Popular Today

Rabu, Disember 03, 2008

PAS TAK MAHU CALON 'USTAZ' , TETAPI CALON PROFESIONAL

PAS kawasan ingin seorang "rumi insider" atau profesional tempatan mengisi calon parlimen Kuala Terengganu yang kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.

"Kalau istilahnya itu, calon rumilah (profesional), bukan jawi (ustaz)," kata Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, yang membuat perbandingan secara berseloroh.

Abdul Wahid, juga wakil rakyat Wakaf Mempelam memberitahu Malaysiakini, calon profesional lebih sesuai mengisi kawasan itu berdasarkan faktor kerusi itu di kawasan bandar bandar yang turut terdapat pengundi bukan Melayu.

Nampaknya sentimen terhadap rumi dan jawi pun ada dalam PAS Kuala Terengganu, Maksudnya rumi itu kumpulan Profesional, manakala Jawi Golongan Ustazlah. Kali ini ustaz-uztaz tiadalah peluang untuk menjadi calon Parlimen Kuala Terengganu... tapi tak taulah kalau ini ada kaitan dengan kem Erdogan di dalam PAS...

Puak-puak Profesional dalam PAS pula mahu mengembangkan sayap mereka, jadi terpaksalah puak-puak ustaz berputih mata. Kadang-kadang terfikir juga tak bagus ke puak ustaz ni kalau kat bandar.. kira-kira puak Ustaz ni sesuai kat 'kampung' sahajalah.

Laporan Penuh : Malaysiakini.com

8 ulasan:

bungaraya berkata...

Salam,
Wahai pengundi-pengundi di Kuala Trengganu. Dengarlah pesanku ini.
Sekarang ini anda diberikan peranan
besar untuk memulihkan perjuangan bangsa yang semakin pudar. Sejak kebelakangan ini terlalu ramai yang jijik dengan UMNO hanya kerana beberapa kesalahan yang telah UMNO lakukan. Perkara ini membesar dan mengakibatkan UMNO dan BN kalah di 5 negeri dalam PIRU ke 12 lalu. Kekalahan BN sangat diraskan oleh melayu sebagai satu tamparan hebat, sedang Cina dan India gelak ketawa kerana kepada mereka kalah ataupun menang sama sahaja. Kaum Cina dan India sebenarnya selesa hidup di Malaysia kerana kita melayu sangat baik kepada mereka. Jika Angkatan Rakyat memerintah negara, mereka akan cuti sathun menyambut kemenangan tersebut. Tapi kita menangis dua tahun kerana kalah dan merasa tidak lagi ada keselesaan seperti bawah payug BN.

Tanpa Nama berkata...

Alahai, sedih pulak tengok rintihan sibunga rayau ni,ha itu lah engko dari dulu kini dan selamanya majoriti rakyat dah bagi signal yg umno tu jijik yang kau dok pegi junjung dan sanjung buat pe,umno dengan rasuah dah jadi darah daging,umno dan babi dah jadi sajian utama dhidangkan oleh tv3 suku, bab hina islam ni lagi lah parah, asingkan politik dan islam,tolak ALQURAN dan HADIS(tolak hukum hudud dan qisas)main main dengan sumpah konon nak pertahankan kebenaran,menidakkan hak rakyat dengan menahan tanpa bicara (ISA),merompak harta rakyat,menjual tanah air,menjahanamkan bahasa melayu,membunuh sesuka hati(kes Memali)memang terlalu banyaklah kalau aku nak paparkan kat sini dah tak larat lagi jari aku nak menaip, so fikirlah sendiri akal ALLAH dah kurniakan kepada kita sebagai amanah

Tanpa Nama berkata...

Tindakan Umno menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi menyebabkan mereka menyertai PAS, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Umno, kata beliau, seolah-olah menyekat kemasukan generasi muda terutamanya yang berpelajaran tinggi.

"Generasi muda ada sekatan dalam Umno, untuk masuk dalam Umno kita perlu melalui cawangan.

"Ketua cawangan memang tak suka sesiapa yang masuk cawangannya merupakan orang yang lebih berkaliber kerana takut akan kehilangan jawatan," mStar Online memetik bekas Presiden Umno itu berkata dalam satu wawancara khas yang bertajuk Budaya Pemilihan Umno siaran Astro Awani.

Tambah beliau dengan menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi, maka Umno akan kehilangan genarasi pelapis yang berdaya saing.

