Popular Today

Selasa, Disember 30, 2008

Isu Pakatan Rakyat yang tidak relevan di Kuala Terengganu

3 Komen!!!

Parti pembangkang khususnya Pas tidak mempunyai isu untuk diketengahkan kepada rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil itu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, Pas juga tidak mungkin mampu meraih undi lebih besar apatah lagi mencatatkan kemenangan.

''Pengalaman masa lalu jelas membuktikan rakyat Kuala Terengganu tidak mudah termakan pujuk rayu Pas kerana ia biasanya hanya retorik politik,'' katanya.

Katanya, jentera perayu undi telah mula berjumpa dengan penyokong-penyokong BN di kawasan tersebut.

Berbeza dengan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, banyak isu menarik yang menyebelahi pembangkang, namun suasana Pilihanraya Kecil di Kuala Terengganu banyak isu kini tidak lagi yang relevan seperti:

1. Isu Hudud - Pas pun tidak laksanakan lagi
2. Isu kenaikan harga minyak dan harga barang - Harga minyak telah terun sebanyak 7 kali dan lebih banyak diturunkan dari janji pembangkang iaitu sebanyak RM0.93
3. Isu Pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat 16 September - pembohongan terbesar
Anwar Ibrahim terhadap Rakyat Malaysia khasnya kepada penyokong pembangkang
sendiri sebab itu Pakatan Rakyat (PR) dipanggil sebagai Penipu Rakyat (PR)
4. Isu Negara Islam - Pakatan Rakyat mahukan negara sekular.
5. Isu Attantuya - Mahkamah telah melepaskan Abd Razak Baginda dari tuduhan
bersubhat atas pembunuhan tersebut.
6. Isu Rasuah - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah diwujudkan dan peranannya lebih
besar dari ICAC Hong Kong dan terdapat pemimpin Pakatan Rakyat yang mengamalkan
rasuah termasuk rasuah seks.
7. Isu Kehakiman - Suruhanjaya Pelantikan Hakim telah ditubuhkan
8. Isu Pembelian helikopter, Kapal Selam dan kapal terbang yang disahkan oleh PAC
bahawa tiada unsur penyelewengan dalam pembelian aset tersebut.
9. Isu sumber wang kerajaan haram - Kerajaan Pakatan Rakyat pun mengambil Sumber
yang sama iaitu dari kilang arak dan sports toto.

Selain itu, terdapat trend sekarang iaitu PAS cuba menjarakkan diri dengan DAP bagi memastikan agenda Hududnya dapat dihidupkan lagi... khasnya sekarang Hudud umpama nyawa-nyawa Ikan di dalam Pakatan Rakyat' sebab itu semua kenyataan pemimpin PAS kini kononnya memperjuangkan Hudud sedangkan ketika bersama DAP dan kaum bukan Melayu bercakap sebaliknya.

Wan Ahmad Farid berkata, berdasarkan pertemuan dengan pengundi, beliau diterima sebagai calon BN walaupun ada spekulasi tidak baik sebelum ini. Menurut sumber, spekulasi ini timbul dari kalangan penyokong pembangkang yang cuba menjatuhkan imej beliau khasnya apabila BN mengumumkan calon lebih awal dan lebih awal calon juga 'masuk kawasan'.

Katanya, beliau juga telah berjumpa dengan semua ketua cawangan dan maklum balas yang diberikan amat positif terutama peringkat akar umbi.

Kongsi Link Anda