Ekoran laporan penyalahgunaan kuasa dan rasuah daripada pelbagai blog dan internet oleh Mohamad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, maka beliau telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Namun sebagaimana yang diketahui inilah antara bukti PKR hanya berdiam diri jika pemimpin mereka terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Jika benar beliau terlibat dengan rasuha PKR patut mendedahkanya dan memberikan kepada SPRM untuk membuat siasatan lanjut dan bukannya berdiam diri.
Adakah kemungkinan perletakan jawatan ini sebagai ganti supaya tindakan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak dilaporkan kepada SPRM oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan PKR? Sebab sesuatu mungkin telah berlaku ekoran penafian yag berterusan oleh PKR dan Lim Guan Eng?
Menurut The Star, tiada alasan yang diberikan bagi peletakan jawatan tersebut serta jawatan exco kerajaan negeri.
Manakala Lim pula berkata beliau telah menerima peletakan jawatan Mohamad Fairus berkuatkuasa pada 8 April depan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sebab-sebab Mohamad Fairus meletak jawatan tersebut.
Fairus bagaimanapun akan kekal sebagai Adun Penanti dan juga anggota PKR.
Semalam, Lim dilaporkan berkata, beliau meluluskan permohonan cuti Mohamad Fairus Khairuddin atas permintaan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Popular Today
Sabtu, Mac 21, 2009
Nik Aziz kecewa dengan Hj Hadi?
Hari ini Nik Aziz meluahkan rasa marah dan kecewa beliau kepada Hj Hadi, mengenai kerajaan campuran... sebagaimana di ketahui ini kemungkinan adalah kesinambungan isu muqabalah yang pernah diadakan oleh PAS dan BN pada masa lalu.Maksudnya adakah idea penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan UMNO serius... atau bagaimana? mungkinkah nik aziz hanya kambing hitam PKR dan DAP yang cuba untuk menghalang dari berlakunya kerajaan campuran ini?
Dengan angkuh, Mursyidul am PAS menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal parti itu dan mengingatkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar berbincang dengannya sebelum membuat keputusan isu penubuhan kerajaan campuran maksudnya 'jangan ada sesiapa lawan aku'.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti PAS, lapor Bernama.
Bercakap selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEK) di Kota Bharu hari ini, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengulangi pendiriannya sebagai ketua tertinggi PAS bahawa beliau menolak cadangan Abdul Hadi itu atas alasan ia sudah diputuskan pada muktamar di Ipoh tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, beliau sedia berbincang dengan Abdul Hadi mengenai isu menubuhkan kerajaan campuran antara pakatan pembangkang dan BN.
"Saya mursyidul am umpama nakhoda, kalau tukang sauh nak jumpa, saya tak boleh tolak, kena jumpa. Kalau tukang layar nak jumpa tak boleh tolak, kalau Haji Hadi nak jumpa pun saya tak boleh tolak," Nik Abdul Aziz dipetik berkata.
Beliau ditanya sama ada beliau sedia berjumpa dengan presiden PAS atau pemimpin tertinggi lain parti dalam menyelesaikan perbezaan pandangan mengenai cadangan Hadi bagi membentuk kerajaan campuran pembangkang dan BN.
Nik Abdul Aziz berkata jika ramai pemimpin PAS yang menggesa untuk penubuhan kerajaan campuran dengan BN, maka perlu ada satu platform yang khusus untuk membincangkan perkara itu dengan teliti.
"Saya tetap dengan pendirian asal saya, tidak bersetuju dengan cadangan itu. Kalau hendak juga hubungan kerjasama itu, (PAS) kena adakan mesyuarat khas lain membincangkan khusus tentang perkara itu," katanya lagi.
Jumaat, Mac 20, 2009
Tidak setuju!...
Tertarik dengan blog bongkar sauh, beliau menulis Anwar meminta supaya Fairus diberi cuti. Lim Guan Eng luluskan. Acap benar umum bercakap mengenai prestasi Tim Ketua Menteri ini. Isunya ialahkecekapan. Kalau kurang cekap, ramai lagi orang yang lebih cekap.
