelukis karikatur Nabi dikaca mata PAS

2 Komen!!!
Terlukis lah sejarah dunia apabila terdapat Parti Islam pertama yang bertapak didunia baru berusia 50 tahun tetapi telah membenarkan Islam dihina oleh pihak bukan Islam dan Lebih tepat ialah DAP. DAP dianggap lebih mulia kerana menghina Islam dan begitulah perbandingannya dengan Salman Rushdi dan Pelukis Karikatur yang hina NAbi.

Menurut utusan malaysia banyak pihak mempertikaikan kenyataan N.Ajis "Apa bezanya DAP dengan Salman Rushdie dan pelukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W sehingga ahli parti tersebut dibenarkan menghina agama Islam?"

Demikian soal bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang berang dengan sikap 'semua boleh' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk dalam aspek menghina kesucian Islam oleh penganut agama lain.

Katanya,, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang tidak mahu membantah tindak-tanduk pemimpin DAP dengan alasan parti tersebut bukan Islam dan kefahaman mereka terhadap agama suci itu tidak mendalam adalah alasan yang terlalu rapuh.

''Apa istimewanya DAP di mata Pas dan Nik Abdul Aziz sedangkan Salman diburu dan nyawanya difatwakan halal dibunuh kerana menghina al-Quran.

''Karikatur Nabi Muhammad pula menyebabkan seluruh umat Islam bangkit menentang termasuk ahli Pas. Mereka juga bukan Islam dan tidak mempunyai pemahaman yang mendalam tentang Islam," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Demikianlah akan masuk sejarah Islam Moden.. Parti Islam Semalaysia (PAS) membenarkan Islam dihina...


Khamis, Ogos 13, 2009

Syabas Tan Sri Harussani Zakaria kerana berani bercakap benar

4 Komen!!!
"Lucut Kerakyatan" itulah nada tegas Mufti Perak ini terhadap pihak yang menghina Intitusi Raja. Nada beliau itu susulan kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.

Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.

“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau. “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.

Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan.

“Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” katanya.

Pada masa yang sama, kata beliau, Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.

Saya percaya Tan Sri Harussani Zakaria pasti sekali lagi akan menjadi mangsa penghinaan pihak yang tidak berpuas hati atas kenyataan beliau.. yang pastinya tertumpu kepada 2 perkara iaitu:

1. Kenyataannya kepada penghina Institusi Raja pasti akan dieksploitasi oleh pihak pembangkang dan dilabel sebagi perkauman.

2. Bagi pihak menyokong Nik Aziz pula akan menyerang peribadi Mufti Perak ini seperti Blog Malaysiawave.

Tahniah kepada Tan Sri Harussani Zakaria kerana beliau merupakah satu-satunya ulama dan mufti yang berani bercakap benar... samada kepada Kerajaan mahupun Pembangkang...

Nik Aziz - DAP boleh menghina Islam

12 Komen!!!

Selepas ni boleh lah ramai lagi orang bukan Islam boleh hina Islam atas alasan kurang kefahaman. Begitulah juga sebaliknya orang Islam pun boleh hina agama lain kerana kurang kefahaman merupakan sesuatu yang diizinkan Nik Aziz.

Jika kurang kefahaman diambil ukuran bolehlah manusia ni melanggar undang-undang kerana kurang kefahaman, bolehlah manusia ni buat maksiat kerana kurang kefahaman. Adakah kurang kefahaman satu alasan yang wajar... apakah kurang kefahaman sesuatau menjadi ukuran untuk agama dan undang-undang.

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

“Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan,” katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat. Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

“Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang,” katanya. -

Nik aziz terlupa masa dia serang batang tubuh Nasarudin Mat Esa.. Nik Azik pun lupa DAP kata langkah mayat aku untuk tubuh negara Islam.. agaknya berapa banyak wacana PAS dan DAP dah buat untuk kefahaman Islam.. adakah orang seperti Ronnie Liew, Jeef Ooi, Lim Kit Siang dan Karpal Singh masih kurang kefahaman tentang Islam.

Nik Aziz terlupa tindakan Ronnie Liew halang penguatkuasa rampas arak atas arahan EXCO sehingga arak boleh dijual dimana-mana ikut suka hati peniaga!. Bukan setakat itu pula DAP dengan angkuh tidak akan menarik balik kenyataannya menghina Islam. Ulama PAS Nik Aziz pula sokong.... apa jenis umat Islam ni menyokong pihak menghina Islam...

