Popular Today
Isnin, November 02, 2009
1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Terselamatkah penyokong Hadi?
Bagaimana dengan Pas? Parti itu juga diambang perpecahan. Doa pemimpin tertentu Pas agar UMNO dimusnahkan nampaknya seakan menimpa parti itu. Sedangkan UMNO masih bertahan. Malah sokongan orang Melayu kepada UMNO meningkat, menandakan pemulihan kepada parti itu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.
Gesaan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang mahu diadakan Muktamar Agung Khas agar beberapa pemimpin yang pro Presiden, Hadi Awang 'dibersihkan' mendedahkan lagi gelora dalam parti tersebut. Gesaan Tok Guru itu bagaimanapun ditolak dan digantikan dengan seminar, yang dilihat tamparan kepada beliau. Cerita apa yang berlaku dalam mesyuarat tersebut sudah tersebar luas. Panas. Ada yang mencabar mahu meletakkan jawatan. Maknanya, mesyuarat tersebut tidak pun mengatasi kebuntuan sebaliknya mencetuskan lagi banyak persoalan dan kebimbangan?
Apakah terselamat kedudukan pemimpin yang mahu disingkirkan oleh Nik Aziz? Antaranya Timbalan Presiden, Nasharudin Mohd. Isa, Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor Dr. Hassan Ali.
Awang tidak fikir kedudukan mereka terjamin selamat kerana puak yang menyokong Nik Aziz khabarnya tidak mahu berdiam diri. Maka desas-desus Pas sudah terbelah dua semakin jelas. Satu kelompok menyokong Hadi dan mereka pernah menyokong idea pro kerajaan perpaduan dengan UMNO yang diilhamkan oleh Presiden Pas itu. Antara pemimpin yang pro Hadi selain Nasharudin, Mustafa dan Hassan ialah Harun Taib, Haron Din, Azizan Razak, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin Hassan Tantawi. Satu lagi memihak kepada Nik Aziz yang lebih condong kepada aspirasi PKR dan DAP sehingga memperlihatkan Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang. Nama yang selalu dikaitkan menyokong Nik Aziz ialah Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Mahfuz Omar dan Hatta Ramli. Kelompok ini juga dikatakan pro Anwar atau apa yang dilabel sebagai puak Erdogan. Mereka lebih simpati kepada Anwar dan sanggup mempertahankan beliau di sebalik isu moralnya sedangkan penyokong Hadi agak dingin kerana tidak mahu parti itu dijadikan alat kepentingan peribadi.
Dengan tindakan pre-emtif Nik Aziz menyerang beberapa pemimpin pro Hadi, beliau nampaknya mahu memperkasakan lagi puak Erdogan. Awang melihat ini sebagai tindak balas Nik Aziz setelah beberapa orang kanannya tewas pada pemilihan lalu termasuk Husam yang dikalahkan oleh Nasharudin. Mengaitkan dan menyalahkan UMNO adalah strategi pihak yang mendalangi gerakan Nik Aziz.
UMNO hanya menjadi kambing hitam kepada muslihat puak Erdogan mahu menguasai Pas. Nampaknya Hadi memperlihatkan kematangannya dengan tidak melatah. Beliau masih bertenang dan belum bertindak balas. Tetapi adalah silap bagi sesiapa untuk mengambil mudah beliau. Jangan lupa Hadi masih Presiden.
Sumber : Utusan Malaysia
Ahad, November 01, 2009
1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Krisis Dalaman PAS - bukan kocakan dalam cawan
Maksud beliau ialah ia tidak akan sampai memudaratkan parti atau lebih tepat lagi boleh memecah belahkan parti.
Dari satu segi penulis tidak menafikan andaian berkenaan, namun begitu perlu juga diperingatkan bahawa ‘kocakan di dalam cawan’ tersebut telah meleleh keluar sehingga memaksa pucuk pimpinan Pas mengadakan mesyuarat khas bagi ‘membersihkannya.’’
Akhirnya seperti diduga, mesyuarat khas itu berlangsung dan berakhir dengan satu ‘resolusi’ yang dianggap untuk menyenangkan hati semua pihak yang terlibat.
