Popular Today

Khamis, September 25, 2014

Suasana mengundi di Peti Undi Bendang Pak Yong #PengkalanKubor

0 Komen!!!
Info PRK #Pengkalankubor

Gelagat perayu Undi Parti yang bertanding di Bendang Pak Yong



Latar belakang #PengkalanKubor

0 Komen!!!


Latar belakang Pengkalan Kubor 

PRK N01: Pengkalan Kubor. - 
1. Profail Kawasan :
a. Kod DM : 019/01/03
b. Nama DM: Kampung Tebing

2. Kod Dan Nama Lokaliti :
001 : Kg Tebing
002 : Kg Surau
003 : Kg Pondok Haji Daud

3. Tempat membuang Undi :
a. Nama : SMU (A) Meheliah
b. Jumlah Salurah : 3

4. Komposisi Kaum :
a. Melayu : 99%
b. Cina : 0.07%
c. India : 0.07%
d. Sabah : 0
e. Sarawak : 0
f. O. Asli : 0
g. Lain : 0

5. Pekerjaan :
a. Nelayan : 25%
b. Buruh : 20%
c. Pekebun kecil : 15%
d. Peniaga :30%
e. Kerajaan : 5%
f. Swasta : 5%

6. Keputusan PRU 13 :
a. BN : 503
b. PKR : 668
c. BEBAS : 4
d. Rosak : 19
e. Keluar Mengundi : 1,530
f. Majoriti : -165
g. Kemenangan : PKR

a. Lokasi Tempat Mengundi :
1. Pusat pengundian terletak 50 meter dari jalan utama
2. Situasi ke lokasi tempat mengundi adalah melalui 2 jalan tar (sempit) terus ke tempat mengundi :
i) Jalan baru - 300 meter
ii) Jalan lama - 50 meter


untuk maklumat terkini layari : https://www.facebook.com/PRKPengkalanKuborNews

Terkini : Senarai tempat mengundi #PengkalanKubor

0 Komen!!!



Selamat Mengundi 

Suasana terkini Pusat Mengundi Tebing,
Sk Pengkalan Kubor 2

PRK N01: Pengkalan Kubor. - 
1. Profail Kawasan :
a. Kod DM : 02
b. Nama DM: Kampung Ketil

2. Kod Dan Nama Lokaliti :
001 :Kg Ketil
002 :Kg Telaga Lanas
003 : Taman Sri Ketil
004 : Kg Banjir

3. Tempat membuang Undi :
a. Nama - SK Pengkalan Kubor 2
b. Jumlah Saluran - 5

4. Komposisi Kaum :
a. Melayu : 3163 (98.91%)
b. Cina : 31 (0.97%)
c. India : 0
d. Sabah : 0
e. Sarawak : 1 (0.03%)
f. O. Asli : 0
g. Lain : 3 (0.09%)

5. Pekerjaan :
a. Nelayan : 25%
b. Buruh : 30%
c. Pekebun kecil : 5%
d. Peniaga : 10%
e. Kerajaan : 10%
f. Swasta : 10%
g. lain-lain : 10%

6. Keputusan PRU 13 :
a. BN : 1005
b. PKR : 1115
c. BEBAS : 10
d. Rosak : 60
e. Keluar Mengundi : 2191
f. Majoriti : (110)
g. Kemenangan : PKR

Lokasi Tempat Mengundi :
Tempat mengundi terletak di tepi jalan utama ke Pusat Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Lokasi pengundian dianggarkan dalam jarak kira-kira 200 meter dari jalan utama.

#Pengkalankubor


untuk maklumat terkini layari : FB PRK Pengkalan Kubor News

Selamat mengundi warga Pengkalan Kubor!!

0 Komen!!!


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Admin hendak mengucapkan selamat mengundi kepada warga Pengkalan Kubor. Pergilah mengundi di awal pagi dan jangan lupa membawa kad pengenalan bersama. Dan paling jagalah keselamatan diri..

Tetapkan hati dan undilah calon BN Hj Mat Razi bin Mat Ail. Pilihlah kerana yakin dia mampu menggalas tanggungjawab yang terbaik bagi menggantikan Allahyarham Dato' Di serta beliau seorang yg mudah baso, peel jurus dan tok guru ngaji AlQuran. 

Selamat mengundi semua..


untuk berita terkini sila layari : FB PRK Pengkalan Kubor News

Selasa, September 23, 2014

Strategi akhir PAS??

0 Komen!!!

Adakah PAS akan membeli pengundi di akhir kempen di PRK Pengkalan Kubor...

Ada cakap-cakap di sini PAS telah memberi pemuda-pemuda di sini antara RM 50 hingga RM 200..

Jadi siapa yang dapat rm 50 tu malang le.. patut minta kat PAS tu sekurang-kurangnya rm 200.00

Pas bagi gula.. amik
Pas bagi Beras.. amik

Hok penting.. pangkoh BN!!


lihat seterusnya di link ini : PRK Pengkalan Kubor News

#PengkalanKubor : Cikgu Agama vs Kontraktor

0 Komen!!!

PRK Pengkalan Kubor sedang masuk hari terakhir kempen esok..

Pihak PAS kali ini pelik cara kempen mereka.. biasanya mereka bercerita tentang agama.. tetapi kali ini mereka bercerita tentang pembangunan.. mungkin disebabkan calon mereka ini adalah kontraktor.

Pihak BN terus konsisten dengan menampilkan pendekatan sederhana.. apatah lagi calon BN ialah seorang pengasas pondok dan guru agama..