Adakah hukum menghina Islam berdasarkan pihak yang menghina... jika sekutu kita hina Islam tak pa... tetapi jika bukan sekutu tak boleh?... apakah jenis hukum yang memilih-milih ini. Bagaimana Islam boleh dilihat sebagai agama yang membawa keadilan jika hukumnya boleh dipilih-pilih.

Patutpun Hudud PAS Kelantan dan Terengganu ditolak jika inilah yang dinamakan Hukum Islam. Tiada keadilan, diskriminasi, kabur.. Jahanam jika Islam dipimpin manusia sebegini...

Orang Melayu dan Islam patut malu kerana ada pemimpin bergelar 'ulama' yang kini menjual Islam.

Rabu, Ogos 12, 2009

Isu artikel Murtad majlah Al-Islam - penganut Katholik masih tidak berpuas hati

0 Komen!!!
Sebagaimana Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Pada 8 Julai lalu, Sudhagaran dan rakannya Joachim Francis Xavier membuat aduan polis berhubung isu penyamaran wartawan majalah itu Muhd Ridwan Abdul Jalil sebagai penganut Katholik bagi menyiasat khabar angin terdapat usaha memurtadkan gadis Islam.

Selepas membuat laporan polis lebih sebulan, penganut Katholik masih tidak berpuas hati dengan kelewatan tindakan terhadap wartawan Al-Islam yang didakwa menghina agama itu. "Sampai hari ini tidak ada apa-apa. Sedangkan kita dimaklumkan siasatan telah selesai. "Tidak dengar pula hendak dakwa (wartawan itu) atau bagaimana," kata seorang penganut agama itu Sudhagaran Stanley.

Tindakan Muhd Ridwan mengikuti upacara Kristian di dua gereja di Kuala Lumpur – termasuk memakan roti suci yang disuapkan oleh paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar – dianggap menghina Katholik dan menimbulkan provokasi.

Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Sudhagaran berkata, beliau dan Persatuan Peguam Katholik akan mengunjungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada Isnin depan bagi menyatakan kekecewaan mereka itu.

Mengulas siasatan terhadap aduan mereka di balai polis daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Sudhagaran berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa siasatan kes itu sudah selesai.

"Cuma, katanya, hanya tunggu arahan atasan (untuk tindakan selanjutnya)," kata Sudhagaran.

Artikel kontroversi itu "Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad" diterbitkan dalam edisi Mei lalu.

Artikel itu yang menceritakan pengalaman wartawan di gereja dimuatkan di halaman 28-30 yang menfokuskan isu "Al-Islam Masuk Gereja Cari Gadis Bertudung Murtad".

Bagaimanapun siasatan majalah tersebut tidak menemui isu murtad seperti khabar angin yang sering kedengaran dalam masyarakat Islam.

"Apa pun, sepanjang tinjauan yang dibuat, kami dapati dakwaan-dakwaan yang mengatakan ramai remaja Melayu dimurtadkan di gereja-gereja pada setiap hari Ahad tidak kami temui.

"Yang ada hanyalah mereka yang berwajah Melayu tetapi berasal dari Sabah yang menganut Kristian sejak lahir," artikel itu dipetik.

Penulis turut memuji akhlak penganut Kristian di gereja.

"Sewaktu kami membuat tinjauan ini, kami berasa amat kagum melihat akhlak mereka yang hadir.

"Mereka sangat menghormati satu sama lain dan sangat mudah mesra kerana mereka sangat berpegang kepada konsep kasih sayang dan hormat menghormati," tulis Muhd Ridhwan.

"Mereka turut berjabat tangan dan diikuti dengan senyuman yang manis dengan kami apabila paderi memberi arahan ramah dan mesralah bersama saudara-saudaramu."

Jika dilihat dari artikel yang dikeluarkn oleh Majalah AlIslam sebenarnya tiada unsur untuk menghina Katholik, cuma apa yang dibuat hanyalah untuk menyiasat, merisik dan mencari kebenaran dan bukanlah memalsukan laporan berita atau memberi gambaran buruk kepada katholik... hanya yang dipertikaikan adalah adegan memakan roti suci yang disuapkan oleh paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar – dianggap menghina Katholik dan menimbulkan provokasi, bukanlah menghina Katholik sebagaimana penulisannya..

