Popular Today
Selasa, Disember 02, 2008
KEHADIRAN BLOG BPN MAKIN DIRASAI PIHAK LAWAN
PENGACAU SIDANG BLOGGER PEMBELA NEGARA SUDAH DITEMUI OLEH CHE MOQ
Pagi ni selepas sarapan jam 10.30 kerana sambung tidur selepas Subuh, memandangkan tidur lewat jam 4 selepas berjumpa kawan blogger BPN di kedai mamak di ibukota dan menyambung menulis di blog, saya menerima info dari Che Moq tentang siapa pengacau yang datang sejak Jumaat lepas di sidang kita.
Ketika itu kami sedang berbual dengan sahabat sahabat YeopPerak dan Fazrull di warung kopi maya chatroll kita .
Rupa rupanya pengacau tersebut masih budak lagi dan memang sengaja ingin menguji kewibawaan team BPN sejauh mana dapat mengatasi serangan siber.
Usaha dilakukan bagi mengelakkan pengacau yang menggunakan beberapa nama seperti si Saiful/Malaysian/Telong ini dengan menghitamkan namanya di senarai chatroll kita. Perkara ini diakui sendiri oleh beliau dan saya sudah mengambil gambar blog untuk rekod kita di sini.
Sila lihat betapa bangganya blogger revolusi rakyat ini yang mungkin tidak kenal solat Jumaat memandangkan provokasi pertama diterima ketika kita solat Jumaat dua hari yang lalu... Perkara ini jelas menerusi waktu dia menghantar mesej serangan pertama dulu iaitu jam 2 petang.
Tidak pelik kerana kebanyakan penyokong PKR adalah mereka yang suka perkataan jilat seperti Carburator Dung yang mungkin tidak kenal sejadah kerana hidup bebas dengan bimbangan Guru mereka Hishamudin Rais.
Kata aspirasi : tahniah BPN anda kini bergerak sebagai satu pasukan. Tiada yang kini mampu menghalang. Teruskan fokus kita demi kebenaran dan menghapuskan kebatilan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Salhla, bukan demi kebenaran dan menghapuskan kebatilan...yg betulnya, MENDAPAT HABUAN MENYEBAR KEPALSUAN.. ko jagala negeri johor ko tu dulu, xyahla sebok hal negeri org..ko UMNO kat sana jela, xyahla nk promo benda yg org dh x nak. dh x laku pun,kecuali org2 yg ada kepentingan cam ko n the gang..ko igt UMNO ni laku ke lg? penipu,perampas hak melayu'benda2 yg menjadi hak melayu semua korang bolot,smua kuota habis sebelum tempohnya. padahal awl2 lg korang dh kekah sama korang..pastu suruh org sokong lg UMNO..haaah' cukupla woiii..lembu pn xkan jatuh kat lopak yg samala..dah la woiii nnti mati baru korang nk pk pasal hak org lain...ingatla sikit anak melayu oooiiii!!!!!
tq bro..
assalamualaikum.
salam ziarah
Ini siri lawatan ke semua rumah blogger blogger BPN yang bersemangat dan komited.
Moga ikatan kita akan semakin jitu dari hari ke hari. Apabila niat kita semua menjadi satu.
Jangan dihirau cacian orang bahkan jadikan sebagai satu semangat membakar obor perjuangan.
Berjuanglah demi mengharapkan keredhaan Allah sebagai Tuhan kita yang satu !!!
salam.
Cuba kita tanya secara rambang rakyat Malaysia ketika ini apa masalah mereka. Adakah masalah utama mereka akan diberhentikan kerja, harga getah dan sawit merudum jatuh, harga barang naik ? Iklan
Cuba kita tanya secara rambang rakyat Malaysia ketika ini apa masalah mereka. Adakah masalah utama mereka akan diberhentikan kerja, harga getah dan sawit merudum jatuh, harga barang naik ?
Atau mereka akan jawab ladang babi berhampiran rumah mereka, papan tanda jalan pelbagai bahasa depan rumah mereka, mereka tak dapat mengamalkan Yoga ?
Nampaknya rakyat Malaysia sekarang ini dialihkan perhatian oleh media , baik media pro BN mahu pun media pro Pakatan Rakyat (kerana menghabiskan masa menepis serangan media pro BN) terhadap isu-isu yang remeh temeh. Sedangkan banyak isu lain yang lebih besar.
