Popular Today

Khamis, Ogos 18, 2011

Blogger BN buat PKR macam cacing kepanasan

0 Komen!!!
PKR melenting lagi.. Kali ini sasarannya ialah blogger BN.. Ianya berkaitan dengan PKR terlibat dengan arahan kepada supaya jangan membuat serbuan terhadap gereja DUMC.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, blog itu menyiarkan satu dokumen palsu dikatakan: campur tangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam pemeriksaan terhadap gereja berkenaan.

Ianya adalah taktik biasa PKR untuk menafikan diri mereka terlibat dalam melarang JAIS untuk bertindak mempertahankan akidah Umat Islam..

PKR patutnya membidas tindakan pihak gereja yang mahu memurtadkan Umat Islam.. Namun PKR Selangor lebih rela minta maaf kepada gereja.. Apa motifnya? Minta maaf kepada pihak yang memurtadkan Umat Islam..

PKR memang tiada niat untuk pertahankan akidah Umat Islam kerana mereka lebih menyokong gereja berbanding masjid!!!


Sent from my iPad

Jumaat, Ogos 12, 2011

Isu pemeriksaa Gereja : Penjelasan Pengarah Jais

0 Komen!!!
SHAH ALAM 11 Ogos – Selepas lebih seminggu isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang didakwa sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya diperkatakan, pihak berkuasa agama itu hari ini menjelaskan bahawa tiada serbuan dilakukan ke atas premis itu pada 3 Ogos lalu.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin (gambar) menegaskan, apa yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa JAIS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dream Centre hanyalah pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam di gereja berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan itu dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 setelah menerima maklumat bahawa terdapat majlis berbuka puasa diadakan bersama majlis 'Thanksgiving Dinner' di sebuah gereja.

"Maka berdasarkan maklumat itu, satu pemeriksaan telah dibuat bersama-sama anggota polis kira-kira pukul 9.45 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Marzuki, sebenarnya tiada sebarang kekasaran atau pecah masuk dilakukan oleh penguat kuasa agensi tersebut semasa pemeriksaan di Dream Centre milik gereja berkenaan sebagaimana yang ditohmah oleh segelintir pihak.

Malah, beliau sekali lagi menegaskan bahawa tiada serbuan dilakukan ke atas premis yang dikatakan gereja itu pada malam 3 Ogos sebagaimana dilaporkan oleh sesetengah media dan pihak tertentu sebelum ini.

Menurut Marzuki, perundingan sebenarnya diadakan antara JAIS dengan pihak penganjur di luar dewan berkenaan sebelum pemeriksaan itu dilakukan, malah pasukan penguat kuasa juga telah meminta keizinan untuk masuk dan hanya dibenarkan berbuat demikian selepas majlis itu selesai pada pukul 11 malam.

"Ini membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan semata-mata. Tiada sebarang kekasaran yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa JAIS pada malam tersebut," katanya.

Marzuki kesal dan kecewa apabila banyak pihak mengatakan pemeriksaan tersebut dilakukan secara tidak beretika oleh anggota penguat kuasa JAIS.

"Pemeriksaan di dalam dewan berkenaan hanya dilakukan selepas majlis yang dihadiri seramai 100 orang itu tamat. Dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja, anggota penguat kuasa JAIS dan polis telah diarahkan keluar dari dewan tersebut oleh pihak penganjur.

"Walaupun tindakan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa JAIS dan PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas orang Islam, JAIS dan polis tidak menggunakan kuasa menahan pihak penganjur atau membuat sebarang tangkapan," katanya.

Beliau turut mengesahkan tiada sebarang tangkapan dibuat walaupun seramai 12 orang Islam didapati hadir, sebaliknya hanya butiran diri mereka diambil dan diminta untuk menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling di JAIS.

Sumber : utusan


Sent from my iPad

Khamis, Ogos 04, 2011

PKR terus jahanamkan Institusi pendidikan!!!!

2 Komen!!!
Intitusi pendidikan semakin hancur di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat!!! Tindakan campurtangan politik yang melampau telah merosakkan Institusi Pendidikan yang sepatutnya menjadi badan profesional....

Ianya satu penghinaan kepada badan akedemik yang dimanipulasi politik kotor PKR..

Selain itu juga.. Ini juga membuktikan kezaliman pemerintahan kerajaan PAkatan Aljuburi.. Yang mahu memecat kakitangan awam dengan suka hati dan bermotifkan poltitik.. Apatah lagi.. Sedangkan umat Islam akan menyambut Aidilfitri dalam masa terdekat ini...


Di bawah ialah memo bukti penglibatan Khalid Gagap dalam kemelut perletakkan jawatan TNC Unisel !!!

Rabu, Ogos 03, 2011

Edisi buku jinggay : Intitusi pendidikan semakin hancur di bawah PKR Selangor

2 Komen!!!
Apa sudah jadi institusi pendidikan di Selangor.. Cacar marba... Kelam kabut.. Huru hara.. Ini semua gara- gara tindakan campur tangan politik melampau...