Dalam perlembagaan Persekutuan walaupun agama lain boleh diamal "Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4)". Jika mereka mengamalkan agama dengan mamtuhi undang-undang dan tidak bersalah dengan undang-undang.. jadi amalkanlah agama mereka... tiada sekatan... inilah tolak ansur yang telah diamalkan beberapa dekad lamanya. Namun jika menyalahi peraturan barulah ianya akan dilarang pada perkarang yang menayalahi undang-undang.

Apapun tahniah sekali lagi kepada wartawan Al Islam untuk mencari kebenaran..

UMNO Permatang Pauh tidak kemukakan calon

0 Komen!!!
Mungkin ini adalah keputusan terbaik yang pernah dibuat oleh UMNO Permatang Paub iaitu sebulat suara memutuskan untuk tidak mengemukakan nama bakal calon untuk bertanding di DUN Permatang Pasir. Ini bermakna calon akan diambli dari luar kepompong UMNO Bahaggian itu.

Menurutnya, calon-calon yang disenaraikan itu adalah anak tempatan dan berumur antara 40 dan 60 tahun. "Calonnya adalah dari golongan profesional, mampu berkhidmat, diterima masyarakat, mempunyai ramai saudara di kawasan itu dan anak tempatan Permatang Pauh," katanya sambil menjelaskan bahawa semua calon yang disenaraikan adalah muka baru. Menurutnya, nama calon akan diumumkan pada 4 petang Jumaat ini serentak dengan pelancaran jentera pilihanraya BN Permatang Pasir.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan pula berkata penyokong PAS di Permatang Pasir seharusnya sedar bahawa parti itu tidak diberi pengiktirafan sewajarnya oleh kerajaan DAP-PKR Pulau Pinang.

"Pada tahun 1999 MIC pernah menang satu kerusi sahaja tetapi tetap diberi jawatan exco dalam kerajaan negeri (pimpinan BN) dan ini menunjukkan semangat setiakawan dan keikhlasan antara parti komponen BN," katanya selepas menyuarat mengenai persediaan pilihan raya kecil itu malam tadi.

Tetapi, katanya, kerajaan Pulau Pinang sekarang mengetepikan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri walaupun Mohd Hamdan merupakan wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri.

Ahmad juga berkata walaupun PAS menang dengan majoriti besar pada pilihan raya umum lepas, ia tidak bermakna penduduk kawasan itu tidak akan berubah fikiran pada pilihan raya kecil ini.

"Pada tahun 1995 kerusi Permatang Pasir dimenangi oleh BN. Pada tahun 1999, 2004 dan 2008 pula BN kalah kepada calon PAS. Ini bermakna fikiran rakyat sentiasa berubah," katanya.

Tindakan UMNO bahagian kali ini berbeza dengan yang dahulu.. nampaknya lebih matang dan bersatu padu.. mungkin kekerapan Pilihanraya kecil yang diadakan mengajar sesuatu kepada mereka...

Namun apa yang penting jika UMNO mampu memang pastinya ianya amat mengejutkan.. namun jika setakat dapat mengurangkan majoriti PAS dengan julah yang besar sudah memadai... tapi menang lagi bagus..

Pendekatan berbeza BN di Permatang Pasir

0 Komen!!!
Rasanya memadai jika BN hanya menumpukan kawasan yang mereka mernang sahaja.. dan pandekatan ini patut dibuat lama dahulu

"Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi, Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka. Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu," kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Baguslah begini... paling kurangnya penghargaan kepada mereka yang menyokong BN.. yang tak sokong sokong tu... jika mahukan pembangunan mintalah kepada pemimpin atau parti yang mereka sokobng.

Memfitnah Sultan Perak - Perbicaraan Kes Karpal Singh bermula

0 Komen!!!

Tidak lupa diingatan orang Melayu mengenai tindakan Karpal Singh untuk menyaman sultan Perak akibat krisis Perak dan sebelum itu isu pelantikan Pengarah Jabatan Agama Negeri Perak.

Bermula hari ini, Perbicaraan kes Karpal Singh yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah dengan pendakwaan memanggil saksi pertama wartawan Utusan Malaysia, Mohd Nizam Yatim.

Di dalam Perlembagaan Negara, Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutuan ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.

Perkara 153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain.