"Sebab itu kita lihat mereka (generasi muda) masuk PAS kerana Umno sendiri yang menyekat, kalau sekat kemasukan orang yang lebih berkaliber maka ini bermakna semakin lama semakin merosot," katanya.

Jelas bekas Presiden Umno itu, ahli Umno sendiri dilihat seolah-olah merelakan amalan yang tidak sihat diteruskan dalam parti.

"Sebab itu kita lihat tidak ramai yang berani untuk tonjolkan diri untuk (bertanding) jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka, kita tak ada banyak pilihan," katanya.

Ditanya mengapa Umno tidak menggunakan pemimpin muda untuk mengembalikan kegemilangannya, Mahathir berkata perkara tersebut mesti bermula dari pucuk pimpinan.

"Ini bermula dari atas, kalau yang di atas berkelakuan tak baik, maka segala desakan dan nasihat dari orang ini (pemimpin muda) tak akan dihiraukan oleh sesiapa...kita perlu orang yang ada kredibiliti," katanya lagi.

Mahathir juga menolak dakwaan yang mengatakan lanskap politik di negara ini semakin berubah sebaliknya beranggapan perubahan yang berlaku terutamanya dalam pilihan raya yang lalu adalah disebabkan tanda protes pihak-pihak tertentu.

"Sebenarnya lanskap ini tak banyak berubah kerana pada tahun 2004 Barisan Nasional (BN) menang dengan begitu besar sekali tapi dalam tempoh hanya empat tahun ia seolah-olah berubah.

"Jadi apakah perubahan ini disebabkan oleh pemikiran baru tentang asas politik di Malaysia ataupun perubahan ini kerana perasaan tidak puas hati dengan kepimpinan yang ada?" katanya.

Beliau berpendapat perubahan ini berlaku kerana wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan yang ada kerana ahli akar umbi tidak mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan mereka.

"Dari segi pemikiran masih sama, tetapi mereka ambil peluang dalam pilihan raya untuk tunjukkan protes mereka," katanya.engko tengoklah sendiri madey pun dah naik muak ngan umno........

bungaraya berkata...

Siapa-siapa Melayu boleh menjadi ahli UMNO dengan senang. Jika cawangan menghalang, permohonan boleh dibuat terus kepada Ibu Pejabat UMNO. Jelasnya kini ramai ahli UMNO terdiri dari generasi muda remaja. Tidak spt apa yang disuarakan oleh Kifli. Orang spt Kifli pun boleh masuk UMNO. Kalau payah sangat dikawasan Tuan, boleh masuk melalui kawasan saya. Tak jadi masalah. Jangan jadikan itu alasan. Tun Mahathir nampak dari atas. Kami dari bawah mempunyai banyak cara dan kaedah untuk dilaksana.

Tanpa Nama berkata...

Kalo tuan2 semua nk kenal perangai mat said ni cba tgk persidangan dewan undangan negeri sidang yg lepas,dalam dewan yg mulia pn dia boleh keluarkan perkataan BABI,SETAN N AJAK ORG BERTUMBUK...Sewaktu PAS menerajui kerajaan dulu dewan yg mulia ni di penui dan FIRMAN & HADDIS NABAWI,setiap ucapan akn di mulakan dgn ayat AL-QURAN,di sandarkan dgn HADDIS dan mengunakan bahasa2 yg baik,tp kini semuanya hanyalah kenangan..pastinya rakyat TERENGGANU lebih tahu apap yg di mahunya..SAMAADA PEMIMPIN BIADAB ATAU GOLONGAN UGAMA..

Perangai hodoh juak2 umno ni mmg x ssh nk kenal, kalo jenis MENGAMPU,BATU API.MERACUN dia lahtu..
UMNO+BATUAPI=UMNO+BATUAPI=UMNO JWBNYA KE NERAKA....

Aku rasa bungarayaU ni org yg x cukup maklumat or org yg hdupnya sbb umno hidup..org skarang ni mmg dh x nak lg umno,tp dia beria2 nk backup umno..org muda terutamanya dah anggap umno ni HARAM di sokong..UMNO NI MEMBENARKAN KEDAI NOMBOR EKO N ARAK BERLELUASA BERPULUH THN DI TERENGGANU,skarang dh xda sbb kerajaan PAS x benarkan..Nak harap umno tutup? sampai kiamatpn x nampak bayang(agknya pengunjungnya pn ahli2 U**O kut)

Tanpa Nama berkata...

