Popular Today

Selasa, Disember 02, 2008

Selamat Tinggal Tanah kawasan Simpanan Melayu

Akhirnya, pemilik tanah lot kediaman di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung Baru di seluruh Perak boleh memohon menukar status dari hak milik pajakan kepada hak milik kekal mulai hari ini, kata anggota Exco Kanan negeri Perak Datuk Ngeh Koo Ham.

Beliau berkata pemilik tanah lot kediaman di seluruh 349 RPT dan 134 Kampung Baru di seluruh negeri ini hanya perlu membayar premium sebanyak 20 peratus daripada perbezaan nilai tanah hak milik kekal dan nilai tanah baki tempoh pajakan untuk pertukaran status hak milik tersebut.

"Bagi lot tapak kediaman yang terletak di dalam Kawasan Simpanan Melayu, jumlah bayaran premium yang dikenakan hendaklah separuh daripada jumlah yang patut dibayar selaras dengan Peraturan 8 (4) Kaedah Tanah Perak 1966 (Pindaan 1998)," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

"Pemberian hakmilik ini melibatkan 349 RPT yang mempunyai lebih kurang 102,000 hak milik dan 134 Kampung Baru yang mempunyai lebih kurang 47,000 hak milik.

"Kebanyakan penghuni di RPT adalah orang Melayu dan kebanyakan Kampung Baru didiami orang Cina manakala orang India menghuni di kedua-dua RPT dan Kampung Baru," katanya. Namun beliau tidak menyebut jumlah pecahan mengikut kaum.

Akhirnya kawasan Tanah Kawasan Simpanan Melayu telah berjaya di bahagikan kepada kaum lain dengan kuasa politik yang ada oleh kerajaan DAP negeri Perak. Selepas ini banyak lagi Tanah Kawasan Simpanan Melayu akan diagih-agih kepada kaum lain.

Wahai Melayu ke mana kamu akan pergi akan datang? Tanah kamu telah diberi kepada orang lain..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

IPOH, 2 Disember :- Kerajaan Negeri Perak Pakatan rakyat hari ini mengumumkan mulai hari ini penghuni-penghuni Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung-kampung Baru di seluruh Negeri Perak boleh memohon untuk hakmilik selama-lamanya (In Perpetuity), demikian pengumuman dari Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak ,YB Dato' Ngeh Koo Ham dalam Sidang media di Bilik Media Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Exco Kerajaan Perak, Yb. Mohd Zainuddin Yusuf, YB. Thomas Su dan YB. Tai Sing Ng. Sementara ADUN yang hadir ialah YB. Drs. Khalil Idham Lim( Titi Serong), YB. Ong Boon Piao (Tebing Tinggi) dan YB. Leong Mee Meng(Jalong). Hadir sama ialah Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Perak, Ust. Zulkifli Ibrahim.

Permohonan hanya dapat dibuat sekarang kerana Kerajaan Negeri Perak telah mengambil masa beberapa Bulan yang lepas untuk menilai hartanah diseluruh 349 RPT dan 134 Kampung baru di seluruh Negeri Perak.





Dato Ngeh bersama Exco dan ADUN lain dalam sidang media tersebut.



Beliau juga mengumumkan proses permohonan hak milik selama-lamanya ini telah dipersingkatkan kepada 4 proses sahaja dan dapat dikeluarkan dalam masa sehari sahaja jika perlu.

Jumlah Premium yang perlu dibayar adalah 20 % daripada perbezaan nilai tanah hakmilik selama-lamanya dan nilai tanah baki tempoh pajakan. Nilai tanah hendaklah menggunapakai Jadual Penilalain Tanah RPT dan Kg baru yang disediakan oleh jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Perak.

Dato' Ngeh juga menjelaskan pemberiaan hak milik ini adalah memenuhi janji parti-parti Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lepas. Dasar ini juga merupakan polisi Kerajaan pakatan Rakyat untuk memperkayakan dan memperkasakan rakyat. Jelasnya dasar ini dapat meningkatkan nilai tanah dan rumah sehingga melebihi RM 1.5 billion.

Beliau menafikan tohmahan yang sengaja diputar belit oleh sesetengah parti politik bahawa ia memihak kepada sesuatu kaum sahaja. RPT mempunyai 102,00 hakmilik dan 134 Kg Baru mempunyai lebih kurang 47,000 hakmilik. Kebanyakan RPT adalah orang Melayu dan Kg baru didiami orang-orang Cina. Orang India juga menghuni dikedua-dua pertempatan itu.

Dengan pemberiaan hakmilik itu meleyakkan penghuni-penghuni boleh mendapat pinjaman daripada institusi kewangan untuk membina semula kediaman atau kedai perniagaan yang usang. Kerajaan menjangkakan lebih kurang 20,000 rumah dan kedai perniagaan di RPT dan kg Baru dalam masa 5 tahun akan datang.

Kerajaan juga menggalakkan penghuni di RPT dan kg Baru untuk memohon untuk hakmilik selama-lamanya jika tempoh pajakan hakmilik mereka tamat kerana kadar premium yang dikenakan adalah lebih rendah daripada permohonan untuk pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Ini disebabkan diskaun tidak diberikan lagi diberikan pada masa kini untuk permohonan pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Jelas Dato' Ngeh dalam sidang media itu.

Menjawab soalan mengenai dakwaan setengah pihak dasar ini menimbulkan masalah pengambilan tanah untuk pembangunan di masa akan datang beliau menafikan dakwaan itu kerana tanah tersebut tetap boleh dibangunkan dengan menggunakan dasar pengambilan tanah yang sedia ada dengan harga semasa yang dibayar kepada pemilik.

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kongsi Link Anda