Popular Today

Jumaat, Januari 08, 2010

Pemimpin DAP Pulau Pinang sertai PCM

0 Komen!!!


PULAU PINANG- Ketua Pasukan Tindakan Khas DAP Pulau Pinang, Tham Weng Fatt, 54, hari ini mengumumkan meletakkan jawatan dan keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Katanya, keputusan itu berkuat kuasa serta merta bagi membolehkannya menyampaikan pandangan kepada kerajaan negeri dengan lebih berkesan demi kepentingan rakyat.

"Sekarang ini DAP memimpin kerajaan negeri. Susah bagi saya untuk menyuarakan kepentingan rakyat kerana bila saya mengkritik kerajaan negeri bermakna saya mengkritik parti saya," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau, yang telah menyertai DAP selama 22 tahun itu, berkata surat peletakan jawatannya akan diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, Sabtu ini.

"Tiada masalah peribadi atau perselisihan antara saya dan rakan dalam DAP, cuma terdapat beberapa dasar dalam parti yang saya tidak setuju," katanya.-Bernama

Gambar Program Solat Hajat Pemuda Johor

2 Komen!!!







Khamis, Januari 07, 2010

Setiausaha agung PKR letak jawatan - Bukti PKR parti bermasalah

2 Komen!!!



Setiausaha agung PKR, Datuk Salehudin Hashim telah meletak jawatan hari ini selepas berbulan-bulan tersebar spekulasi mengenainya.

salehuddin hishamBeliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali serta kepada Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Alasan bagi peletakan jawatan itu adalah beliau ingin kembali kepada bidang minyak dan gas, yang diceburinya sebelum dilantik menjadi setiausaha organisasi PKR pada 2004.

Salehudin berkata, beliau menyertai (PKR) ketika keadaan parti itu tidak menentu, tetapi kini beliau meninggalkannya ketika keadaan semakin baik. - Malaysiakini

Hehehe... apa dah.. tak kanlah dalam keadaan PKR tengah untung besar, pengaruh kuat... alih-laih letak jawatan...

Kalau nak tipu tu biarlah lojik sikit.... tak habis-habis nak tipu rakyat!

berita tentang perletakan jawatan SU Agung PKR ni lama dah dengar... akhirnya disahkan oleh PKR... semua alasan PKR sama masa letak jawatan... tapi semua tak lojik,, mereka agak rakyat bodoh agaknya... tak habis habis nak tipu rakyat...

Sebagaimana di ketahui PKR ni parti 3A... Anwar, Azizah dan Azmin.. kroni dan nepostime.. berapa ramai pemimpin PKR terdahulu yang keluar kerana tertipu dengan janji Penjilat jubur DSAI...

Tindakan UMNO selari dengan majlis Fatwa

0 Komen!!!
Ramai yang membelasah UMNO khasnya pembangkang yang menuduh dengan pelbagai tohmahan seperti UMNO mahu jadi Hero, UMNO timbulkan perkauman, UMNO tidak toleransi.. namun hakikatnya tindakan UMNO selari dengan keputusan Majlis Fatwa kebangsaan berhubung isu kalimah Allah.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang menyatakan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.

Majlis Agama Islam Selangor menjelaskan sebarang membenarkan Herald-The Chatolic Weekly menggunakan kalimah Allah bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah Allah hanya boleh digunakan umat Islam.

Bantahan UMNO bukanlah berasaksan emosi dan perkauman tetapi sebenarnya selari dengan kehendak agama sebagaimana Fatwa yang telah dikeluarkan.

Bukan sebagaimana tindakan pihak yang menuduh UMNO, tindakan mereka hanya berasaskan kepentingan politik sempit dan mahukan undi semata-mata apatah lagi mereka membelakangkan fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Fernandes beli West Ham

0 Komen!!!

Datuk Seri Tony Fernandes


KUALA LUMPUR - Dua tokoh korporat tempatan, Datuk Seri Tony Fernandes dan Datuk Kamaruddin Meranum kini di peringkat akhir untuk membeli kelab bola sepak Liga Perdana England, West Ham United.