Beza antara PAS dan UMNO bagaikan langit dan bumi. Dalam artikel ini dipaparkan 10 perbezaan besar antara pemilihan kepimpinan UMNO dan PAS. Pemilihan calon-calon UMNO pun dah dekat. Bak kata TKO, masa untuk bercakar!! Ahli-ahli UMNO dan PAS boleh muhasabah diri sama-sama lepas ni.

TOP 10 Perbezaan Pemilihan UMNO dan PAS:

1. Bak kata Allayarham Ustaz Fadzil, dalam PAS, yang dilihat nak jawatan tak dapat! Dalam UMNO pulak, jawatan dapat pada yang paling kuat melobi dan paling teringin nak jawatan tuh.

2. Dalam PAS masing-masing kalau boleh tak nak pegang jawatan pasal jawatan itu amanah. Nama Nizar tak pernah kedengaran sebelum tiba-tiba dilantik jadi MB Perak. Dalam UMNO pula, baru nak bertanding jawatan dah riuh sekampung! Belum dilantik lagi tuh..

3. Dalam PAS, ilmu agama jadi ukuran pemilihan. Sekalipun golongan profesional dilantik, mereka kena ada asas agama yang kukuh. Dalam UMNO pula, lagi jahil lagi berpotensi. Seorang ahli UMNO yg membuat kenyataan agar waktu disco dipanjangkan dan harga arak dikurangkan dilantik jadi Setiusaha BN. Cantik!!

4. Dalam UMNO, mesti bijak ekonomi. Maaf! Pembetulan! Mesti pandai pijak ekonomi. Waktu ekonomi elok, buat mahligai besar-besar. Nasib rakyat dipijak-pijak. Waktu harga minyak dunia naik, UMNO naikkan mendadak. Bila harga minyak dunia turun, turun sikit-sikit. Alih2 rakyat pula yg bagi subsidi kepada kerajaan. Dalam PAS, kepimpinan tak sibuk buat duit. Rasa nak menangis tengok rumah Tok Guru!

5. Dalam PAS, politik nombor 2, agama No.1. Sekalipun Nakhaie UMNO kata dalam PAS politik nombor 1, kita boleh pertikai. Tok Guru Nik Aziz dah kata, kalau UMNO setuju dengan Islam, syariat Islam, hudud, qisas, kita bubar aje PAS ni. Islam no.1, yang lain semua kemudian. Ahli PKR seperti Zulkifli Nordin pun terikut-ikut. Berkawan dengan ustaz, alih-alih kita pun ada ciri-ciri ustaz. Dalam UMNO pulak, agama no.18. Itupun Islam Hadhari.. kwah kwah kwah

6. Dalam PAS, tak tutup aurat toksah mimpi la nak pegang jawatan, ahli-ahli confirm reject! Dalam Wanita UMNO, yang bertudung akan jadi kuli dan pakat-pakat melantik bos dikalangan yang tidak reti menutup aurat. Ana tak pernah dengar Ummu Hadhari Mashitah menasihat UMNO agar tutup aurat. Lanyak PAS selalu la..

7. Dalam UMNO, pemimpin kena pandai memfitnah. Kena pandai fitnah meliwat, putar belit ayat, mengugut, mengampu , dan merasuah. Bukan saya yang cakap, che det yang cakap dalam blognya bahawa rasuah semakin menjadi-jadi. Dalam PAS, kalau jenis memfitnah ni akan diboikot.

8. Politik wang. UMNO dan politik wang ni macam tahi dan busuk. Rasa tak sah tahi kalau baunya tak busuk. PAS dan politik wang pula macam minyak wangi dan rasa manis (sweety). Takde kaitan.. Tak taulah kalau ada orang yang minum minyak wangi..

9. Ulama' jadi keutamaan. Profesional seperti doktor dan engineer yg juga ulama jadi keutamaan. Dalam UMNO, keutamaan diberi kepada yang paling banyak hulur-hulur. Bak kata Dr Asri, ada pemimpin UMNO yang mengadu kalah kepada penagih sedangkan pemimpin tersebut taraf doktor di universiti...

10. Kena pandai bergaduh. Kepimpinan UMNO faham bahawa gaduh itu satu seni. Boleh baling-baling meja, buat repot polis, surat layang dan sebagainya. Kepimpinan PAS ni tak pandai bergaduh. Orang ajak keluar masjid nak bertumbuk pun taknak!! Takpelah. Kita bangsa aman damai, bukan bangsa hadhari...

