Khamis, Jun 19, 2008

Jawatan baru Kulim Hi-Tech Park vs Kenaikan gaji CEO TNB.


Kenaikan 100% gaji CEO TNB melampau, tidak berhati perut, kata Mahfuz. Namun di Kedah semalam Azizan Razak, MB Kedah mengakui di Buliten Utama TV3 mewujudkan Jawatan baru di Kulim Hi-Tech Park yang dikenali sebagai Pengarah Eksekutif Kanan.

Beliau mengatakan bahawa jawatan tersebut adalah untuk tujuan operasi. Cuma tertanya pulak apa perlunya jawatan ini dalam keadaan sekarang ini. Deangan kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang dan macam-macam lagi. Nampaknya kerajaan PAS negeri Kedah semakin jelas akan memulakan proses meletakkan orang parti tersebut di jawatan-jawatan penting di negeri Kedah.

Sedangkan sebelum itu, kerajaan PAS Kedah mengatakan akan mengambil langkah berjimat cermat untuk mengatasi kenaikan harga minyak.

Mungkin jawapan mereka ini proses biasa untuk penambaikan organisasi. Cuma sebenarnya tidak perlu pun untuk penambahbaikan kerana Kulim Hi-tech Park telah memenangi beberapa anugerah seperti Asia Top Bussiness, Industrial and Technology Park, Top Asian Technology Park dan Fiabci (Malaysia) Property Award.

Sebenarnya tiada keperluan hakiki untuk membentuk jawatan baru dengan rekod pencapaian Kulim Hi-Tech Park.

Dalam keadaa rakyat terus terhimpit dengan kenaikan petrol baru-baru dan keanikan harga barang yang dipikul rakyat.

"Kerajaan negeri Kedah sepatutnya bertanggung jawab dalam hal ini

Selain itu pula, Azizan sempat lagi mengugut kerajaan Pusat untuk membayar RM 100 juta. Jika tidak kerajaan negeri Kedah akan menbang balak di kawasan tadahan Air.

Nampak dengan jelas kerajaan PAS negeri Kedah, adalah kerajaan yang tidak bertanggung jawab. Kawasan tadahan air ialah untuk kesejahteraan kehidupan rakyat negeri Kedah untuk menikmati air bersih serta jaminan takungan dan simpanan air pada masa hadapan.

Kata Rakyat : Nampaknya kerajaan PAS Kedah sedang ketandusan idea untuk membangunkan ekonomi dan menarik pelabur ke negeri itu.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda