Popular Today

Rabu, September 22, 2010

RM 4 Bilion (4,000,000,000) untuk PAS Kelantan!!!

1 Komen!!!

Wah!!!! 4,000,000,000.. RM 4 Bilion... tidak terkira jumlah kosong kat cek diatas... untuk apa ek(johor style)?.. kan lebih baik jika diberi untuk pembangunan ekonomi rakyat kelantan dan membuka ruang pekerjaan kepada anak Kelantan yang berpeleseran...

Semalam Adik Menteri Besar Kelantan, mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari sebuah syarikat Bumiputera, I’Da World Group Sdn. Bhd., bagi membantu Pas Kelantan atas sifat peribadi dan bukan mewakili parti atau Kerajaan Kelantan.

4 Bilion untuk bantu PAS atas sifat peribadi? rasanya perlu diperjelaskan lagi... PAS mana? Pas kelantan atau Pas Pusat.. atau untuk Nik Aziz dan Family? kenapa Pas Kelantan?

Namun ini semuanya telah dirancang.. RM 4 bilion yang diberi tapi tiada wakil pas sehingga adik Nik Aziz pula 'terpaksa' mewakili PAS untuk ambil cek tersebut.. "Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi,”. Tidakkah ini pelik RM 4 billion tapi tiada wakil PAS yang datang... semua konon nak selamatkan diri.

Tidakkah lebih baik RM 4 bilion untuk peluang pelaburan negeri Kelantan dan seterusnya meningkatkan ekonomi negeri kelantan, dan membuka peluang pekerjaan kepada anak kelantan yang berpelesiran di seluruh negara. Ini tidak.. RM 4 Bilion diberi kepada PAS untuk apa?.. tiada dalam sejarah parti politik di Malaysia menerima sumbangan terbesar seperti ini... sedangkan pelaburan di kelantan pun tidak pernah terima pelaburan sebesar ini itupun jika nak bandingkan jumlah sumbangan ini dengan pelaburan yang diterima kerajaan Kelantan.

Malanglah ekonomi negeri Kelantan.. semua masuk poket pemimpin PAS...

Kongsi Link Anda