Popular Today

Isnin, November 02, 2009

Era Anwar cabut lari : PKR PETAH BERCAKAP TETAPI GAGAL URUS PARTI

3 Komen!!!
Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwanya hanya petah bercakap tetapi gagal menyelesai dan mengendalikan pelbagai masalah dalam parti itu dengan baik.

Bukti terbaru ialah huru-hara yang berlaku dalam kepimpinan PKR di Sabah apabila melantik pemimpin Semenanjung bagi menerajui negeri tersebut.

"Takkan pemimpin Semenanjung nak jadi pemimpin (ketua) di Sabah, ini tidak masuk akal, saya juga tidak tahu apa yang terjadi kepada sistem berparti mereka hinggakan Kabinet bayangan pun tidak reti nak buat, sampai ada beberapa orang akan pegang satu jawatan menteri.

"Malah ada juga di negeri (yang dimenangi) tidak mempunyai wakil daripada parti lain seperti di Kedah dan Pulau Pinang yang mana wakil rakyat Pas tidak dilantik menganggotai kerajaan negeri.

"Berbeza dengan kita yang mewujudkan kerajaan di Pulau Pinang apabila Ketua Menterinya daripada Gerakan, UMNO tetap dilantik wakilnya," katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Nasional 2009 Parti Gerakan di sini.

Najib turut mempersoalkan kredibiliti pakatan pembangkang adakah mereka ini pejuang sejati kepada masyarakat berbilang kaum sama seperti yang dimainkan BN.


sumber : Utusan Malaysia

Pecat ahli BN timbulkan masalah atau pecat kayveas dulu?

0 Komen!!!
Ada pemimpin parti komponen BN yang mahu dipecat ahli yang bermasalah... Jadi apa yang dimaksudkan dengan masalah...

Kayveas kata "kalau sesiapa yang tidak mematuhi semangat parti atau mahu merebut jawatan menjadi presiden, mereka patut dipecat"

Jadi makna Masalah perlu di jelaskan seperti..

Adakah pemimpin BN yang menyebabkan kekalahan BN dalam PRU tidak dianggap masalah.

Adakah calon BN yang kalah dalam pilihanraya dianggap masalah juga

Adakah sikap segelintir pemimpin BN yang sombong dan ego tidak dianggap masalah..

Masalah yang patut disimpulkan ialah masalah yang boleh menjejaskan imej BN dimata rakyat sahaja yang perlu dipecat... bukan masalah sebab nak rebut jawatan presiden... jika presiden yang ada 'kayu' dan tidak menyumbang kepada kekuatan BN..

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : ada pihak yang tidak mahu Hadi jadi PM

2 Komen!!!
Konflik dalaman Pas tercetus apabila terdapat sesetengah pemimpin dan ahlinya sendiri tidak mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, keadaan itu berlaku kerana wujud dua kumpulan dalam Pas iaitu yang memihak dan menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menurutnya, kemelut dalaman parti tersebut juga bukannya disebabkan oleh idea kerajaan perpaduan tetapi kerana mereka tidak boleh bekerjasama dengan Anwar.

“Hadi Awang lebih mengetahui siapa sebenarnya Anwar. Tetapi persoalannya, siapa yang akan untung sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas analisis wartawan akhbar The Star, Joceline Tan dalam kolum Insight hari ini, yang melihat permasalahan dalam Pas bukan sahaja melibatkan golongan pro-UMNO tetapi juga anti-Anwar.

Menurut analisis itu, golongan tersebut mahukan Hadi dan bukannya Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berkuasa.

Syed Ali berkata, dalam krisis kepimpinan Pas yang berlaku sekarang, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali telah dijadikan ‘kambing hitam’.

1Pas "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : PM nafikan kerajaan pusat terlibat

0 Komen!!!
Berikutan penahanan Dr Asri oleh JAIS atas alasan tidak mempunyai surat tauliah yang sah, DS Najib menafikan bahawa kerajaan Pusat di atas penahanan tokoh agama terbabit.