Mengapa dikekalkan juga orang yang kurang cekap itu?
Berita Harian Online memaparkan gambar sebahagian orang, kononnya penyokong Hindraf yang dikatakan membantah pemilihan S Manikumar sebagai calon PKR dalam PRK Bukit Selambau.
Tidak dapat dipastikan adakah Manikumar calon terbaik berbanding calon yang lain.
Bagaimanapun, pengumuman Anwar itu disambut dengan bunyi bantahan dari sesetengah penyokong PKR yang hadir.
Menurut saksi, penyokong tersebut - kira-kira 20 orang - adalah dari bahagian Merbok, yang menyokong seorang lagi calon K Masilamani.
"Mereka tidak gembira dengan pemilihan Manikumar kerana beliau tidak dikenali dan bukan anak jati (Bukit Selambau), tetapi dilahirkan di Alor Star," kata seorang pemimpin PKR tempatan.
Sebelum pengumuman dibuat, Masilamani yang juga seorang ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, adalah antara tiga nama calon yang dicadangkan kepada pucuk pimpinan.
Dua orang lagi ialah ahli PKR Sungai Petani, Dr R Krishnamoorthy dan ahli jawatankuasa bahagian yang sama, S Sritharan.
Bagi menenang keadaan, Anwar telah menemui Masilamani dan meminta beliau supaya menasihatkan penyokongnya bertenang.
Mengapa dikekalkan juga orang yang kurang cekap itu?
Berita Harian Online memaparkan gambar sebahagian orang, kononnya penyokong Hindraf yang dikatakan membantah pemilihan S Manikumar sebagai calon PKR dalam PRK Bukit Selambau.
Tidak dapat dipastikan adakah Manikumar calon terbaik berbanding calon yang lain.
Bagaimanapun, pengumuman Anwar itu disambut dengan bunyi bantahan dari sesetengah penyokong PKR yang hadir.
Menurut saksi, penyokong tersebut - kira-kira 20 orang - adalah dari bahagian Merbok, yang menyokong seorang lagi calon K Masilamani.
"Mereka tidak gembira dengan pemilihan Manikumar kerana beliau tidak dikenali dan bukan anak jati (Bukit Selambau), tetapi dilahirkan di Alor Star," kata seorang pemimpin PKR tempatan.
Sebelum pengumuman dibuat, Masilamani yang juga seorang ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, adalah antara tiga nama calon yang dicadangkan kepada pucuk pimpinan.
Dua orang lagi ialah ahli PKR Sungai Petani, Dr R Krishnamoorthy dan ahli jawatankuasa bahagian yang sama, S Sritharan.
Bagi menenang keadaan, Anwar telah menemui Masilamani dan meminta beliau supaya menasihatkan penyokongnya bertenang.
Yang kabur semakin terang - malaysiakini
Fairus dicutikan atas arahan Anwar... tidakkah ini jelas... sedang Pakatan Rakyat sedang menghadapi 3 Pilihanraya Kecil ada ke patut si fairuz ini bercuti... kecuali ?????? takkan pokok akan bergoyang kalau angin tidak bertiup... adakah fairuz juga akan diminta letak jawatan dalam masa terdekat ini oleh Anwar?Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata beliau meluluskan permohonan cuti timbalannya, Mohamad Fairus Khairuddin atas permintaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya dimaklumkan oleh Anwar bahawa Fairus minta untuk bercuti dan atas permintaan Anwar saya luluskan cuti itu," katanya di sini, hari ini.
Semalam, Lim menafikan desas desus kononnya timbalannya itu sudah dipecat, hari ini menegaskan sekali lagi bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.
Walaupun si lim ini menafikan, tetapi tidakkah ianya semakin jelas....
