Popular Today

Rabu, Ogos 20, 2008

PARTI KUAT RABA + PARTI KUAT RASUAH (PKR2)

1 Komen!!!
Gambar : Agenda Daily

Bapa borek anak rintik... Pemimpin gila kuasa dan kuat nafsu...
Anak buah pun sama...


Wan Azizah sanggup meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh demi suaminya, DSAI
yang gila kuasa. Sehingga kerajaan terpaksa membazir masa dan duit untuk melaksanakan Pilihanraya Kecil semula.

Manakala anak buahnya pula Selepas kejadian penyokong PKR memukul jurugambar, kemudian meraba petugas BN dan sekarang EXCO PKR (Negeri Perak) kini ditahan atas tuduhan rasuah wang dan seks.

Menurut laporan berita, Dua Exco Kerajaan Perak merupakan antara enam orang yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

Lima suspek berusia 45 hingga 57 tahun ditahan pukul 6 petang semalam hasil maklumat orang ramai manakala seorang lagi anggota Exco itu ditahan pukul 10.30 pagi ini.

Laporan
Berita Harian sebelum itu, menyebutkan kedua-dua Exco dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)itu ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan) dan Kapt (B) Osman Mohd Jailu (Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO).

Jamaluddin juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang), manakala Osman adalah Adun Changkat Jering.

Tiga daripada suspek termasuk anggota Exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM105,000 sebagai balasan untuk
mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.

BPR dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, mereka juga
disyaki terlibat dengan rasuah seks.

Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin dan ibupejabat BPR di Putrajaya dijangka mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Mengulas mengenainya, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri.

Namun mengikut sumber dalaman, kedua-dua exco ini biasa membangkitkan kemarahan EXCO Kanan negeri Perak itu. Ianya berikutan mereka selalu berselisih faham dengan barisan EXCO dari DAP ini.

Jawapan dan tindakan DAP telah dijangka pastinya mereka akan menyalahkan pihak ketiga dan tidak akan mengaku kesalahannya...

Isu menolak kesalahan kepada BN, BPR dan sebagainya sudah menjadi stereotype bagi pembangkang.....

Hakikatnya menurut laporan BPR bahawa tertuduh ditangkap selepas disahkan menerima suapan rasuah.. Pastinya menjadi kebiasaan BPR untuk merisik dan mengekori ke mana sahaja 'suspect'....

Jadi tak payahlah menyalahkan pihak lain... hakikatnya ini mungkin jalan pintas untuk EXCO Perak tersebut menjadi kaya khasnya apabila mereka mempunyai kuasa. Kerana belum pasti kerjaan DAP Perak akan bertahan 4 tahun lagi...

Sumpah Saiful tak tiru cara Kristian: Mufti WP

0 Komen!!!
Mengenai hukum memegang Al-Quran ketika bersumpah, Wan Zahidi memetik sumber dari kitab “Fatwa Syarriah” oleh Al-Sheikh Hasanin Muhammad Makhluf, mantan Mufti Mesir dan Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam bukunya “Fatawa al-Sheikh Muhammad Abu Zuhrah.

Beliau berkata Al-Sheikh Hassanin dalam kitabnya telah memetik pendapat Al-Imam Al-Ain iaitu “ Jika seseorang bersumpah dengan mushaf, atau meletakkan tangan ke atasnya, atau berkata: "Demi Quran ini - maka ia adalah sumpah yang sah.” Wan Zahidi berkata ini berupakan pendapat Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali.

Katanya Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam kitabnya telah menyatakan bahawa “Bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan ke atas mushaf adalah sumpah yang sah.”

“Daripada huraian itu dapat disimpulkan bahawa sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful adalah harus dilakukan dan tidak bercanggah syariat Islam,” katanya.

Klik di sini untuk baca selanjutnya>>

Selasa, Ogos 19, 2008

Nik Aziz kempen - bukti sokongan kepada Anwar kritikal

0 Komen!!!
Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan 'top gun' dari PAS dan DAP...

Nampaknya nama 'Anwar Ibrahim' sendiri tidak lagi digeruni dan memberi keyakinan pengundi Permatang Pauh untuk mengundi beliau sehingga terpaksa memanggil pemain import lain seperti Nik Aziz, Lim Kit Siang. Sebab itu beliau terpaksa mengadakan Pilihanraya Kecil di kubunya sendiri bukan di tempat lain.

Banyak maklumbalas yang diterima disini menyatakan, kehadiran tokoh seperti Nik Aziz membuktikan sokongan pengundi Permatang Pauh terhadap Anwar semakin lemah sehingga terpaksa menggunakan tokoh PAS tersebut.


Selain itu juga, Anwar semakin terdesak apabila terpaksa mendapatkan bantuan rakannya dari Indonesia dan Filipina. Kini Anwar terpaksa memanggil sekutunya Abddurrahman Wahid yang juga bekas Presiden Indonesia dan pemimpin berpengaruh bagi kumpulan Islam Nahdlatul Ulama hari ini hadir ke Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan beliau kepada Anwar.

Ini berikutan suara-suara dari penyokong PAS sendiri yang mula meragui terhadap Anwar seperti Hj Hadi lebih layak menjdi Perdana Menteri, suara pemuda PAS yang tidak mahu terlalu mengagungkan Anwar dan ketokohan Calon BN yang mampu untuk bertutur dalam bahasa Cina..

Selain isu-isu peribadi seperti kes liwat dan sebagainya yang menghimpit dan mencalar imej Anwar Ibrahim.. selain keengganan beliau untuk turut bersumpah menimbulkan pelbagai khabar angin dan spekulasi khasnya di kalangan penyokong Anwar itu sendiri. Walaupun dibibir mereka mengatakan tidak, tetapi di hati kecil mereka terpasang perasaan ragu dan timbul pelbagai persoalan khasnya apakah Anwar tidak mahu membersihkan nama dengan sumpah laknat?