Ada yanga melihat Naib Chanselor sebagai pak turut sahaja... Ini yang mahu dibuat oleh kerajaan PKR Selangor...

*****Ini dibuktikan dengan perletakan jawatan Dr. Rosti Saruwono sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuat kuasa esok dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Rosti yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan itu dibuat berikutan beliau tidak sanggup melaksanakan tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.

"Sah saya letak jawatan berkuat kuasa 3 Ogos (esok). Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Rosti yang berasal dari Klang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Beliau dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, Rosti berkata, beliau tidak akan menjadi "pak turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Unisel ditubuhkan pada 23 Ogos 1999 dan kini mempunyai lapan fakulti yang menawarkan pelbagai bidang pengkhususan antaranya kejuruteraan, teknologi maklumat, industri, bioteknologi, komunikasi dan media serta pengurusan perniagaan yang dikendalikan lebih 1,000 tenaga pengajar.

Difahamkan tindakan Rosti itu sebagai 'membantah' keputusan pelucutan jawatan tiga orang pegawai iaitu Pendaftar, Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.

Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel berkenaan atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu.

Tuduhan yang disertakan dalam memorandum berkenaan turut melibatkan Rosti yang dicadangkan meletak jawatan dan digantikan dengan serta-merta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor itu untuk memecat tiga pegawai berkenaan.

Namun, keputusan Abdul Khalid itu difahamkan tidak diterima oleh Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel.

Menurut sumber Utusan Malaysia, ketiga-tiga pegawai berkenaan tidak pernah diberikan surat tunjuk sebab dan tidak diberi peluang untuk membela diri.

Bagaimanapun, sehingga petang ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Unisel dan pejabat Menteri Besar berhubung peletakan jawatan Rosti.

Sent from my iPad

Selasa, Ogos 02, 2011

Edisi PAS boneka DAPigs : Kedah darul Maksiat!!!

0 Komen!!!
Edisi PAS boneka DAPigs : Kedah darul Maksiat!!!

Membangun bersama maksiat inilah slogan baru yang kini dilaungkan oleh Pasberg di Kedah.. Sebagaimana yang rakyat maklum slogan ini sangat bersesuain dengan negara kebajikan Pasberg setelah mereka menolak negara Islam..

*****Pertambahan mendadak pusat-pusat hiburan di Kedah merupakan satu perkara mengejutkan bagi sebuah negeri yang diperintah oleh kerajaan yang melaungkan slogan untuk melaksanakan pentadbiran Islam seperti Pas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, pengakuan terbuka oleh Exco Kesihatan negeri itu, Dr. Ismail Salleh bahawa pusat-pusat hiburan tersebut beroperasi secara haram hanya melambangkan kelemahan Pas walaupun sudah tiga tahun berkuasa di Kedah.

"Walaupun kerajaan negeri mengatakan pusat hiburan itu tidak berlesen, namun ia bukanlah bermaksud mereka boleh lepas tangan.

"Ke manakah hilangnya sistem penguatkuasaan Majlis Kerajaan Tempatan di bawah Pas sehingga sesiapa sahaja bebas untuk jalankan aktiviti tidak bermoral secara haram?" katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, apa yang menimbulkan persoalan ialah kegagalan Pas Kedah di bawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak membendung pertumbuhan pusat hiburan sehingga mereka dilihat seperti tidak berbuat apa-apa untuk mengekang kegiatan itu.

"Pertambahan mendadak pusat hiburan dan rumah urut di sekitar Alor Setar, Sungai Petani dan beberapa bandar lain di negeri itu adalah sesuatu yang mengejutkan bagi sesebuah kerajaan dengan slogan murni seperti Kedah Sejahtera seperti yang dilaungkan oleh Pas," katanya.

Menurut Mukhriz, kegagalan pemimpin negeri itu menangani isu tersebut dengan berkesan juga dapat dilihat apabila Kerajaan Pas Kedah menarik balik larangan ke atas pusat hiburan untuk beroperasi sepanjang Ramadan.

"Pendirian mereka tidak teguh. Awalnya mereka melarang tetapi kemudian diketepikan setelah mendapat tekanan DAP yang turut disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka (Pas Kedah) mudah mengubah keputusan.

"Jadi, bagaimanakah pemimpin Pas mahu memastikan pusat-pusat hiburan (haram) berkenaan tidak dikunjungi oleh umat Islam termasuk pada bulan puasa?" katanya.

Menurut Mukhriz, rakyat Kedah juga tertanya-tanya adakah Kerajaan Pas Kedah takut dengan tekanan DAP dan juga ugutan para pengusaha pusat hiburan yang berselindung di belakang DAP.

*sumber : Utusan Malaysia


Sent from my iPad

Khamis, Julai 28, 2011

Panas : Pakatan tahu Anwar memang bersalah!!!