Jawatankuasa Pas Pusat memutuskan tidak mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM), sebaliknya bersetuju diadakan satu seminar bagi membincangkan pelbagai isu yang dihadapi oleh parti itu.
Ia bermakna Pas mengamalkan pendekatan menyelesaikan masalah dan pertikaian melalui kaedah menarik benang di dalam tepung, benang tak putus, tepung tidak berselerakan.
Semua pemimpin yang menjadi tumpuan dalam ‘perbalahan’ hadir dalam mesyuarat itu yang diadakan pada Rabu lalu. Selain Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mencetuskan isu EGM tersebut, tiga pemimpin yang menjadi sasaran beliau turut hadir mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas, Selangor, Datuk Dr.Hassan Ali.
Seperti diduga juga apabila mesyuarat itu selesai dengan baik (walaupun kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku ketika mesyuarat berlangsung), pihak-pihak yang dianggap ‘musuh’ oleh sesetengah kelompok dalam Pas mula menjadi sasaran.
Tuduhan bahawa ‘musuh’ tersebut kecewa kerana perbalahan di dalam Pas sudah berakhir pun bergema. Malah ada penulis-penulis blog yang menyokong Pas secara terbuka menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO kecewa dengan penyelesaian damai yang dicapai oleh Pas.
Sebenarnya mereka berhak menulis apa sahaja dan membuat sebarang tafsiran yang mereka suka tetapi persoalannya sejauh manakah keputusan mesyuarat khas berkenaan akan meredakan situasi di dalam Pas?
Apa yang perlu difahami oleh semua pihak, kekalutan yang berlaku di dalam Pas bukan didorong atau dihasut oleh mana-mana pihak di luar parti itu. Segalanya bermula dengan kenyataan Nik Abdul Aziz yang mahu EGM diadakan bagi ‘membersihkan’ beberapa pemimpin Pas yang dilihat bermasalah.
Dari situ bermulalah kekalutan, biarpun cadangan EGM tersebut kemudiannya ditukarkan kepada mesyuarat khas. Ertinya, tidak ada campur tangan pihak luar sehingga memungkinkan Pas dilihat berhadapan dengan perbalahan.
Oleh itu, apabila pemimpin-pemimpin Pas mencapai kesepakatan untuk mengadakan sekadar satu seminar politik pada 7 November ini dan bukannya EGM, maka keputusan itu harus dihormati.
Tetapi persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak termasuklah di kalangan ahli- ahli Pas sendiri, sejauh manakah seminar itu mampu menyelesaikan kemelut yang berlaku.
Ada yang sudah bertanya seandainya Nik Abdul Aziz tidak membuat kenyataan mengenai EGM atau mesyuarat khas Pas, apakah Pas akan mengadakan seminar politik bagi memperkasakan parti seperti mana yang hendak diadakan?
Malah ahli-ahli Pas juga bertanya, kalaulah tiada artikel yang disiarkan oleh mana-mana media mendedahkan mengenai kepincangan dalam Pas apakah perhimpunan di Taman Melewar itu akan berlangsung?
Cabaran
Semua ini menjadi cabaran kepada kepimpinan Pas untuk memastikan seminar tersebut bukan sekadar seminar biasa. Ia adalah seminar yang bakal menentukan hala tuju Pas selepas ini.
Hakikatnya terlalu banyak yang perlu Pas bincang atau tentukan dalam seminar berkenaan dan paling utama bagaimanakah Pas hendak memastikan parti itu benar-benar menjadi peserta utama dalam pakatan pembangkang dan bukannya sekadar ‘pak turut’.
Ia kerana walaupun Pas sudah secara rasminya menutup pintu rundingan dengan BN dan UMNO mengenai kerajaan perpaduan, tetapi itu bukanlah bermakna ia membuka laluan selesa kepada Pas untuk menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang.
Penyokong dan ahli Pas boleh mentafsirkan apa sahaja mengenai kenyataan ini termasuklah tuduhan jahil bahawa ia bertujuan memecahkan pakatan pembangkang yang didakwa kini semakin mendapat sokongan rakyat.
Tetapi realitinya, semua orang tahu bahawa Pas sebenarnya berhadapan dengan masalah untuk meyakinkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bahawa mereka berhak menjadi parti dominan dalam pakatan tersebut.