Sumber memberitahu, pembelian kelab yang dibimbing oleh Gianfranco Zola itu akan dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu akan datang.

Katanya, menerusi pembelian tersebut, Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd. (AirAsia) dan Kamaruddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, akan memegang 51 peratus saham kelab tersebut.

''Pemilikan kelab West Ham oleh kedua-dua tokoh korporat itu adalah pelaburan peribadi dan ia tidak melibatkan kepentingan syarikat AirAsia,'' kata sumber tersebut.

Fernandes merupakan penyokong setia West Ham.

Beliau juga adalah Ketua Pasukan Lotus F1 Racing manakala Kamaruddin merupakan Pengarah pasukan yang akan beraksi dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Tambah sumber tersebut, pemilikan kelab England itu turut membuktikan kemampuan rakyat Malaysia membeli sebuah kelab yang beraksi dalam liga bola sepak terkemuka di dunia.

''Pemilikan West Ham oleh kedua-dua tokoh korporat itu kena pada masanya kerana ketika ini para pemain bola sepak negara sedang mencari kelab untuk berlatih di Eropah.

''Atas semangat 1Malaysia, saya percaya mereka tiada halangan untuk memberi kebenaran jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu menempatkan para pemain negara di West Ham,'' kata sumber tersebut..

West Ham United berpusat di Upton Park, timur London, menduduki tangga keempat tercorot Liga Perdana England dengan mengumpul 18 mata dari 20 perlawanan, di depan, Bolton, Hull dan Portsmouth.

Antara pemain utama West termasuk Scott Parker, pemain kebangsaan England, Matthew Upson, penjaga gol Robert Green serta Kieron Dyer.

Musim lalu, West Ham menduduki tempat kesembilan dan kedudukan terbaik kelab itu dalam Liga Perdana ialah di tangga kelima pada 1998-99.

Pemuda UMNO Johor : Program Solat Hajat menentang Kalimah Allah oleh bukan Islam

0 Komen!!!

Rabu, Januari 06, 2010

ALLAH: BUKAN BAHASA BIBLE

2 Komen!!!
Isu berkenaan tuntutan pihak Kristian terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka masih lagi hangat diperkatakan. (Rujuk The Sun,Ruangan Herald The Catholic Weekly )

Pihak yang menuntut mendakwa bahawa kalimah Allah ialah terjemahan dari bahasa Inggeris yang mengunakan kalimah God di dalam bible Versi English mereka. Sekiranya tuntutan ini dipenuhi kita akan melihat di dalam bible Kristian ayat-ayat berbunyi seperti berikut:-

“Engkau adalah Messias anak Allah yang hidup “
( Matius 16 : 16 )

“..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah.”
( Matius 27 : 43 )

“ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera dari Allah, bapa kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus )
Kristus. (Galatia 1 : 3 )

Serta banyak lagi ayat-ayat lain yang tidak perlu diperincikan di sini.

Jelasnya, dalam menangani isu ini, kita perlu merujuk kembali kepada fakta sebenar. Iaitu, apakah bahasa asal penulisan kitab Taurat dan Holy Bible?

Berdasarkan fakta, bahasa asal kitab Taurat adalah bahasa Hebrew manakala bahasa yang digunakan bagi penulisan kitab Holy Bible ialah bahasa Greek.

Kalimah tuhan dalam bahasa Hebrew ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27 : 46 yang menyebut :

Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring:
“Eli,Eli, lama sabakhtani?”Ertinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku ?”

