Popular Today

Selasa, Oktober 05, 2010

Orang Asli Kelantan hanya dipergunakan PAS untuk Pilihanraya Kecil

2 Komen!!!

Hari ini kerajaan PAS Kelantan dipuji melambung oleh orang asli kerana merasa diri mereka tidak dipinggirkan oleh kerajaan Negeri [rujuk sini].

Kita akan faham keadaan ini sebagai Ikhlas sekiranya tidak ada Pilihanraya Kecil akan datang.

Tapi apabila perhatian kepada orang asli apabila dah nak menjelang pilihanraya, kita faham ini bukannya ikhlas... macam kata P Ramlee.. baik ada makna..

Orang Asli ini hanyalah bahan mainan PAS Kelantan dan untuk dipergunakan.. jika tiada pilihanraya orang Asli ini entah ke mana.. ambil tahu pun tak de.. Sebelum ini kepimpinan PAS pun tak pernah jenguk mereka.. masa ni lah nak buat baik..

Entah-entah sebelum ini tak pernahpun Kerajaan PAS Kelantan bawa orang Asli ke kediaman Rasmi Menteri Besar.. biasalah nak pilihanraya ni kiranya nak buat baiklah.. maklumlah nak dapatkan undi.. itu tak kira yang dihulur kepada orang asli yang datang ni..

Untuk rekod, terdapat seramai 1996 orang pengundi dari masyarakat Orang Asli di dalam Dun Galas dan majoritinya dari suku kaum Temiang.

Nik Aziz semakin tunduk kepada Lee Kuan Yew

3 Komen!!!
Nik Aziz hari ini membuat kunjungan balas kepada Lee Kuan Yew sempena ziarah mendiang Isteri Lee Kuan Yew [rujuk sini].

Namun peliknya semasa Tuanku Sultan Kelantan gering di Singapura, Nik Aziz dan kepimpinan PAS negeri Kelantan langsung tidak melawat pun [rujuk sini]. Nampaknya Lee Kuan Yew lebih penting dari Sultan Kelantan dari pandangan Nik Aziz. Malangnya rakyat Kelantan dapat MB macam ni..

Lee Kuan Yew adalah Menteri Mentor Singapura yang bertanggungjawab terhadap penghapusan etnik Melayu di sana.

Etnik Melayu di sana bukan sahaja dipinggirkan bahkan ditindas akibat dasar yang dibuat Lee Kuan Yew. Akibatnya Melayu Singapura menjadi Melayu hina yang diberi jawatan tidak penting dalam kabinet Singapura dan lebih-lebih lagi tiada orang Melayu yang memegang jawatan penting dalam kerajaan Singapura akibat dasar diskriminasi ala aparteid yang diamalkan Lee Kuan Yew. Apatah lagi mengenai gerakan Islam Singapura yang terus mati akibat dasar Lee Kuan Yew.

Pada tahun lepas Lee Kuan Yew telah melawat beberapa negeri di Malaysia termasuklah negeri 'protege'nya Pulau Pinang dan Kelantan.

Pemergian Nik Aziz ke Singapura adalah satu pengiktirafan Nik Aziz terhadap segala tindakan jahat Lee Kuan Yew terhadap Melayu dan Islam... namun apa peduli bagi PAS.. apa yang penting bagi mereka ialah sokongan dan undi kaum Cina... pemergian Nik Aziz ini pastinya ada signifikan terhadap sokongan kaum Cina terhadap PAS.

Nik Aziz nampaknya kini semakin tunduk kepada Lee Kuan Yew dan Singapura..

Begitulah malangnya umat Islam di Malaysia ini apabila Tok Guru pun mengiktiraf tindakan jahat Lee Kuan Yew itu.

Tun Dr. Mahathir keluar hospital

0 Komen!!!
MELBOURNE Australia 5 Okt. — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Hospital Epworth di Melbourne pagi ini.

Beliau dimasukkan ke hospital itu sejak Sabtu lalu akibat jangkitan kuman.

Menurut seorang jurucakap hospital, Dr. Mahathir keluar dari hospital dengan semangat yang tinggi.

Beliau telah berada di hotel penginapannya dan akan kembali ke tanah air minggu ini. -Bernama

Baru 2 tahun perintah, harga air dah naik

3 Komen!!!
Syabas sekali lagi kepada rakyat Negeri kedah dan Pulau Pinang yang mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kerana membawa kenaikan harga air di negeri itu

Inilah negeri kebajikan yang hamPAS war-warkan kenaikan harga air dan sterusnya harga barang..

Azizan tuduh kerajaan BN dahulu yang menyebabkan kerajaan hamPAS naikkan tarif air.. tuduhan tersebut sebenarnya tidak berkaitan langsung kerana kenaikan harga Air di bawah tanggungjawab dan kuasa kerajaan Negeri. Kerajaan pusat tiada kuasa untuk memaksa kerajaan negeri naikkan harga air.