Ini boleh dilihat bagaimana air muka yang tidak ceria, pucat Anwar Ibrahim ketika sesi penamaan calon bebarapa hari yang lalu.

Imej Anwar Ibrahim tidak lagi sehebat masa lalu... Namanya tidak lagi digeruni, kini beliau semakin ditelan masa....

Adakah pengundi masih akan bersama Anwar...

Anwar sudah tidak relevan untuk pengundi Permatang Pauh!....



Isnin, Ogos 18, 2008

PKR----------- PARTI KUAT RABA

4 Komen!!!
Gambar oleh: http://www.masterdedah.com

Semalam Parti Keadilan Rakyat ditukarkan secara rasminya kepada PARTI KUAT RABA... ekoran dari kejadian meraba penyokong PKR terhadap puteri UMNO yang dilaporkan oleh media massa...

Jadi selepas ini elekloh.... kita panggil sahaja PKR sebagai PARTI KUAT RABA sahaja...

Adakah Anwar tidak mahu membersihkan namanya?

0 Komen!!!
Anwar baru-baru ini mengatakan bahawa beliau tidak akan bersumpah laknat dalam pertuduhan kes liwat ini.

Sambil mengulangi tidak perlu bersumpah atas al-Quran, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengetahui kandungan laporan perubatan kedua, kendalian Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan juga laporan polis berhubung dakwaan liwat yang dihadapinya

Persoalannya adakah Anwar tidak mahu membersihkan namanya..

Adakah ini bermakna memang beliau melakukan perbuatan liwat tersebut!...

Jika Anwar mengatakan sumpah Mohd Saiful tidak mengikut Islam, maka Anwar perlu menunjukkan bagaimana sumpah laknat yang mengikut ajaran Islam..

Cuma jika Anwar bersumpah
bagaimana pula agaknya skrip sumpah beliau?

Adakah seperti ini "Saya bersumpah bahawa saya tidak meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut saya, tidak memasukkan zakar saya ke dalam duburnya."



Ahad, Ogos 17, 2008

Saiful atau Anwar yang cabar kewibawaan mahkamah?

0 Komen!!!
Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya mengemukakan segala dakwaan atau keterangan di mahkamah dan bukan di tempat awam serta disiarkan media, kata Setiausaha Agung, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang.

Beliau berpendapat tindakan Mohd Saiful bersumpah laknat seolah-olah tidak menghormati dan mencabar kewibawaan insitusi mahkamah, demikian menurut laporan Bernama.

Cuma hendak tanya siapa yang sebenarnya yang tidak menghormati dan mencabar kewibawaan mahkamah?!!!!

Kessalahan ini sepatutnya diletakkan di atas DSAI kerana beliaulah yang mula-mula sekali mempertikaikan kewaibawaan mahkamah...

1. Sidang akhbar demi sidang akhbar yang dibuat bagi meyakinkan rakyat bagi menolak dakwaan Liwat beliau... Satu persatu kenyataan di buat DSAI yang sebenarnya menghakis keyakinan sistem keadilan negara... perkara inilah yang mencabar kewibawaan mahkamah.

2. Bukan sahaja tidak menghormati undang-undang negara ini bahkan membuat tindakan bacul.. kononnya dia akan dibunuh.. sehingga lari dan menyembunyikan diri di kedutaan Turki.. tetapi sehingga kini beliau bebas berkeliaran..boleh berceramah di mana-mana dan bertanding pula dalam pilihanraya!

3. Kemudian mengadu pula pada 'big brother' Amerika dan sekutunya supaya campur tangan dalam kes liwat... Ini maksudnya tidak percaya kepada sistem kehakiman negara...

4. Kemudian mengeluarkan laporan perubatan yang sepatutnya menjadi perkara sulit bagi setiap pesakit.... berapa banyak pelanggaran hak asasi manusia, hak peribadi pesakit yang telah dibuat demi DSAI...

5. Selepas itu pula, apabila pihak berkuasa meminta beliau memberikan kerjasama untuk siasatan dan diminta untuk menyerah diri di balai Polis, beliau ingkar.... beliau sengaja menggunakan cara yang sukar bagi memaksa polis menangkap beliau..

Semuanya ni sebenarnya menghina dan mencabar kewibawan mahkamah bagi mendaulatkan keadilan undang-undang di negara ini...

Jika Mohd Saiful dianggap cabar kewibawaan mahkamah sekali maka DSAI telah cabar kewibawaan mahkamah beribu kali banyaknya..

Fakta Sebenar: kenapa ramai pemimpin Melayu dan Islam keluar PKR

4 Komen!!!


Kita selalu didedahkan oleh PKR mengenai ahli UMNO yang keluar dari parti tersebut. Tetapi kita tidak didedahkan mengenai ahli PKR yang keluar, khasnya pemimpin-pemimpin PKR yang berjuang bersama-sama Anwar terdahulu dan sanggup berdemonstrasi dan ditahan ISA.

Kenapa mereka keluar dari PKR... mari kita lihat video klip ini... Fikirkanlah dan nilailah dengan hati tenang dan terbuka...

"TEPUK DADA TANYALAH IMAN"

Sumber:http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Ezam : PKR Samseng bacul...!!

1 Komen!!!
Ezam dalam ceramah perdana sebentar tadi di Kg Tanah Liat, mengatakan "Dulu PKR pukul Wartawan perempuan kini dia pukul 2 orang wartawan.. ini samseng bacul"

Ini samseng bacul!...

Nampaknya PKR ni tak de kerja dah!.. hendak belasah wartawan pula.... Samseng bacul apa!

Kongsi Link Anda