Jika dilihat secara biasa mungkin ini hanya saman biasa oleh rakyat dan pemerintah namun jika dilihat darii sudut kenegaraan dan politik, ini adalah agenda politik keji oleh DAP yang secara khusus mengkeji orang Melayu dan seluruh institusinya.

Raja Melayu samaada di Persekutuan dan Negeri merupakan ketua utama Persekutuan atau Negeri yang melindungi orang Melayu dan agama Islam. Tindakan Karpal Singh ini perlu dilihat sebagai usaha memijak kepala orang Melayu dan Institusinya.

DAP biadab kerana sokongan Melayu pembangkang

0 Komen!!!
KELANTANGAN DAP terhadap orang Melayu dan agama Islam yang semakin bersemarak sejak akhir-akhir ini sebenarnya berpunca daripada orang Melayu Islam sendiri.

Mereka mendapat sokongan daripada segelintir manusia yang mengaku Islam tetapi bersekongkol dengan parti yang terang-terangan anti-Islam.

Keangkuhan segelintir masyarakat daripada kaum lain yang bukan beragama Islam telah merosakkan hubungan harmoni yang sekian lama terjalin antara pelbagai kaum di negara ini.

Kerakusan mereka juga membuatkan sesetengah akhbar berbahasa Mandarin begitu berani mengkritik dan mempersendakan akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia. Ia terbukti menerusi terjemahan akhbar Cina di akhbar ini, semalam.

Keberanian mereka ini mungkin kerana kerajaan kita bersikap terlalu berlembut. Yang membantah dan menentang hanyalah suara-suara Melayu dari UMNO. Yang membuat bising dan melaporkan kemarahan ini adalah akhbar Utusan Malaysia. Akhbar Melayu ini dituduh "hanya membawa agenda Melayu dan laporannya tidak boleh di percayai melainkan tarikh surat khabar sahaja yang betul" - China Press, 7 Ogos.

Kerana tiadanya bantahan dari kerabat mereka dari Pas dan PKR (yang mana arak juga dihalalkan kerana dibenarkan oleh orang Cina dalam DAP) maka kuasa bersuara UMNO telah pincang dan lemah.

Permohonan maaf bagi setiap kebiadaban tidak akan merubah apa-apa. Lihat sahaja kelantangan pemimpin Cina DAP ini dalam penghinaan mereka terhadap Islam. Setakat minta maaf tidak akan menjadi kudis kepada mereka. Itupun permohonan maaf kerana terpaksa. Lepas minta maaf, mereka akan ulangi lagi dan minta maaf lagi. Itu sahaja yang dipinta oleh orang Melayu dan kerajaan. Hanya kemaafan.

Bagi saya, sebilangan pemimpin dalam DAP ini sudah terlalu biadab sehinggakan tidak tahu lagi erti sopan dan berbudi. Mereka tidak boleh ditegur dan dikritik. Bangsa mereka tidak boleh disentuh. Haram bagi bangsa Melayu dari UMNO untuk menegur mereka. Jika ditegur dan dikritik, kita dilabelkan sebagai rasis. Lihat apa terjadi kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebilangan pemimpin DAP ini sebenarnya mendapat sokongan kuat dari bangsa Melayu sendiri. Mereka disokong oleh pemimpin Melayu pengkhianat bangsa dan negara. Melayu pengkhianat ini dan dibantu oleh konco-konco yang tamak kuasa yang kini berada di Selangor telah menyemarakkan lagi api keberanian pemimpin DAP ini. Inilah punca segala kebiadaban dan kurang ajar mereka terhadap agama Islam dan negara.

Saya tidak memperkatakan tentang mereka yang beragama Islam dalam Pas kerana pendokong parti Islam Pas ini boleh diibaratkan seperti "kucing jantan yang telah dikasi". Itulah Pas dalam pakatan pembangkang.

Kepada kaum bukan Melayu yang masih cintakan Malaysia, tuan-tuan usah risau kerana ini semua hanya ditujukan kepada mereka yang biadap sahaja. Kalau ada yang terasa pedih, perasaan orang Islam yang dihina tentunya lagi pedih berbanding ini.

Kepada pihak berkuasa, amaran mungkin sudah tidak berguna lagi kepada manusia spesies ini. Kenakan sahaja tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau tarik balik kerakyatan mereka. Itu sahaja hukuman yang selayaknya buat mereka. Jangan cuba menjadi Belanda mendapat tanah.

