Ahad, Disember 14, 2008

Giliran PAS?

Kalau dahulu Anwar Ibrahim terkenal dengan 'gila' dan 'tamak' kuasa dan pengaruhnya ketika di dalam UMNO, hanya tinggal satu tangga sahaja untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5.

Kini giliran PAS pula merasai peluasan kuasa Anwar Ibrahim. Ini berikutan cerita-cerita puak Edrogan yang pro-Anwar Ibrahim di dalam PAS.. Puak Erdogan ini sudah mula memasang 'orang'nya dari dalam untuk menawan PAS .. Strategi ini sama seperti yang pernah digunakan Anwar Ibrahim ketika di dalam UMNO dahulu.

Nampaknya mana-mana parti yang bersama Anwar Ibrahim pasti akan cuba diambil olehnya.

Pada 24 November lalu, Pas menyambut ulang tahun penubuhannya ke-57. Fajar 2009 yang akan menyingsing tidak sampai tiga minggu lagi pula dianggap tahun getir untuk parti tersebut.

Ia kerana pada tahun depan akan berlangsung pemilihan barisan kepimpinan Pas pusat. Seperti juga parti-parti politik lain pemimpin dan ahli Pas juga tidak terlepas daripada bercakap soal tersebut.

Apatah lagi, pemilihan kali ini dianggap platform terbaik kepada kumpulan tertentu yang dipanggil ‘Erdogan’ untuk merebut jawatan setinggi mungkin dalam Pas. Malah sudah ada andaian bahawa pemilihan Pas tersebut akan menjadi medan pertempuran antara kumpulan profesional yang cenderung kepada ulama dengan kumpulan profesional yang mahu perubahan.

Sememangnya tidak dapat dinafikan walaupun Pas dilihat tenang di permukaan tetapi hakikatnya kehadiran kumpulan ‘Erdogan’ yang terdiri daripada mereka yang menyokong kuat kepimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit sebanyak semakin menggugat perpaduan di dalam parti berkenaan.

Kepimpinan Pas yang selama ini sentiasa tenang di bawah teraju Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula diganggu gugat oleh kumpulan ‘Erdogan’ ini.

Nampaknya kini PAS lebih jelas terpecah kepada 2 kumpulan.. Iaitu golongan ulama yang menyokong kepimpinan hadi Awang dan Golongan Profesional yang pro-Anwar.

Kini PAS sedang menghadapi apa yang pernah UMNO hadapi ketika Anwar Ibrahim berada di dalam parti tersebut sedikit masa dahulu... Adakah PAS akan terus membenarkan Anwar Ibrahim meluaskan penguasaanya di dalam PAS sehingga suatu hari hari PAS akan diambil alih sepenuhnya..... Adakah fenomena ini akan diterima oleh ahli-ahli PAS? atau pun PAS akan pupus?

4 ulasan:

Demang Lebar Daun berkata...

Pihak PAS yang original memang wajar memerangi 'puak pendatang' tu.

Taminsari berkata...

Salam perjuangan..rakan blogger muslim diserang oleh kafirun....sila lihat comment para kafirun ini di..

http://redssays.blogspot.com/2008/11/why-has-muslim-world-failed-to-develop.html

bungaraya berkata...

Apa lagilah agaknya ulasan dan alasan bijaksana oleh blogawan PAS setelah mereka kini berpecah dua. Satu kumpulan yang berminat dengan al juburi dan satu lagi masih tetap dengan pejuangan islam sejagatnya sedari dulu.
Kasihan pejuanpejuang PAS yang selama ini begitu percaya bagai nak rak akan perjuangan suci parti tersebut. Dan kini sudah diperkosai oleh Pak Anwar dan kuncu-kuncu dalam PAS.

kifli berkata...

PERGOLAKAN PAS SELANGOR


Apakah dengan rombakan jawatan lantikan dalam parti iaitu Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Penerangan PAS Negeri dianggap berlaku pergolakan dalam parti ?