Bukan setakat naikkan harga bahkan kenaikan tarif air di Kedah terlalu tinggi sehingga 27 peratus dan ia begitu membebankan rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang "Saya faham semua kos telah meningkat, tetapi kenaikan itu sangat tinggi. Jika dinaikkan 10 peratus sahaja sudah memadai untuk menampung semua kos yang dikenakan,"

Bahkan kerajaan hamPAS berbohong ketika menafikan semasa pengkorporatan syarikat itu awal tahun lalu untuk menaikkan tarif air, adalah sandiwara semata-mata.
"Sekiranya Pakatan Rakyat prihatin terhadap rakyat Kedah, dan ikhlas terhadap janji-janji dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat, mereka harus mengambil langkah dengan serta-merta, sekurang-kurangnya menurunkan kenaikan tarif air daripada 27 peratus kepada 10 peratus," katanya.
Tan berkata, kerajaan negeri tidak boleh menaikkan tarif itu hanya kerana 17 tahun ia tidak dinaikkan iaitu sejak 1993, kerana mereka baru memerintah Kedah selama dua tahun.
"Mereka (kerajaan Negeri) tidak boleh mengambil kira semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Kedah. Itu hak kerajaan dahulu untuk tidak menaikkan tarif air kerana BN sangat prihatin dan tidak mahu rakyat terbeban," katanya.
Ini baru dua tahun hamPAS memerintah., dah naikkan harga air.. kalau 20 tahun perintah lingkuplah rakyat Kedah.. ingatkan kerajaan Pakatan ini hebat sangat untuk tangani masalah kenaikan haraga barang.. ya lah kalau dahulu merekalah yang asyik demonstrasi kanan dan kiri untuk menentang kenaikan harga barang [rujuk sini].. tapi kini mereka juga terpaksa menaikkan harga barangan.. kalau dahulu mereka jadikan BN sebagai modal kenaikan barang naik.. tapi sekarang menunjukkan mereka yang terpaksa menjilat ludah sendiri..

Ironinya bila kerajaan hamPAS dan Pakatan Rakyat sendiri naikkan harga Air pemimpin mereka membisu seribu bahasa.. hipokrit

Gagal mentadbir parti - Koh Tsu Koon patut letak jawatan

1 Komen!!!
Krisis Gerakan nampaknya semalam semakin teruk... setelah krisis kepimpinan di Pulau Pinang kini Koh Tsu Koon dikejutkan dengan pengumuman peletakan jawatan oleh Tun Dr Lim Keng Yaik.

Semalam Tun Dr. Lim Keng Yaik telah mengumumkan keputusannya melepaskan jawatan Penasihat Gerakan. Keputusan tersebut diambil kerana kecewa dengan kepimpinan Presiden, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang gagal mengambil tindakan proaktif menyelesaikan banyak isu melibatkan parti itu.

Walapun nasihat telah diberikan tetapi penggantinya itu yang menjauhkan diri daripada masalah.

"Malangnya beliau tetap berkelakuan begini. Apa maknanya untuk saya menjadi penasihat parti ini? Maka, saya akan serahkan surat peletakan jawatan sebagai penasihat kepada ibu pejabat Gerakan esok.

"Apakah hala tuju parti ini? Mungkin pengunduran saya ini akan menyedarkan beliau. Apa gunanya memberi nasihat kepada seseorang yang enggan mendengar," katanya.

Apa yang dikatakan oleh Tun Dr Lim Keng Yaik banyak rasionalnya.. seorang pemimpin perlu berani berdepan dengan masalah.. bukan nak bermain 'cantik sahaja'.. di depan umpama tiada masalah tetapi di dalam banyak permasalahan yang timbul.. dan lebih teruk tiada tindakan untuk menyelesaikan masalah dibuat..

Koh Tsu koon patut ambil tanggungjawab ini... buat tindakan atau letak jawatan... Kekalahan BN di Pulau Pinang adalah disebabkan Gerakan gagal berfungi dengan baik sewaktu Koh Tsu Koon jadi ketua Menteri.. sekarang banyak isu yang berlaku di Pulau Pinag tetpi Gerakan tiada bersuara satu pun terhadap DAP.. dan yang lebih banyak mainkan peranan adalah UMNO.. dimana komponen BN yang lain di Pulau Pinang... di mana Gerakan yang dianggap sebagai 'tauke' Pulau Pinang..

Jika Gerakan tidak mahu Pulau Pinang patut mereka serahkan kepada UMNO atau MCA... jangan mangambil kesempatan daripada kerja orang lain yang bersusah payah.. ramai yang boleh buat kerja.

Dulu mungkin Kos Tsu Konn boleh berselindung mengenai tahap kepimpinannya.. tetapi hari ini bila bekas Presiden dan juga penasihat Gerakan juga dah letak jawatan.. menunjukkan betapa lemahnya kepimpinan koh Tsu Koon...

Kongsi Link Anda