Tanya seorang isteri apa masalah mereka ? Mereka akan jawab suami mereka tak beri nafkah, suami mereka gila perempuan, suami mereka gila judi.
Tanya seorang suami apa masalah mereka ? Mereka akan jawab harga barang naik , elaun dipotong, harga getah turun.
Tanya seorang anak apa masalah mereka ? Mereka akan jawab tak lama lagi nak buka sekolah , tapi ayah tak mampu nak bayar yuran, tak mampu nak bayar tambang bas.
Tanya seorang ibu apa masalah mereka ? Mereka akan jawab harga ikan naik, anak perempuan mereka selalu keluar malam, anak lelaki mereka sudah mula berjinak dengan dadah.
Tanya seorang ayah apa masalah mereka ? Mereka akan jawab rumah yang dibeli terbengkalai, pinjaman bank perlu dibayar, duit sewa rumah juga perlu dibayar.
Tanya seorang polis apa masalah mereka ? Mereka akan jawab kes samun makin meningkat, kes rogol makin meningkat, dan pelbagai kes lagilah.
Tanya seorang imam masjid pula apa masalah mereka ? Mereka akan jawab jemaah solat semakin berkurangan, kehadiran kuliah agama semakin berkurangan.
Tanya seorang doktor apa masalah mereka ? Mereka akan jawab kes pembuangan bayi semakin banyak, kes bayi lahir tanpa bapa semakin banyak.
Tapi bila kita tanya ahli politik , kita tanya menteri apa masalah mereka ? Mereka akan jawab papan tanda jalan mesti Bahasa Melayu , ketuanan Melayu mesti dipertahankan, lapangan terbang perlu di bina di Negeri Sembilan dan macam-macam isu lagi yang digembar gemburkan.
Jadilah rakyat yang bijak dan berfikiran terbuka serta rasional
Orang yang bukan Islam pun semuanya membenci ISA kerana zalim dan tidak berperikemanusiaan, mereka yang berugama Islam pula sanggup membiarkan diri mereka di pergunakan oleh pemimpin yang sedang berkuasa, yang sangat-sangat menjaga UMNO sebagai "the last bastion" pada UMNO.
Kesian... sekali lagi....., ISLAM telah dimangsakan oleh puak-puak yang suka bersumpah dengan keris ini.ISLAM juga yang akhirnya dipandang buruk oleh bangsa lain.....
Semakin hari semakin banyak parti yang berpayung dibawah BN secara berani menempelak kepemimpinan atasan. Seingat nakmarahmarahlah jarang sekali berlaku ketika era empat Perdana Menteri yang lepas. Masa itu, nak menyanggah pendapat PM pun dah tak berani dalam setiap mesyuarat, inikan pula membuat komen dalam media. Sekarang era Pak Lah, bagaimana pula jika anak Tun Razak ambilalih jawatan itu Mac nanti. Jangan sampai rakyat berkampung disana sini macam pergolakan yang berlaku di Bangkok sekarang, cukuplah
Emmm' aku rsa bro kifli ni dah tsalah fesponla..kat juak2 UMNO ni, diaorg mna tau nilai apa nk jd dgn org lain,yg diaorg pentingkan apa yg nk di punggah dr hasil ngara..projek sana,projek sini..tu bukan apa, kroni nk projek la..
Hey' budak upahan UMNO ko kena pk jgk apa nk jd ngan org lain, bangsa n agama kita ni,kalo ko asyek nk pk pasal perut n bwh perut je,maka xda beza la antara mnusia ngan haiwan..
Kepada Kifli, cuba tanya Anwar kenapa meliwat? Cuba tanya MB Selangor, kenapa lulus beratus ekar Ladang Babi disekitar kampong Melayu? Cuba tanya MB Perak, kenapa luluskan Tanah terlalu murah premiumnya kepada hanya kaum Cina? Cuba yanya MB Kedah kenapa nak luluskan Ladang babi di Kedah? Cuba tanya KM P.Pinang kenapa hapuskan DEB?
Inikah yang diharap menjadi pemimpin kita? Kifli bolehlah, Warga dunia. Kami hanya Warga Malaysia saja. Itu sebablah kami bermati-matian mempertahankan UMNO.
Hanya UMNO yang mampu mempertahankan kaum kami. Kifli kaum apa? Darah campurankah?
Catat Ulasan