Tanpa Nama berkata...

Pelbagai peristiwa dan kejadian yang berlaku begitu mencabar kesabaran dan keimanan. Bermula dari isu meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara yang selayaknya diberikan keutamaan, isu tulisan jawi, laungan azan sehinggalah kepada isu kepala babi di pintu pagar. Semua ini begitu mencabar minda dan keimanan. Semuanya boleh membangkitkan kemarahan dan boleh mencetuskan ledakan rusuhan berasaskan perkauman sekiranya tidak ditangani secara bijak.

Sememangnya penulis tidak mahu mengulas isu sebegini walaupun sering mengikuti isu sebegini secara dekat dan serius. Namun, apabila menyedari ulasan demi ulasan yang disiarkan oleh media amat menjurus kepada menyalakan api perkauman, maka ruangan yang terhad ini terpaksa dimanfaatkan bagi mewujudkan pandangan sisi kedua untuk difikirkan masyarakat menerusi akal yang waras dan nurani yang beriman.

Meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara yang selayaknya diberikan keutamaan.

Isu ini ditimbulkan secara agresif selepas tersebarnya artikel dan gambar yang kononnya YB Teresa Kok menggesa dan menekan pihak DBKL agar menukar semua papantanda jalanraya di Kuala Lumpur daripada konsep satu bahasa kepada konsep pelbagai bahasa bagi menggambarkan keunikan dan kepelbagaian budaya yang mewarnai negara ini.

Penulis tidak mahu membincangkan sama ada artikel itu tulen atau palsu. Penulis juga tidak berminat untuk mengulas sama ada YB Teresa Kok itu bersikap anti-Melayu, anti-Islam, anti-Bumiputra, anti UMNO atau anti apa apa.

Yang penulis ingin bincangkan di sini adalah keikhlasan memperjuangkan isu kepentingan dan keutamaan bahasa Melayu di negara ini oleh beberapa pihak yang muncul sejak Tsunami 8 Mac yang lalu.

Kelompok ini begitu agresif dan bersungguh-sungguh membela kedaulatan bahasa Melayu yang kononnya merupakan bahasa kebangsan di negara ini. Mereka menganjurkan pelbagai siri demonstrasi yang kononnya dihadiri oleh ribuan pencinta dan pembela bangsa Melayu dan asset Melayu. Dengan berselindung di sebalik tirai NGO yang entah didaftarkan ataupun tidak, kelompok ini begitu lantang menempelak pihak-pihak tertentu yang kononnya mahu meminggirkan bahasa Melayu.

Insiden terkini adalah bantahan kepada cadangan penggunaan papantanda pelbagai bahasa di kawasan bersejarah di sekitar Pulau Pinang.

Penulis secara peribadinya juga kurang bersetuju dengan cadangan yang yang disyorkan oleh Kerajaan Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng yang umumnya tahu apa partinya dan apa ideologinya.

Persoalan pertama, adakah isu peminggiran bahasa Melayu ini merupakan agenda DAP atau dipotretkan sebagai agenda DAP oleh pihak-pihak yang mahu menampilkan DAP sebagai suatu pihak atau kelompok yang anti-Melayu?

Cadangan Kerajaan Pulau Pinang hanyalah mahu meraikan kepelbagaian budaya dan bahasa dan bukan meminggirkan mana-mana bahasa lebih-lebih lagi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.

Yang manakah yang lebih terang-terangan meminggirkan keutamaan bahasa Melayu jika dibandingkan antara penggunaan papantanda jalan pelbagai bahasa seperti yang ingin dilaksanakan oleh DAP dengan pempraktisan penggunaan perkataan AVENUE, PRESINT, HEIGHT dan sebagainya oleh pelbagai pemaju hartanah yang mempunyai kaitan secara langsung mahupun tidak langsung dengan parti yang memerintah negara ketika ini?

Kenapa kelompok “pejuang” ini tidak pernah membantah penggunaan perkataan PRESINT di seluruh Putrajaya? Ke mana hilangnya “pejuang” ini ketika perkataan AVENUE digunakan secara meluas di beberapa kawasan perumahan di sekitar Damansara? Terlupakah “pejuang” ini kepada meluasnya penggunaan perkataan HEIGHT di ratusan kawasan perumahan mewah di seluruh negara ini?

