Khamis, Ogos 21, 2008

Isu Forum Peluk Islam: DAP-PKR bertikam lidah

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila wakil pembangkang daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertelagah sesama sendiri berhubung isu kesaksamaan agama dan forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pendidikan (pindaan) 2008, Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) telah menyentuh tentang prinsip kesaksamaan dalam Islam apabila menyatakan kedudukan Islam sama dengan agama lain begitu juga sekolah jenis kebangsaan yang sepatutnya mendapat layanan sama dengan sekolah kebangsaan.

Ekoran kenyataannya itu, Zulkifli Noordin (PKR-Kulim/Bandar Baharu) bangun dan mahu memperbetulkan kenyataan Chong Eng dengan menjelaskan, Islam menghormati agama lain tetapi dalam soal kesaksamaan ia adalah berbeza terutama dari segi akidah

Tersiratnya, ianya boleh dilihat sebenarnya sebagai lakonan murahan PKR dan DAP. Sehingga kini masih tiada respon di peringkat pucuk pimpinan PKR apatah lagi Anwar Ibrahim dan tiada pun apa-apa tindakan yang dikenakan ke atas Zulkifli kerana bertentangan dengan dasar PKR yang berbilang kaum. Ini hanyalah cara terdesak mereka untuk mendapatkan undi Melayu kerana mereka kononnya memperjuangkan Islam.

Rakyat mengetahui bahawa DAP dan PKR ialah parti multiracial... tetapi lebih kepada kaum Cina... tidak mungkin isu Islam ini akan diterima oleh mereka yang bukan Islam...

Kesimpulannya... ianya adalah sandiwara murahan DAP dan PKR


Sumber: Utusan Malaysia

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku rasa ni lakonan sahaja anatar DAP dan PKR...

maklum sahajalah sekarang nikan sedang pilihanraya kecil permatang puah

Jadi si PKR ni pun berdrama lah untuk maintain undi melayu...

Kongsi Link Anda