Semenjak lari macam tikus selepas kegagalan Husam meneruskan debat dengan Ezam M. Nor iaitu bekas orang kuat Anwar Ibrahim.
Kini Husam mencari modal untuk bertanding dalam muktamar PAS... macam biasa fokus masih terhadap UMNO.... agaknya kalau tiada UMNO.. apa agaknya modal Husam untuk bertanding.
Husam hanya tahu main sentimen kebencian ahli PAS kepada UMNO sahaja sambil menunjukkan 'persahabatan' beliau dengan DSAI. Beliau boleh diibarat 'orang Anuar' yang berada di dalam PAS.
Adakah beliau yang dimaksudkan oleh Nik Abduh sendiri mengenai ’pembantu-pembantu sesat’ bermakna dia amat marah dengan kelakuan pembantu-pembantu ayahandanya itu. Sudah tentu, Nik Abduh mendapat maklumat yang betul dan ditapis berkali-kali, barulah dia yakin menulisnya.
Dia menulis bukan kerana hanya dengar-dengar cakap. Dia sendiri bercakap dengan ayahandanya. Ketika di rumah, ketika tiada pengampu dan orang-orang politik. Bermakna apa yang didengar oleh Nik Abduh bait-bait perkataan ayahandanya adalah benar.
Kemudian muncul sang pendekar Erdogan hentam Nik Abduh. Seperti biasa Erdogan Khalid Samad pun perli-perli dan memperlekehkan Nik Abduh. Lagak tulisannya seolah-olah kata Nik Abduh seperti budak hingusan. Erdogan di Terengganu pun bersuara juga. Syed Azman, pandai-pandai pula mewakili dirinya sebagai jurucakap PAS Terengganu, sedangkan Ustaz Hadi, malah pesuruhjaya PAS Terengganu, Mustafa Ali berdiam diri.
Itulah sikap Erdogan. Sikap kurang ajar, sudah sebati dengan mereka. Tidak kira siapa, sama ada Taib Azamudien disindirnya di parlimen, walaupun isu besar, Kalimah Allah, atau Nik Abduh, anak tok guru Nik Aziz pun dicercanya juga. Dr Haron Din yang tinggi ilmunya pun boleh diperlekehkan. Dan jangan terkejut, suatu hari nanti, geng-geng Erdogan ini akan mencerca tok guru Nik Aziz sendiri, bila tok guru sudah tidak mahu jadi pendinding kepada mereka.
Itulah Erdogan, hipokrit, kurang ajar, merasa dirinya amat bagus, dan mengamalkan politik menghalalkan cara.
Berbalik kepada Husam lari dari debat bersama Ezam, Rancangan telivisyen “Hujjah” yang disiarkan setiap hari Selasa jam 9.30 malam di TV9 sepatutnya menyaksikan perdebatan antara Husam Musa dengan Ezam tetapi, malang sekali disaat saat akhir, Husam cabut lari kerana tidak cukup berani mendepani bekas pengasas Gerakan Rakyat Anti Korupsi Malaysia [GERAK] itu.
Husam berdolak dalih memberikan alasan beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu bahawa lawannya iaitu Datuk Zahid Hamidi tidak dapat hadir dan pihak TV9 telah menggantikan dengan Ezam, alasan yang tidak bolek diterima akal, sila baca sini.
Apakah yang menyebabkan Husam “kecut telor” hendak berhujah dengan Ezam? Diberitakan bahawa beberapa jam sebelum bermulanya rancangan tersebut, Husam sudah tiba di set TV9 tetapi apabila mendapat tahu Ezam yang akan berhujah dengannya, maka melintang pukang Husam mengatur langkah seribu…....
Apakah Modal yang Husam akan gunakan untuk bertanding dalam Muktamar PAS..... apakah beliau akan ikut jejak DSAI ketika menjatuhkan Tun Ghafar...
2 ulasan:
Husam mcm tikus?ke zahid hamidi mcm tikus.sape yang mengalah dulu?husam nak berdebat dengan zahid hamidi bkn dengan si sesumpah. sape si sesumpah tu?apa jawatan dia dlm umno?dia hanya kambing hitam yang muncul time pilihanraya je. dia tidak mewakili parti umno. diapun jenis yang suka melompat. cukup-cukuplah dia dihentam oleh agus mlm tu.dah tergagak-gagak nak menjawab soalan agus tu. kalu husam ada lagilah terkencing kot nak menjawabnya.
Kalau aku jadi Husam pun. Aku tak sudi nak berdebat dgn pengganti kepada Zahid tu. Tambahan pula pengganti zahid tu si Izam. Siapa Izam dalam UMNO? Siapa Izam dalam kerajaan? Kalau menang hujah pun Izam boleh buat apa?
Awas! Korang percaya sangat ke dgn Izam tu? Tah2 siang dia hentam Anwar....malam depa gelak sama-sama. Izam! Oh Izam...Kemana kau nak bawa kotak2 kosong tu?
UMNO pecah besar setelah Anwar keluar dari UMNO. Dulu waktu siang Anwar hentam Arwah Fadzil Nor dan sebaliknya. Malam pula depa sembang kat telefon.
Janganlah kerana orang bermain politik..kita jadi bangsat.
dari. Siang pandang2 malam bisik2
Catat Ulasan