Popular Today

Selasa, Disember 09, 2008

Dr. Hasan Ali tertekan atau lakonan?

8 Komen!!!


Kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hassan Mohamad Ali mengejutkan banyak pihak dan menimbulkan rasa kurang senang pihak tertentu. Kenyataan ikhlas beliau ini menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat samaada beliau tertekan sehingga mendedahkannya kepada media massa atau Pakatan Rakyat sudah menjadi Pakatan Rapuh.

Jika diteliti senario politik PAS sejak kebelakangan ini bolehlah kita katakan ada sesuatu yang tidak kena. Dr. Hasan Ali berkata, beliau sudah tidak boleh tahan lagi. Siapakah yang menekan beliau, rakyat atau perasaan cita-citanya sendiri?

Hassan membuat pengakuan bahawa pihaknya (Pas) sukar untuk mentadbir Selangor disebabkan kerana perbezaan ideologi politik dengan PKR dan DAP. Ini menyebabkan Pas tidak dapat melaksanakan aspirasi orang Melayu di negeri itu.

Utusan Malaysia mendedahkan, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dilaporkan mengakui kadang-kala terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti itu untuk menegakkan syiar Islam ketika membuat sesuatu keputusan berkaitan pentadbiran kerajaan negeri semata-mata mahu mengambil hati PKR dan DAP.

Kenyataan beliau ini membuktikan Pakatan Rakyat sedang bergelora dan tidak padu? Masalah dalaman mewarnai Pakatan Rakyat dan menggambarkan Pas tidak 'ngam' dengan PKR dan DAP.

Kata Aspirasi : Ini semua lakonan semata-mata khasnya menjelang Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu khasny PAS di Selangor dilihat sebagai lemah dan suaranya seperti tidak didengar lagi oleh Pakatan rakyat.

Namun bagi mengembalikan sokongan pengundi Kuala Terengganu, jadi macam biasalah... t i p u pengundi... kira-kira PAS hendak larikan diri dari bayangan PKR dan DAP... padahal ini semua lakonan dan pembohongan semata-mata..

SELAMAT HARI RAYA ADIL ADHA 1429H

0 Komen!!!
Aspirasi mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha 1429H, Semoga peristiwa pengorbanan junjungan Nabi Ibrahim AS dan Ismail AS sentiasa menjadi tauladan dan motivasi untuk semua umat Islam berkorban untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Kongsi Link Anda