Buat masa ini, Pas dilihat tidak mempunyai suara dan banyak tindakan atau cadangan parti itu ditolak mentah-mentah oleh PKR dan DAP. Kedua-dua parti berkenaan hanya melihat Pas sebagai ‘anggota pelengkap’ sahaja bagi mengelakkan pertembungan sesama pembangkang menentang BN.
Oleh itu perwakilan yang hadir di dalam seminar nanti perlu memberikan penegasan mereka bahawa mereka mahu melihat Pas dominan.
Penegasan ini bukanlah bertujuan untuk mencetuskan ketegangan sesama pakatan pembangkang tetapi ingin memastikan kedudukan Pas yang sewajarnya.
Sumber: Utusan Malaysia
Khamis, Oktober 29, 2009
PAS S'gor - JK Displin perlu siasat tuduhan palsu!
Menyokong keputusan mesyuarat khas itu, setiausaha perhubungan PAS negeri Mohd Khairuddin Othman turut mendesak jawatankuasa disiplin menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat tuduhan terhadapnya jika didapati ia tidak benar.
"Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti.
Antara Pendirian PAS Selangor yang dikeluarkan oleh Mohd Khairuddin OthmanSemua pendirian PAS Selangor ini sekali lagi menegaskan sebagaimana bertentangan dengan kehendak Nik Aziz iaitu tidak mahukan EGM ini bermaksud PAS Selangor menang dalam kehendak mereka.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor adalah seperti berikut:
1. Menerima Keputusan khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009.
2. PAS Selangor juga menyambut baik keputusan untuk menolak EGM (mesyuarat agung khas) dan seterusnya menyelesaikan masalah dalaman melalui siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti.
3. Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri Selangor bersedia untuk disiasat.
4. Menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh termasuk ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.
5. Mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar.
6. Menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB Tuan Guru Presiden.
Selain itu juga, PAS Selangor mahu mengheret bersama mereka yang menuduh PAS Selangor dan yang penting mengenalpasti siapa yang membocorkan rahsia PAS Selangor.
Dan paling penting ialah taat setia PAS Selangor kepada Presiden...
Sumber : Malaysiakini
Mengecewakan - hanya PAS S'gor diseret ke JK disiplin, Mustafa Ali dan Us Nasa terlepas!
Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Seminar yang dirancang itu bagi menggantikan idea muktamar khas - yang disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu - yang diputuskan tidak perlu diadakan.
Dua keputusan penting itu diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi ini.
Mesyuarat bermula jam 8.45 malam ini untuk membincangkan pertikaian Nik Abdul Aziz terhadap beberapa tokoh PAS, khususnya timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.
Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat. Alasan Abdul Hadi kalau ada tuduhan penyiasatan perlu dilakukan. Sehubungan itu Jawatankuasa Disiplin Pas yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatn ke atas Hassan.
AB : Matlamat yang hendak di sampaikan melalui mesyuarat ini tidak menepati kehendak ramai penyokong PAS.. mesti mengecewakan mereka... bahkan mereka dihantar pula ke kelas 'seminar poltik' untuk di tarbiyah semula.. hehehe..
Dengan kata lain.. mesyuarat ini gagal!
Sumber: Malaysiakini
Sabtu, Oktober 24, 2009
TG Nik Aziz bakal Presiden PAS Baru
Di antara apa yang diucapkan dalam temurah BERNAMA dengan TGNA semalam di Pulau Melaka "....Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri,"
Apabila ditanya sama ada Muktamar Luar Biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, TGNA berkata, "Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar."
Cukuplah Nik Ajis... hari dah senja, PAS pun dah tua, kubur dah kata mari... siapa yang berkubur dulu pun kita tak tahu... Nik Aziz atau PAS?... wallahua'lam
Selasa, Februari 10, 2009
Nizar gila talak

Nizar gila talak, Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mengetuai barisan exco negeri ke pejabat rasminya.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bergerak dari kediaman rasminya - yang dijadikan kawasan pentadbiran kerajaannya - menuju bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pagi ini yang telah dikawal oleh sekumpulan 30 anggota polis unit pencegah rusuhan FRU.Kira-kira jam 11.05 pagi, beliau dan rombongannya tiba di depan pintu masuk bangunan tersebut tetapi kenderaan mereka dihalang oleh polis.