Gerangan apakah yang mendorong Mat UMNO begitu yakin bahawa rombakan kepimpinan PAS Selagor sebagai proses penghukuman kepada mereka (YB Khalid Samad dan YB Shaari Sugip) yang pro Anwar.

Soal berlakunya perubahan jawatan ataupun rombakan dalam kepimpinan PAS samada di Selangor ataupun di mana-mana parti politik bukanlah merupakan perkara ganjil ataupun disebabkan ada perpecahan dalaman semata-mata. Ia proses biasa. Perlu difahami bahwa jika rombakan tersebut boleh memberi kebaikan serta menguntungkan perjuangan maka perkara ini wajar dilakukan oleh mana-mana pemimpin termasuklah PAS, PKR, DAP maupun UMNO.

Melihatkan rombakan kepimpinan PAS Selangor sebagai berlakunya perpecahan ataupun proses pembersihan pemimpin PAS yang pro Anwar adalah tidak berbangkit dan bersifat prejudis semata-mata.

Dalam kes Pesuruhajaya PAS Negeri Selangor , Dato’ Dr. Hassan Ali melantik Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Penerangan baru bagi menggantikan YB Khalid Samad dan Shaari Sugip, perlu diiktiraf sebagai penyusunan struktur organisasi PAS mengikut keperluan dan keadaan semasa. Ia tidak dilakukan secara veto ataupun bertujuan untuk menjaga kedudukan Pesuruhjaya ataupun hasil kejayaan provokasi UMNO/BN untuk melemahkan saf kepimpinan PAS. Namun tidak dinafikan bahawa pihak musuh akan mencipta isu dari tindakan ini sehingga orang yang berfikiran seperti Mat Salleh boleh menerima tohmahan ataupun dakwaan berlakunya perpecahan dalaman parti.

Isu pokok yang cuba dibangkitkan iaitu ia adalah tindakan membersihkan pimpinan PAS yang pro Anwar dan tak sehaluan dengan Hj. Abdul Hadi Awang juga merupakan tuduhan liar dan tidak paham realiti. Oleh itu, Mat UMNO perlu menyelidiki bahawa adakah betul YB Khalid Samad adalah pemimpin PAS Yang pro Anwar seperti yang difikirkan ?

Di sini, dicatatkan kenyataan YB Khalid Samad berhubung sikapnya terhadap Anwar seperti yang disiarkan di dalam blognya.

"Saya telah lama kenal Anwar dan saya tidak pernah menjadi pengikutnya. Walaupun saya hormat dia dan saya bersetuju dengan apa yang dia sedang usahakan. Saya kenal Anwar semenjak saya di UK dulu, dia memimpin ABIM dan saya salah seorang dari pemimpin Suara Al-Islam. Saya balik ke Malaysia saya tak masuk ABIM dan saya masuk PAS. Tidak pernah tinggal PAS dari tahun 1983. Saya menyertai PAS dan Anwar ada masuk BN keluar BN dan sebagainya. Saya bukan Pro Anwar, Saya Pro Pakatan Rakyat..."

Ingin ditegaskan bahawa pahaman yang mengatakan rombakan ataupun penyusunan kepimpinan yang melibatkan jawatan lantikan oleh parti sebagai berlakunya pergolakan dalaman, ia adalah bentuk pemikiran dari pengaruh gaya dan taktik politik dalam acuan UMNO/BN. Umum sememangnya mengetahui bahawa parti perkauman UMNO/BN mereka menggunakan kaedah ini untuk menyelamatkan kendudukan mereka dalam politik. Sebaliknya, PAS menjunjung konsep kepimpinan beroganisasi berasaskan kepada wala’ dan syiqah.