Dr Asri telah di tahan oleh JAIS iaitu dibawah kuasa Kerajaan Negeri. Tuduhan mengatakan bahawa kerajaan Pusat terlibat, adalah tuduhan tanpa asas kerana kerajaan Pusat tiada 'authority' untuk urusan agama yang ditadbir oleh kerajaan Negeri.

Sebagaimana di ketahui, keadaan Pakatan Rakyat Selangor sedang bergolak. PAS Selangor sedang berhadapan dengan jawatan kuasa disiplin, PKR pula berlaku perpecahan dalaman yang mengakibatkan ADUN Pelabuhan Klang kerana kepimpinan kroni PKR dan DAP pula dikaitkan dengan salah guna duit rakyat dan dikaitkan dengan sponsor kumpulan samsengnya..

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : SEMINAR POLITIK - KENAPA TAK RUJUK DEWAN ULAMA PAS..?

2 Komen!!!

1. kENAPA PAS NAK ADAKAN SEMINAR KHAS BAGI MENGGANTIKAN EGM BAGI MEMBINCANGKAN KERAJAAN PERPADUAN DAN JUGA MENYELESAIKAN PERMASALAHAN TIGA TOKOH TERTINGGI PAS YANG DIKATAKAN MENDATANGKAN MASALAH KEPADA PAS..?

2. SESUATU KEPUTUSAN YANG PENTING SEBEGINIPUN PAS TAK MAMPU NAK SELESAIKAN SECARA SYURA DALAM MUKTAMAR MEREKA, DAN APATAH LAGI MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM DEWAN HARIAN (MAJLIS TERTINGGI PAS). APAKAH PAS TAKUT UNTUK BERHADAPAN DENGAN TIMBALAN PRESIDENNYA, yb NASARUDDIN, SU AGUNG, MUSTAPHA ALI DAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR, HASAN ALI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA TELUS DAN IHLAS DALAM MESYUARAT DEWAN HARIANNYA.

3. SEPATUTNYA, PAS PERLU MEMBAWA ISU KERAJAAN PERPADUAN INI DALAM MESYUARAT DEWAN ULAMA PAS KERANA DEWAN ULAMA INI ADALAH SATU-SATUNYA CARA YANG PERLU DITUNJUKKAN OLEH PAS BAHAWA MEREKA MENGUTAMAKAN GAGASAN 'KEPIMPINAN ULAMA'. KENAPA DEWAN ULAMA PAS TIDAK DIBERI MANDAT UNTUK MEMBINCANGKAN PERSOALAN POKOK MENGENAI KERAJAAN PERPADUAN INI. INILAH PLATFOM TERBAIK DAN 'AULA' BAGI PAS UNTUK MEMUTUSKAN SESUATU PERKARA BESAR YANG MELIBATKAN DASAR SEPERTI INI.

4. SETAKAT NAK ADAKAN SEMINAR SAHAJA, MAKA PAS SAMALAH SEPERTI PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI YANG HANYA MAMPU MENGADAKAN SEMINAR SAHAJA UNTUK MENYATAKAN SESUATU PERKARA SEMASA DAN JUGA ILMIAH. NAMPAKNYA PAS SUDAH TIDAK YAKIN DAN PERCAYA LAGI KEPADA SLOGANNYA SELAMA INI IAITU "BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA". APA DAH JADI DENGAN FUNGSI DAN KUASA YANG ADA PADA DEWAN ULAMA PAS. DEWAN ULAMA INI HANYA SEKADAR SEPERTI PERTUBUHAN NGO, PERSATUAN ULAMA MALAYSIA SAHAJA YANG TIDAK ADA APA-APA KESAN DAN PERANAN DALAM MEMBANTU PAS MEMBUAT KEPUTUSAN PENTING.

5. KALAU SUSAH DAN MALAS SANGAT NAK ADAKAN MESYUARAT KHAS DEWAN ULAMA, MAKA ELOK RASANYA PRESIDEN DAN JUGA SEMUA AJK PAS PUSAT SUPAYA MERUJUK KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH. CARI DALIL DAN JUGA NAS, ADAKAH MENGADAKAN PAKATAN DENGAN PIHAK BUKAN ISLAM SEPERTI DAP LEBIH BAIK DAN LEBIH MULIA DARIPADA MENGADAKAN PAKATAN DENGAN PIHAK MUSLIM SEPERTI UMNO. ADAKAH HARAM HUKUMNYA MENGADAKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN PARTI BERTERASKAN PERJUANGAN MELAYU DAN ISLAM SEPERTI UMNO..?