0 Komen!!!
Panas : Pakatan tahu Anwar memang bersalah!!!

Belum apa- apa nampaknya pakatan dah nak cari pengganti untuk Anwar Aljuburi

Pakatan pembangkang nampaknya telah mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Ketua Pembangkang yang baru sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah dalam kes liwatnya ketika ini..

Apakah maknanya semua ini.. Kali ini pakatan aljuburi mengetahui bahawa mungkin sangkut kerana bukti Anwar meliwat memang tidak boleh disanggah lagi..

Aljuburi sebenarnya semakin terdesak.. Hasrat anwar nak libatkan Najib dan Rosmah memang dah boleh dibaca.. Tapi apa tujuannya... Hanya politik semata-mata..

Apa yang penting ialah rakyat cuma nak tahu.. Tak kiralah Najib ke, rosmah ke, hj Hadi ke, Lim Kit Siang, Obama ke Yang mahu anwar libatkan.. Cuma yang rakyat nak tahu adakah Aljuburi benar- benar meliwat si Saiful!!! Tu yang penting!!!

tak kiralah siapa yang Anwar mahu libatkan yang penting ialah... Anwar meliwat atau tidak?

tak kiralah siapa yang Anwar mahu libatkan yang penting ialah... Anwar meliwat atau tidak?

tak kiralah siapa yang Anwar mahu libatkan yang penting ialah... Anwar meliwat atau tidak?

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, maklumat itu diperolehinya daripada rakan-rakannya yang masih berada di dalam PKR pagi ini.


Sent from my iPad

Rabu, Julai 27, 2011

Macam pisang panas!!!! 85000 tiket habis dijual dalam tempoh 2 hari

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR: Tickets for the showdown between the Malaysian Tigers and Singaporean Lions have been snapped up.

All 85,000 tickets were sold on Wednesday for the second leg of the Asian Zone World Cup second round qualifying match at the National Stadium in Bukit Jalil to be held on Thursday.

Singapore has a 5-3 lead going into the game.

The line for the tickets started at 7am. The counters opened at 9am but all the tickets were sold out by 11am.

About 5,000 people were could not get tickets and the 60 policemen there helped disperse the disappointed crowd..

Sumber: the star

Selasa, Julai 26, 2011

Syabas.. Pasberg terima ijazah kedoktoran dalam menipu rakyat!!!

1 Komen!!!
KUALA LUMPUR 25 Julai - Pembohongan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mengenai insiden kononnya beliau dilanggar kenderaan pacuan empat roda polis pada 9 Julai lalu, membuktikan parti itu kini cukup profesional dalam membohongi rakyat demi meraih simpati.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu kerana berjaya muncul sebagai pelakon politik terbaik, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, begitulah rupa bentuk pemimpin masa hadapan Pas, yang sanggup menghalalkan apa sahaja demi kuasa.

"Saya ucapkan tahniah kepada Mat Sabu (Mohamad) kerana muncul sebagai pelakon terbaik politik sehingga beliau mendapat simpati daripada penulis-penulis media maya yang percaya dengan lakonan itu. Inilah rupa bentuk pemimpin masa depan sebuah parti kebajikan.

"Beliau tokoh profesional yang diketengah untuk berkombinasi dengan ulama. Ternyata profesionalisme Mat Sabu (dalam berbohong) adalah contoh terbaik mengenai kepimpinan Pas sekarang," katanya kepada pemberita di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Mohamad yang secara tiba-tiba mengubah pendirian selepas polis mendedahkan rakaman sebenar mengenai insiden 'langgar' ketika Timbalan Presiden Pas itu menyertai demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai lalu.

Beliau yang mulanya mendakwa dilanggar kenderaan pacuan empat roda kemudian menukar dakwaan dilanggar kereta peronda jenis Proton Waja, selepas rakaman mendedahkan Timbalan Presiden Pas itu terjatuh daripada motosikal akibat terlanggar pembahagi jalan.

Ditanya mengenai tindakan Mohamad menukar pendirian itu bererti dia mempercayai bukti dari rakaman video, sekali gus berbeza pandangan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hanya menganggap video sekadar besi, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu campur dalam soal itu.

"Soal antara Mat Sabu dan Hadi Awang saya tidak mahu campur, itu urusan parti berkenaan. Apa yang penting, saya minta masyarakat menilai siapa yang bercakap benar dalam isu ini dan berilah sokongan kepada parti yang terbukti memerintah dengan baik," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga mempunyai rakaman video mengenai pelbagai bentuk lakonan oleh pemimpin politik pembangkang ketika mereka menyertai demonstrasi Bersih dan berjanji akan mendedahkan pada masa yang sesuai.

Bagaimanapun, ketika ditanya apakah ia bermakna Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai rakaman video tersebut, beliau sekadar berkata: "Saya tidak kata ATM, saya kata kita juga mempunyai video berkenaan, ia diserahkan oleh rakan-rakan dan orang awam."

Kongsi Link Anda