Selasa, Disember 02, 2008

PILIHAN RAYA KECIL KUALA TERENGGANU - GILIRAN AHMAD SAID.


Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu akan tiba, kini giliran Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu..

Hari ini MT akan membincangkan secara terperinci persediaan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, ekoran kematian mengejut anggota parlimennya Datuk Razali Ismail, Jumaat lepas.

Antara nama yang disebut-sebut dari pihak BN ialah Wan Farid yang kini adalah senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri tidak bertanding dalam pilihan raya lalu di kawasan ini.

Manakala calon PAS pula, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Mutalib Embong yang disebut-sebut untuk menjadi calon PAS di Kuala Terengganu sebelum PAS Pusat memutuskan untuk mencalonkan Naib Presidennya, Haji Muhamad Sabu di situ.

PKR pula cuba mencari tapak di Terengganu dengan meminta kerusi rakannya PAS.. adakah PAS akan memberikan kerusi ini pada PKR... Kalau begitu nampaknya PAS diambang kepupusan... nampak sangat PAS tiada suara di dalam Pakatan Rakyat...

Mengikut laporan semalam terdapat juga permintaan dari PKR agar diberi peluang untuk bertanding di Parlimen Kuala Terengganu ini..

Hasrat itu disampaikan timbalan pengerusi badan perhubungan PKR Terengganu Razali Alias pada Kongres Nasional Tahunan parti itu di sini ketika membahaskan usul pendidikan hari ini apabila meminta kerusi Parlimen di Kuala Terengganu yang kosong diambil oleh PKR.

Ketika ditemui kemudian, beliau berkata PKR harus diberi peluang bertanding kerusi Parlimen itu memandangkan pada pilihan raya umum lepas, parti itu hanya bertanding di dua daripada lapan kerusi Parlimen di Terengganu.

"Kita mahu mood Permatang Pauh dibawa ke Kuala Terengganu untuk mewujudkan satu gelombang politik di sana bagi menawan kerusi Parlimen itu supaya jatuh ke tangan PKR," katanya.

Ramai pihak menganggap pertembungan kedua-duanya adalah pertembungan impian banyak pihak kerana kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua calon itu di kawasan ini.

Kini giliran Ahmad Said yang terkenal dengan sikap 'mulutnya yang berani' untuk menghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kali ini. Tapi kali ini ramai mahu melihat cara Ahmad Said bekerja ketika di Pilihan Raya Kecil ini... tersusun ataupun kelam kabut... setakat berani cakap sahaja buat apa kalau kerja kelam kabut...

5 ulasan:

sumandak bayu berkata...

Salam Bro

nak tengok gelombang ape lagi PKR nak bawa pi KUala Terengganu... kao kat permatang pauh tu... kena lah sebab tempat kubu nak cakap ape lagi....

Say No To PKR berkata...

PKR ni sekarang ni semakin perasan... mereka anggap diri mereka macam ketua dalam Pakatan Rakyat.. semua nak over rule keputusan parti politik lain.. yang PAS pulak bangang... ikut jer macam lembu...

kifli berkata...

Semenjak sekian lama masyarakat didendangkan dengan lagu kejayaan perkongsian kuasa dalam BN. Samada Tun Dr M, Abdullah atau Najib, kalau mereka bercakap dalam perhimpunan umum atau dalam perhimpunan BN itulah tajuk lagunya.

“BN berjaya menyatukan pelbagai kaum di negara ini”.

“Rakyat pelbagai kaum harmoni dengan cara perkongsian kuasa BN”.

“Tiada gabungan parti di Malaysia yang mampu berbuat seperti BN”.


“BN tunggak perpaduan”.

“Gabungan BN, gabungan paling baik”, dan banyak lagi.

Saya tidak punya kesempatan untuk mencari melalui enjin carian kenyataan-kenyataan pemimpin Umno mengenai kejayaan perkongsian kuasa, persefahaman, perpaduan, keharmonian yang dikecapi melalui Barisan Nasional. Tapi rakyat maklum mengenai itu semua terutama ketika BN berada di puncak kuasa dan berasa mereka tidak tergugat sampai bila-bila.

Ketika tampilnya Barisan Alternatif (BA), akronim itu ditafsirkan sebagai Barisan Angan-angan dan macam-macam lagi. Pendek kata tiada yang sebaik BN.

Tetapi kini itu semua sudah berubah rupa-rupanya. Dendangan sebegitu tidak kedengaran lagi.

“Najib: Bincang pertikaian BN secara tertutup”.

“Mukhriz saran tutup sekolah vernikular”

“Pinda ISA: Pemimpin MCA sokong Kayveas”

“Chua: Kita tidak terima ketuanan Melayu”.

“Pertikai ketuanan Melayu untuk jadi hero, kata Hisyam

"Umno patut bangkit bersuara...komponen BN perlu tutup mulut"

Kemana perginya perpaduan BN, keharmonian kaum melalui BN, gabungan terbaik BN, perkongsian kuasa BN, gabungan terbaik BN? Adakah kini semuanya sudah lebur atau hampir lebur?

Adakah Umno bukan lagi tulang belakang BN dan tidak dihormati? Atau, adakah parti-parti komponen BN yang lain berjaya mematahkan ‘tulang belakang’ itu?

Nampaknya keputusan PRU 12 membawa dimensi baru kepada makna perpaduan kaum di Malaysia. Apakah dimensi itu? Ya, BN bukan lagi tunggak perpaduan seperti yang pernah dicanangkan itu.

Harapan kini bukan lagi kepada BN tetapi kepada mereka yang boleh menampilkan perpaduan dengan asas yang lebih kukuh dan menyeluruh. Perpaduan yang bukan diwarnakan dengan semangat dan kepentingan sementara tetapi dengan jiwa dan ruh yang lebih kekal.

Inilah masanya kita kembali kepada-Nya.

Tanpa Nama berkata...

Ermm' saya harap tuan2 sekelian dapat pk la apa yg bro kifli ni cakap..mmg lagu lama BN dah x kedengaran lg la, da nak jumpa ajal kut..zaman keangkuhannya dah sampai titik nokhtah la tu..xpa bagi la kat org lain plak...

Aspirasi Bangsa berkata...

Antaranya kembali kepada Allah sebenarnya telah lama UMNO lakukan, Itulah satu-satunya tuhan tiada yang tiada lain yang disembah melainkan Allah. Tapi itu semua tak dapat diakui oleh pihak pembangkang .

Kembali kepadaNya bukan bermakna kembali kepada PAS atau PKR, Ini semua parti Politik.

Kembalilah ke Jalan Allah.. DIA yang menentukan segalanya, DIA juga yang menentukan ajal maut. Begitu jugalah tentang masa depan UMNO, jika DIA kata UMNO masih diperlukan, maka itulah Qadha dan Qadarnya, Jika Sebaliknya DIA juga yang menentukan.

Sebagai hamba kita semua mesti berusaha. Ajal dan Maut ditangaNYA bukan kita yang menentukan.

Kongsi Link Anda