Isu Liwat - Anwar semakin terdesak

1 Komen!!!
Kenapa Anwar takut sangat menghadapi perbicaraan kes Liwat Saiful Bukhari.. di manakah keadilan untuk saiful bukhari... jika Anwar inginkan sangat slogan 'keadilan'..

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya itu, menyatakan "wujud bahaya sebenar bagi berat sebelah" sebagai satu daripada alasannya. Beliau mendakwa beliau mempunyai kes yang kukuh dan terdapat beberapa perkara yang boleh dibangkitkan daripada segi undang-undang dalam permohonannya itu.

Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.

Anwar berkata permohonan itu dibuat kerana terdapat "kebimbangan munasabah bagi berat sebelah dan/atau wujud bahaya sebenar bagi berat sebelah" oleh para responden terhadapnya.

Persoalannya.. Jika beliau ada bukti kukuh, maka buat perbicaraan dalam mahkamah... biarlah bukti dan bukti dibandingkan...

apa dah... lidah pengkhianat bangsa ni... memang berbelit...

Sabtu, Ogos 08, 2009

Siapa yang Najib tangkap guna ISA?

2 Komen!!!
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Kerajaan tidak akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alat politik sebaliknya ia hanya akan dikenakan terhadap mereka yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian itu adalah jelas menerusi tindakannya pada hari pertama menjadi Perdana Menteri apabila mengumumkan untuk membebaskan 13 tahanan ISA.

''Sampai sekarang ini bebas, termasuk kumpulan Hindraf kerana kita tidak gunakan ISA sebagai alat politik. "Lepas saya jadi Perdana Menteri, tidak ada seorang pun rakyat Malaysia ditahan oleh kerajaan di bawah akta ini, jangan bimbang, tak ada.

''Kita hanya akan gunakan untuk orang yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat. Kalau tidak buat barangkali peristiwa letupan bom di Jakarta dan Mumbai boleh berlaku di negara kita," katanya.

"mmmm... Yang pembangkang berdemonstrasi.. siapa ahli politi yang ditangkap ISA sebenarnya di zaman Najib.... jawapannya tiada.."


Menurut Najib, ISA tidak perlu digunakan terhadap orang politik kerana kerajaan ingin mendapatkan mandat memerintah daripada rakyat menerusi pilihan raya.

''Kita hendak menang dalam masa pilihan raya. Kita tidak takut, Barisan Nasional (BN) akan lawan kerana kita berada di atas landasan yang benar, berjuang untuk kepentingan rakyat," tegas.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perhimpunan haram Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Sabtu lalu, Najib berkata, kumpulan terbabit tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana beliau telah mengumumkan ISA akan tetap dipinda.

''Akan dipinda. Tunggulah dulu apa pindaan kita, kenapa gatal sangat hendak buat demonstrasi jalanan.

''Kalau parti pembangkang hendak main politik, lantak mereka. Saya boleh sediakan stadium, kalau tidak cukup, Stadium Nasional pun kita boleh bagi, bertempiklah sampai Subuh.

''Tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ini merosakkan kepentingan rakyat. Kalau kepentingan rakyat terjejas, kita akan pertahankan, ini pendirian kerajaan BN," tegasnya.

Kemerdekaan menuntut keinsafan anak bangsa

0 Komen!!!


Oleh Mior Kamarul Shahid
mkamarul@nstp.com.my


RAKYAT perlu mengenang detik kemerdekaan yang dipelopori Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 hingga menyebabkan negara kita aman dan sejahtera sehingga kini.

Rakyat perlu mengisi makna kebebasan hasil perjuangan nasionalis sejak zaman penjajahan

MULAI 1 Ogos lalu, negara memasuki bulan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Ini adalah kali ke-52 negara menyambut ulang tahun kemerdekaan untuk memperingati tarikh keramat negara bebas daripada belenggu penjajah. Walaupun bulan kemerdekaan sudah memasuki minggu kedua, suasana kemerdekaan tidak pun dirasai, berbeza dengan suasana Ramadan, apatah lagi Aidilfitri. Ini mungkin kerana sudah terlalu banyak pesta di negara ini. Sungguh malang kerana hari pertama bulan kemerdekaan pada 1 Ogos lalu diwarnai dengan kekecohan perhimpunan haram Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) di bandar raya Kuala Lumpur. Ia menjadi bahan perbualan hingga ke hari ini.

