Popular Today

Khamis, Disember 11, 2008

SUARA NIK AZIZ TIDAK LAGI DIHORMATI

2 Komen!!!
Senarai pemilihan calon PAS Kuala Terengganu semakin kencang, kini banyak kedengaran suara-suara yang mencadangkan beberapa nama calon PAS di Pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Ketua penerangan PAS kawasan itu Azmi Mohd Yassin mencadangkan wakil rakyat Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi calon terbaik PAS untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Menurut beliau Ahli jawatankuasa pusat PAS itu menepati semua ciri calon yang sesuai untuk membawa parti itu ke ambang kemenangan.

"Dr Syed Azman, orang yang ada personaliti, ketokohan dan berpendidikan. Beliau juga sudah dikenali di kalangan pengundi tempatan.

Adakah ini bermakna suara Nik Aziz yang mahukan Mohamad sabu kini tidak didengari lagi oleh ahli PAS kerana sebelum ini terdapat suara yang mahukan calon 'rumi' iaitu golongan profesional dan bukan calon 'jawi' iaitu golongan ustaz...

Akhirnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ditubuhkan

1 Komen!!!
Sebagai bukti kesungguhan kerajaan menangani gejala rasuah kini BPR telah dinaikkan taraf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah sebagaimana struktur ICAC Hong Kong.

Kerajaan hari ini membentangkan di Dewan Rakyat Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 – mengotakan apa yang dijanjikannya untuk membawa pembaharuan terhadap integriti bidang kehakiman dan agensi membanteras rasuah di negara ini.

INTIPATI RANG UNDANG-UNDANG

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

*Ia dibentangkan bertujuan mendukung kebebasan berterusan badan kehakiman negara.

*Di bawah peruntukan tersebut, Perdana Menteri mestilah mendukung kebebasan berterusan badan itu dengan mengambil kira keperluan mempertahankannya dan badan kehakiman mempunyai sokongan yang perlu untuk membolehkannya menjalankan fungsi serta peranannya.

*Sekiranya diluluskan, rang undang-undang itu akan membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) yang berfungsi memilih hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.

Suruhanjaya Cegah Rasuah

* Matlamat utama adalah untuk menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan sebuah badan pencegahan rasuah yang bebas dan bertanggungjawab.

* Rang undang-undang itu memberi perlindungan penuh kepada pemberi maklumat rasuah.

* Di bawah Seksyen 65 rang undang-undang tersebut, sebarang aduan yang diterima oleh Suruhanjaya berhubung kegiatan rasuah, maklumat mengenainya dan identiti sumber hendaklah menjadi rahsia antara pegawai yang membuat aduan dan pemberi maklumat itu.

* Seksyen itu menyatakan bahawa segala-gala yang terkandung dalam maklumat itu, identiti pemberi dan hal lain yang berkaitan tidak boleh didedahkan atau diperintah supaya didedahkan dalam sebarang prosiding mahkamah, tribunal atau kepada pihak berkuasa lain.

Apa yang penting ialah, rakyat mahu kesungguhan ini diterjemahkan kepada tindakan dan bukan lagi dipolitikkan isu-isu yang berkaitan rasuah. Jika mempunyai bukti yang kukuh mengenai rasuah, maka perlulah pihak berkenaan melaporkan pihak Suruhanjaya.

Integriti kerajaan dan rakyat perlu tipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi... bukankah ini ajaran Islam yang tulen.

Pemuda PAS: Fairus sukar ditemui

0 Komen!!!
Selepas 10 bulan Pakatan Rakyat merampas Pulau Pinang, Pemuda PAS negeri masih gagal bertemu secara rasmi dengan timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin walau telah berusaha beberapa kali, kata sumber dewan itu.

Lalu dewan itu menganggap pemimpin kerajaan Pulau Pinang itu tidak berminat berjumpa dengan barisan kepemimpinannya.

"Kita rasa malas (nak atur pertemuan lagi). Kita anggap (beliau) tak mahu jumpa," sumber itu memberitahu Malaysiakini, mengulas dakwaan wakil rakyat PKR itu "tidak cekap" sehingga mendorong beberapa pegawainya meletakkan jawatan.

Resolusi ke 12/2008 pada 10 Disember 2008

0 Komen!!!


1.BPN dengan ini ingin menegaskan bahawa kami tidak akan sesekali membiarkan mana mana blogger menghina mana mana agama dengan sengaja sehingga mencetuskan perasaan kurang senang penganut agama tersebut. Lebih lebih agama kami iaitu Islam.

2. BPN akan sedia berkorban untuk memerangi mereka yang hendak menganggu dan mencemarkan kesucian agama islam lebih lebih lagi sempena dengan raya korban ini.

3. BPN akan menubuhkan biro pemantau blog bagi mengesan salah laku blogger sehingga melanggar undang undang termasuk menghina agama agama yang wujud di Malaysia terutama agama rasmi negara kita iaitu Islam...

4. BPN menubuhkan Biro Pemantau Blog hasil cadangan Cheguman Waadat untuk mengesan dan mengenalpasti blog blog yang tidak beretika serta melanggar undang undang negara dan Blogger Empayar Malaya bersetuju menjadi ketuanya… Ahli lain akan bersama membantu beliau.

5. Resolusi sidang maya harian BPN hendaklah disiar penuh di blog ahli BPN dan kegagalan berbuat demikian akan menjadikan mereka mungkin dibuang dari senarai ahli BPN. Kecuali jika ada alasan yang kukuh.

6. Keahlian BPN akan dihadkan kepada 100 blogger sahaja bagi memantapkan lagi team yang sedia ada setakat ini…Perlanggaran etika sebagai Blogger akan menyebabkan keahlian mereka digantung..

7. Kelab Penyokong BPN akan ditubuhkan bagi blogger tidak aktif menyuarakan sokongan mereka kepada BPN sebagai wadah perpaduan umat Islam bagi melawan musuh di ruang siber ini.

Kongsi Link Anda