Tahukah mereka bahawa pelbagai pertubuhan juga masih mengagungkan bahasa Inggeris sebagai nama pertubuhan dan persatuan mereka? Lebih malang lagi apabila pertubuhan yang kononnya membela kepentingan Melayu itu sendiri masih mengekalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai singkatan kepada identiti pertubuhan atau persatuan tersebut.

Contoh yang paling nyata adalah singkatan kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Kenapa singkatan yang sepatutnya menjadi PKMB ini dijadikan UMNO yang berdiri sebagai United Malayan National Organisation?

Perhatikan dan telitikan juga singkatan seperti FELDA, RISDA dan sebagainya. Telah puluhan tahun identiti-identiti itu berdiri sebagai dwi bahasa. Kenapa kelompok “pejuang” ini tidak menganjurkan demonstrasi bagi menentang peminggiran yang bersifat nyata ini?

Kenapa kelompok “pejuang” ini bersikap sebagai penentang kepada pihak-pihak yang berlawanan ideologi sahaja dan buat-buat tidak nampak kepada gajah yang berada di depan mata?

Kembali kepada persoalan tadi, ikhlasan perjuangan “pencinta bahasa” dan “pencinta bangsa” ini?

Antara laungan azan dan penggunaan pembesar suara di masjid-masjid dan surau-surau.

Isu ini juga dinyanyikan oleh pelbagai pihak yang mendakwa merekalah “pencinta agama” tanpa mereka perhalusi yang mana satukah saranan agama di antara azan dan penggunaan pembesar suara.

Petisyen kontroversi itu sebenarnya telah dihantar sebelum Tsunami 8 Mac melanda dan bukannya selepas sampah sarap yang ada dibersihkan oleh gelombang tsunami itu.

Setahu penulis, pihak pempetisyen tidak menentang laungan azan mahupun laungan azan dengan menggunakan pembesar suara. Yang menjadi isu adalah siaran rakaman bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang diperdengarkan menerusi pembesar suara masjid-masjid dan surau-surau.

Pempetisyen juga sebenarnya tidak menentang siaran rakaman bacaan ayat-ayat suci al-Quran ini. Apa yang dirayu oleh mereka adalah penggunaan pembesar suara tersebut sebelum azan subuh dilaungkan. Yang mereka pohon adalah penurunan kadar suara pembesar suara tersebut ketika rakaman bacaan ayat-ayat suci al-Quran disiarkan sebelum azan subuh dilaungkan bukannya memohon azan tidak dilaungkan. Itupun hanya ketika hujung minggu sahaja.

Akibat daripada “menentang berdasarkan kepentingan sempit”, maka media telah diperkudakan untuk memutarbelitkan fakta sebenar. Hasilnya, kelihatanlah seperti azan itu yang cuba dihalang. Ini merupakan suatu perbuatan yang amat jijik, jelik dan amat tidak bertanggungjawab.

Atas kepentingan peribadi, maka dinyanyikan lagu bahawa pihak lawan itu cuba untuk mengganggu-gugat kesucian dan kemurnian azan. Fahamkah mereka yang mana satukah merupakan anjuran agama dan yang mana satukah hasil daripada penggunaan dan penciptaan teknologi?

Kelompok “pejuang Islam segera” ini hakikatnya adalah merupakan suatu kelompok yang mempergunakan Islam sebagai talian hayat parti mereka. Atas alasan membela kepentingan agama, maka kelompok ini sekali lagi berselindung di sebalik selimut tidur NGO.

Kelompok ini menganjurkan siri demi siri demonstrasi yang mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa kedudukan Islam di negara ini telah diganggu dan mereka adalah kelompok nombor wahid yang bangun menentang “petualang-petualang”. Kononnya sanggup mati demi membela Islam.

Ke manakah hilangnya kelompok “pejuang Islam segera” ini apabila ulama dihina? Ke mana hilangnya “pejuang Islam segera” ini ketika Islam diperlekehkan? Ke mana hilangnya “pejuang Islam segera” ini ketika Rasulullah saw dihina semahu-mahunya? Ke mana hilangnya “pejuang Islam segera” ini ketika Afghanistan dan Iraq di porak-perandakan? Ke mana hilangnya mereka ini ketika demokrasi cuba ditegakkan? Terlalu banyak persoalan “ke mana hilangnya” perlu ditanyakan kepada kelompok “pejuang Islam segera” ini.