Sehari demi sehari berlalu tanpa sedikit pun rakyat merasai kemeriahan suasana bulan kemerdekaan. Pada malam 31 Ogos nanti, walaupun sambutan meriah akan diadakan di tempat terpilih, belum pasti roh kemerdekaan dapat menyerap ke dalam jiwa bangsa Malaysia. Ramai yang datang untuk menyambut detik-detik kemerdekaan pada malam berkenaan, adalah semata-mata untuk menyaksikan persembahan pentas, menyanyi dan menari. Pada malam itu nanti ramai anak-anak remaja mendapat pasport daripada ibu bapa untuk keluar rumah dan balik hingga lewat malam dengan alasan untuk menyambut hari kemerdekaan. Meskipun turut melaungkan seruan "Merdeka, Merdeka, Merdeka" apabila jam tepat menunjukkan pukul 12 malam pada 31 Ogos nanti, ia hanyalah laungan bergemuruh yang tidak ada bezanya dengan laungan pada sambutan tahun baru setiap tahun di hotel-hotel dan pusat-pusat hiburan. Bagi kumpulan bersemangat kebangsaan yang tebal, keadaan ini sangat membimbangkan mereka kerana menganggap terhakisnya semangat nasionalisme bangsa. Kumpulan ini menganggap masyarakat hari ini gagal mengagumi, apatah lagi menghayati sejarah. Sekiranya mereka dipilih sebagai pemimpin akan datang, ia akan mempercepatkan proses negara tergadai dan berlaku penjajahan baru oleh kuasa-kuasa besar.

Sikap kumpulan nasionalis ini berbeza dengan golongan berfikiran liberal. Mereka tidak bimbang kepada sikap generasi hari ini kerana menganggap ia adalah perkara biasa dalam tamadun manusia. Bagi golongan ini, apa yang mereka tahu ialah kebebasan bermakna rakyat sewajar diberi hak mutlak dalam segala bidang. Kumpulan ini memandang ke depan dan mahu rakyat menguasai ilmu tanpa perlu menoleh ke belakang. Bagi mereka, jika masyarakat tidak menguasai ilmu, mereka akan ketinggalan.

Pengertian kemerdekaan mempunyai semangat dan rohnya tersendiri. Penghayatannya juga berbeza daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Bagi seseorang yang berusia 70-an ke atas hari ini, mereka adalah kumpulan yang pernah hidup pada zaman Perang Dunia Kedua yang merasai pahit getirnya kehidupan pada zaman penjajahan British. Sebelum itu, mereka juga melalui pengalaman ketika pemerintahan Jepun, makan ubi kayu bakar dan bersembunyi di bawah tanah apabila diburu pengganas Komunis. Pengalaman mereka bersekolah, jauh beza daripada anak-anak zaman moden hari ini. Berkaki ayam hingga kaki keras berkematu, adalah perkara biasa.

Bagi golongan ini, sewaktu Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka, Merdeka, Merdeka", ia adalah seruan paling beremosi dan ramai yang mengalirkan air mata kerana mereka faham erti kebebasan.

Bagi mereka yang berusia 40 dan 50-an hari ini, kisah kehidupan zaman perang, pemerintahan Jepun dan penyeksaan hidup pada zaman Komunis, sudah mula menjadi cerita penglipur lara bila ayah atau datuk nenek menceritakan kisah lampau mereka sebelum ini. Kumpulan ini tidak dapat menggambarkan keadaan kehidupan zaman sebelum mereka, apatah lagi menyelami pengalaman yang dilalui datuk nenek mereka. Ketika ayah bercerita kisahnya menelaah buku di bawah lampu minyak tanah atau membeli nasi lemak dengan harga lima sen sebungkus, mereka hanya mendengarnya tanpa emosi dan simpati. Sukar bagi mereka mendalami keadaan itu yang menyebabkan perbualan ibarat percakapan antara itik dengan ayam.

Ketika tiba 31 Ogos setiap tahun, anak-anak muda hari ini juga tidak ketinggalan melaungkan ungkapan "Merdeka, Merdeka, Merdeka", tetapi tidak siapa yang dapat membaca emosi mereka. Apakah mereka benar-benar faham erti kebebasan atau sekadar terikut-ikut dengan laungan untuk menggemakan suasana.