Khamis, Mac 19, 2009
Pengumuman aset Kerajaan PKR Selangor hanya ditertawakan - malaysiakini
The Selangor government's move in declaring assets of its cabinet members is 'laughable' and of no help in maintaining integrity of public officialsIt was seen as a bold step by the Selangor government in declaring assets of its menteri besar and ten exco members. Instead, the move received brickbats with claims that details revealed are superficial and defeat the purpose of monitoring the integrity of public officials.
Nik Aziz bidas Hj Hadi
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran Pas-Barisan Nasional (BN) sebagai tidak menghormati keputusan parti. Musryidul Am Pas itu berkata, parti telah membuat keputusan pada Muktamar Pas yang dibuat Ogos tahun lalu di Ipoh, Perak.
“Saya rasa cadangan itu lebih berbentuk peribadi. Keputusan telah dibuat pada Muktamar Pas di Ipoh. Kalau nak sebut benda lain yang berlainan dengan keputusan muktamar kena buat mesyuarat luar biasa (EGM).
“Saya tidak suka satu keputusan yang dibuat dalam muktamar tetapi kita sebut benda lain. Itu saya tidak suka.
“Kalau tentu nak buat benda lain selain daripada keputusan muktamar biar tentu. Biar ada perbahasan, biar ada dialog dan masukkan dalam mesyuarat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darul-naim, di sini, semalam.
Nik Aziz berkata, keputusan pada muktamar lepas telah dibuat yang mana Pas akan bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).
“Kalau nak bertemu dengan UMNO, bertemu dalam perkara lain bukan dengan perkara bentuk kerajaan. Itu keputusan kita.
“Kalau nak buat benda baru tak boleh nak sebut, tak boleh buat dengan cara sambil lalu sambil dan kena ikut keputusan mesyuarat. Kepu-tusan muktamar mesti dijalankan,” katanya.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, keputusan yang telah diputuskan pada muktamar lepas perlu dijaga.
Nik Aziz berkata, sekiranya ingin membahaskan masalah kerajaan dengan UMNO perlu adakan mesyuarat khusus.
“Jangan buat keputusan lain. Cakap lain, saya tak setuju, saya tetap dengan keputusan muktamar. Barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin.
“Sekiranya ingin membuat keputusan lain satu mesyuarat jawatankuasa pusat perlu diadakan bagi memperhalusi cadangan tersebut,” katanya.
Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya kesemua Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bersetuju dengan cadangan Abdul Hadi yang tetap berkeras untuk mewujudkan kerajaan perpaduan beliau terpaksa akur.
Katanya, cadangan itu bukan sahaja tidak membawa kebaikan malah bertentangan dengan dasar parti.
Selasa, Mac 17, 2009
Tahniah Datuk Tiger!!
Aspirasi mahu ucapkan syabas dan tahniah di atas lantikan Datuk Ibrahim Yahya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia.
Sebagai bekas anak buah dan anak murid Datuk Tiger kerana beliaulah yang memperkenalkan aspirasi kepada dunia bloggers. Memang rasa berbangga apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran. Sebagai bekas wartawan dan blogger memang beliau dianggap layak menjawat jawatan tersebut.
Aspirasi mengucapkan semoga beliau terus success sentiasa.
Sebagai bekas anak buah dan anak murid Datuk Tiger kerana beliaulah yang memperkenalkan aspirasi kepada dunia bloggers. Memang rasa berbangga apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran. Sebagai bekas wartawan dan blogger memang beliau dianggap layak menjawat jawatan tersebut.
Aspirasi mengucapkan semoga beliau terus success sentiasa.
Jumaat, Mac 13, 2009
Plak penderhaka
Tidak sampai lima hari selepas dipasang, plak bagi mengingati 'pokok demokrasi' di Perak menjadi mangsa perbuatan khianat.Edisi online China Press melaporkan bahawa tempat tersebut kini menjadi tumpuan orang ramai apabila mengetahui mengenai kejadian tersebut.
Speaker V Sivakumar yang turut ke situ pagi tadi, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bermoral.
Apabila penderhaka menyebut tidak bermoral.... taraf mereka sama sahaja....
Langgan:
Ulasan (Atom)