Imej calon BN yang dilihat keagamaan telah diserang oleh pemimpin PAS dengan cara memperlekehkan imej beliau seperti imej calon berserban dan berjubah.. bukan setakat itu sahaja.. usaha calon menghidupkan sekolah pondok juga diperlekehkan oleh pemimpin PAS..

Lusa tibalah masanya untuk pengundi Pengkalan Kubor memilih calon antara guru agama atau kontraktor..



Ahad, September 21, 2014

PAS KO di Pengkalan Kubor!!

0 Komen!!!


PRK Pengkalan Kubor melihatkan PAS kini semakin berpecah dalaman mereka dan semakin jauh dengan PR

kumpula ulama dan Anwarinas berperang sesama mereka... sedangkan PKR dan DAP hanya tersenyum germbira dengan peperangan yang berlaku dalam PAS

Kenyataan Presiden PAS semalam adalah kenyataan yang menunjukkan betapa beratnya masalah dalaman yang berlaku dalam PAS. Betapa nilai PAS telah dirobek oleh ahli mereka sendiri..

Baiah tidak lagi dihormati.. baiah pemimpin PAS kini hanya dibibir tetapi bukan dihati.. hati mereka lebih taatkan ANwar Ibrahim daripada Hj Hadi..

Inilah yang sebenarnya yang merosakkan PAS itu sendiri sebagai satu organisasi politik..

Adakah PAS akan berpecah dengan PR.. keputusan 23 haribulan ini akan menentukannya.. 

Hadi tuduh PKR beli 2 ADUN Pas #MuktamarPas2014

2 Komen!!!

Amanah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Sempena Muktamar Tahunan PAS ke 60

1. Kita diajar untuk mati bersama Islam. Bukan mati bersama Mursyid Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Dato Dr Harun Din , Hj Abdul Hadi. Bukan mati bersama PAS dan bukan mati bersama Pakatan Rakyat, tetapi mati bersama Islam.

2. Kita menyertai PAS kerana Islam. Perjuangan kita mencari keredhaan Allah swt bukan mencari keredhaan manusia. Inilah yang membezakan kita dengan parti - parti lain termasuk parti dalam Pakatan Rakyat.

3. Perjuangan PAS meletakkan hukum - hukum Islam ditempat yang sangat tinggi. Maka rujuklah kepada Islam jangan menyeleweng daripadanya.

4. PAS dipandu oleh Majlis Syura Ulamak yang telah dipilih dari kalangan mereka yang mendalam ilmunya untuk mengambil hukum dari kitabullah dan as Sunnah. Pula dipilih secara demokrasi melalui pilihan AJK PAS Pusat, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dari kalangan ulamak yang amanah dengan ilmunya.

5. Berhukum dengan berdasarkan wahyu jangan hanya menggunakan aqal dalam memandu perjuangan ini .

6. Majlis Syura Ulamak berijtihad secara kolektif menyelesaikan masaalah semasa.

7. Pemimpin perlu bermesyuarat dalam membuat keputusan terhadap perkara yang tiada nas.

8. PAS memilih Muwajahah Silmiyyah (pendekatan damai) dalam pendekatan politik. Kita perlu meluaskan ruang muamalah dengan pihak - pihak lain.

9. Jangan jadi PAS sebagai hotel tempat persinggahan. Jangan jadikan PAS sebagai jambatan untuk menyeberang. Masuk PAS maka duduk bersama dengan PAS dan Istiqamah dengan dasar dan manhaj  PAS.

10. Kita bertahaaluf dengan parti - parti dalam Pakatan Rakyat bukan sebagai sebuah parti. Kita parti - parti yang berbeza ideologi. Kita tidak boleh menjadi satu. Kita hanya bersama dalam perkara - perkara yang kita ada titik persamaan.

11. PAS tidak merebut jawatan MB . PAS tidak pelahap jadi MB. Tapi ingat di sana ada hukum syara' . Tidak boleh pilih pemimpin berdasarkan kecenderungan
tetapi mesti kepada kelayakkannya kerana bimbang laknat Allah swt. Saya tidak bersedia membawa Ahli PAS  ke neraka Allah swt.

12. PAS kesal dengan tindakan semata mata mahu kuasa lalu membeli dan mencuri 2 orang ADUN PAS sehingga mencetus masaalah besar kepada PAS. Sedang ini bertentangan dengan semangat baiah. Mana lebih besar Wallahi , Wabillahi , Watallahi dengan Aku Janji ?

13. Hubungan wala' dengan pihak lain adalah haram. Membocorkan rahsia kepada pihak lain tidak boleh. Menghilangkan jati diri pejuang Islam tidak boleh. Apatah lagi membantu musuh, ini TIDAK BOLEH !

14. Jangan tubuh jamaah dalam jamaah. Jangan tubuh parti dalam parti. Dalam satu jamaah hanya satu imam. Kalau nak jadi imam juga , cari tanah lain dan buat masjid lain.

15. Terima kasih kepada semua pihak seperti Jabatan AMAL dan lain - lain yang menjayakan Muktamar Tahunan PAS ke 60 khasnya Badan Perhubungan PAS Johor Darul Takzim.

# Catatan ini hanya sebahagian dari keseluruhan ucapan Tuan Guru Presiden PAS sewaktu menangguh Muktamar Tahunan PAS ke 60 . Ucapan penuh boleh ikuti rakamannya kelak.

oleh :
Nasrudin Hassan at Tantawi
Timbalan Pengerusi
Lajnah Dakwah PAS Pusat

Kongsi Link Anda