Popular Today

Sabtu, November 05, 2011

Salam Aidil Adha dari Aspirasibangsa

0 Komen!!!
Marilah kita bersama menghayati pengorbanan Rasulullah SAW..

Janganlah kita korbankan Agama kita yang kita anuti demi semata-mata untuk dapat dapat sokongan dan pengaruh politik orang Kafir.. Apatah Kafir ini mahu memusnahkan Agama dan bangsa kita..

Zulkifli : Pas gagal didik DAP

1 Komen!!!
Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh menolak hukum hudud
dan mendakwa bahawa pelaksanaannya hanya meningkatkan kadar jenayah membuktikan kegagalan Pas menjelaskan hukum Islam kepada rakan-rakannya dalam
pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Pas bukan sahaja gagal mendidik rakan-rakannya terutama daripada DAP tentang Islam, malah parti tersebut juga dilihat semakin tersasar dalam memperjuangkan agama itu.

Katanya, usaha Pas untuk memperkenalkan Islam dan memberi kefahaman mengenai agama itu terhadap rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang langsung tidak
membuahkan hasil, malah perkara sebaliknya berlaku apabila Pas dilihat lebih banyak mengikut telunjuk DAP.

“Apabila Karpal tolak dan mendakwa hudud boleh menyebabkan jenayah meningkat, Pas salahkan orang lain, salahkan UMNO walaupun hakikatnya mereka yang gagal mentarbiyah rakan-rakan mereka daripada pakatan pembangkang untuk memahami
Islam.

“Mereka sebelum ini keliling kampung, mendabik dada di hadapan rakyat mengatakan perbezaan mereka dengan UMNO kerana mampu mendidik rakan-rakan yang bukan Islam memahami Islam. Tetapi apa yang berlaku sekarang? “DAP semakin lantang menentang Islam, Pas pula semakin jauh dari perjuangan Islam.

Pas yang mendidik DAP atau DAP yang mendidik Pas?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, perjuangan DAP untuk menuntut kebebasan beragama dan
kesamarataan dari dahulu lagi tidak pernah berubah. Sebaliknya, Pas yang kini telah terjebak dengan ‘politik kelkatu’ semakin jauh tersasar
dari landasan perjuangan Islam.

“Pas terpengaruh dan terpesona dengan penguasaan Putrajaya yang didendang oleh Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menyebabkan mereka sanggup mengorbankan prinsip
Negara Islam yang diperjuangkan.

“Pas juga meminggirkan umat Islam apabila lebih suka mengikuti perhimpunan bersama golongan bukan Islam daripada menyertai perhimpunan yang bertujuan menyelamatkan
akidah umat,” ujarnya.>

Kongsi Link Anda