6. KALAU TAK JUMPA NAS DAN DALIL YANG MENGHARUSKANNYA, SAYA RASA ELOK JUGA PAS MERUJUK KEPADA KEPUTUSAN MUKTAMAR ATAUPUN MESYUARAT AJK PAS PUSAT PADA ZAMAN ALLAHYARHAM DATO' ASRI MEMIMPIN PAS KETIKA PAS BERSETUJU MENYERTAI BN PADA TAHUN 1972. APA PANDANGAN ULAMA PAS PADA TAHUN ITU YANG MENGHARUSKAN PAS BEKERJASAMA DENGAN UMNO..? JADIKAN KES TERSEBUT SEBAGAI 'PRESIDENCE' (DULUAN MENGIKAT) UNTUK MEMBUKA RUANG DAN JALAN KEPADA PAS MENGADAKAN PAKATAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO. KALAU TAK DAPAT JUGA DALIL DAN NAS, MAKA ELOK RASANYA PAS MERUJUK KEPADA ULAMA-ULAMA MUKTABAR DUNIA DI UNIVERSITI AL-AZHAR DAN JUGA PARA PEMIMPIN GERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN UNTUK MENDAPATKAN KATA PUTUS. JANGAN TERHENTI SETAKAT ILMU CETAK YANG ADA ITU SAJA.

sumber : Abu Nawas

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan : Penahanan Bekas Mufti Perlis dirancang?

1 Komen!!!
mazaa1
Bekas MUfti Perlis, Dr Asri ditahan JAIS.


Macam ada sesuatau yang tak kena bila aku baca laporan ini... Bagaimana bekas seorang mufti boleh ditahan kerana tiada tauliah.. sedangkan ramai lagi pemimpin PAS ceramah agama tanpa tauliah... umpama ada pihak yang cuba memburukkan imej tersebut.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi kerana dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

“Dia (anggota JAIS) tak sebut pun perkara itu (Wahabi) kepada saya, dia kata saya mengajar tanpa tauliah, dia tak kata isu itu.

“Isu yang dia kata ialah kerana saya tidak ada tauliah… itu sahaja,” katanya.

Penangkapan ini menimbulkan persoalan, banyak persoalan..

1. Penangkapan ini berlaku di KERAjaan PKR (Parti Kroni dan Rasuah)
2. Ditangkap selapas Dr Asri menolak pelawaan PAS
3. Ditangkap selepas beliau membuat sidang media mengenai ada pihak yang memfitnahnya.
4. Ditahan di negeri PAS yang sedang bergolak..
5. Ditahan pada masa jawatankuasa Disiplin akan laksanakan siasatan pada PAS Selangor.
6. Siapa yang memberi arahan penahanan ini.
7. Penahanan ini merupakan sesuatu yang dirancang kerana Bagaimana mereka tahu Dr Asri memberi ceramah dari segi tempat, tarikh dan masa.
8. Adakah pihak yang telah mengintip Dr Asri dari kalangan JAIS ataupun ahli P
9. Kenapa sekarang baru ditahan, kan pernah Dr Asri ceramah yang lain di Selangor sebelum ini..
10.dan tambahlah sendiri.. kalau ada persoalan yang lain..

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohd Asri menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal.

Sumber : Klik di sini

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : NIK AZIZ DIBOIKOT SECARA SENYAP

1 Komen!!!
Hakikat yang mengejutkan apabila oleh TG Hj Nik Aziz dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak mengatakan bahawa PAS Negeri tidak lagi menjemput beliau... apa maknanya?

“Saya bersyukur kepada Allah swt kerana parti PAS kini diterima oleh golongan bukan Islam. PAS Negeri tidak lagi menjemput saya dalam program parti tetapi Ngeh Koo Ham…pemimpin DAP yang jemput saya untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat di Perak”.