Lebih parah lagi rombakan kepimpinan PAS Selangor dianggap sebagai penyingkiran pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang. Sekaligusnya membuka pekung pihak yang berkenaan bahawa tidak mengenali watak, karisma dan kewibawaan Presiden PAS tersebut. Pada hal Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang merupa pemimpin Gerakan Islam yang tersohor dan dihormati di peringkat antarabangsa serta rakan-rakan dalam Gerakan Islam seluruh dunia.

KELANTAN : KEMAMPUAN PAS MEMERINTAH

Pandangan yang mengatakan bahawa PAS mungkin terpengaruh dengan taktik UMNO untuk melaga-lagakan kepimpinan PAS dan PKR yang kononnya taksub dengan ideologi mengislamkan Malaysia secara total dengan mengenepikan tanggungjawab kepada penduduk bukan Islam di negara ini adalah keliru dan kurang tepat.

Jika Mat UMNO boleh berfikir secara rasional dan membuka mata seluas-luasnya bahawa sejak Kelantan di tadbir oleh PAS sejak tahun 1990 hingga ke hari ini, tidak adapun sebarang tindakan samada dalam bentuk politik, undang-undang serta layanan oleh pemimpin PAS dan kepimpinan kerajaan negeri yang bersifat mengenepikan rakyat bukan Islam di negeri itu. Ataupun ada laporan yang mengatakan rakyat bukan Islam di negeri Kelantan membuat bantahan, demonstrasi, memorandum ataupun laporan polis yang mensabitkan tindakan mengenepikan hak-hak mereka sebagai rakyat di negeri tersebut. Sebaliknya umum ketahui bahawa kepimpinan ulama di Kelantan yang diterajui oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar telah memberi layanan istimewa kepada rakyat bukan Islam dengan sebaik mungkin. Ramai yang ketahui bahawa mereka amat senang dan kagum dengan sikap kerajaan Kelantan yang menjaga kebajikan mereka. Sebagai contoh, di musim perayaan Hari Raya Aidil Fitripun rakyat bukan Islam, khususnya golongan warga emas telah diberikan sumbangan sama seperti warga emas beragama Islam di negeri tersebut.

ANWAR : POLITIK MASA LALU

Permulaan pemerintahan PAS di Kelantan ialah pada tahun 1990, apabila berkerjasama dengan Parti S46. Di mana, ketika itu Anwar masih berada di dalam UMNO / BN yang menjadi musuh politik tradisi kepada PAS. Anwar secara langsung ataupun tidak langsung bersama-sama ketuanya Dr Mahathir Mohamed dan rakan-rakan kabinetnya menekan dan menganak-tirikan Kelantan. Sehinggakan geran peruntukan kerajaan Persekutuan kepada Kelantan dilambat-lambat. Kewibawaan Tuan Guru Nik Aziz, sebagai Menteri Besar Kelantan diperkecil-kecilkan, kononya hanya sesuai menjadi Kadi untuk menguruskan hal ehwal berkaitan keluarga Islam semata-mata.

Doa ahli-ahli PAS dan rakyat yang majority orang Melayu dan Islam kepada Allah SWT supaya tekanan, sekatan dan sikap duoble standard pemerintah UMNO/BN kepada Kelantan dapat dihadapi oleh para pemimpin PAS dengan tabah. Sejarah telah mengukirkan bahawa sehingga kini UMNO tidak lagi berjaya mengambil alih kerajaan Kelantan, walaupun pelbagai usaha dilakukan. Termasuk menabur duit kepada rakyat dan menyekat peruntukan hingga menjejaskan usaha untuk pembangunan negeri Sri Wan Kembang tersebut. Kehebatan Kelantan adalah kerana wujudnya sefahaman dan gandingan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar dan juga para pemimpin lainnya. Mereka menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bijaksana berlandaskan nilai-nilai Islam yang syumul sejak tahun 1990 hinggalah ke hari ini. Inilah factor utama UMNO/BN sukar untuk mendapat kembali kuasa di negeri tersebut.