Mohammad Nizar kemudian keluar kenderaan rasminya dan berjalan menuju pintu masuk tetapi dihalang oleh polis yang kendengaran berkata, "Datuk, tolong beredar. Saya hanya mengikut arahan.
"Menteri besar Pakatan Rakyat itu kemudian menjawab: "Tidak dapat masuk tidak mengapa. Hari ini tidak ada banyak temu janji. Hari ini adalah hari (bertemu) pelanggan." Sebelum meninggalkan tempat itu 10 minit kemudian menuju kediaman rasminya di Jalan Tambun, Mohammad Nizar sempat bercakap ringkas kepada media.
Itulah akibatnya apabila terlalu berpolitik, 'mungkin gila talak agaknya Nizar ni' walaupun telah dicerai tetapi masih terbayang-bayang ataupun terlalu gilakan kuasa sehingga hilangnya kewarasan.
Selasa, Disember 23, 2008
PAS stands firm over Islamic criminal laws
The latest call for the implementation of Islamic criminal laws came from its spiritual leader, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
The push has not only resulted in criticism from Barisan Nasional parties, which say that it is a PAS tactic for the Kuala Terengganu by-election, but also from its Pakatan Rakyat partner DAP.
The DAP has come out strongly against PAS’ statement and pointed out that it was never part of the Pakatan Rakyat manifesto. It has called on PAS to explain.
Ahad, Disember 14, 2008
Giliran PAS?
Kini giliran PAS pula merasai peluasan kuasa Anwar Ibrahim. Ini berikutan cerita-cerita puak Edrogan yang pro-Anwar Ibrahim di dalam PAS.. Puak Erdogan ini sudah mula memasang 'orang'nya dari dalam untuk menawan PAS .. Strategi ini sama seperti yang pernah digunakan Anwar Ibrahim ketika di dalam UMNO dahulu.
Nampaknya mana-mana parti yang bersama Anwar Ibrahim pasti akan cuba diambil olehnya.
Pada 24 November lalu, Pas menyambut ulang tahun penubuhannya ke-57. Fajar 2009 yang akan menyingsing tidak sampai tiga minggu lagi pula dianggap tahun getir untuk parti tersebut.
Ia kerana pada tahun depan akan berlangsung pemilihan barisan kepimpinan Pas pusat. Seperti juga parti-parti politik lain pemimpin dan ahli Pas juga tidak terlepas daripada bercakap soal tersebut.
Apatah lagi, pemilihan kali ini dianggap platform terbaik kepada kumpulan tertentu yang dipanggil ‘Erdogan’ untuk merebut jawatan setinggi mungkin dalam Pas. Malah sudah ada andaian bahawa pemilihan Pas tersebut akan menjadi medan pertempuran antara kumpulan profesional yang cenderung kepada ulama dengan kumpulan profesional yang mahu perubahan.
Sememangnya tidak dapat dinafikan walaupun Pas dilihat tenang di permukaan tetapi hakikatnya kehadiran kumpulan ‘Erdogan’ yang terdiri daripada mereka yang menyokong kuat kepimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit sebanyak semakin menggugat perpaduan di dalam parti berkenaan.
Kepimpinan Pas yang selama ini sentiasa tenang di bawah teraju Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula diganggu gugat oleh kumpulan ‘Erdogan’ ini.
Nampaknya kini PAS lebih jelas terpecah kepada 2 kumpulan.. Iaitu golongan ulama yang menyokong kepimpinan hadi Awang dan Golongan Profesional yang pro-Anwar.Kini PAS sedang menghadapi apa yang pernah UMNO hadapi ketika Anwar Ibrahim berada di dalam parti tersebut sedikit masa dahulu... Adakah PAS akan terus membenarkan Anwar Ibrahim meluaskan penguasaanya di dalam PAS sehingga suatu hari hari PAS akan diambil alih sepenuhnya..... Adakah fenomena ini akan diterima oleh ahli-ahli PAS? atau pun PAS akan pupus?