Manakala di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud tuhan ialah Theos. Orang-orang Rom yang menyembah Tuhan yang disepakati oleh mereka sebagai Tuhan yang sebenar memanggil Tuhan ini sebagai Hotheos. Manakala sekiranya ada di kalangan mereka yang menyembah Tuhan palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tontheos. Perhatikan!Bagi kedua-dua bahasa yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun yang menyebut kalimah Allah Sesetengah sarjana Kristian menyatakan bahawa alasan yang paling kukuh bagi mereka untuk dibenarkan penggunaan kalimah Allah ialah berdasarkan penggunan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Arabic. Sememangnya diakui kalimah Allah digunapakai di dalam Bible berbahasa
Arab. Bible versi bahasa Arab tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi Alkitab Al-Muqaddas. Begitu juga Bible berbahasa Melayu yang menggunakan nama yang sama? Di dalam terjemahan Bible bahasa Melayu mereka menamakannya sebagai Al-kitab berita baik.* Perlu dinyatakan bahawa kalimah Allah wujud di dalam Bible bahasa Arab adalah kerana sesetengah Kristian Arab (seperti Syria, Mesir dan lain-lain) yang wujud sebelum kedatangan Islam meyakini konsep Unity (Keesaan Allah). Ia berbeza sama sekali dengan konsep Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini termasuk mereka yang terlibat dengan tuntutan isu kalimah Allah ini.

Maka hujah yang dijadikan sandaran sebagai alasan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak masuk akal kerana golongan Kristian Trinity sendiri mengkafirkan golongan Kristian Unity. Terdapat juga sarjana mereka yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan sekali-kali timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada penterjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan
kalimah Tuhan adalah terjemahan dari kalimah Lord. Pandangan mereka ini juga mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible mereka. Persoalannya, apakah perbezaan
antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian?

Sekiranya mereka mendakwa bahawa Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam syurga maka mereka perlu mengetahui bahawa ayat yang akan dinyatakan di bawah ini membuktikan bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja!Perhatikan di dalam The Gospel Of St. Mark 12:29 menyebut :

Jawab Jesus : “Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa” Saya bertanya kepada orang-orang Kristian, siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah Nabi Isa? Tidak!

Lafaz Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan oleh sarjana mereka bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Nabi Isa!

Sekiranya mereka berhujah dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan kalimah Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa, iaitu seperti dinyatakan di dalam The Gospel Of St.Matius 16:22 yang menyebut :

Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya :“Tuhan, (Jesus) semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu”.

Maka mereka perlu menyelesaikan dahulu percanggahan di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu adalah Nabi Isa sahaja ataupun Tuhan juga adalah Allah!

Di samping itu, kita juga tidak lupa untuk menyeru agar mereka memerhatikan kata-kata Jesus sendiri terhadap keesaan Allah. Perhatikan The Gospel Of St.John 20:17 yang menyebut :

Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu.”

Dalam The Gospel Of St. Matthew 22:37 :menyebut :
Jawab Jesus kepadanya: “ Kasihilah Tuhan Allahmu dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan segenap akal budimu.

Dalam erti kata lain Nabi Isa bukannya Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Nabi Isa sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah!

Kesimpulannya, larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang diwartakan menerusi keputusan kabinet yang bersidang pada 16 Mei 1986 adalah amat wajar. Empat perkataan dikhususkan hanya buat umat Islam dan sama sekali tidak dibenarkan penggunaannya oleh Non Muslim iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah. Sesetengah negeri pula contohnya selangor, telah menambah lagi beberapa perkataan yang dianggap mengelirukan sekiranya digunakan oleh Non Muslim.

Jelaslah di sini kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim yang bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila terminologi yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.

Sumber,
Caw. Aqidah
PP (Ancaman Agama)
JAKIM

Isu Allah : Keputusan PKR dan PAS bertentangan Fatwa Kebangsaan

1 Komen!!!
Tindakan PKR dan PAS yang menyokong penggunaan Allah bagii bukan Islam bertentangan dengan keputusan majlis Fatwa.

Majlis Agama Islam Selangor menjelaskan sebarang membenarkan Herald-The Chatolic Weekly menggunakan kalimah Allah bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah Allah hanya boleh digunakan umat Islam.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang menyatakan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.

"Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan jika terdapat unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah itu, ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata majlis

Nampaknya keputusan PKR dan PAS telah melampaui batasan fatwa dan agama... Semakin jelas bahawa Islam akan semakin hancur jika mereka berkuasa...

Pendirian PAS dan PKR yang bertuankan DAP ini memang tidak mengejutkan, hati dan mata mereka telah dibutakan dengan undi walaupun terpaksa menggadai maruah agama...

Sumber : Berita Harian

Kongsi Link Anda