Hiba sangat apabila TG Hj Nik Aziz menyebutkan beliau tidak lagi dijemput oleh PAS Negeri untuk program parti.

Jika benar, kenapa semua ini berlaku? Kerana bantahan keras dan berterusan beliau terhadap idea UG atau secara kebetulan? Ada arahan daripada pihak atasan atau PAS Negeri juga kurang senang dengan TG Hj Nik Aziz?

Sumber : (baca disini)

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Terselamatkah penyokong Hadi?

2 Komen!!!
RAMALAN ketua pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa UMNO akan tumbang sebaik sahaja selepas pilihan raya umum ke-12, ternyata meleset. Sebaliknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpinnya kini bergelut dengan krisis. Seorang demi seorang pemimpin keluar parti dan ada yang melepaskan jawatan. Sebahagian mereka sudah hilang keyakinan terhadap Anwar termasuk dalam isu moralnya.

Bagaimana dengan Pas? Parti itu juga diambang perpecahan. Doa pemimpin tertentu Pas agar UMNO dimusnahkan nampaknya seakan menimpa parti itu. Sedangkan UMNO masih bertahan. Malah sokongan orang Melayu kepada UMNO meningkat, menandakan pemulihan kepada parti itu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Gesaan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang mahu diadakan Muktamar Agung Khas agar beberapa pemimpin yang pro Presiden, Hadi Awang 'dibersihkan' mendedahkan lagi gelora dalam parti tersebut. Gesaan Tok Guru itu bagaimanapun ditolak dan digantikan dengan seminar, yang dilihat tamparan kepada beliau. Cerita apa yang berlaku dalam mesyuarat tersebut sudah tersebar luas. Panas. Ada yang mencabar mahu meletakkan jawatan. Maknanya, mesyuarat tersebut tidak pun mengatasi kebuntuan sebaliknya mencetuskan lagi banyak persoalan dan kebimbangan?

Apakah terselamat kedudukan pemimpin yang mahu disingkirkan oleh Nik Aziz? Antaranya Timbalan Presiden, Nasharudin Mohd. Isa, Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor Dr. Hassan Ali.

Awang tidak fikir kedudukan mereka terjamin selamat kerana puak yang menyokong Nik Aziz khabarnya tidak mahu berdiam diri. Maka desas-desus Pas sudah terbelah dua semakin jelas. Satu kelompok menyokong Hadi dan mereka pernah menyokong idea pro kerajaan perpaduan dengan UMNO yang diilhamkan oleh Presiden Pas itu. Antara pemimpin yang pro Hadi selain Nasharudin, Mustafa dan Hassan ialah Harun Taib, Haron Din, Azizan Razak, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin Hassan Tantawi. Satu lagi memihak kepada Nik Aziz yang lebih condong kepada aspirasi PKR dan DAP sehingga memperlihatkan Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang. Nama yang selalu dikaitkan menyokong Nik Aziz ialah Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Mahfuz Omar dan Hatta Ramli. Kelompok ini juga dikatakan pro Anwar atau apa yang dilabel sebagai puak Erdogan. Mereka lebih simpati kepada Anwar dan sanggup mempertahankan beliau di sebalik isu moralnya sedangkan penyokong Hadi agak dingin kerana tidak mahu parti itu dijadikan alat kepentingan peribadi.

Dengan tindakan pre-emtif Nik Aziz menyerang beberapa pemimpin pro Hadi, beliau nampaknya mahu memperkasakan lagi puak Erdogan. Awang melihat ini sebagai tindak balas Nik Aziz setelah beberapa orang kanannya tewas pada pemilihan lalu termasuk Husam yang dikalahkan oleh Nasharudin. Mengaitkan dan menyalahkan UMNO adalah strategi pihak yang mendalangi gerakan Nik Aziz.

UMNO hanya menjadi kambing hitam kepada muslihat puak Erdogan mahu menguasai Pas. Nampaknya Hadi memperlihatkan kematangannya dengan tidak melatah. Beliau masih bertenang dan belum bertindak balas. Tetapi adalah silap bagi sesiapa untuk mengambil mudah beliau. Jangan lupa Hadi masih Presiden.

Sumber : Utusan Malaysia

Kongsi Link Anda