Anak-anak hari ini mempunyai cita-cita yang jauh berbeza daripada cita-cita dan pemikiran masyarakat pra dan pasca kemerdekaan. Keadaan ini berlaku kerana mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh luar melalui pelbagai saluran dan media. Dengan kemajuan teknologi komunikasi dan telekomunikasi, anak-anak yang berusia belasan tahun, seterusnya mereka dalam lingkungan 30-an dan 40-an, mewarisi pemikiran moden. Mereka mungkin faham bahawa sambutan Hari Kemerdekaan adalah detik memperingati kejayaan negara yang berjaya membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Disebabkan tidak pernah mengenal erti penjajahan, sama ada secara fizikal dan pemikiran, mereka tidak pernah menganggap mereka pernah dijajah. Pengalaman tidak pernah mengajar mereka penyeksaan hidup dijajah. Anak-anak hari ini tidak pernah merasa tidur dalam kerlipan pelita minyak tanah kerana setiap masa mereka membesar di dalam bilik berhawa dingin. Bagaimana mereka boleh memahami erti mandi di perigi, sedangkan mereka tidak pernah melihat perigi. Mereka hidup dalam zaman moden yang lama kelamaan menghakis semangat nasionalisme bangsa.

Realitinya, golongan muda hari ini mula tidak memahami erti sejarah kerana mereka belajar sejarah semata-mata untuk tujuan peperiksaan. Bagi semua bangsa Malaysia, mereka hanya akan memahami erti kemerdekaan sekiranya mereka menghayati erti keperitan hidup. Tidak salah meniupkan pemikiran serta jiwa merdeka kepada anak-anak bangsa kerana merekalah yang akan menyelamatkan negara daripada sebarang ancaman pada masa akan datang. Kemerdekaan negara akan hancur sekiranya rakyat berpecah belah.

Dalam suasana kemerdekaan yang sedang disambut hari ini, orang Melayu yang berpecah belah, masih belum dapat ditautkan semula. Ini adalah suasana yang amat malang bagi bangsa Melayu kerana kedudukan mereka sebagai tulang belakang bangsa Malaysia. Bolehkan kita mengatakan bahawa orang Melayu sebagai masyarakat berwawasan sedangkan mereka sendiri terus berpecah belah. Orang Melayu mempunyai sikap prejudis sesama sendiri. Daripada kata-kata, mereka dilihat tidak jujur sesama sendiri hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza walaupun seagama. Di depan cakap lain, di belakang cakap lain. Hari ini puji, esok dikeji. Bila mereka bercakap di khalayak ramai orang mula melemparkan kata-kata mereka bercakap lain di mulut, lain pula di hati. Jika orang yang dihormati bercakap berbelit-belit, bagaimana ia boleh menjadi teladan kepada bangsa dan seagama. Inilah dilema orang Melayu hari ini.

Usaha mengisi kemerdekaan, tidak ada hadnya. Ia perlu diteruskan hingga kepada generasi akan datang walaupun ketika itu sejarah negara zaman silam sudah ditinggalkan jauh. Jika sejarah hari ini yang dijadikan sandaran, bermakna bangsa Malaysia hanya melihat kepada pergolakan bangsa Malaysia yang berlaku di depan mata kita hari ini. Itulah sebabnya dalam apa keadaan sekali pun, apabila tiba bulan kemerdekaan nama-nama pemimpin negara bermula daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disebut kerana setiap mereka mempunyai peranan membina bangsa dan negara. Begitu juga dengan pemimpin hari ini dan mereka yang akan mewarisi pimpinan negara pada masa akan datang, tetap disanjung. Setakat ini, semua pemimpin yang menerajui negara mempunyai jasa kepada negara berasaskan kepada waktu dan ketika pentadbiran mereka. Semua mereka menyambung tugas menyedarkan rakyat supaya memahami erti kemerdekaan. Bagaimana keadaan negara pada 50 tahun akan datang. Dari segi fizikalnya, kita yakin Malaysia akan lengkap serba serbi. Isunya ialah bagaimana pemikiran rakyat Malaysia pada 2057 nanti, apabila negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-100 tahun nanti.

Setakat ini, sejarah menyaksikan betapa kepemimpinan Umno masih berjaya menerajui perjuangan mencapai kemerdekaan dan mengurus cabaran kemerdekaan. Untuk 50 tahun akan datang, pastinya ia bermula hari ini.

Kongsi Link Anda