Bagaimanakah kelompok ini mahu membela Islam sedangkan kelompok mereka jugalah yang mengkucar-kacirkan kesucian ajaran murni Islam di negara ini? Ke manakah mereka ketika percubaan Majlis Peguam untuk membincangkan Undang-undang Keluarga Islam menerusi persepsi sekular suatu ketika dulu?

Kenapakah mereka tidak mengeluarkan sepatah pun ulasan ketika mana NGO Katagender dan Foot-Not-Bomb menganjurkan demonstrasi mengutuk Majlis Fatwa yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan budaya pengkid? Kenapa hanya menentang isu terpilih jika kelompok ini benar-benar mahu membela dan memelihara kesucian Islam?

Lupakah mereka tentang perlekehan ke atas almarhum Tuan Guru Datuk Ishak Baharom suatu ketika dulu? Lupakah mereka kepada tekanan demi tekanan ke atas SAR dahulu? Lupakah mereka kepada keluarga-keluarga tahanan ISA yang telah bertahun dipisahkan secara zalim dan kejam daripada ayah dan suami mereka yang telah ditahan tanpa bicara? Lupakah mereka kepada anak bangsa yang pada hari ini ketara sekali hilang jatidirinya?

Telalu banyak isu yang boleh diperjuangkan berbanding menghasilkan isu yang kemudiaannya dilabelkan sebagai cubaan Pakatan Rakyat untuk menguburkan Melayu dan Islam di negara ini.

Lebih 50 tahun kelompok ini diberikan peluang tetapi apa lagi yang masih tinggal kepada orang Melayu selain daripada songkok, sampin, dan capal. Selama lebih 18 tahun Kerajaan Kelantan ditekan dan dizalimi sedangkan yang menjadi rakyat Kelantan itu adalah Melayu Islam. Semua ini adalah angkara parti pemerintah yang kini sudah seperti telur dihujung tanduk.

Kenapa setelah mengalami kekalahan yang agak memalukan maka diperdengarkan semula lagu perkauman yang sempit itu? Kenapa setelah tersungkur baru menyedari bahawa Melayu amat ketinggalan?

DEB diwujudkan oleh siapa? DEB diwjudkan untuk siapa? DEB hanya memberikan manfaat kepada siapa? Tiga persoalan ini perlu diperhalusi secara jujur bukan secara renungan sempit yang kelihatan seperti meletakkan akal yang waras di kepala lutut.

DEB diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional. DEB diwujudkan untuk memperbaiki taraf ekonomi orang Melayu. DEB yang memberikan manfaat kepada kroni-kroni pemimpin parti yang memerintah ketika ini. Inilah jawapan yang paling jujur yang boleh diberikan sebagai padanan kepada tiga soalan di atas.

Adalah taraf ekonomi bangsa Melayu berubah selepas puluhan tahun DEB dilaksanakan? Tidak. Adakah perlaksanaan DEB itu turut memberikan manfaat kepada bangsa Melayu bawahan selain kroni-kroni pimpinan? Tidak. Adakah DEB itu hanyalah gula-gula kepada bangsa Melayu yang pernah disifatkan sebagai mudah lupa itu? Ya. Maka, GAGAL!

Secara umumnya, bolehlah kita mengandaikan bahawa bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia ini ditindas oleh kelompok “pejuang Islam segera” ini.

Babi yang tidak bersalah tetapi dijadikan alat untuk menyalahkan musuh politik.

Umum mengetahui bahawa babi adalah sejenis haiwan yang amat sensitif kepada bangsa Melayu. Jangankan jasad seekor babi, gambar babi, tabung berbentuk babi, juga sangat sensitif kepada bangsa Melayu. Perkataan BABI juga sangat sensitif kepada bangsa Melayu.

Maka, babi inilah yang boleh dijadikan senjata pemusnah bertujuan menaikkan kemarahan bangsa Melayu kepada bangsa lain.

Isu rancangan mewujudkan Komplek Ternakan Babi Moden di Sepang yang sehingga kini masih diperbincangkan walaupun telah tidak begitu panas sudah cukup untuk membuktikan bahawa haiwan bernama babi ini sangat berguna dan bermafaat kepada Barisan Nasional.

Sehingga kini terdapat ratusan ladang ternakan babi pelbagai skala di seluruh negeri Selangor. Maka, Kerajaan Selangor pimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan untu mewujudkan konsep ternakan secara berpusat dan moden dalam usaha untuk meminimakan pencemaran hasil daripada sistem ladang ternakan yang tidak mesra alam.