PAS : NEGARA ISLAM DAN GABUNGAN PEMBANGKANG

PAS yang meletakan dasar perjuangannya untuk mendaulatkan pemerintahan dan hukum Islam di negara ini seperti yang tercatat dalam Perlembangaan PAS, tetap akan meneruskan cita-citanya. Walaupun, ramai pihak yang merasakan ia tidak akan kesampaian ataupun sia-sia sahaja. Ataupun dikelirukan dengan mengatakan PAS sudah keluar dari landasan perjuangan Islam yang dilaung-laungkan selama ini.

Soal PAS bersahabat dengan parti pembangkang (PKR dan DAP) untuk meruntuhkan legasi UMNO/BN bukan bermakna PAS telah melupakan untuk memperjuangakan Negara Islam Malaysia.

Dalam politik Islam sesuatu pendekatan, strategi dan taktik boleh berubah mengikut kesesuaian masa. Ia dikenali sebagai syiasah syariyyah dan merupakan uslub yang releven dalam kontek pilihanraya dalam sebuah Negara yang terdiri pelbagai bangsa, agama dan budaya. Kelebihan PAS ialah kerana ia tepat mengambil pentunjuk dan rujukan yang sahih dari sumber Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW serta ijtihad para ulama haraki yang muktabar. Ia berbeza dengan pendekatan politik parti-parti lain di negara ini termasuk PKR.

Label PAS sebuah parti yang chauvanis adalah tersasar jauh dan memperlihatkan kedangkalan pemahaman tentang istilah ataupun maksudnya. PAS telah memulakan usaha dan perbincangan untuk membuka ruang kepada bukan Islam sejak awal tahun 1980an dengan penubuhan CCC dan kini telah diperkasakan dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS. Retreat para pemimpin PAS di Langkawi bulan November lalu secara tegas dan serius meminta supaya disegerakan pemerkasaan Kelab Penyokong PAS supaya dirasmikan setaraf dengan dewan-dewan seperti dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat. Inilah bukti yang paling jelas bahawa PAS telah menerapkan nilai-nilai Islam dalam kerangka politiknya, sekaligus menjawap tohmahan pihak-pihak yang jahil tentang politik Islam yang di bawa oleh PAS.

REFORMASI DAN AL-MARHUM USTAZ FADZIL MOHD NOOR

Kebangkitan rakyat di awal tahun 2000 ataupun lebih tepat pada tahun 1999 adalah di atas usaha dan kebijaksanaan kepimpinan PAS, khusus Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor yang ketika itu menjadi Presiden PAS dan arkitek menubuhkan GERAK.

GERAK menjadi titik tolak kepada kebangkitan politik baru rakyat di Malaysia. Rakyat bersatu di bawah gagasan GERAK membela dan menuntut keadilan ke atas Anwar Ibrahim yang telah dizalimi oleh Mahathir, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Kebangkitan rakyat kerana marah di atas tindakan rakus, zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh pemerintah. Seluruh parti politik pembangkang dan NGO telah duduk semeja bersama Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor menubuhkan GERAK. PAS menjadi platform rakyat untuk menyatakan bantahan dan simpati mereka kepada Anwar. Golongan reformis bersatu dengan GERAK dalam gerak kerja memperjuangkan nasib Anwar. Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melawar menjadi saksi ratusan ribu rakyat serta para pemimpin politik dan ngo berhimpun melancarkan penubuhan GERAK yang menjadi titik tolak perubahan lanskap politik di Malaysia.

Adakah ketika itu, PAS dianggap mengambil kesempatan dari populariti orang lain. Kesungguhan seluruh kepimpinan PAS bangun menyatakan simpati dan memperjuangkan Anwar yang seolah-olah sudah tidak punya peluang hidup lagi jangan dinafikan. Jangan cuba memutarbelitkan fakta dan menafikan sumbangan PAS dalam mengubah lanskap politik arus perdana. Tanpa PAS ketika itu, sukar untuk memobilasi kebangkitan rakyat..