Konsep ternakan berpusat ini akan menggabungkan ratusan ladang ternakan babi pelbagai skala ini di bawah satu bumbung dan hanya terletak di satu daerah sahaja. Dalam erti kata yang mudah, sebagai contoh, 100 ladang ternakan babi yang dulunya mewujudkan 100 pencemaran akan diletakkan di bawah satu bumbung dan akan ditadbir secara moden dan teratur. Logiknya, tentulah akan hanya wujud satu sahaja ladang ternakan babi dan satu sahaja kawasan yang masih tercemar dengan sisa buangan ladang ternakan babi ini.

Bukankah ini lebih baik berbanding keadaan yang lama? Kenapa perlu marah-marah? Kenapa tidak marah-marah ketika keputusan ini dibuat oleh Barisan Nasional tetapi marah-marah apabila perancangan ini diteruskan dengan sedikit pengubahsuaian oleh kerajaan Pakatan Rakyat? Adakah babi yang diluluskan penternakannya oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu itu sifatnya suci bersih berbanding babi yang dicadangkan penternakannya oleh kerajaan Pakatan Rakyat?

Hakikatnya bukanlah babi itu kerana babi akan tetap berdiri sebagai babi sehingga kiamat. Hakikatnya adalah cara bagaimana mahu mengendalikan babi ini secara bijaksana tanpa perlu melukakan hati mana-mana bangsa secara membabi buta sehingga kelihatan seperti gila babi sahaja.

Dulu, ketika berkuasa, kelompok ini mengajar bangsa Melayu supaya mengambil kira perasaan dan hati bangsa lain sebelum mengambil apa-apa tindakan tetapi kelompok inilah hari ini yang cuba untuk mewujudkan ketidakstabilan kaum di negara ini. Semuanya gara-gara tidak dapat menerima kenyataan merekalah sampah sarap yang cuba untuk dibersihkan oleh gelombang Tsunami 8 Mac.

Terbaru adalah insiden tergantungnya kepala seekor babi di pintu pagar seorang penduduk berbangsa Melayu di Melaka. Tanpa usul periksa, langsung jari dituding kepada bangsa bukan Melayu terutamanya bangsa Cina dan sudah tentulah DAP yang akan menjadi kambing hitamnya.

Insiden ini perlu ditangani secara jujur, ikhlas dan berhemah oleh pihak berkuasa dan parti yang menerajui Kerajaan Melaka. Janganlah ada pihak-pihak yang cuba untuk menangguk di air yang keruh. Lebih malang lagi sekiranya air yang keruh itu sebenarnya adalah merupakan air keruh bancuhan pihak-pihak yang juga bersekutu dan bersekongkol dengan mereka.

Masyarakat amat memahami setiap isu yang cuba diwujudkan. Masyarakat hari ini sudah menyedari bahawa selama ini mereka hanyalah kuda tunggangan kepada Barisan Nasional. Atas alasan ini, maka masyarakat seperti tidak terpengaruh dengan mainan api perkauman yang cuba dimainkan oleh Barisan Nasional. Malahan, Barisan Nasional terutamanya UMNO kelihatan seperti sangat terdesak dan tertekan dalam usaha mahu memenangi semula hati bangsa Melayu dan hati bangsa lain.

Babi itu adalah alat atau senjata yang paling sesuai untuk membangkitkan kemarahan bangsa Melayu. Itu dulu. Inilah yang dilupakan oleh Barisan Nasional. Walaupun babi itu mungkin selamanya sensitif kepada bangsa Melayu tetapi bangsa Melayu hari ini lebih peka kepada kerosakan yang telah dan sedang dilakukan oleh Barisan Nasional.

Gagalkah usaha jahat Barisan Nasional ini? Belum tentu lagi. Segalanya bergantung kepada kebijaksanaan Pakatan Rakyat untuk menanganinya. Akan berhentikah Barisan Nasional daripada menyanyikan lagu perkauman ini? Belum tentu lagi. Nyanyian perkauman itu hanya akan terhenti jika rakyat negara ini mampu berdiri sebagai satu bangsa yang memiliki pelbagai agama, adat resam dan budaya. Inilah tugasan berat yang memerlukan perhatian jujur daripada semua bangsa yang membentuk bangsa Malaysia ini

Agama sebagai penyelesaian kepada setiap pertikaian yang timbul.

Kepelbagaian anutan agama di negara ini perlulah diraikan secara bijaksana dan berhemah. Sebagai penganut Islam, wajib bagi kita untuk mengimani dan meyakini bahawa Islam mampu menyelesaikan setiap masalah yang wujud.

Namun, mampukah bangsa lain menerima penyelesaian yang dicadangkan oleh Islam? Inilah persoalan yang perlu diperhalusi dengan menggunakan pendekatan agama.

Tidak ada anutan atau kitab suci mana-mana agama yang menganjurkan atau menyeru penganutnya untuk melakukan kejahatan dan kerosakan. Di mana salahnya jika kita duduk semeja dengan penganut agama lain dan sama sama mencari titik pertemuan yang boleh membuatkan setiap anutan itu menjadi dekat dan selari?

Duduk semeja bukan membawa erti menggadaikan prinsip atau akidah tetapi hanyalah bertujuan untuk mewujudkan ruang perbincangan yang lebih jujur dan ikhlas supaya masyarakat lebih terpelihara kehidupannya.

Bayangkan sekiranya penganut Islam menggenggam erat imannya. Penganut Kristian memegang erat keyakinannya. Penganut Buddha menghadam sepenuhnya wasiat-wasiat Buddha. Penganut Hindu mengamalkan sepenuhnya ajaran dewa-dewanya. Apakah yang akan berlaku? Tentulah negara ini akan menjadi aman dan tenteram tanpa sebarang prejudis lagi.

Kita memerlukan suatu bangsa Malaysia yang hidup secara beragama dan mengimani sepenuhnya ajaran agama anutannya. Dialog dan perbincangan tentang perbandingan agama dan tentang persamaan ajaran agama-agama ini perlu diadakan secara terancang dan teratur supapa perkara-perkara yang selama ini disembunyikan atas alasan “sensitif” dapat dibincangkan secara jujur dari hati. “Sensitif” ini hanya dapat dibuang sekiranya kita saling memahami konsep ajaran agama yang pelbagai ini.

Memahami bukan bererti mengimani. Mempelajari bukan bererti menganuti.

Masyarakat perlu dididik tentang perbezaan di antara ajaran agama dan budaya. Masyarakat perlu diberikan ilmu supaya mampu membezakan yang mana satu akidah dan yang mana satu adat.

Tidak dinafikan bahawa perkara ini berat untuk dilakukan dan sukar untuk direalisasikan tetapi tidak salah untuk kita memulakan langkah perpaduan sebenar ini daripada sekarang.

Golongan ulama perlu meneroka dunia luar daripada skop surau, masjid dan madrasah. Golongan paderi dan pendeta perlu keluar daripada dunia gerejanya. Golongan rahib dan sami perlu keluar daripada dunia kuilnya. Masyarakat di luar ini memerlukan anda.

Janganlah hanya menanti umat Islam datang ke masjid dan surau. Janganlah hanya menanti orang Kristian ke gereja. Janganlah hanya menanti penganut Buddha dan Hindu ke kuil-kuil. Keluarlah untuk menemui pengikut agama masing-masing. Kembalikanlah pengikut agama anda ke landasan yang sebenar menurut agama anda.

Golongan seperti andalah yang mampu membawa manusia dekat kepada anutannya. Dunia akan aman ditangan orang yang meyakini agamanya. Manusia perlu kepada agama. Tidak kira apa bangsanya dan tidak kira di negara mana manusia itu dilahirkan. Yang penting, manusia perlu dididik untuk hidup secara beragama dan menjalani hidup secara berTuhan.

Kesukaran dan halangan itu pasti akan wujud tetapi janganlah kita terlalu menumpukan kepada halangan-halangan itu kerana halangan-halangan itu akan dapat diatasi sekiranya kita mampu menanganinya dengan akal yang waras dan keimanan yang kukuh.

Renungkan dan fikir-fikirkanlah

r.k berkata...

kifli da macam post blog sendiri da ha komen die~tulis blog a bro~tamao ke?

:)

kifli~ PKMB(umno) dan PAS [PR dan BN] bagi aku, sama.xde beza. due2 x boleyh pakai dalam skop aku sebagai seorang Melayu dan Muslim.

dua-dua ada baiknye,dua-doa ada buruknya.

dan dua-dua lebih banyak buruk dari baik.

hidup mengenain pilihan~jalan yang mana adalah jalan kebenaran??

Kongsi Link Anda