PAS DAN PILIHANRAYA KECIL KUALA TRENGGANU

Timbalan Presedien PAS, YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa juga selalu Pengarah Jawatankuasa Induk Pilahanraya Kecil Kuala Trengganu telah berkata dalam sidang media baru-baru ini bahawa, “ pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya Pakatan Rakyat, kerjasama antara PAS, Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dan DAP.

Malah menurutnya, jentera parti kini berada dalam keadaan siap sedia dan penyertaan PAS kali ini adalah bagi memenangi kerusi parlimen tersebut. Kita masuk untuk menang. Pilihan raya kecil ini adalah pilihan raya Pakatan Rakyat dan kita (PAS) mendapat sokongan sepenuhnya daripada rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat”.

Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa PAS tidak perlu memikirkan alternatif dalam strategi menyertai Pilahanraya Kecil Kuala Trengganu samada bertanding dengan kekuatan sendiri ataupun berkerjasama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat. PAS yakin bahawa rakyat atupun pengundi dalam Parlimen Kuala Trengganu akan memilih calon yang akan diletakkan olehnya nanti. Faktor calon ataupun Anwar bukan jawapan yang akan mendominasi sikap dan perubahan rakyat di sana nanti. Sebaliknya bagaimana perjalanan pilahanraya itu sendiri yang dikuasai oleh SPR yang menjadi jentera UMNO/BN mengikut prinsip-prinsip demokrasi. Dalam erti kata bahawa parti yang akan bertanding boleh bermain ataupun berlawan di atas padang yang sama rata.

Kegagalan jentera parati membuat persiapan rapi dari pelbagai sudut, sekalgus mengesan dan mengatasi tipu helah adalah lebih utama. Sesungguhnya, kehadiran Anwar hanyalah penyeri dan sebahagian dari sumbangan ke arah kemenangan tersebut.

MENANG ATAUPUN KALAH PAS TETAP BERSYUKOR KEPADA ALLAH SWT

Tidak wajar hanya melihatkan di sudut keberkesanan dan kelemahan di peringkat perlaksanaan kerajaan PAS di Kedah, Perak maupun Kelantan ada pihak yang menuduh PAS mengenepikan kaum bukan Islam ataupun ahli-ahli PKR. Kalau kita nak buat perbandingan ataupun melihat apa yang pemimpin PAS buat di Kedah dan Perak, memang jelas dari segi pembahagian kuasa kepada wakil rakyat PKR. Di Kedah, sampai ada wakil rakyat PKR yang tak tahu cakap Melayu pun diberi jawatan sebagai Exco kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Kena beri bukan pasal apa, kerana nak menghormati dan membuktikana bahawa PAS adalah parti yang setia kepada sahabat. Begitu juga jawatan politik lain termasuk pembagian kerusi Senator, Ahli Lembaga Pengarah GLC dan Ketua Kampung yang sememangnya sudah melebihi dari sepatutnya. Tapi ini semua dilakukan, demi menjaga hubungan serta memenuhi tuntutan oleh PKR Kedah.

Di Perak, Menteri Besar awal-awal lagi telah memberi geran hak milik tanah kepada berpuluh ribu penduduk perkambungan baru yang didiami oleh orang-orang Cina. Hak mereka telah diabaikan oleh kerajaan UMNO/BN sejak sekian lama. Tapi, Menteri Besar Perak yang dari parti PAS telah menyelesaikan tuntutan ini, walaupun dalam temph tak sampai setahun menerajui kerajaan Perak.

Penutup

Yakinlah bahawa PAS akan terus mensyukuri rahmat dan pemberian Allah SWT samada di waktu menjadi pembangkang ataupun pemerintah. Ini kerana PAS akan berdiri teguh di atas orbit Islam sehingga hari Kiamat. Insya allah.

Kongsi Link Anda